Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Misteri Segitiga Bermuda Yang Belum Terungkai...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:
Misteri Segitiga Bermuda Yang Belum Terungkai...


Misteri Segitiga Bermuda Yang Belum Terungkai...
 
Korang minat tak dengan cerita-cerita misteri? Saya kalau bab-bab misteri ni memang peminat nombor 1..Cerita hantu, UFO, Illuminati, lagi benda pelik-pelik yang jadi kat dunia ni memang best kalau nak baca. Tak boring...Sebabnya...Misteri...........Huhu. 
 
Kali ni saya nak share cerita berkaitan dengan misteri segitiga Bermuda..Memang misteri kan cerita ni..Sampai sekarang pun orang tak tau macam mana kapal besar-besar tu boleh hilang sampai tak dapat dikesan..Pelik! Besar tapi habuk pun tak jumpa...Kalau korang peminat cerita-cerita misteri ni boleh la join sekaki ngan saya..Terjumpa aktikel lama-lama kat dalam laptop ni jadi saya pun share la k..Meh baca meh..^_^.
 
  
KEGEMBIRAAN Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri. Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.

Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.

Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.

Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.

Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.

Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.
 
 
lokasi+bermuda-triangle.gif 
 
Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali Segitiga Bermuda itu.

Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!

Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.

Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya menelan kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.

Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.

Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami gangguan sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.
 
Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.

Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.

Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.

Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.

Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.

Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.

 
 
UFO.jpg
 

Sejak itu, cerita mengenai UFO yang menculik C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.

Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes. Ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.

Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.

 
 
Black+hole.jpg
 

Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.

Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu.

Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini......
 
 
 



Sumber http://www.zuarxpdc.com/2011/01/misteri-segitiga-bermuda-yang-belum.html#ixzz2vdi3Joic



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 90
Date:

minat sgt..!!! seronok dpt bc kisah2 dr jerung kiut.. nnti post lagi banyak2 k.. :D

__________________

semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA... 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Haku pong minat gak pasal misteri2 alam ni, cuma pasal hantu2 je yg kureng sikit..

Tapi kebanyakkan kes hilang bermuda triangle ni berlaku zaman2 dulu, sekarang dah jarang atau takde lagi..

Sebab teknologi mencari zaman tu masih low agaknya.. kawasan bermuda tu pun bukannya kecik..

Tapi nak ikutkan, zaman skrg dgn teknologi canggih pun, pesawat masih hilang, bukan kat bermuda jer, seluruh dunia..



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Cuma yg tak dapat dijelaskan pasal kat bermuda tu, kapal2 laut yg ditemui tanpa sorang pun anak kapal, tanpa kesan2 kapal kena rompak ke apa, pelampung dgn bot kecemasan langsung tak terusik. tu yg misteri kat bermuda triangle ni..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

menurut ustaz aku...segi tiga bermuda tu satu tempat yg indah....satu tempat yg tidak dapat dilihat dgn mata kasar...pantainya di penuhi dngn emas dan intan berlian....sapa sapa yg sampai taknak keluar dari situ....tapi di sekeliling tempat tu di kelilingi dgn syaitan dan iblis kafir yg mana akan menghalang sesiapa yg cuba memasuki tempat itu...

tu yg ustaz aku cakap la...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

sama dgn apa yg dikisahkan dalam pelayaran Iskandar Zulkarnain kat laut bermuda.

Mungkin diorg sendiri terjun dari kapal kot?.. tu yg kapal balik kosong jee..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 620
Date:

Cerita ni aku baru dengar. Betul ke tu?
Skrg masih ada x jerung?

Preedom,ustaz tu ckp apa lg? Kongsi lg boleh? Best laa baca cerita mcm ni.

__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

setakat ni tu je yg ustaz den cakap....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

hoh papedom? ye ke ustaz ko ckp mcm tu?

*kemas baju naik kapal*

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ye puan bingka....ustaz yg aku yg cakap...aku cuma memanjgan ka cerita ni....

ko plak ape cerita....lama tak nampak ko....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

mrbingka wrote:

hoh papedom? ye ke ustaz ko ckp mcm tu?

*kemas baju naik kapal*


 

weiii .. adinda merbingka ubi ubian ...

udah lama x nampak adindaaa ...

rindu banget sama adindaa ...

apa khabar adinda? udah jumpa mr right?

anak murid camna cikgu?



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

preedom: hikhik bz weyhh.. ni pon sbb dh fedup ngadap keje tu yg melawat sini jap :D

mak badda : alhamdulillah sihat sajaaa.. hihi.. dah one step closer nk membina masjid gittew.
memori lalu dh lama terkubur dalam gc wahai mak badda. eh igt lagi ke citer dulu? hahaha

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

bingka tu la ko....bila dah fedup baru nak jengan gc ni....cuba la hari hari ko join gc ni xde la fedup tu dtg menjelma...

mcm selalu bonda baddar kata "buah cempeliak di luar pagar,ambik galah tolong jolokkan....anak murid ko tu semua baru belajar,klu salah jgn la ko tunjal kepala diaorg....

wpun xde kaitan....aku saje je nak bg pnjg....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

hahaha ko preedom.. hari2 lepak sini ke?
bagus jugak tu. boleh melambatkan proses penuaan hahaha

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

mrbingka wrote:

preedom: hikhik bz weyhh.. ni pon sbb dh fedup ngadap keje tu yg melawat sini jap :D

mak badda : alhamdulillah sihat sajaaa.. hihi.. dah one step closer nk membina masjid gittew.
memori lalu dh lama terkubur dalam gc wahai mak badda. eh igt lagi ke citer dulu? hahaha


 

wahhhh ... adinda bingka ubi yang manis lagik wangiiii ..... (wangi ke? iskkk .... nie ade bau nii ... DNK ... wangi gitew ..)

sampek ati bertunang x menjemput jemput pisang ke .. jemput ikan bilis ke ...

kolo x buleh jugak datang ke .. perak (??) ngan si Nad dan g preedem yang ensem gitew ... (ensem ke? cam kambing jiran aku tuu .. ensem kambing jiran aku tu sikit jeww)

 

pasal citer dulu ..? iskkk .. mane buleh luper.... err .. org tu masih kat m'sia timur ke?

yg tu tu tu ... masih kat australia ke?  yg sorang lagik tuu ... masih kat uganda ke? kih kih kih ... berape banyak nii ..

saje buat gosip ... nguah nguah nguah ...



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

aku mmg tiap tiap hari online....tapi ape kan daya sape la yg ade lagi dlm gc ni....sementara aku ade opera mini percuma tu yg online hari hari....

betul la kata baddar...nnt nak nikah jemput jemputan la...nak jugak jumpa in person ngan ko....

baddar aku dah jumpa....mmg cun melecun la baddar ni....tapi masa dia muda dulu la....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

g_freedom wrote:

aku mmg tiap tiap hari online....tapi ape kan daya sape la yg ade lagi dlm gc ni....sementara aku ade opera mini percuma tu yg online hari hari....

betul la kata baddar...nnt nak nikah jemput jemputan la...nak jugak jumpa in person ngan ko....

baddar aku dah jumpa....mmg cun melecun la baddar ni....tapi masa dia muda dulu la....


 

huihhhhhh ... sememangnya aku nie cun melecun tauuu .... jaman aku muda dulu laaa ...

kolo x ... x kan ade yang terluka jari tatkala aku hantar kad jemputan .... sampai menulis surat pon ade kesan darah yang menitis .....

akibat terkezut ... aku nak kawen .... nguah nguah nguahhhh ...

 

elehhhhh ... adinda g preedem nie apa kurang ... beliau pong ensem .... jaman beliau umor 20 an laaa ...

kolo awal 20 an ... nak jugak aku pinangkan .. untuk anak aku ... iskkk ... anak aku baru lepas spm  ... owhhh tidak ...!!!!

x pelah g predem ... elok laa tuu dah jadik papa kepada naufall yang comelll comelll comelllll bangetttt ...... biggrin



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

badda2 wrote:

         wahhhh ... adinda bingka ubi yang manis lagik wangiiii ..... (wangi ke? iskkk .... nie ade bau nii ... DNK ... wangi gitew ..)

sampek ati bertunang x menjemput jemput pisang ke .. jemput ikan bilis ke ...

kolo x buleh jugak datang ke .. perak (??) ngan si Nad dan g preedem yang ensem gitew ... (ensem ke? cam kambing jiran aku tuu .. ensem kambing jiran aku tu sikit jeww)

 pasal citer dulu ..? iskkk .. mane buleh luper.... err .. org tu masih kat m'sia timur ke?

yg tu tu tu ... masih kat australia ke?  yg sorang lagik tuu ... masih kat uganda ke? kih kih kih ... berape banyak nii ..

saje buat gosip ... nguah nguah nguah ...


 org ckp jgn heboh2 hihihi... :) insyaAllah semua akan dijemput yer hihi.. g preedem ngan nad pon sama. lama dah nk jumpa korang. dari aku duk tg malim lagi hahahaha... ICU lagi sorang. haha teringin nk jumpa dia lol. 

ermm hidup lagi la kot mak badda hahaha!.. ape2 pon aku doakan yg terbaik je buat semua. benda dh lepas :) 



__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ha mcm ni la bingka....hari hari online...meriah skit....

ni asyik baddar je yg ade .... bosan la plak.....

hehehe sori baddar....bukan ape saje je nak bagi dlm hati bingka ade bunga bunga skit.....



__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

g_freedom wrote:

ha mcm ni la bingka....hari hari online...meriah skit....

ni asyik baddar je yg ade .... bosan la plak.....

hehehe sori baddar....bukan ape saje je nak bagi dlm hati bingka ade bunga bunga skit.....


 

 

owhhhh pandaailah nko busan bila dpan bingka ubi nii ...

kolo x ... huh ... aku ler yg nko kate baik lah itulah inilahhh ....

kalau aku x de ... busanlah hidup nkoo ...

rupernya nko menanam tebu di tepi bibir ye g preedeng ,.....

 

apalah susah susah nak tanam tebu tepi bibir .... menyiksekan jerkk ...

tanam ler depan rumah .... kan ke senang ... nguah nguan nguah

 

 

(saje jek aku upkan posting ini untuk menghaposkan posting budak mopolobak tuuu .. hoh hoh hoh)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

mana ade aku tanam tebu kat bibir ni baddar...klu tanam pun tak tumbuh sbb bulum sempat nak tanam tebu tu dahkena telan oleh mesin tebu......

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard