Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PENGHARGAAN TO MUMMY & DADDY KITA2 SEMUA : PEKERJAAN IBU2 & BAPAK2 KITA


Super Member

Status: Offline
Posts: 945
Date:
PENGHARGAAN TO MUMMY & DADDY KITA2 SEMUA : PEKERJAAN IBU2 & BAPAK2 KITA


wokeh, memandangkan ada sambutan dari Puan Sri Utama Nad a.k.a bini preedem.. jom kita mengimbau kenangan pekerjaan mak2 atau ayah2 kita sumer nak...

bukan niat nak pandang rendah pada sesape, cuma untuk ingatan kita betapa diorang dah bersusah payah mengerah kederat nak membesarkan kita sampek kita dah sexpert ngan IT2 sampai terjebak dalam GC ni.

wokeh... aku mulakan..

***********************************************************************************************

ayah aku dolu memang orang susah. belajar takat darjah 5 sebab bapak dia (arwah tok aku) meninggal, tak sempatkan nak abiskan darjah 5 pun. ayah aku anak sulung, jadi bila bapak dia tak de semua tanggungjawab terpikul atas bahu jemala dia.

sebenarnya tahun dia aa exam untuk jadik ostat bertauliah. tapi disebabkan beliau lagi pentingkan keluarga makanya beliau mengorbankan peluang yang menjanjikan masa depan yang gilang gemilang demi adik2 terchenta. mengamuk jugak la ostat beliau bila mengetahui beliau memberhentikan diri dari sekolah mengenangkan beliau adalah antara student pilihan ostat tersebut utk lulus exam yang sangat2 dinantikan.

macam2 kije la ayah aku buat, antaranya menoreh getah di kebun orang, kerja kebun, kerja di kilang getah, kerja di kilang kain, macam2 lagi la. haa... korang nak tau tak mak ayah aku dok kat hulu langat. korang tau tak betapa hitamnya aura langat ni dulu, orang luar takut nak masuk. banyak antu & ilmu2 yang dah sah2 tak kaler putih. ayah aku ni pulak jenis ati kering. dah jumpa bley buat2 cam tak nampak tapi kaki patah balik rumah. yelah , kesusahan idup menjadikan hati beliau sekeras batu.

beliau pegi kije naik beskal, seawal 3.30 pagi dah mengayuh ke kajang meredah hutan gelita yang penuh ngan antu2 tu. jalan dulu korang ingat macam jalan sekarang. tu pun nasib baik ada jugak beskal tua sbg transport rasmi ayah aku.

aku ingat dulu masa akak aku kecik beliau kerja kilang getah, korang tau tak kilang MARDEC? haaa... kat situ la ayah aku kije. balik umah hasrat ati nak bermanja2 dengan anak2 berkucai bila akak aku dengan tak de ati persaan cakap ayah aku bau busuk. memang la busuk tempat tu dengan susu getah cair beku sume, dengan cuka getah lagi, dengan macam2 bahan yang bau busuk. mana la ayah aku tak busuk macam tempat tu.

tapi sib baik hasrat dia nak beramas mesra aku tak dirijek. cam ne aku tau? yelah, kalu hasrat tu dirijek tak ler kitorang yang berderet2 ni wujud. 9 woiii. ngahahahaaaa...

hebat tak hebat ayah aku, rezeki fulus tak banyak mana tapi rezeki anak ALLAH dah sediakan cantekkkk utk beliau laki bini. bila jumlah anak makin upgrade  maka kije ayah aku pun ikut diupgrade jugak. alhamdulillah.

kerjaan dia yang last... sebagai pilot RTM.. heheeee... saje aku mengupgrade jawatan hakiki dia. dia drebar kat situ. rezeki beliau kat situ memang murah. rezeki dari segi income bulan2, rezeki dapat jumpe orang besar2... sampai kerabat brunei pun beliau jumpa malah beliau adalah pilot pilihan sesetengah pegawai & orang2 besar termasuk kerabat brunei tersebut. rezeki beliau pegi makan angin. yelah, sebagai seorang pilot yang bertauliah udah barang tentu la beliau akan selalu menghantar kru2, retis2, malahan props & apa2 juga yang digunakan utk shooting, samada tenaga asli (manusia sbg artis, penceramah, moderator, pengacara, pengarah dsb) atau tenaga buatan (props mcm kamera, lampu dsb.) tak kurang jugak rezeki beliau dapat peluang tambah bini baru. daripada orang biasa sampai ke retis, cina melayu india sumer ada, adak dara & janda juga tak segan2 mencuba.  cuma beliau je yang tak nak mempertahankan kesetiaan pada bini yang kat rumah. untungnya mak aku dapat laki yang cenggini. pernah jugak beliau dicium retis australia kat airport masa ayah aku berkonvoi ramai2 nak anta minah tu balik negara dia. jaki je kengkawan yang lain, bujang2 sumer pulak tu tapi laki orang jugak yang dia nak cium.

kadang2 mak aku bukak balik citer pasal ni sengeh je orang tua tu. bangga la tu ramai orang berkenan. korang bayangkan sampai ada amoi kat daerah aku minum klorox masa ayah aku kawin ngan mak aku. frust punya pasal bab, sib baik tak jalan terus amoi tu. sekali bila anak dah berderet ni terserempak dia dgn amoi tu masing2 senyum je. "macam mana awak sekarang? ada bahagia?" amoi tu tanya. "oo, saya banyak bahagia dengan isteri saya" hahahaaa..

haa.. part ni aku nak ekk sikit. sebab ayah aku selalu bawak pengarah gi mana2 kengkadang bawak balik lepak kat umah maka selalu la orang2 seni jumpa famili ayah aku. masa tu aku baby aku. disebabkan aku masa tu baby yang amat cun & cute tiada taranya hampir2 je diorang amik aku jadi retis diorang, cumanya ayah aku tak bagi je. pasalnye ayah aku tak nak anak2 dia jadi orang seni macam arwah tok dia. arwah tok dia dulu orang bangsawan, ada kumpulan dia sendiri, siap ada tinggalan alat muzik macam biola, yang lain aku tak ingat tapi hancur dikerjakan pakcik aku.

huh, kalo tak sekarang ni dah kalah erra fazira gaknyer... (eceewah, perasan la pulak).

haaa... yang drama opah tu sume suka lepak umah ayah aku. seba umah ayah aku umahkampung, sejuk je dok lepak situ, jauh dari kebizian bandar. kena pulak ada sungai.. perghhhhh... sekali orang bandar datang, heavennnnn... kena pulak mak aku rajin melayan orang datang dijamu dengan makanan enak2, lagi laaaaaa. mau tak nak balik diorang tuh.

so, sampai ke penchen la ayah aku jadi drebar ni. tapi drebar2 pun alhamdulillah ada rezeki dia nak naik haji.

dan drebar2 pun anak2 sume belajar sampai abis, tak de sangkut tengah jalan macam dia dulu. anak2 pun walaupun tak seberjaya mana tapi alhamdulillah kitorang jadik anak yang tak kurang hajar. sesak2 camne pun bulan2 insya allah hulur jugak sikit2. siap ada buat tabung keluarga lagi, duit anak2 semua utk kegunaan sama2 terutama utk mak ngan ayah.

tapi sebenarnye sesusah2 ayah aku trajis lagi kisah mak aku. nanti la lain kali aku citer. part ni pasal ayah aku dulu,ok?

sekian dulu esei aku utk kali ni.

majukan hidup terus ke depan, jangan terlungkup bila ditekan, ingatkan keluarga ingatkan TUHAN, bila terasa macam dah punah harapan.



__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Besar tu pengorbanan ayah,papa,babah,walid atau lain2 meaning dia tetap sama..bagi sasha disebabkan lebih banyak masa bersama tuk wan ngn nenek kt kmpung.rasa keutamaan pd babah ngn mama dah jd number 2..sasha paham kondition mama dan babah masa hantar sasha balik kmpung masa sasha sek rendah lg..ekonomi mama ngn babah masa tu xstabil. babah kne buang kerja masa tu sebab company tempat die kerja bankrupt

Masa mula2 duduk dengan arwah tuk wan, sasha rasa babah kejam sangat..kenapa sasha? Dan kenapa adik boleh tinggal ngn diorang ..sasha kena buang jauh..lama sasha merajuk..tak mau cakap banyak..bila nenek ngan arwah tuk wan tanya sasha jawab sepatah je.masa tu mak su yg kebetulan dpt posting mengajar kt kmpung so senang xpayah sewa rumah sebab dekat dgn rumah tuk wan.mak su yang banyak nasihat sasha..dan lama2 sasha rasa diri lg rapat ngn mak su,nenek nn arwah tuk wan..dan bila masa babah dapt kerja baru yg lg ok dan ekonomi dah stabil..babah ajak sasha pindah balik tapi sasha xnak bukan sebab sasha xsayangkan diorang tapi..sasha mcm da xboleh berenggang plak ngn arwah tuk wan ngn nenek..

Sampaila skarang sasha da kerja pon masih lg tinggal ngn nenek ngn mak su pasal tempt keje pon dekat (lebih tepat,sasha sengaja carik kerja yg dekat ngn rumah nenek )

tapi kadang2 adalah balik jugak rumah babah..tapi sasha rasa mcm kekok pulak..dan ada jugak kadang2 sasha,rase babah mcm nk nak ambik balik hati sasha dengan beli or buat mcm2 benda kesukaan sasha..tp sasha xrasa apa2..terfikir jugak dalam hati adakah sasha still berdendam dengan babah..

Eh terkumen banyak plak. Dan tetiba rasa sedih..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1504
Date:

Ala cengkodok ..aku bru sedar posting ko dkt sni
semalam aku reply dkt ruangan resipi kek oren jer
nnt2la aku rjn aku smbg cite pasal my lovely parents
almaklumla aku ni anak manja skit
nnt mcm2 cite kuar

__________________
Aku IBU si Comel...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard