Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 10 pERKara LElaki pERLu tahU tENtang wANita


Senior Member

Status: Offline
Posts: 302
Date:
10 pERKara LElaki pERLu tahU tENtang wANita


Hari ni aku nak bercerita pulak tentang 10 perkara lelaki perlu tahu tentang wanita.

1. Sensitif 
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet 
Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang-kadang wanita mahu lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus 
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas 
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Untuk yang ni, betul ke perempuan ni betul-betul ikhlas?

5. Korban
Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami.


6. Prihatin 

Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja 
Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.

8. Ego 
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta
Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks 
Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi LELAKI adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya!. 






__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 945
Date:

bagus utk panduan lelaki2 yg berangan nak jadik suami yg baik.

aku up lagi.....

15 PERKARA WANITA PERLU INGATI UTK MENJADI ISTERI YANG BAIK A.K.A SOLEHAH (AMINNNNNN...)

1. Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

2 Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

3. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

4. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

5. Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

6. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

7. Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

8. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

9. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

10. Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

11. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

12. Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

13. Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

14. Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

15. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 302
Date:

waa..aku bagi kau 10 kau bagi aku 15 plak yerr...huhuhu..akan ku cuba menjadi yang terbaik untuk yang

terbaik..aminnnn



__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 2363
Date:

3 tentang lelaki yg contra dari perempuan.

#1. Lelaki jarang/susah merajuk dari perempuan tapi kalau lelaki merajuk dgn pasangannya, maknanya ia betul2 terasa hati dgn perempuan, sebab tu kadang2 kalau lelaki merajuk, ada yg hilang atau putus terus atau ia langsung taknak tengok terus muka pasangannya.
Beza dgn perempuan yg sikit2 merajuk, tak belikan eskrim pun merajuk, belikan kacang parang je boleh pujuk.

#2. Lelaki lebih banyak memikirkan tentang seks berbanding perempuan. Tapi lelaki lebih segan utk membincangkan tentang seks secara terbuka berbanding perempuan.

#3. Lelaki lebih suka berahsia tentang apa2, terutama bila bersedih sedangkan perempuan lebih suka berkongsi tentang apa2 pun, kalau sedih lagi la kalau boleh nak semua org pujuk nak nangis dalam tren.

Dah laa, tokleh banyak2.. rahsia sikit baru best.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 302
Date:

berdasarkan pengalaman aku,laki ni kalu merajuk angkut skali selori ego...xdak bertimbang rasa kalu pown dah dipujuk pown still nak tunjuk hebat sangat ego sangat...huh..mad.gif

memang pompuan lebih terbuka dalam membincangkan soal ni..tapi bukan bermakna pompuan ni xtaw malu just berkongsi pendapat tentang isu ni tapi masih sensetif dalam isu keterlaluan..tapi ada jugak yang xsensetif dan suka membincangkan isu rumah tangga sampai la kekamar tidoqnono....tapi xsemua la macam tu ok..

xsemua pompuan suka berkongsi rasa hati yang mengbebani depa..pompuan pown ada yang pandai simpan rahsia ok...yang sangat pandai..macam aku la...hihi



__________________

aNAK maK abAH akU

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard