Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: gula-gula putih ke tu??


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:
gula-gula putih ke tu??


Assalammualaikum...

hai hai haiii.. ni pengalaman aku masa zaman muda mudi dulu (read: kanak2 ribena)

 

abah aku ni kan suka sangat bercerita kat aku. cerita hikayat, cerita lagenda, cerita dongeng, cerita tipu.. pedulik hape aku kalau kena tipu pun. bukannya aku tau. masa tu kan kecik lagi kan? Hahaha

 

satu hari tu aku & adik2 melepak kat bilik mak abah aku. mak tengah lipat baju kat tepi katil. abah pulak kat atas katil baring2 dgn anak2nya sambil bercerita & berteka-teki. hahaha teka-teki yg mengarut2.. abah aku layankan je anak2 dia yg entah hape2 ni. i love u abah!

 

nak dijadikan cerita.. tengah syok2 mengarut dgn abah & adik2. aku baringla menghadap tingkap. pastu kaki aku landing baik punya kat dinding bawah tingkap tu. sambil kaki tersebut berjoget riang.. ekceli tingkap bilik mak abah aku ni jenis sliding. tapi cerminnya x jernih.. cerminnya jenis legap. faham x? cermin kaca tu macam cermin biasa. tapi x jernih. x boleh nampak ke luar, x boleh nampak ke dalam. cuma boleh nampak bayang & warna je. imejin la sendiri ye dalam pada itu aku terlihat bayang berwarna putih (pehh ayat. menangis sasterawan negara). melompat-lompat melintasi tingkap bilik. bilik mak abah aku ade 2 set tingkap. 1 set ada 2 sliding tingkap. saiz 1 sliding tingkap tu je dah sedepa dewasa saiznya. so total saiz tingkap bilik tu adalah 4 depa dewasa. besar tau. panjang 2 set tingkap tu pun sebelah menyebelah je. faham x? aku x reti nak explain.. aku perhati je.. dari penjuru tingkap sini sampai penjuru tingkap sana.. (kaki aku kat tengah2 sliding tingkap ke 3). benda tersebut cuma buat 3 kali lompatan je. kalah atlet lompat jauh olimpik tau

 

memang ak perhati je sampai benda tu habis melompat. pastu baru aku tersedar. aku terus melompat bangun nak bukak tingkap. aku nak tengok la jugak amende kah yg telah melompat itu. tapi abah aku halang. dia cakap jangan bukak sebab dah malam. x elok.heh. terbantut dah niat aku. tapi aku tengok muka mak & abah aku pun memang dah lain. macam sembunyi kan sesuatu. handal pulak aku masa tu boleh baca air muka orang kan? tapi memang x tipu hoihh. terus mak aku suruh kami adik beradik keluar bilik suruh main kat luar (read: bukan luar rumah. tapi luar kat ruang tamu)

 

seterusnya.. tersebar 1 kampung orang nampak gula-gula (read: pocong) melompat-lompat tanpa segan silu dari rumah ke rumah. ramai yg dah nampak. gula-gula tu tawaf dari rumah ke rumah. xtau la dia nak carik apa. pastu aku dah x dengar apa2 cerita dah pasal gula-gula tu. sebab kecik lagi kan. mana nak ambik tau sangat

 

sekian terima kasih

 



__________________
~ i like to move it move it.. u like to..? ~


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 90
Date:

ermm... seram jugak.. cbb bila bc duk bayangkan gula-gula (read : pocong)
huhuhu..

__________________

semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA... 



Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:


masa kecik dulu x amik kesah sangat. bila dah beso panjang ni rasa kepohci jugak la.. hehehe

pernah masa tahun 2006 masa tu aku tingkatan 5 aku tido sorang2 kat bilik. memang selama ni aku tido sorang2 pun. aku slalu baca novel sampai lewat malam. selagi novel tu x habis aku memang xkan tido. x pasti masa tu dah pukul berapa. lewat malam dah. tetiba bunyi anjing menyalak kuat gilaaaa.. betul2 kat luar tingkap bilik aku. terkejut sangat... lama dia menyalak. nonstop! orang kata... kalau anjing menyalak panjang camtu dia ada nampak something (read: makhluk halus)

aku ni nak kata penakut sangat tu tak jugak. tapi rasa ingin tahu tu memang membuak-buak... aku nak selak langsir nak tengok kat luar. bila aku nak selak je anjing tu berhenti menyalak. so aku cancel la nak menyelak. bila aku baring balik ke katil. anjing tu sambung menyalak balik. 3 kali jugak la aku bercadang & mengcancel nak menyelak langsir

dalam fikiran aku ni terbayang2 jugak benda tu tetiba terjungul kat depan tingkap tu kan.. hahahaha meremang segala bulu-buluan. terus cancel lagi... aku terus padam lampu. tido lagi bagus..

esoknya aku bergosip dgn adik pasal malam tadi. adik aku cakap dia xde dengar ape2 pun. dia malam tdi tido pukul 4. sebab mood dia tengah rajin ubah2 perabot dalam bilik. tapi memang ak tau pun adik aku tengah ubah2 suai bilik dia. sebab aku dengar dia alih2 katil & almari. tapi mustahil jugak la dia x dengar kan? bilik kami sebelah menyebelah je.. adakah itu cuma khayalan di minda ku?? masih tiada jawapan pasti.. yang pastinya rumah mak abah aku ni memang angker. banyak je cerita misteri dari aku kecik sampai dah tua bangka ni..

nanti aku cerita lagi kat entry2 yg lain ek.. hihihiiiiii

__________________
~ i like to move it move it.. u like to..? ~


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

choo choo...smbung sini je cepat skit ye...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard