Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: keluarga filipino

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:
keluarga filipino

Aum cak aum cak. Hiiii lama betul gua membatukan diri. Sebenarnya bukan membatukan diri, tapi menggemukkan diri yang smakin hari semakin sendat suor jeans aku ni. Susah betul ler mintak koje tapi tak dapat-dapat ni. Dulu suor kena pakai belt sekarang tak payah, syahdu hidup aku!

Aku ade mintak housekeeping ngan waiter dekat hotel-hotel, dua kali beb, dua kali mintak tak dapat. Dorang kata budak lepasan u bukan nak keje betul-betul pon. Eh banyak cekadak la, aku nak partime je lah ngek. Haa kan dah kena carut.

Jadiknya, ada hamba allah ni, tanya aku ni nak tak keje jadi bibik? Hangin jugak aku masa tu, tau la aku ni kaler malap-malap, dia offer aku jadi bibik. Baru je nak belasah dia, pastu aku pikir ok cun gak. Lagipon aku dah biasa buat kerja-kerja pembibikan ni.

Biasalah, mak aku memang suka dera aku. Setakat menyapu, laundry aku biasalah buat. Tapi bab masak aku fail sikit. Masak untuk family biasalah, stakat sup ayam, ayam kicap. Balik-balik menu tu je lah aku pandai buat. Up sikit aku reti buat kari ayam. Itu pon kena kutuk dekat penghuni-penghuni dalam rumah aku tu. Letak julap baru tau! Mengutuk je kerja nya, nak-nak adik aku yang jantan sekor tu. Puas aku ugut baru nak puji masakan aku, tu pon dengan tak redhanya dia puji. Huh!

Jadi, aku pon balik cakap dekat mak aku nak kerja rumah orang. Mak aku memula tak bagi, tapi bila aku explain dia pon macam orait je. Heres the things, haa matsaleh kauu tetiba. Esoknya aku pergi la jumpa bos aku ni. Datang lah suami isteri orang filipina. Orang kaya, buat bisnes kain utk baju-baju kurung, tudung dan macam-macam lagi lah kat sini. Aku dapat 3 pasang kain free. Gembira tak terkata aku, baru dapat kain, kalo dapat emas rasanya mau berguling-guling aku.

Dorang ni cakap omputih la kan, jadiknya aku selaku melayu yang tak hado campur mana-mana darah lain, haruslah bengap untuk speaking. Nasib baiklah dorang punya bi boleh difahami. Aku tiba-tiba je pandai cakap bi, sebab aku dah download siap-siap dictionary dekat henset aku ni. Dorang nampak sangat-sangat sweet, jeles pulak aku. Laki dia omak kauu, hensem nak mampos macam dingdong dantes, pelakon filipina tu. Eh entah-entah dingdong dantes tu adik dia, ish rugi laa aku tak menyiasat. Kan dah menyesal ni! Laki dia mix mat salleh. Dia pulak orang filipina pure. Tapi cantik gila. Tak nampak macam umur 40-an. Rasa aku pulak yang tua dari lady boss aku ni.

Dorang suruh aku datang rumah dorang pagi dalam pukul 9 dan balik depend pada dorang balik kerja dalam pukul 6 petang hingga 9 malam. Jadi aku orait je, janji tak payah nak tinggal sekali ngan dorang. Dorang ada 3 orang anak, yang sulung umur 19 tahun (roberto) , kedua 8 tahun (marilyn) , dan yang kecik sekali 5 tahun (ryan). Yang kecik ni special. Dia ada masalah sikit. Macam suka menyendiri, kadang-kadang friendly, entah aku pon takpaham. Roberto ni omak kau omak kau omak kau sumpah hensem gila, hampir hilang keimanan aku. Nasib baik aku tak terkam beliau.

Sori la banyak sangat intro, nanti korang tak paham pulak. Eh suka aku lah, cerita aku nak buat intro banyak-banyak pon.

Jadi tugas aku kat rumah tu: pergi umah dorang pukul 9, sampai sana kena kemas rumah, sapu dan mop satu rumah termasuklah bilik roberto, marilyn, ryan, dua bilik tetamu, dan satu bilik aku sambil-sambil tu mesin kain dan basuh baju pakai tangan baju-baju bos aku yang mahal yang aku rasa nak kidnap je. Pastu iron baju. Aku dapat bilik kecik khas untuk aku solat. Bilik utama yakni bilik ladyboss tak payah kemas, dorang kunci bilik tu. Yelah mesti banyak benda penting kan.

Lepas siap kemas, aku kena bagi ikan dalam kolam makan, jadi nya aku boleh berangan sambil duduk bersimpuh macam bawang merah depan kolam ikan tu. Aku tak payah masak sebab dah ada bibik dari filipina untuk bab masak. Aku pon hairan apa banyak sangat ke duit bos aku ni sampai nak gaji 2 orang bibik. Bibik sorang lagi tu tugas dia masak dan jaga ryan sepenuhnya. Sebab ryan kan special. Kemas bilik plus mop skali penat gilaaaa. Nak tercabut pinggang aku ni.

Aku tak join dorang makan, aku bawak bekal siap-siap sebab aku was-was dengan makanan dorang. Aku dah cakap siap-siap kat ladyboss aku dan dia paham aku ni muslim. Air pon aku bawak jugak. Pukul 2 aku solat dan angkat kain dan lipat. Lepas tu petang aku sapu daun-daun kayu sekeliling rumah.

Bibik kat umah yang sorang lagi tu, aku panggil atey marshan, atey ni maksudnya kakak dalam bahasa filipin. Dia banyak masak sebab family dalam umah ni makan 5-6x shari. Ada snack-snack bagai plus supper. Dan jaga ryan. Sebab kadang-kadang ryan ni suka mengamuk. Biasalah special kan.

Ni nak masuk cerita misteri, aku kerja kat umah tu tak sampai 2 bulan pon. Masa minggu pertama aku kerja, si ryan asyik duk tanya aku atey, whos there? memula aku layan, aku cakap nobodys there ryan. Lama-lama aku rasa nak cepuk aje budak ni. Dah aku cakap takde, takde lah. Tak paham betul budak ni.

Ada satu hari aku marah ryan, aku cakap dont talk about it again ryan, there is nobody. Dia pon merajuk, sigina atey,( orait sis) i wont talk to you again. Mak aih siap hentak-hentak kaki lagi, pastu atey marshan cakap, dont bother him. Let me handle him. Aku pon balas sigina atey marshan tak pasal-pasal laa aku ni tau sikit-sikit bahasa filipina ni.

Satu petang lepas aku sapu daun-daun kayu, marilyn duduk kat kerusi batu tepi kolam ikan sambil melukis dan mewarna. Aku pon teman dia. Roberto pon datang, haruslah control ayu kan. Haha!

Hai atey, roberto tegur aku. Aku pon tersengih-sengih gatal. Tiba-tiba roberto tanya aku, atey dont you think this house is weird? Pastu marilyn menyampuk, kuya tamana (abang, stop it). Mummy said we cant talk about it anymore. Pastu dorang cakap bahasa dorang aku pon tak paham.

Beberapa hari lepas tu, aku pergi angkat kain, lepas tu aku lipat sambil tengok tv. Lepas siap lipat, marilyn sibuk pulak ajak aku masuk bilik dia nak tunjuk gaun baru dia. Aku pon layan jelah kan. Ade lah dalam 5 minit je aku masuk bilik marilyn, aku keluar balik sebab aku cakap, atey will be back after this ok marilyn, i have something to settle. Aku cakap omputih memang lah terabur kan. Tergagap-gagap aku cakap. Malu aihhh. Haha!

Aku keluar je bilik aku tengok semua kain-kain aku yang lipat habis bersepah dan berterabur sampai ke dapur. Aku pon hangin. Aku nampak la ryan tengah duduk tercangak kat dapur sambil pegang baju yang aku lipat tadi. Aku pon pergi dekat dia, ryan why u did this? Atey gonna tell your mummy about this! Dia pon menangis, atey it wasnt me. It wasnt me. Its him!

Aku pon tetiba jadi takut. Dah banyak kali dia cakap dia nampak ada seseorang. Tapi aku tak percaya, sebab dia kan special, so kadang-kadang dia banyak reka-reka cerita je untuk tarik perhatian kita. Pastu aku terus peluk dia dan cakap, i know it wasnt you, stop crying ok. Come, we eat some icecream. Dia terus ceria. Biasalah budak-budak kan. Lepas tu aku panggil atey marshan yang tengah layan si marilyn.

Sebelum ni penah aku sapu daun-daun kayu, pastu aku pandang belakang, timbunan daun-daun tu macam berselerak. Banyak kali jadi macam tu, tapi aku wat derk je. Pastu bila aku tukar cadar, tiba-tiba sarung bantal tu tercabut dari bantal. Macam ada orang tarik sarung bantal tu. Aku wat derk jugak.

Lepas kes kain bersepah-sepah ni, aku panggil roberto. Dipendekkan cerita, roberto kata dia memang rasa rumah ni macam berhantu. Sebab dia penah nampak seorang lelaki berdiri tengah tengok dia tidur. Bila dia buka mata luas-luas tak ada pulak. Masa dia ajak kawan dia tidur kat rumah, kawan dia kata pukul 2 3 pagi roberto kejut dia untuk minum hot chocolate. Tapi roberto kata dia tak bangun pon malam tu. Bila dia ke dapur, nampak paket hot chocolate. Lepas tu, dia penah nampak ryan bergurau dengan seseorang sambil gelak-gelak. Mummy dia marah bila roberto cakap pasal ni. Aku pon mula rasa tak sedap hati. Padahal dorang 5 bulan je kat malaysia ni, lepas setel keje kat sini dorang akan balik manila.

Atey, why dont we investigate about this? Aku dalam hati, haa sudah budak ni. Gila ke apa, aku tak berani. Takut nanti kena sampuk. Atey, please, everythings getting nuts. We need to find out what happen. Mummy and daddy are going to jakarta this weekend, you can sleep here atey. Pleaseeeee. Mati-mati aku taknak wei, tapi aku end up tidur jugak kat sana 5 hari sebab ladyboss aku mintak temankan anak-anak dia dan jugak atey marshan. Waktu makan je aku balik rumah sebab dekat je. Kadang-kadang mak aku datang bawak nasik. Huhuhu terharu haha!

Malam pertama, aku tidur mampos. Tak ada benda menyeramkan pon. Masuk hari ketiga, marilyn ketuk pintu cakap dia ada nightmare. Aku rasa macam cita omputih je, bila anak nightmare, datang ketuk pintu mak bapak dia and dapat tidur ngan mak bapak. Jadik marilyn tidur ngan aku dan atey marshan. Aku pulak yang lemas bila 3 orang satu katil. Tak sempat aku nak rasa lemas lama-lama, roberto hantar msg dekat aku, atey come, we need to be ghost hunter. Buat lawak pulak. Aku pon bangun laa melayan si roberto ni. Ikut kan hati malas, tapi dia beria-ria. Lagi pon bila lagi aku nak romantik-romantik dengan beliau. Di kala bulan mengambang disinari cahaya bintang ni, haa gitew. Haha!

Atey, i heard something outside. Lets go outside. Aku pon cakap, roberto dont. We have to stay inside. Over berani betul lah budak filipino sekor ni. Nasib baik hensem. Aku cakap, it just a wind. Konon nya lah sebab aku pon takut hoi. Gila tak takut. Aku pon masuk tidur, aku warning roberto lagi sekali, roberto listen to me, u not going outside without me. Dia pon angkat tangan surrender, okay atey okey. Pastu membebel dalam bahasa dia. Carut aku letthew.

Dalam pukul 3 pagi, marilyn menangis sampai muntah. Pastu tarik-tarik rambut dia. Gila scary. Dia kata i saw something. Aku pon hapa lagi kan, cuak la weh. Jangan benda tu memunculkan diri. Aku tak tahu nak buat apa. Aku peluk dia tapi dia boleh tendang aku ni. Senak jugak lah perut aku ni.

Lepas tu dia dah mula meracau nak mummy dia. I want mummy, i want mummy, tanga! (bodoh). Eh sesuka kau cakap aku bodoh, aku pon hangin aku lempang muka dia. Waaa aku terlempang anak orang. Atey marshan terkejut tengok aku lempang budak tu, tercengang dia. Aku lagi la terkejut. Dah sapa suh ko cakap aku bodoh, dah la cakap aku bodoh, ko tendang aku, pastu mengamuk-ngamuk lagi. Kan kak yong dah hangin ni. Sebenarnya aku nak lempang dia slow je, tapi terrkuat pulak. Haha!

Lepas tu aku suruh atey marshan pergi ambik air satu jag. Aku baca selawat, ayat qursi, al fatihah dan sebagainya aku pergi renjis setiap penjuru dalam rumah ni. Dan selebihnya aku suruh marilyn minum dan sapu kat muka dan rambut dia. Aku tak tahu apa hukum bagi non muslim minum air ayat alquran tapi tu je yang mampu aku buat. Sebab aku teringat ada ustad buat macam tu masa rumah kacang kena kacau. Bacalah cerita aku tajuk ketuk-ketuk dan rambut. Haha promote. Eh suka aku lah kan.

Lepas tu, marilyn dah tenang. Atey marshan ambik ryan tidur ngan kita orang. Aku pergi kejut roberto. Dia pon saja je perli aku. Atey, i told u rite? There is something going on in this house. Aku pon cakap bahasa melayu, aku bukan tak percaya kau la bengong, yang kau tu bajet berani sangat nak menyiasat apadehal? Kau nak kena sampuk ke? Bagi kang!

Pastu dia macam tercengang, muahaha aku balas dendam. Dia hengat dia je boleh carut aku dalam bahasa dia, aku pon boleh. Wek!

Esoknya, aku balik bedal nasik kat umah sambil bawak marilyn. Marilyn kata 1st time dia makan gulai ikan tenggiri. Sedap gila, eh memang lah mak aku buat haruslah sedap. Yang tak sedap kalo gulai tu aku yang buat, silap-silap jadi gulai kawah. Kemain suka lagi marilyn aku bawak jalan-jalan lepas tu pergi makan rojak  buah tepi jalan. Marilyn kata i like the sos. Memang lah sedap kuah rojak tu, dah campur ngan belacan ekekeke.

Masa makan marilyn kata dia nampak ghost malam tadi. Atey, believe me, i saw it. It was so big and black. Pastu dia nak nangis, aku cakap sigina marilyn, i believe u. Ok just dont talk bout this. Lets eat this ok. Lebih kurang gitu lah aku pujuk dia. Aku pergi hantar marilyn balik dan pergi rumah jiran aku. Aku suruh imam ni datang tengokkan rumah.

Jadi ustad dengan bini dia pon datang. Ustad cakap ada benda tumpang ni. Jadi aku pon cakap dekat atey marshan, yang ada someone who is very religious and expert about ghost comes to see this house. Haha, aku pon tak tahu nak explain dekat atey marshan. Takkan aku nak cakap ustad, mau ternganga makcik ni nanti.

Ustad ni azan dalam rumah dan ada baca-baca sikit. Lepas tu bunyi pintu terhempas kuat gila diikuti dengan angin yang sangat kuat. Ustad kata benda tu dah lari, dia dah buat perjanjian. Senang aje nak bagi benda tu keluar sebab dia bukan duduk sini. Dia tumpang aje. Ustad kata insyaallah tak ada apa-apa dah. Insyaallah tak akan ada gangguan lagi dah. Aku sempat buat pakatan terpimpin dengan ustad jangan bagitau mak aku pasal ni sebab aku still nak kerja dengan famili ni. Dorang sangat-sangat baik. Dan roberto sangat-sangat hensem haha!

Aku explain dekat atey marshan dan roberto yang benda ni nak tumpang je. Dan roberto jangan balik lewat-lewat sangat tengah-tengah malam sebab tu benda tu ikut. Haa kau bayangkan lah macam mana english aku berterabur nak explain pasal ni.

Lepas 5 hari ladyboss dan husband dia balik. Aku pon cerita dekat dia dorang. Aku ingat dorang nak marah sebab bawak orang lain masuk rumah tapi dorang sangat-sangat berterima kasih dekat aku. Dah lama rumah ni rasa macam tak tenteram. Walapon dorang hanya akan duduk selama 5 bulan, tapi tak penah rasa aman. Ryan pon jarang dah buat perangai. Aku pon buat kerja macam biasa. Pukul 6 aku blah, kadang-kadang pukul 8 aku chow. 

Sekarang ni famili filipino ni dah balik negera dia dah. Tapi kita orang still contact ikut fb. Sedih woo. Aku yang over-over nangis masa dorang nak chow tu. Sebab dorang takde kawan pon kat sini, kecuali kawan-kawan class muzik si roberto dgn marilyn tu lah. Aku ni berangan la jugak dorang nak ajak aku pergi melawat manila fully sponsor tapi tak hado. Padan muka aku.

Lepas kerja dengan dorang, aku pon kembali duduk rumah dan berusaha untuk mengetatkan lagi jeans-jeans aku.

__________________

Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

waaa.... gelak sengeh2 aku baca stori ko..

apsal ko tak ayat je mamt roberto tuh? hahaaa...

untung2 ko terus duduk filipino.

so, umah tu skang dah ok la ek? dorang tak nak dtg sini lg ke? musti diorg carik enko lagi kan suh jadik bibik lagi.. hahahaaa...

untung la ko kot2 dapat2 baju ngan tudung lapan pasang lagi ke... siap ngan patung2 dia dorang kasik..

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

oittt cengko dok ... nko hingat senang ke mataku matamu yang julinng itik  nii nak ngorat si roberto tuu ...

dah ler kulit kusam ... idong macong jugak .. bak serombong kapal ...

umor tu haaa .. umo .. nko bayangkan .. budak mataku matamu juling niii dah abis degreee .. umor berape?

sebab tu ... layan jadik bibik jerrr ... kik kik kik kik ....

aaa .. adik mataku matamu juling itik serati ...

besh jugak laa citer nko nii ..

cumer lawak dia tu ... ngalahkan citer seram ....

bak mpat puluh kupang ke ...

aku nak masak air ... cicah ... sambal kicap..

pasal? aku dah puji citer nko besh ... hik hik hik

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

cengkodok puteh wrote:

ko gila aku tak ayat budak roberto gila nk mampos hensem dia tuh?? aku ayat tapi pakai bhasa melayu, sah2 la beliau tak paham. ada sekali tuh kan, dia cakap omputih, pastu gelak2. aku pon gelak2. aku terus cakap yes of course. sebab nya aku tak paham. english dia tggi sangat..aku taknak la menghampakan dia kononnya. rupanya dia kutuk aku. kuang ajaq.. umah tu kosong rasanya. kot ada org len sewa aku xtau lah. lama tak lalu lorong umah tu. sebab umah tu jalan mati. jadik memang tak lalu lah. mmg tak lah aku rajin sgt nak lalu saja2. aku tanya gak roberto, dia kata entahlah, slalu nya skejap2 je dorang kat satu2 negeri. selebihnya kat manila.

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

badda2 wrote:

oittt cengko dok ... nko hingat senang ke mataku matamu yang julinng itik  nii nak ngorat si roberto tuu ...

dah ler kulit kusam ... idong macong jugak .. bak serombong kapal ...

umor tu haaa .. umo .. nko bayangkan .. budak mataku matamu juling niii dah abis degreee .. umor berape?

sebab tu ... layan jadik bibik jerrr ... kik kik kik kik ....

aaa .. adik mataku matamu juling itik serati ...

besh jugak laa citer nko nii ..

cumer lawak dia tu ... ngalahkan citer seram ....

bak mpat puluh kupang ke ...

aku nak masak air ... cicah ... sambal kicap..

pasal? aku dah puji citer nko besh ... hik hik hik

 wei aku 24 lah. hahahahha, malu laa nak mengaku umor hahahaha. tapi mak aku selalu cakap umur 24 mengalahkan umur 14 tahun. jadiknya mak aku sendiri aku mengakui aku ni babyface(mak aku double meaning sebenarnya). nanti lah aku buat cerita seram yang tak kelakar. tapi kadang tu berusaha dah tak buat ayat bangang, tapi jadi jugak bangangnya tuh. nanti gua story gua pergi teman si badigol ambik dokumen kat office pukul 10. badigol tu sape lagi lah kan, spupu aku yang satu tuh.

__________________

Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

menarik....setiap kali ade cite dari mataku juling ni tak terlepas aku membacanya....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi

aku bapa si comel

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

mataku wrote:

huh .. babyface la sangatt ..... tu perasan .. mcm comel jek macam comel jek ... kekekekek ...

ehh .. nko marah ke adinda mataku matamu kero? ...

(nko tau x kero tu apa? cakap jawe beb .. kero = juling .. kih kih kih ..

ape .. nko hingat kero tu cantik? kekciss ...)

x pelah dik .. sebenornya aku amat terujer lagik sukaciter lagi sukaciti .. pabila membaca citer seram nko tuhh ...

sebab? tau ler aku betapa badigolnya nko .. sama cam sepupu nko ... kik kik kik

adinda g preedem ...

lupa la pulak nak cakap ... amat berterimer lah kasihnya kami kat ... nko ... nko n nad n .. sape lagik kolo x naufall ....!!!

bagi buah tangan ari tu .... err .. dodol yg comel .... gule melake yg comel .. err .. tu ape tu kerepek pulut kering kaler kaler tu ..

aaa.. kolo kat johor panggil .. aduhh .. luper laaa pulakk .....

err ... lagik ... kuih kelapa semut yg comel .. seme comel comell .. cam .. sapa lagikk ,.. kalau x naufalll ....biggrinbiggrinbiggrin)

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:

sampai sekarang ker ko tak koje?.
aper nak jadi dah.dah beraper lamer mkn anggur?

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

wak parjo wrote:

sampai sekarang ker ko tak koje?.
aper nak jadi dah.dah beraper lamer mkn anggur?

 sjak bulan 11 hari tu. dah masuk 5 bulan. aku apply, pergi intrview tapi tak dapat lah. aku pon sedeh gak la memikirkan kehidupan aku ni. sekarang ni tggu jawapan dari company2 ajelah. sob sob sob.

__________________

Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

tu la ko, cer ko gi interbiu keja sapu2 lantai kat sopping mall, tak pun interbiu jaga jamban...

kompom dan dan ko bley stat keje.

aaa.. tak pun ko interbiu ngan aku je la. ko ada degree ek? er... nak mintka jadik cikgu anak aku takut pulak anak aku jadi mengong cam kauuu...

palin glayak jadi drebar anak aku pegi balik sekolah je la. ok tak? gaji ikut hari keje, aku bayar 40 keping daun petai...

buleh buat ulam ko makan lunch. hahaaa..

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

cengkodok puteh wrote:

tu la ko, cer ko gi interbiu keja sapu2 lantai kat sopping mall, tak pun interbiu jaga jamban...

kompom dan dan ko bley stat keje.

aaa.. tak pun ko interbiu ngan aku je la. ko ada degree ek? er... nak mintka jadik cikgu anak aku takut pulak anak aku jadi mengong cam kauuu...

palin glayak jadi drebar anak aku pegi balik sekolah je la. ok tak? gaji ikut hari keje, aku bayar 40 keping daun petai...

buleh buat ulam ko makan lunch. hahaaa..

wei aku dah pergi mintak housekeeping kat hotel, tapi tak dapat waaaaa aku g bakar gak company tu nanti.

aku penah jadik cikgu tuisyen hihihi..

selalu je aku rasa nak cekik2 budak2 ni..

aku ajar byk kali tak paham2.

last2 sekali aku yang rasa nak menangis hahaha.

 ngahahaaa....

ni bukan cikgu ngajar anak murid..

anak murid yg ngajar cikgu ni... huhuuu...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..

Senior Member

Status: Offline
Posts: 130
Date:

ADEH..senak perut akak membace nye..
udah nak putus urat kentut

hmm roberto tu hensem sgt ke mataku?
eheh gatai lak akak sekejap..
heh ade keje kosong bab masak2 kang

offer2 la kak ek..
hehe..kut la depa suke nak makan putu mayam ke
hoho...

__________________

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

mataku wrote:
cengkodok puteh wrote:

tu la ko, cer ko gi interbiu keja sapu2 lantai kat sopping mall, tak pun interbiu jaga jamban...

kompom dan dan ko bley stat keje.

aaa.. tak pun ko interbiu ngan aku je la. ko ada degree ek? er... nak mintka jadik cikgu anak aku takut pulak anak aku jadi mengong cam kauuu...

palin glayak jadi drebar anak aku pegi balik sekolah je la. ok tak? gaji ikut hari keje, aku bayar 40 keping daun petai...

buleh buat ulam ko makan lunch. hahaaa..

wei aku dah pergi mintak housekeeping kat hotel, tapi tak dapat waaaaa aku g bakar gak company tu nanti.

aku penah jadik cikgu tuisyen hihihi..

selalu je aku rasa nak cekik2 budak2 ni..

aku ajar byk kali tak paham2.

last2 sekali aku yang rasa nak menangis hahaha.

wahhh ... adinda mataku mataku juaa ...

kolo laahhh anak aku bertusyen kan ngan nko ...

kompem ... bengkak benjol nko punye mata ...

sebab? anak aku pon lbih kurang anak-anak cengkodok jugak ..

cume lebih anak cengkodok sikitlah... dia punyer terjal tuuu ..... kih kih kih

(anak aku = anak kambeng)

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

badda2 wrote:
mataku wrote:
cengkodok puteh wrote:

tu la ko, cer ko gi interbiu keja sapu2 lantai kat sopping mall, tak pun interbiu jaga jamban...

kompom dan dan ko bley stat keje.

aaa.. tak pun ko interbiu ngan aku je la. ko ada degree ek? er... nak mintka jadik cikgu anak aku takut pulak anak aku jadi mengong cam kauuu...

palin glayak jadi drebar anak aku pegi balik sekolah je la. ok tak? gaji ikut hari keje, aku bayar 40 keping daun petai...

buleh buat ulam ko makan lunch. hahaaa..

wei aku dah pergi mintak housekeeping kat hotel, tapi tak dapat waaaaa aku g bakar gak company tu nanti.

aku penah jadik cikgu tuisyen hihihi..

selalu je aku rasa nak cekik2 budak2 ni..

aku ajar byk kali tak paham2.

last2 sekali aku yang rasa nak menangis hahaha.

wahhh ... adinda mataku mataku juaa ...

kolo laahhh anak aku bertusyen kan ngan nko ...

kompem ... bengkak benjol nko punye mata ...

sebab? anak aku pon lbih kurang anak-anak cengkodok jugak ..

cume lebih anak cengkodok sikitlah... dia punyer terjal tuuu ..... kih kih kih

(anak aku = anak kambeng)

 chesss... sungguh nakharom kata2 mu wak...

ade ke anak aku sama ngan anak kamben beliau.....

tapi... sat..  sat nooo...

anak wak =  anak kamben.... wak, ko beranakkan kamben ke?

muahahaaaa...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:

aper susah,ko kawin jer nagn aku.takyah pikir nak carik koje.hik.hik..
bini no 3..

__________________

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

wak parjo wrote:

aper susah,ko kawin jer nagn aku.takyah pikir nak carik koje.hik.hik..
bini no 3..

wak kaya tak?

aku ni makan banyak.

shopping lagi.

larat tak? kahakhakhakah.

__________________

Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Wuihh Mataku, kalau ko nak yg kaya..

Ko kawen laa dengan Matematik ke, GaBRiEL ke..  diorg tu sunggoh kaya..

Kalau ko tak caya cube ko check perut diorg tu seko2.. kaya sunggoh perot diorg tu..

Penuh dengan kekayaan perut diorg tu..  ada tiga kuota masih boleh isi lagik tu..

Nak ke..?

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

Ijoi wrote:

Wuihh Mataku, kalau ko nak yg kaya..

Ko kawen laa dengan Matematik ke, GaBRiEL ke..  diorg tu sunggoh kaya..

Kalau ko tak caya cube ko check perut diorg tu seko2.. kaya sunggoh perot diorg tu..

Penuh dengan kekayaan perut diorg tu..  ada tiga kuota masih boleh isi lagik tu..

Nak ke..?

  aku ni nak je, pasal aku gatal.

masalahnya aku kesian kat depa nanti.

malanglah saper dapat aku ni.

masak pon ke laut.

hari2 menu sama, sup ayam, ayam kicap. up sikit tomyam yang rasa air je (adik aku kutuk)

itu je lah yang pandai aku buat.

selain itu aku pandai mesin, sidai, lipat kain. hah advance tu uols. 

hahahhaa..

__________________

Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

haaa... dah okla tu ke laut. untung2 jumoe putera dugong, kan ke ensem tu. ahaks...

kalo ke gunung apa yg ada? big foot je la.

tapi kalo bigfoot tu tetibe je... ting.... transform jadi putera kacak pun ok gak kan....

kelentang... kelentung.... kung.. kung.... (efek bunyik periuk bonda melantun2 kena kepala matamu..)

oit bangun oii... ko hengat ni citer beauty and the beast ke?

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

sengaja aku upkan posting nie ... untuk haposkan postin budak mapoh lobak tuuuu ....

kang aku gigit kang budak tuuu ..... menangis sepanjang tahun kangg .....

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

jgn baddar....jgn gigit anak org tu....

nnt hilang telinga ke...hilang hidung ke...kan dah cacat....nnt sape nak tanggung....aku jugak...klu anak dara takpe la jugak.....klu anak jantan.....beban aku...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi

aku bapa si comel

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

kolo gigit pong ... bukan tang mana mana ...

aku cume nak gigit telinga budak nie jerk ..

maklom laaaa ..... banyak banyak posting dekat 30 thread beb ...

menatang menatang entah pa ke bendanya dibuat ...

macam x de keje lain ..

bak sini aku gigit barang mpat lima nam ketul sepesis ..... gigitan love bite ..

nak kau???

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ermm...ermmm...malu la...

lalu g preedem...berlari dgn lemah gemalai berlari menuju ke bawah dapur....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi

aku bapa si comel

Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

baru baca...wahhhh

pengalamn yg memang rare kau mataku heheheh...

roberto dah ade gepren??

hape name fb die?? ekekkek

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....

Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

wah reza nak cari boypren filipin ke....huhuhu

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi

aku bapa si comel

Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

hahahha sekali dua kala ke oberseas sikit taste nye ahhaha

aku ada satu kawan ni tau...doktor pakar..cina...

umo dalm 28 camtu..keje bmw die je cecah 2j...perghhhhh

die ni china+caucasian...kulit die...perghhh ghasa nk je cubit2 pipi tu...

tpi...tu lah..apa pon..cina kan..nk kat kita..tp semua 'minta halal' je hahaha

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard