Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Saiful?..Shahril?..Mr. Shah?


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:
RE: Saiful?..Shahril?..Mr. Shah?


Aku meneliti kad kekunci yang diberikan Ika tadi. Kunci kad tersebut kelihatan berlainan sekali dengan kad yang biasa diberikan kepada pelanggan lodge. Kerana kad itu ada tertera lodge owner. Ika memberi aku kad kekunci bilik milik lodge owner? Ya, aku masih ingat lagi, bilik itu yang digunakan Shah semasa merawat kakiku. Baik sungguh hati pemilik lodge membenarkan pekerjanya mengunakan bilik itu bila benar-benar perlu. Aku melintasi bilik yang hampir seminggu aku berada di dalamnya tanpa mama mengetahuinya selama ini aku tidur di bilik itu. Sebaik sahaja aku membuka pintu sekali lagi aku terpegun akan keindahan bilik lodge owner walaupun ini bukanlah pertama kali aku kemari.

Cantik dan besarnya Suite ni, tak sama macam bilik Suite mama, ujar mama sebaik sahaja menjejak kaki ke dalamnya. Dia terpesona dengan keindahan bilik ini.

Aku hanya menganggukkan kepala mengiyakan kebenarannya.

Tapi kita boleh tumpang sekejap aje, lepas ini kita ke bilik mama pulak, ujarku ringkas.

Bilik mama, kenapa tak ke bilik Maya, soal Puan Manisah keliru. Kenapa anaknya itu beriya-iya mahu ke biliknya.

Mama, Maya tak dapat nak terangkan pada mama sekarang, nanti bila kita balik Maya akan ceritakan semuanya kepada mama, buat masa sekarang ini kita tumpukan pada tunang Maya dan bakal ibu mertua Maya, ujarku cuba menukar topic dan tak hendak memanjang-manjangkan cerita nanti lain pulak jadinya. Aku tahu mama pasti terperanjat bila aku tiba-tiba berminat dengan tunangku sedangkan selama ini aku tidak ambil peduli tentang perkara itu.

Ok, tapi Maya janji akan beritahu mama apa sebenarnya yang terjadi,

Aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

Maya dah jumpa Shahril, soalan pertama yang keluar dari mama.

Ma, pertama Maya belum berjumpa dengan Shahril dan kedua Shahril mana ada kat sini, ujarku agak rimas dengan soalan mama yang berulang itu. Dah macam radio rosak pulak.

Maksud Maya, Shahril belum bertemu dengan Maya lagi, ujar Puan Manisah seakan terperanjat mendengar jawapan anaknya. Bukankah Shahril ada memberitahunya bahawa dia akan menjaga Maya sepanjang Maya bercuti di sini. Dan Shahril juga yang mengatakan Maya dalam keadaan baik. Mana mungkin Shahril berbohong dengannya. Bakal menantunya seorang lelaki yang berhemah tinggi kerana dia seorang anak muda yang hormat pada orang tua. Tapi kenapa Maya kata dia belum pernah bertemu dengan Shahril. Puan Manisah bingung sendiri. Dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Baiklah malam nanti kita makan bersama, mama akan kenalkan Maya kepada Shahril dan mamanya, ujar Puan Manisah malas hendak membebankan fikirannya dengan memikirkan apa yang telah terjadi di sini. Bakal menantunya kata dia sudah bertemu dengan Maya manakala anak perempuannya pula bingung bila dia bertanya samada dia sudah bertemu dengan Shahril.

Tapi ma, Maya tak ada baju yang sesuai untuk dipakai malam ini, jawabku serba salah. Pasti mama fikir aku cuba mengelak lagi.

Dah jangan nak beri alasan lagi, bukan mama tak tahu Maya sengaja buat ini semua kerana tidak mahu bertemu dengan mereka, marah Puan Manisah. Dia tahu Maya sengaja mahu mengelak. Dia juga tahu Maya tidak pernah setuju dia ditunangkan dengan anak teman baiknya itu.

Ok ma, boleh tak hari ini kita cuma makan malam dengan Puan Faridah sahaja tanpa anak lelakinya, Maya belum bersedia hendak bertemu dengan Shahril, ujarku cuba memujuk mama. Aku benar-benar belum bersedia hendak bertemu dua mata dengan Shahril. Lagipun bag make-up dan pakaian aku tak ada. Aku merasa tidak selesa tanpa barang peribadiku.

Kali ini aje, lain kali tak ada alasan lagi, ujar mama memberi amaran kepadaku.

Yes boss, jawabku seraya mengeluh lega.




Shah merebahkan diri di atas sofa. Badannya terasa letih sebaik sahaja pulang dari acara expedisinya yang kedua. Dia sedar banyak pesanan sms yang di terima sejak pagi tadi. Namun Shah tidak mengendahkannya. Dia pasti pesanan itu semuanya datang dari ibunya. Dia akan menjawab pesanan ibunya itu sebentar lagi. Dia hanya hendak berehat seketika kerana penat mendaki tadi. Shah cuba melelapkan matanya.

Ril, baru balik, ujar Puan Faridah sebaik sahaja terpandang anak lelakinya itu terbaring keletihan di atas sofa.

Ibu, ujar Shah terperanjat seraya bangkit dari sofa.

Kenapa, terkejut, ujar ibunya seraya tersenyum sinis.

Bila ibu sampai, kenapa tak beritahu Ril,

Dah berpuluh kali ibu call, ibu message Ril tak jawab pun,

Sorry bu, Ril tak bawa handphone belum sempat nak check siapa call, ujar Shah seraya bersalam dan mencium tangan ibunya.

Puan Faridah hanya mengelengkan kepalanya. Anak lelaki tunggalnya itu ikut persis arwah ayahnya yang cintakan keindahan alam semulajadi dan sukakan sukan yang adventurous. Kedua-duanya suka menonton Indiana Jones dan teramat suka sekali dengan sukan lasak mountain climbing, bunjee jumping dan car racing antara sukan favourite anaknya. Itu yang membuatkannya risau. Dia risau hobi anak lelakinya itu akan berlarutan sehingga dia berumahtangga. Apa yang dia tahu anak teman baiknya itu tidak suka akan sukan lasak. Dia tidak mahu rumahtangga mereka berantakan kerana mereka tidak berkongsi minat yang sama. Dia tahu tidak semudah itu Shahril akan meninggalkan minatnya dan hobi lasaknya.

Ibu dah sampai ke mana, Ril tanya dari tadi ibu termenung aje, usik Shah bila diperhatikan ibunya tidak mengambil perhatian akan pertanyaannya.

Apa Ril tanya tadi, ujar Puan Faridah tersedar dari lamunan.

Ana tak ikut,

Ana sibuk dengan urusan internshipnya, dia kirim salam pada Ril,

Wa alaikum salam,

Ril tahu kenapa ibu kemari bukan, soal Puan Faridah bila Shahril kembali berbaring di atas sofa.

Nak jumpa Ril lah apa lagi, jawab Shah seraya tersenyum. Dia memang suka mengusik ibunya.

Shahril, ibu serius ni, perangai loyar buruk sama macam arwah ayahnya,

Rileks lah bu, kenapa tense sangat ni, doctor kan dah pesan jangan cepat tense nanti darah tinggi naik, sapa yang susah Ril dan Ana juga yang susah, usik Shah terus-terusan. Dia tahu ibunya akan kembali tenang bila dia memujuk.

Ril ibu kemari dengan Datin Manisah, dan Datin Manisah kata Maya sudah seminggu di sini, Ril tak jumpa Maya lagi bukan, pasal Datin Manisah cakap Maya masih belum jumpa dengan Ril, kenapa Ril tak nak jumpa dengan dia,

Shahril bangkit lagi bila ibunya membuka topic mengenai tunangnya itu.

Alasan Ril sama dengan Maya, Ril masih belum bersedia hendak bertemu dengannya,

Peliklah kamu berdua ini, buat kami pening kepala aje, kalau dari dulu ibu tahu kamu berdua macam ini, ibu tak akan tunangkan kamu berdua, ujar Puan Faridah. Dia hampir sahaja mahu berputus asa dengan anaknya itu. Ikutkan hati hendak sahaja dia memutuskan tali pertunangan mereka kerana dia tahu Shahril tidak setuju di tunangkan walaupun Shahril tidak pernah menunjukkan tidak puas hati. Sebagai seorang ibu dia tahu hati budi Shahril. Anaknya itu akan berdiam diri dan akan menunjukkan tidak berminat sekiranya keputusan yang dibuat bukan atas kerelaannya. Tapi Shahril tidak pernah mengutarakan cadangannya untuk putus tunang. Malah dia hanya membiarkan sahaja cadangan mereka seolah-olah dia tidak kisah atau ambil peduli dia sudah ditunangkan dengan anak teman baiknya sejak mereka masih kecil lagi.

Oklah, Ril serius kali ini, bila ibu hendak kenalkan Ril pada Puan Manisah dan Maya, ujar Shahril cuba memujuk ibunya itu. Dia tidak memberitahu ibunya bahawa dia sudah bertemu dengan Maya. Saja hendak bagi surprised.

Ikutkan malam ni, tapi apa yang ibu pelik, katanya makan malam hari ini, Maya masih belum bersedia bertemu dengan Ril, dia cuma nak jumpa ibu sahaja, terang Puan Faridah merasa hairan dengan permintaan bakal menantunya itu.

Shahril tidak menjawab malah tersenyum mendengar keluhan ibunya itu. Maya masih enggan berkenalan dengannya. Tapi kenapa? Bukankah Maya sendiri yang mengaku dia akan menerima tunangnya. Apapun alasan Maya, Shahril tidak kisah. Ia bergantung kepada Maya. Sekiranya Maya setuju maka dia setuju. Sekiranya Maya merubah fikiran dia tidak akan memaksa Maya untuk menerimanya.

Baguslah kalau begitu, lagipun Ril ada temujanji dengan Sarah,

Siapa Sarah,

Bakal menantu ibu satu lagi,

Shahril, marah ibunya.

Betul kan ibu, lelaki boleh nikah empat ni baru dua, lagi dua coming soon, ujar Shahril sengaja hendak menaikan lagi kemarahan ibunya. Sebelum ibunya sempat mencampak cushion kecil ke arah anak bujangnya itu. Shahril terlebih dahulu meninggalkan ibunya laju menuju kearah bilik mandi.



__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Super Member

Status: Offline
Posts: 2496
Date:

plezzz sambung cepat sementara henpon aku tengah laju main tenet ni....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 945
Date:

uik... abiskan je ler citer ni. tak payah ler simpan2 lagi. dah abis nanti bley wat citer baru pulak.. heheheee..

kitorang tgh syiok layan2 sentimental ni...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Aku bernasib baik kerana Ika memberi aku meminjam bajunya yang agak sesuai untukku pakai untuk bertemu dengan bakal ibu mertuanya malam ini. Tidak menyangka bahawa saiz kami sama. Maka tidaklah terlalu nampak baju yang kupakai hanya baju pinjaman. Aku benar-benar terhutang budi dengan Atikah kerana dia banyak membantu aku dan secara tidak langsung aku kini rapat dengan Ika. Ika kuanggap seperti adikku sendiri. Lagi pula aku tidak mempunyai adik. Aku anak tunggal. Aku benar-benar berharap agar hubungan kami tidak akan berakhir di sini sahaja. Aku berjanji hubungan ini akan di teruskan sekembalinya aku di KL nanti. Sejak aku pulang dari expedisi tengahari tadi hinggalah sekarang bayang Shah tidak kelihatan. Selalunya jejaka tampan itu sibuk kesana kemari. Kemana Shah agaknya? Aku terasa rindu pula bila tidak terpandang akan wajahnya. Rindu dengan usikannya walaupun kadang kala ianya menguris hati wanita ku. Shah suka menyakat dan mengenakanku. Sebenarnya aku tidak dapat menumpukan perhatian pada apa yang mama bualkan sepanjang perjalanan kami ke restaurant pilihan ibu mertuaku kerana aku asyik memikirkan tentang Shah. Sesekali aku menjawab bila di tanya mama selebihnya aku membiarkan mama berceloteh bercerita mengenai teman baiknya itu. Sedang kami berjalan menuju ke arah restaurant. Mataku terpaku kearah seorang jejaka yang berjalan arah bertentangan tidak jauh dari kami. Jejaka itu tidak perasan sama sekali akan diriku kerana terlalu sibuk berbual dengan wanita cantik yang berjalan seiring dengannya. Hatiku berdetik. Siapa wanita itu? Tidak pernah ku lihat wanita itu sebelum ini? Dadaku berdegup kencang. Hatiku tidak senang. Cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Belum pernah aku merasa sedemikian rupa. Sungguhpun Saiful mempermainkan hatiku aku tidak pernah merasa begitu cemburu, perasaan yang ada ketika itu hanya perasaan marah dan kecewa kerana Saiful telah menipuku tanpa ku ketahui dan sedari. Tapi tidak pada jejaka ini. Aku tidak dapat menahan rasa cemburuku seolah-olah jejaka itu telah menduakanku. Jejaka yang aku maksudkan tidak lain dan tidak bukan Shah a.k.a. Mr. Hunk dari Nature Lodge. Shah kelihatan berlainan sekali. Dia tidak mengenakan uniform yang selalu dipakaiannya semasa bertugas. Dia kelihatan lebih santai dengan mengenakan top lengan panjang berwarna hijau lumut dan mengenakan draw string khakis pants. Wanita yang berada di sisinya itu, tunangnya kah? Hatiku meronta-ronta ingin tahu siapakah gerangan wanita itu. Aku melirik kearah jam di pergelangan tangan jarum jam menunjukkan 7.45 malam. Puan Faridah ada membuat reservation pukul 8.


You look lovely tonight, wah-wah sejak balik dari honeymoon muka berseri-seri, usikan Shah cukup membuatkan teman baiknya itu tersipu malu.

Stop it Shah, please stop teasing me, suka sangat menyakat orang, jawab Sarah dengan wajah merona merah. Shah kuat mengusiknya. Kalau mood Shah baik dia suka menyakat dan mengusiknya. Memang sedari tadi dia perasan Shah kelihatan berlainan benar. He looks happy. Tidak seperti selalu serius dan jarang tersenyum. Sepertimana yang di katakan tadi Shah hanya mengusik dan menyakat bila moodnya baik.

Too bad, Taufiq cant join us, tak dapat I nak usik dia, tapi pemergian you berdua benar-benar terasa, membuatkan I hendak naikkan gaji you berdua supaya jangan ambil cuti langsung, ujar Shah seraya ketawa. Yelah kalau Taufiq dan Sarah ada tidaklah dia sesibuk begini semua urusan hendak di uruskan sendiri. Dari banquet hingga ke perkara customer servis dia harus uruskan. Kalau mereka ada. Dia hanya menumpukan program yang terdapat di lodge seperti trekking dan expedisi yang lain. Tak perlu dia memikirkan tentang urusan yang lain kerana Taufiq yang handle semuanya. Itu yang bestnya jadi boss.

Sarah turut ketawa. Dia kenal akan Shah. Majikan yang serius dan lucu dalam masa yang sama. Shah seorang majikan yang happy go lucky tapi kalau dia sudah naik angin jangan cuba mendekatinya.

Kenapa you miss kita berdua ke, usik Sarah pula.

Haah lah miss sungguh, masa ada girlfriend dulu pun I tak pernah rindu gila macam ni, lebih-lebih lagi dengan masakan you dan dedication Taufiq akan tugasnya sebagai GM, I akui both of you are the best, tak sabar rasanya I nak pulangkan balik kerja-kerja you all, ujar Shah tidak henti dengan usikannya.

Jadi dinner ni ada udang di sebalik batu lah ye,

Issk tak adalah, dinner ni untuk menyambut kepulangan mempelai yang baru berumahtangga ni tapi your husband pulak tak dapat join, susah nak dapat pekerja dedikasi seperti dia balik honeymoon terus buat kerja,

You bila lagi boss, tak kan nak jadi available bacholer selamanya, giliran Sarah pula mengusik.

Ikutkan bila-bila pun boleh, bukan susah pun makan nasi minyak, boleh order kat mana-mana restaurant, seriously speaking bila-bila masa pun boleh cuma tunggu green light aje, I pun jealous tengok you berdua, jawab Shah sambil tersengih.

Sarah hanya mengelengkan kepalanya. Shah tidak pernah serious bila mereka bertanya tentang bila dia hendak berumahtangga. Pasti pelbagai alasan yang diberikan. Bukan dia tidak tahu Shah sudah bertunang sejak mereka masih kecil lagi. Cuma Shah tidak pernah memperkenalkan tunangnya itu pada mereka. Malah belum pernah sekali pun Shah menyebut akan nama tunangnya. Sarah tidak mahu masuk campur urusan majikannya kerana Sarah yakin bila masanya tiba pasti Shah akan memberi mereka kad undangan.

Shah berhenti melangkah bila terpandang ibunya, Maya dan bakal mertuanya itu menuju kearah restaurant yang sama. Dalam masa sama Maya memandang ke arahnya pandangan mereka bertaut. Cepat-cepat Maya melarikan pandangannya kearah lain pura-pura tidak perasan dirinya bersama Sarah. Shah dapat merasakan Maya memerhatikan mereka berdua sedari tadi tanpa dia ketahui kerana terlalu leka berbual dengan Sarah hingga tidak peka akan keadaan sekeliling.

Sarah, I think kita kena change plan,

Change plan, why whats wrong, soal Sarah bila secara tiba-tiba Shah berkata demikian.

I akan ceritakan pada you nanti, Im so sorry nampaknya you kena masakkan untuk I,

Sarah hanya tersenyum sinis bila Shah berkata demikian. Dia tahu Shah rindu akan seafood spaghettinya yang telah menjadi makanan kegemaran Shah.



Ma, kita tukar restaurant lain boleh, bisikku ke telinga mamanya.

Kenapa, soal Datin Manisah ingin tahu.

Pasal Maya dah selalu sangat makan kat restaurant ni dah naik jemu dibuatnya, jawabku memberi alasan. Sebenarnya aku ternampak Shah dengan wanita itu ingin menuju kearah restaurant yang sama. Aku pula tidak sanggup melihat kemesraan mereka berdua. Aku lebih rela makan di bilik mama. Panggil room service order sahaja makanan. Tapi tak begitu sesuai pulak. Aku tidak mahu mama mengesyaki apa-apa. Aku hanya tidak mahu berada dia restaurant yang sama dengan Shah sebab aku tak boleh hendak concentrate.

Maya jangan nak macam-macam, menurut Datin Faridah ini restaurant terbaik di lodge ini, ujar Datin Manisah memberi arahan. Dia tidak mahu Maya memberi seribu alasan cuba untuk mengagalkan makan malam mereka malam ini.

Aku mengeluh kecil. Mataku liar memerhati sekeliling restaurant. Aku ingin tahu dimana pasangan ideal itu ditempatkan. Pastinya makan malam yang istimewa. Candlelight dinner. Wow sungguh romantic. Kalaulah wanita itu adalah aku, pasti aku merasa bangga bergandingan dengan jejaka sehebat dan setampan Shah. Pasti ramai wanita akan merasa cemburu melihatku bersama dengan Shah. Tapi wanita itu bukanlah aku. Dan Shah tidak pernah sukakan aku. Malah Shah mungkin merasa jengkel sejak mendengar masalah yang aku cari sendiri. Mama dan Ibu Shahril sibuk berbual-bual sesama mereka. Aku pula tidak banyak berbicara semasa di kenalkan kepada bakal mertuaku. Kononnya malu. Hah itu hanya alasan aku.

Kenapa Maya, Maya tak sihat ke, tegur Puan Faridah bila di lihatnya bakal menantunya itu tidak seceria seperti sewaktu mereka bertemu tadi. Maya tiba-tiba tidak peramah bila mereka berada di dalam restaurant.

Tak adalah auntie, Maya cuma letih sedikit sebab siang tadi Maya pergi mendaki bukit, first time cuba itu yang penat sikit, jawabku spontan bila tidak menyangka bakal ibu mertua ku itu perasan akan perubahan di wajahku.

Puan Faridah hanya tersenyum mendengarnya. Bakal menantunya itu akan diberi pangkat CEO setelah bapanya bersara. Tapi dia masih mempunyai ciri-ciri kesopanan wanita melayu. Puan Faridah berkenan sungguh dengan Maya. Maya seorang wanita yang cantik dan pandai menghormati orang tua. Memang sesuailah Shahril dipadankan dengan Maya. Bagai pinang di belah dua.


Alhamdullilah, thanks Sarah youlah teman baik I dunia dan akhirat, ujar Shah sebaik sahaja suapan terakhir seafood marinara spaggeti yang dimasak oleh Sarah selamat berada di dalam perutnya.

Nanti I ajar pada your wife to be macamana nak masakkan your favourite food, jawab Sarah seraya menanggalkan apron yang dipakainya sedari tadi. Hilang seri dan keangunannya bila dia di kehendaki memasak buat Shah di dapur restoren dengan memakai dress panjang dan rambutnya di dandan rapi. Mereka terpaksa makan malam di dapur kerana mengelak dari bertembung dengan seseorang. Walaupun keadaan di dapur agak hiruk pikuk. Mereka tidak mengendahkannya. Asalkan mereka dapat menikmati makan malam sudah memadai.

Jadi that beautiful lady tu your fiancée lah, soal Sarah seraya meneguk segelas air putih yang berada di depannya.

Yup, jawab Shah ringkas seraya tersengih.

And she had no idea that you tunang dia, soal Sarah lagi.

Yup, jawab Shah lagi seraya menganggukkan kepalanya berkali-kali.

Youre mean person,

How can you said that, dia datang bercuti disini bawa boyfriend dia, boyfriend yang dia tidak tahu sudah beristeri, how can you say Im a mean person, thats not fair, jawab Shah mempertahankan dirinya.

Itu I admit that dia bersalah, tapi dia sudah akui dia bersalah dan menyesal dengan perbuataannya and I believe she really meant it, bagilah dia peluang kedua, pujuk Sarah.

Mana boleh orang perempuan ni tak boleh bagi muka, celah Taufiq yang entah dari mana munculnya benar-benar membuatkan mereka berdua tersentak.

Dear how can you said that, ujar Sarah manja seraya merangkul pinggang suaminya.

Betul tak Shah, dont give face pada mereka, ujar Taufiq seraya mencapai calamari yang masih berbelen.

Shah tidak menjawab malah tersengih bila temannya itu sengaja mahu mengusik isterinya. Shah tahu Taufiq tidak bermaksud begitu dia hanya bergurau kerana dia percaya Taufiq tidak berani berbuat demikian pada isterinya. Bukan mudah untuk Taufiq memikat hati Sarah. Sarah Chef yang cantik dan terkenal dengan kegarangannya. Taufiq pula pada awalnya tidak berani untuk mengajaknya keluar. Setelah di desak Shah berkali-kali akhirnya dia menyahut cabarannya dengan memberanikan diri mengajak Sarah makan malam suatu hari. Nasib menyebelahi Taufiq, dia tidak menyangka rupa-rupanya selama ini Sarah turut ada menaruh hati padanya. Setelah setahun mereka bersama akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga sebulan lepas dan kini masih ada lagi bau pengantin baru.

Yelah tu, kalau tidak kerana kegentlemen aku memberi Sarah pada kau, tentu Sarah sekarang menjadi milik aku, usik Shah sambil ketawa.

Eh dont be like that man, you my friend,

Sarah ketawa gelihati bila melihat Taufiq panic bila di usik sedemikian. Ada hati hendak mengusiknya tapi terkena balik.

Hah tadi beria-ia kata tak boleh join dinner ni tiba-tiba kat sini kenapa? Takut aku kidnap wife kau, ujar Shah bila Taufiq mencari mereka hingga ke dapur restaurant.

Kau tak akan kidnap wife aku, kalau hendak dah lama kau buat, ni aku nak tanya Guest anak Dato mana yang kau dengki sangat sampai kau bagi bilik staff tu? Kau gila ke bagi bilik yang tak umpama tu pada dia, buatnya dia saman kita macamana?, soal Taufiq bila mendapat memo dari Shah mengenai Guest special yang di maksudkan.

Shah tidak menjawab dia hanya tersenyum bila Taufiq mengemukan soalan demikian.

Shah, siapa Guest yang Taufiq maksudkan? You bagi Guest tu tinggal kat staff room, serius, soal Sarah pula. Yelah bilik staff tu untuk para pekerja gunakan sekiranya mereka tidak dapat balik dan untuk di jadikan bilik berehat. Tiada apa-apa yang istimewa di dalam tersebut melainkan katil single, meja dan kipas angin.

Aku terpaksa bagi sebab dia yang hendak stay kat sini, and dont worry dia tak akan saman kita, jawab Shah tersenyum.

Shah dont tell me that Guest tu your fiancée?, soal Sarah memandang tepat kearah Shah yang tersenyum-senyum sendiri bila Taufiq bertanya mengenai Guest tersebut.

Shah tidak menjawab malah tersenyum bila Sarah menyoalnya.

Seriously Shah, how can you do that to her? ujar Sarah terperanjat bila tekaannya mengena pada sasarannya.

I dont have a choice, dia tak nak balik nak tinggal sini tak kan aku hendak halau dia, jawab Shah mempertahankan dirinya.

Sarah mengelengkan kepalanya perlahan tidak percaya Shah begitu nakal dan sanggup mendera tunangnya sedemikian.

I couldnt believe it, kalau dia tahu kau tu tunang dia dan decided not to proceed with the wedding macamana, soal Taufiq cuba mengubah topic.

Im ok, tapi dia yang rugi,

Rugi, kenapa?, soal Taufiq ingin tahu.

Rugi kerana tidak mendapat seorang jejaka yang kacak dan baik hati macam aku, jawab Shah selamba seolah-olah dia tidak kisah apa yang terjadi sekiranya Maya mendapat tahu selama ini dia adalah tunangnya. Dan dia percaya Maya tentu sakit hati kerana dia tidak memberitahunya malah seronok dengan permainannya. Shah akui dia mula terpaut hati pada Maya sejak mereka bertemu pertama kali dahulu. Namun Shah menafikannya kerana dia tidak dapat memaafkan kesalahan Maya akan perbuatannya. Dia juga tahu Maya turut menaruh hati padanya kerana dari reaksi di wajahnya tadi cukup jelas Maya tidak senang hati dan dia dapat menghidu Maya cemburu bila melihat dia bersama Sarah tadi.


bersambung..sambungan seterusnya lepas lunch nanti ok..ini finale..

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Finale...


Hi kak Maya, sedar tak sedar dah hampir 10 hari kak Maya disini ye, hari ini kak Maya balik KL kan, jangan lupakan Ika kat sini pula nanti, ujar Ika seraya memeluk Maya. Maya membalas pelukan Ika. Sedih hatinya untuk meninggalkan Nature Lodge. Banyak kenangan manis dan pahitnya berlaku di sini. Saiful bertemuku semalam dan meminta maaf di atas apa yang berlaku. Walaupun aku masih marah padanya. Aku mengambil keputusan untuk memaafkannya dan memberinya amaran agar tidak melakukan perbuatan yang sama kepada mana-mana wanita. Tak tahulah aku samada dia akan mendengar nasihatku itu atau sebaliknya. Tapi apa yang jelas aku telah meminta papa menguruskan pertukaran branch lain sebagai hukuman. Sorry Saiful. Im mean person. Ikutkan aku tidak suka mencampurkan urusan pekerjaan dengan urusan peribadi. Tapi Saiful telah melakukan kesilapan yang besar dan dia harus di beri pengajaran. Ala tak jauh sangat pun hanya tukar branch kat PJ je untuk sementara waktu. Bukan luar negeri pun. Lainlah aku suruh papa hantar kat branch di Kuching. Setidak-tidaknya dia sedar tidak semua wanita itu boleh di permainkan ye, especially wanita itu adalah Maya Maisarah. Sejak malam kelmarin aku tidak lagi bertembung mahupun bertemu dengan Shah. Aku cuba mengelak dan menjauhkan diri dari Shah, aku tidak akan membiarkan diriku ini jatuh cinta padanya. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah pengajaran yang ku terima dari pengalaman aku bercinta dengan Saiful. Mungkin ini hukuman yang Allah berikan kepadaku. Aku sudah bertunang dengan Shahril dan aku tidak bisa mencintai Shah. Jejaka yang banyak menyedarkan aku akan kesilapanku. Malang sekali aku mengenalinya setelah aku dimiliki. Bukan jodoh kami.

Kak Maya tak nak jumpa Mr Shah ke?, tanya Ika kerana Maya sepatutnya check-out lusa. Dia tidak tahu kenapa Maya mahu pulang awal. Dan melihat dari gerak geri Maya. Ika dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena di antara Maya dengan Mr Shah. Maya seakan mahu meninggalkan Lodge tanpa bertemu dengan majikannya.

Oh ya, dua tiga hari ini Kak Maya tak nampak dia, Mr Shah cuti ke?, aku pura-pura bertanya kerana tidak mahu kelihatan begitu ketara yang aku tidak mahu bertemu dengan Shah. Aku tidak mahu Ika mengesyaki apa-apa.

Mr Shah cuti, tak adalah dia jarang ambil cuti kalau ia tak penting, terang Ika sungguh-sungguh.

Sayang betul dia dengan kerja dia, patut dapat pingat pekerja contoh, selorohku sambil ketawa.

Bukan pingat pekerja tapi pingat big boss contoh, jawab Ika turut ketawa.

BIG BOSS, ujarku dengan nada terperanjat. Terbeliak mataku bila Ika mengatakan bahawa Shah itu adalah big boss di Nature Lodge.

Maksud Ika, Mr Shah big boss Lodge ini, soalku ingin tahu.

Kak Maya, tak tahu, soal Ika pelik. Yelah Cik Maya merupakan pengunjung pertama yang di beri perhatian sepenuhnya dari majikannya. Apa yang bersangkutan dengan Maya, Mr. Shah akan menguruskannya sendiri. Masakan Maya tidak tahu bahawa Mr. Shah pemilik lodge.

Aku mengelengkan kepala perlahan. Cuba digest apa yang aku dengar sebentar tadi. Shah big boss di sini.

Maksud Ika, Kak Maya tak tahu bahawa Mr Shah tu pemilik Lodge ini, dialah big boss kami, terang Ika panjang lebar.

Oh my goodness, Kak Maya tak tahu langsung yang Mr Shah tu big boss kat sini, aku menjadi malu sendiri. Aku sangka Shah hanya pekerja biasa. Paling tidak pun Assistant Manager. Aku tidak menyangka sama sekali bahawa Shah itu pemilik Nature Lodge. Tapi Shah tidak pernah memberitahuku atau memang Shah sengaja tidak mahu memberitahuku. Aku mengetap bibir menahan geram. Shah sengaja berbuat demikian. Sahlah Shah tidak menyukaiku. Dia merasa aku tidak perlu tahu siapa dirinya.

Mr Shah ada, aku mahu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menjaga aku selama aku disini. Ye lah selama ini aku ingat dia hanya Assistant Manager. Masakan tidak hampir kesemua tugas di sini dia lakukan. Semua tempat dia ada.

Tak ada dia ke KL katanya ada urusan peribadi, jawab Ika.

Aku mengetap bibir menahan geram kerana aku tidak berpeluang untuk bertemu dengan Shah buat kali terakhir. Aku mahu bersemuka dengannya. Aku mahu meluahkan apa yang terbuku di dalam hatiku. Perasaanku ketika ini bercampur aduk. Aku marah, geram dan dalam masa yang sama rindu dan teramat sayang akan Shah. Aku tidak tahu bagaimana harus aku lalui hari-hari ku tanpa usikan dan sindiran Shah. Argh sudah. Semakin lama aku berada disini semakin payah untuk aku meninggalkan tempat ini. Ya allah, dugaan apakah ini? Kenapa mesti aku sukakan Shah?

Tak apalah Ika, sampaikan salam kak Maya padanya, ujarku seraya berpelukan dengan Ika sebelum aku berangkat.

Thanks Ika, thanks for everything, kalau Ika ke KL jangan lupa call kak Maya, pesanku berkali-kali. Aku menoleh kearah pintu gerbang Nature Lodge buat kali terakhir sebelum kereta meninggalkan kawasan Nature Lodge. Hatiku tiba-tiba merasa sayu dan sedih.

Kenapa Maya sedih sangat nak tinggalkan tempat ini, soal Datin Manisah bila dilihatnya anaknya itu kelihatan muram sahaja sepanjang perjalanan.

Tak ada apa-apa, Maya cuma rindu akan keindahan tempat ni, jawabku tanpa mengulas panjang. Mana mungkin aku memberitahu mama akan sebab mengapa aku bersedih.

Hai, dulu mama suggest pergi ke tempat peranginan dalam negeri, Maya tak suka, Maya prefer pergi Milan, London dan Paris, kenapa berubah fikiran pulak, kalau Maya suka bila-bila Maya boleh ke mari, Datin Manisah menyindir anaknya.

Ma, kalau tak sindir Maya tak boleh ke, orang tengah sedih mama lagi nak kacau Maya, aku tahu mama sengaja hendak mengenakanku.

Datin Manisah hanya tersenyum mendengar keluhan anaknya. Tanpa pengetahuan Maya, Shahril ada bertemu dengannya semalam. Buat pertama kalinya dia bertemu dengan bakal menantunya itu. Sungguh Datin Manisah tidak menyangka Shahril yang dahulunya anak kecil yang comot, ligat dan nakal kini seorang jejaka yang tampan dan baik budi pekertinya. Shahril meminta maaf kepada Datin Manisah kerana tidak memperkenalkan dirinya pada Maya kerana dia punya sebab tersendiri. Datin Manisah tidak merasa kecil hati atau marah pada Shahril. Malah dia bersependapat dengan Shahril. Dia tahu Maya keras kepala. Susah hendak melembutkan hatinya. Dia sudah banyak kali cuba menasihati Maya, namun Maya tidak pernah ambil endah. Datin Manisah tahu Maya bercinta dengan Saiful. Dimana Datin Manisah tidak pernah merestui apatah lagi menerima Saiful sebagai menantunya. Datin Manisah percaya Shahril dapat membimbing dan menjaga Maya dengan baik.



Shahril duduk di laman sambil menikmati kopi sementara menanti kepulangan Maya. Dia tahu Maya check-out hari ini dari bakal ibu mertuanya. Shahril memberitahu bakal ibu mertuanya dia hendak bertemu Maya di rumah mereka. Sengaja dia berangkat awal agar dia tiba terlebih dahulu dari mereka. Hari ini adalah hari kemuncaknya. Dia akan memperkenalkan dirinya kepada Maya. Malah dia sudah bersedia dengan segala apa kemungkinan yang bakal dia terima. Dia terima apa pun keputusan dari Maya. Samada Maya akan menerimanya atau sebaliknya. Dia tidak mahu memanjangkan usia pertunangan mereka. Sekiranya Maya setuju menjadi isterinya. Dia menyuruh ibunya menetapkan hari pernikahan mereka secepat mungkin. Kalau Maya tidak setuju dia tidak akan memaksa.

Shahril tersentak bila terdengar seperti pintu kereta di hempas. Dia menuju ke dalam ruang tamu. Dari jendela dia dapat melihat Maya dan Datin Manisah sedang sibuk mengeluarkan beg pakaian dari boot kereta. Shahril tersenyum orang yang dinanti sudahpun tiba. Dia menuju kearah pintu untuk menyambut kepulangan mereka. Ibunya Puan Faridah berada di dapur. Dia tahu Shahril mahu bersendirian dengan Maya. Datin Manisah tidak masuk melalui pintu hadapan kerana dia sudah berpakat dengan Shahril.

Aku memaksa diri untuk terus melangkah ke pintu. Aku tidak tahu kenapa aku tidak merasa gembira bila pulang ke rumah kali ini. Selalunya bila balik bercuti aku tidak sabar hendak menuju ke bilik ku. Aku rindukan bantal kesayanganku. Tapi tidak kali ini. Aku seperti orang baru di tinggalkan kekasih. Bukan kerana Saiful. Aku tidak sama sekali merasa begitu walaupun aku teramat marah padanya. Aku dapat melupakannya dalam jangka masa yang singkat. Itupun di atas pertolongan Shah. Ya, Shah. Kenapa aku seperti orang gila bayang. Sana sini wajah tampannya selalu bermain di ruang mataku walaupun aku sudah cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkannya atau mengingatkannya. Ternyata sukar untukku mengusir bayangan Shah. Sebaik sahaja aku berada betul-betul di depan pintu. Pintu di buka dari dalam oleh seseorang.

Aku terpegun bila melihat orang yang membuka pintu rumahku.

Oh please, Maya stop your day dream, Shah is not here, Shah is history, gerutuku seraya masuk ke rumah tanpa memperdulikan jejaka yang membuka pintu untukku tadi.

Shahril tersenyum gelihati bila Maya menyangka dia hanya bermimpi.

Maya, heh its me Shah, ujar Shahril seraya memegang bahu Maya.

Not possible, I must be hallucinating you are not real, ujarku penat rasanya aku berperang dengan khayalan ku. Ini semua khayalan mungkin kerana aku terlalu rindukan Shah sebab itu aku selalu terpandang wajahnya di sana sini.

Suit yourself, jawab Shah seraya duduk di sofa berdekatan dengan wajah selamba.

Aku tersentak bila lelaki itu berkata demikian. Setahu aku Shah suka berkata demikian bila aku berdegil dengannya. Aku menoleh kearah jejaka tampan yang menyerupai Shah yang sedang elok duduk di sofaku.

Im not dreaming am I, you betul-betul Shah, ujarku tiba-tiba seraya memandang kearah lelaki yang menyerupai Shah.

Shah menganggukkan kepalanya lalu tersenyum.

Aku memerhatikan jejaka itu dari atas hingga ke bawah. Shah mengenakan kemeja lengan panjang berwarna kelabu dipadankan dengan slack berwarna hitam. Lengan bajunya di lipat hampir ke paras siku. Belum pernah aku melihat Shah memakai baju sebegini. He look so charming.

Ok why are you here, soalku cuba menyembunyikan perasaan maluku. Oh gosh. Janganlah dia terdengar apa yang aku katakan tadi. Aku tak mahu Shah tahu aku sukakannya.

Nak pulangkan your luggage beg, jawab Shah ringkas lalu menolak luggage bagku yang berwarna fushia. Bag yang aku katakan hilang dalam bas.

Ok but why, kenapa you susah payah hantar beg ni personally, you kan owner of the lodge, sindirku. Aku tidak percaya Shah kemari hanya kerana beg luggageku. Walaupun aku gembira kerana mendapatkan kembali beg luggage yang telah hilang. Tapi tidaklah segembira dapat bertemu dengan Shah. Ikutkan hati hendak sahaja aku memeluknya kerana terlalu rindu. Tapi aku cuba mengawal diri dan mengingatkan diriku bahawa Shah sudah bertunang dan aku pun sudah bertunang.

Shahril tersenyum bila Maya mula mahu berdebat dengannya.

So you dah tahu,

Damn right, kenapa you sembunyikan ini semua dari I,

No reason, you tak pernah tanya so kenapa mesti heboh, jawab Shahril acuh tak acuh sengaja hendak menyakitkan hati Maya.

I hate you Shah,

Hate, Why,

Because..youShah arrghh, please Shah what do want from me, tak cukup ke apa yang you dah buat pada I,

Apa yang I dah buat pada you, soal Shah tersenyum sinis. Dia sengaja hendak mendera Maya.

Just forget about it ok, tolong beri I reason yang munasabah kenapa you kemari, ujarku tidak mahu terus menerus bertelingkah dengan Shah tak ada gunanya malah menambah sakit hati.

Untuk jumpa tunang I,

Tunang you, oh I see, you ke KL hantar tunang you, then you drop by to send back my luggage, make sense,ujar ku baru kini mengerti atas kunjungan Shah ke mari. Kill two birds with one stone.

Thanks again, I really appreciate it,

So you dah yakin kenapa I kemari, selain dari hantar luggage you I nak minta feedback dari you, memandangkan you pengunjung istimewa kami, personally Im sorry of what happens when you were there, about the room and all other things ujar Shah seraya tersenyum.

Interesting, this is the first time the owner of the hotel ask for feedback, well yeah, Im kind of disappointed with the service that you had rendered to me, how can you possible suruh I tinggal at the staff room,

I dah bilang lodge kita fully book you tak nak dengar, you insist of staying,

Ok fair enough, jawabku seraya mengetap bibir bila Shah berkata demikian. Memang aku yang hendak meneruskan percutian walaupun Shah ada mengatakan bahawa lodge mereka full. Aku yang berdegil so aku tidak boleh berdebat mengenai itu. Lagipun aku tinggal di staff room tu di atas kerelaanku sendiri tanpa paksaan dari sesiapa.

Then how about the people, I mean the staff, the manager especially me, soal Shah lagi.

The staff was nice, especially Atikah,

How about me, tak ada feedback about me, tanya Shah seraya duduk bersebelahan dengan Maya.

Aku kaget bila secara tiba-tiba Shah duduk bersebelahan denganku rapat hingga aku dapat menghidu cologne kegemarannya.

You, like I say I hate you, ujarku tanpa menoleh kearah Shah.

Oh really, you hate me atau love me, ujar Shah seraya mencapai tanganku. Sekali lagi aku kaget bila Shah berani memegang tanganku. Kenapa dengan Shah? Aku yang sakit atau dia yang sakit. Memang aku mengimpikan dapat bersama dengan Shah tapi kenapa Shah tiba-tiba berani melakukan itu semua lebih-lebih lagi ini bukan lodgenya tapi rumahku. Shah sedar atau tidak dengan apa yang dia lakukan ini. Kalau mama nampak pasti aku dimarahinya. Selama aku berada di lodge, Shah selalu menjarakkan diri malah ketika kami berbual pun. Shah tidak pernah mengambil kesempatan untuk bersama denganku.

Dont freak me out ok, what is all this? ujarku tidak senang duduk bila Shah tiba-tiba hendak bermanja dengan aku. Sedangkan masa di Lodge dia dingin dan garang bukan main.

Tell me that you love me, desak Shah tanpa memperdulikan soalan Maya.

Lemah jantung ku bila Shah berkata demikian. Ingin sahaja aku menjerit mengatakan bahawa aku cintakannya. Tapi aku tidak berdaya.

I wish I could, but how can I possible say that I love you, you milik orang lain,

Tell me that you love me or I will leave tak akan jumpa dengan you lagi, ugut Shah seraya memandang tepat ke anak mata Maya.

Air mataku mula bertakung. Hatiku sebak bila Shah berkata demikian. Shah sengaja hendak mendera perasaanku.

Ok since you tak nak admit, fine. But before I go, I just want to let you know that I love you, I love you so much, ujar Shah seraya mengelus pipiku lembut. Dia bangkit dari sofa.

Shah, please dont go, ok I mengaku I cintakan you tapi I tak mampu, you tunangan orang dan I dah berjanji tidak akan melukakan hati tunang I, ujarku mengaku hilang perasaan maluku bila Shah meluahkan isi hatinya kepada ku. Shah cintakan aku. Apa benar yang aku dengar atau aku tersalah dengar. It doesnt make sense.

Shah tersenyum bila Maya akui mencintainya. Dia sedar Maya benar-benar mencintainya.

Then tak ada masalah, ujar Shah kembali duduk di sofa.

What do you mean tak ada masalah, airmataku mengalir laju tanpa di tahan kurang faham dengan maksud Shah. Apa Shah mahu memutuskan pertunangannya dan bercinta dengan aku. Semudah itu. Tidak mungkin Shah sekejam itu.

Because my dear, you sebenarnya tunang I, ujar Shah perlahan.

Jantungku seakan berhenti berdegup bila Shah berkata demikian. Aku memandang ke arahnya dengan penuh tanda tanya. Shah tunang aku?

You my tunang, Muhd Shahril, your fullname Muhd Shahril, ujarku bertalu-talu tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Inginkan kepastian dari mulut Shah sendiri.

Muhd Shahril a.k.a Mr Shah,

I hate you Shah, you sengaja buat ini semua pada I kan, ujarku meninggalkan Shah sendirian di ruang tamu lalu berlari menuju kearah bilikku. Pintu bilikku hempas kuat. Aku malu pada diriku sendiri. Selama ini Shah mempermainkanku. Kenapa Shah tergamak bermain dengan perasaanku. Kenapa Shah mempersendakan aku.

Pintu bilikku di ketuk bertalu-talu. Shah cuba memujuk.

Maya buka pintu sayang, Im really sorry ok, I admit I bersalah, but I buat ini semua pasal I nak tahu samada you terima I ataupun tidak, pujuk Shah. Dia tahu dia melakukan kesilapan yang besar kerana tidak berterus terang dengan Maya sebelum ini.

You go away, Shah, leave me alone, jeritku dari dalam bilik. Rasakan. Senang-senang hendak mendera aku. Kini giliran Shah pula memujuk aku. Tentulah aku gembira bila mengetahui bahawa Shah aka Muhd Shahril itu adalah tunangan aku. Kerana aku benar-benar sayangkan Shah. Aku benar-benar bersyukur kerana mama dan papa memberiku bakal suami yang baik. Tidak sia-sia mereka tunangkan kami. Hailah Shah. Kalau dari awal lagi kita bertemu dan berkenalan tidaklah hidupku huru hara begini. Tidaklah aku terjebak dengan jantan seperti Saiful. Tapi ini semua salahku juga kerana tidak memberi peluang kepada papa dan mama untuk memperkenalkan aku dengan Shahril selama ini. Aku tolak saranan mereka bulat-bulat malah sudah beberapa kali rancangan mereka untuk ketemukan aku dengan Shah aku gagalkan. Mungkin ini caranya Shah hendak membalas dendam terhadap diriku kerana Shah tidak pernah lari dan cuba mengelakkan diri bila dia di kehendaki bertemu dan berkenalan denganku semasa mama dan papa rancang dahulu. Aku merasa malu sendiri. Aku kini tergila-gilakan Shahril yang aku pernah kata benci dan menyampah suatu ketika dahulu.

Ok kalau you tak buka pintu, I akan pecahkan pintu bilik you ni, ugut Shah setelah menyedari Maya terkenal dengan keras hati.

Cubalah I terjun dari tingkap, you jangan cuba nak manipulate I lagi, ugutku tidak mahu kalah. Aku berbaring di atas katil sambil memeluk cushion kecil kesayanganku. Sengaja tidak mahu buka pintu untuk Shah.

Satu,

Dont you dare,

Dua,

I said dont you dare,

Tiga, Shah berjaya membuka pintu Maya.

Aku tersentak bila mendapati Shah benar-benar berjaya membuka pintu bilikku.

You are crazy, ujarku berlari kearah tingkap bilikku yang terbuka luas seraya terjun dari tingkap.

Aku memang tidak mahu mengaku kalah. Dah memang sifat semula jadiku. Apa aku kata akan aku kotakan tak kiralah perbuatan bodoh atau tidak. Yang penting aku kotakan. Seperti biasa aku belum mahir dalam aski terjun dan landing di tempat yang selamat, akhirnya aku jatuh terjelepuk di atas rumput. Nasib baiklah bilik aku di tingkat dua tidak berapa tinggi sangat kalau tidak dah arwah.

Ouch, jeritku bila mendapati kakiku terseliuh.

Shah berlari mendapatkan aku yang masih lagi dalam posisi yang sama. Aku tidak berani bangun kerana aku tahu kakiku terseliuh. Dia berdiri di hadapan ku sambil bercekak pinggang. Tidak menyangka tunangnya itu sanggup buat benda gila sebegitu.

Perempuan gila, marah Shah sambil menjeling kearah Maya.

Gila-gila pun tunang you juga kan, usikku seraya menyeringai kesakitan sambil mengurut kakiku perlahan. Berdenyut-denyut rasanya. Padanlah dengan mukaku. Tidak semena-mena kakiku terseliuh lagi.

So bangun sendirilah, ujar Shah tanpa memperdulikan komenku.

Please sayang, tolonglah I, tak kan you sanggup biarkan tunang kesayangan you macam ni,

Shah mendengus kecil. Kalah dengan pujuk rayu Maya. Dia mendukung Maya. Membawa Maya masuk ke dalam rumah. Ibunya Faridah dan mama Maya terperanjat bila kedengaran kecoh-kecoh di luar. Mereka segera berlari ke ruang tamu ingin tahu apa yang telah terjadi di antara Maya dan Shahril. Baru bertemu dan berkenalan sudah berperang. Puan Manisah hanya mampu tersenyum makalan Puan Faridah mengeluh lega melihat kemesraan mereka berdua.

Sayang pun you dengan I, lepas ni jangan lupa ye urutkan kaki I ye sayang, usikku seraya tersenyum gembira. Wajah Shah ku pandang lama. Yelah siapa yang tak gembira dan bahagia bila orang yang kita gilakan dan sayangkan benar-benar milik kita. Aku merasa bahagia kerana impianku kini menjadi kenyataan dan gembira dapat juga aku mengenakan Shah walaupun aku terpaksa membuat aksi stunt semata-mata hendak membuatkan Shah marah akan perbuatanku itu. Opps bukan marah. Tapi marah-marah sayang.


The End.


Terima kasih kepada sudi membaca..jumpa lagi di "How Can I Not Luv U"


__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Super Member

Status: Offline
Posts: 2496
Date:

abis gak cite ni....takde la lagi aku tunggu tunggu cite ni nak abis...

Cite baru best ke tidak...???

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Hehe dah habis..tapi masa on the way pergi kerja dapat idea untuk alternative ending cerita ni..jadi ending cerita ni ada dua versi..bole tak geng kat sini vote ending mana yang best..TQ

p/s: cerita baru pun best juga buat para pembaca yg suka cerita romantik ni..

ok ending versi kedua..

Aku merasa hairan setibanya di rumah terdapat sebuah kereta BMW 5 Series berwarna kelabu gelap kelihatan parkir bersebelahan dengan keretaku. Kereta siapa? Siapa datang? Mama ada tetamu? Mataku melilau mencari kereta papa. Ada terparkir seperti biasa. Hmm papa tidak ke pejabat?

Ma kereta siapa tu? Siapa datang?, soalku ingin tahu.

Hah dah datang pun Shahril?, jawab mama dengan wajah bercahaya gembira bakal menantunya sudah tiba awal sebelum mereka tiba. Shahril dan bakal besannya itu ada mengatakan akan datang kerumahnya hari ini. Kata temannya Shahril hendak bertemu dengan Maya dan hendak berkenalan dengannya. Sengaja dia tidak mahu memberitahu Maya kerana takut anaknya itu buat hal mengelak dari bertemu dengan tunangnya.

Come again ma, Shahril datang? Ma kenapa tak beritahu Maya awal-awal Shahril datang, gerutu sebal. Mama sengaja hendak sabotage aku. Dah lah aku tiada mood untuk bertemu dengan sesiapa. Tunang aku pula datang.

Sorry sayang, mama lupa hendak beritahu Maya, jawab Datin Manisah berbohong sunat. Sebenarnya dia sudah berpakat dengan temannya dan Shahril. Sudah tiba masanya Maya bertemu dengan Shahril. Lagipun Shahril ada menyatakan sekiranya Maya bersetuju untuk hidup bersamanya dia tidak mahu melengah-lengahkan lagi perkara yang baik.

Kenapa tak keluar lagi, ujar Datin Manisah bila Maya masih tidak keluar dari kereta.

Aku mengeluh kecil. Mama macamlah tak faham dengan perangaiku yang tidak suka dipaksa-paksa. Aku sedang tidak ada mood hendak berjumpa dengan sesiapa apatah lagi berjumpa dengan Shahril. Aku belum bersedia lagi. Berilah aku tempoh dua atau tiga hari lagi untuk aku kembali kepada mood asalku. Orang tengah kecewa dan patah hati ni. Baru nak feeling-feeling sedih mama dah suruh Shahril datang. Buatnya aku berubah fikiran tak hendakkan Shahril langsung baru dia tahu.

Aku membuka pintu. Berat kakiku hendak melangkah menuju ke pintu rumah. Maya you can do it. Pujuk hati ku. Aku berjalan perlahan semakin hampir ke pintu semakin berat kakiku hendak melangkah. Aku belum bersedia untuk bertemu dengan Shahril.

Ma, Maya pergi naik atas dulu freshen up, tak kan Maya hendak bertemu dengan Shahril macam ni tak vogue lah kan?, ujarku sengaja hendak melengah-lengahkan masa. Lagipun mama tahu aku ni memang vain. Semua hendak presentable.

Hmm ok, jangan lelama sangat, Shahril dan Datin Faridah ada di dapur, ujar Datin Manisah malas hendak melayan karenah Maya yang suka berbuat demikian. Tapi sekurang-kurangnya Maya tidak lari dari rumah bila dia mengatakan Shahril dan ibunya hendak datang bulan yang sudah.

Ok, jawabku ringkas. Mama menuju ke pintu belakang kearah dapur. Manakala aku menuju ke pintu depan. Pintu ku buka perlahan. Kedengaran suara papa sedang berbual dengan seseorang di dapur. Aku tidak dapat menangkap butir perbualan mereka. Sebelum aku melangkah ke anak tangga aku terdengar suara seseorang. Yang pasti suara tunangku.

Biasalah uncle, saya jarang ke KL lebih selesa tinggal di tempat kerja, kalau ke KL pun balik jumpa ibu dan Ana, jawab lelaki itu bila di tanya Dato Shamsul.

Hmm suara not bad, macho, bisikku lalu menaiki anak tangga menuju ke bilikku. Setibanya di bilik aku tidak segera ke kamar mandi seperti mana ku katakan pada mama hendak freshen up. Sahaja je aku bagi alasan begitu kerana tiada niat hendak berjumpa dengan Shahril pun. Kalau aku terperap di dalam bilik tidak buka pintu mama tak boleh paksa. Pandai tak aku.

Aku berbaring di atas katil memandang kearah syiling. Boleh ke aku terima Shahril sedangkan hatiku hanya pada Shah. Aduh kenapa aku boleh jatuh hati pada Shah sedangkan pada awalnya aku tidak suka dengan lelaki itu. Pada aku Shah seorang lelaki yang tidak pandai menjaga hati wanita. Selamba badak sahaja layanan yang diberikan. Tapi aku seakan suka bila Shah mengusikku begitu. Walaupun kadang kala usikan dan sindirannya itu menyakitkan hati. Arrghh Shah. I hate you. I really hate you.

Aku tersentak bila pintu bilikku di ketuk.

Maya dah siap ke belum, Shahril dah lama menunggu tu, tak baik biarkan tetamu menunggu lama, ujar Mama dari luar.

Ok ma, give me 15 minutes, jeritku dari bilik.

15 minutes not more than that, ujar Datin Manisah.

Aku masih terkebil-kebil di atas katil. Maya sudahlah Shah sudah berpunya. Bukankah kau sendiri nampak wanita cantik yang berada di sisi Shah tempoh hari itu tunangnya? Maknanya Shah sudah dimiliki. Tunang kau Shahril. Terima sahajalah tunang kau itu. Dia pilihan keluarga. Insha allah pilihan keluarga menjamin kebahagiaan kau. Bisik hatiku.
Aku mengeluh kecil lalu bangkit dari katil. Bye Shah. Nice to meet you Shahril. Bisikku lalu menuju kearah kamar mandi.



Aku menuruni anak tangga papa, mama dan Datin Faridah dah Shahril berbual mesra. Tunangku duduk di atas sofa membelakangkan aku. Semakin berdebar-debar hatiku untuk terus melangkah turun. Allah please help me go through this. Doaku dalam hati.

Hah turun juga princess papa, lama bersiap tak sabar jumpa Shahril ke?, usik Dato Shamsul sebaik sahaja
terpandang wajah puterinya.

Pa, please stop embarrassing me, ujarku dengan nada merajuk. Yelah time ginilah papa hendak mengenakan aku. Mana aku hendak sembunyikan muka. Malu aku di buatnya.

Shahril mengeluh kecil bila mengetahui Maya berada di belakangnya. This is it. Bisik hatinya. Maya tahu pasti marah padanya. Dia sudah bersedia. Shahril bangkit dari sofa lalu berdiri memandang kearah Maya.

Shah apa you buat kat sini?, ujarku terperanjat katak bila lelaki yang duduk membelakangkan aku itu adalah Shah owner Nature Lodge.

Jumpa you, jawab Shah ringkas.

Jumpa I, ujarku pelik.

Aku berjalan menghampirinya lalu berbisik kepadanya. Seriously, apa you buat kat sini, soalku lagi.

Shah tersenyum bila Maya berkata demikian. Shah merapatkan bibirnya ke telinga Maya untuk berbisik sesuatu.

You tunang I, bisik Shah ringkas.

Hampir hendak gugur jantungku bila dia berkata demikian. Aku memandang wajahnya untuk mencari kebenaran kata-katanya. Shah tunang aku. Shah adalah Muhd Shahril. WTH.

Jadi selama I di lodge you tunang I, kenapa you tak beritahu I, you sengaja hendak mempermainkan perasaan I kan, ujarku geram mataku mula di takungi air. Aku marah pada Shah kerana aku merasa malu sendiri. Shah tahu tentang diriku. Shah tahu aku bercinta dengan Saiful dan Shah tahu bahawa Saiful itu sudah beristeri. Dan aku pula jatuh cinta pada Shah dimana Shah itu adalah tunangan aku sendiri. Sampai hati kau Shah. Shah kejam sengaja hendak mempermainkan perasaanku. Aku benci kau Shah. Aku benci.

I minta maaf sayang, I tahu I bersalah, I will make it up to you, pujuk Shah perlahan. Ingin memeluk Maya.
Aku menolak Shah dari memelukku.

I hate you Shah, you sama saja macam Saiful suka take advantage of me, ujarku marah lalu berlari menaiki anak tangga menuju kearah bilikku tanpa memperdulikan mereka yang berada di ruang tamu. Sakit hatiku di permainkan begitu.

Kenapa Ril, kenapa Maya marah pada Ril, ujar Datin Manisah tidak mengerti mengapa Maya berkelakuan demikian.

Maya benar-benar marah pada Shahril sedangkan ini adalah kali pertama Maya bertemu dengan Shahril.

Shahril mengeluh kecil.

Sebenarnya saya sudah bertemu dengan Maya di Lodge tapi tidak memperkenalkan diri saya kepada Maya, jadi Maya marah pada saya kerana tidak berterus terang padanya, terang Shahril ringkas. Dia tidak mungkin akan menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku di Lodge. Diantara Maya dengan Saiful.

Ah Maya memang begitu sensitive, ala kalau di pujuk sejuk lah hatinya nanti, celah Dato Shamsul. Dia kenal benar perangai puterinya itu. Merajuknya sekejap.

Salah saya juga uncle, tak apalah saya akan memujuk Maya, ujar Shahril merasa bersalah. Dia tahu Maya kecewa dengan sikapnya. Dia tidak bermaksud hendak menyakitkan hati Maya.

Pujuklah dia Ril, mama tahu dia sukakan Ril dari riak wajahnya masa terpandang wajah Shahril tadi, mama percaya dia sayangkan Shahril, ujar Datin Manisah.

Auntie izinkan saya memujuk Maya, ujar Shahril meminta izin kepada Datin Manisah.

Pergilah Ril, ujar Datin Manisah lalu tersenyum.

Shahril menaiki anak tangga menuju kea rah bilik tunangnya Maya. Dia tahu Maya sedang marah padanya dan bukan senang dia hendak memujuk Maya. Pertemuan mereka di lodge dahulu sedikit sebanyak dia tahu akan ciri-ciri Maya yang keras hati.

Sayang, I minta maaf, I tahu you marahkan I, ujar Shah lalu mengetuk pintu Maya.

Aku tersentak bila pintu biliku di ketuk. Aku tahu Shah berada di luar cuba memujukku, namun aku tidak memperdulikan pujukan Shah. Sakit hatiku masih belum terubat. Sampai hati Shah. Airmataku mengalir laju menahan sebak.

Go away Shah, I dont want to see you, I hate you, ujarku lalu mencampak cushion kecil kearah pintu.

Sayang, ok kalau tak hendak buka pintu tak apa sayang dengar penjelasan I dulu,

Senyap. Maya tidak memberi respond apa-apa.

You know kita di tunangkan semasa kecil bukan? Dan I tahu you tidak setuju dengan pertunangan ini, ujar Shah sengaja berbuat demikian ingin mendengar respond Maya.

I pun tidak setuju ditunangkan dengan you, ujar Shah berterus terang.

Lagilah hati aku menjadi sedih bila Shah mengaku dia juga tidak suka di tunangkan dengan aku. Ini bermakna Shah tidak cintakan aku. Dia terpaksa menurut kehendak keluarga. Sampai hati kau Shah. Tahukah di kau aku mencintai mu separuh nyawa. Air mataku mengalir laju tanpa dapat di tahan. Sebak hatiku.

But it was then, tapi sejak pertama kali I bertemu dengan you perasaan I berubah, malah merasa bersyukur di tunangkan dengan wanita yang secantik dan senakal Maya,

Aku ketawa dalam tangisan bila Shah mengaku dia turut sukakan aku. Ini bermakna aku tidak bertepuk sebelah tangan. Shah sayangkan aku. Tapi kenapa dia tidak mengaku. Kenapa dia tidak berterus terang denganku dahulu. Shah sengaja hendak menghukum aku.

Tapi setelah mengetahui hati you pada orang lain, I ingin menarik diri, tidak mahu menjadi penghalang cinta you,
Hatiku untuk orang lain siapa? Saiful. Ah bukankah kau tahu itu adalah kesilapan besar. Aku tidak cintakan Saiful. Saiful sudah luput dari diary hatiku sejak kejadian tempoh hari. Aku benci Saiful.

Sayang Im sorry for hurting you, I dont mean to do that to you, if you think Im not the right person to love you, I will go and leave you alone, if thats makes you happy, ujar Shah.

Hatiku diruntun sayu bila Shah berkata demikian. Airmataku mengalir tanpa henti-henti. Shah you are the right person. You are my soul mate. I luv you. Theres no other man in my heart. But Im angry and furious right now. Give me some time please. Keluhku lemah.

Shah mengeluh perlahan. Dia tahu Maya marah. Jika Maya tidak sukakannya dia tidak boleh memaksa. Sepertimana yang katakan dahulu. Dia akan menerima apa sahaja keputusan Maya. Sekiranya Maya mahu hubungan mereka di putuskan. Dia redha. Shah mengatur langkah menuruni anak tangga. Ibu dan Datin Manisah kelihatan gelisah bila dilihatnya Shahril turun sendirian.

Macamana?, soal Datin Manisah tidak sabar-sabar lagi ingin tahu akan jawapan dari Maya.

Shahril mengelengkan kepalanya perlahan.

Jadi keputusan Ril?, soal ibunya pula.

Ril dah buat keputusan, jika Maya tidak bersetuju Shah tak akan memaksa,


Aku mengesat airmataku yang mengalir tiada henti-henti sedari tadi. Di luar pintuku tiada lagi kedengaran suara Shah. Mungkin dia sudah penat memujukku. Aku masih marahkan kau Shah. Tapi aku sayangkan kau. Hanya kau di hatiku Shah. Theres no other man who can love me the way you love me Shah. Aku tersentak bila kendengaran pintu kereta di hempas. Aku mengendap di celah-celah tingkap bilikku. Kereta BMW kelabu milik Shah sudah keluar dari parkir dan ingin meninggalkan rumah ku. What am I doing? I love Shah damn it? I dont want to lose him. Jika Shah pergi dia tidak akan kembali. I know Shah hes gentleman. Dia tidak akan memaksa jika aku tidak menyukai. Aku menjadi panic. Pintu ku buka lalu berlari menuruni anak tangga. Shah dont leave me. Aku berlari berkaki ayam mengejar kereta Shah yang bergerak perlahan menuju kearah gate. Lalu mengetuk bumper kereta agar dia berhenti. Shah memberhentikan keretanya. Aku berdiri di tempat pemandu. Cermin tinted tingkap Shah ku ketuk. Tingkap di turunkan.

Auntie?, ujarku terperanjat kerana di tempat pemandu adalah auntie Faridah. Aku menjengah tempat penumpang di belakang Shah tidak kelihatan.

Shah berdiri di birai pintu memerhatikan Maya yang berdiri di sebelah keretanya. Dia tersenyum.

Shah mana auntie, ujarku malu. Hah rasakan tadi beria-ia cakap tak sukakan anak lelaki nya. Sekarang dia juga yang terkejar-kejar.

Shah, ada di belakang, ujar Datin Faridah lalu tersenyum simpul.

Aku menoleh ke kiri. Shah berdiri di hadapan rumahku memandang kepadaku. Malunya aku. Aduh mana aku hendak letak muka. Aku hanya berdiri terpaku bila Shah mengatur langkah menghampiri aku. Dadaku berdegup kencang. Tidak tentu arah aku dibuatnya.

Shah-, ujarku tanpa sempat aku berkata apa. Shah meletakkan jari telunjuknya ke bibirku agar aku tidak berkata apa-apa. Aku menjadi kaget. Ingin sahaja aku memeluk Shah tika dan saat ini. Aku benar-benar cinta dan sayangkan Shah. Namun aku gagahkan diri untuk tidak berbuat demikian. Sabar. Sabar itu separuh iman.

Shah tiba-tiba melutut di hadapanku. What? Oh my goodness. Airmata ku mengalir lagi kerana sebak.

Maya Maisarah, will you marry me, ujar Shah memandang tepat ke wajah Maya.

Yes, of course I will marry you, jawabku gembira.

Thank you sweetheart, you know i won't give up easily, jawab Shah tersenyum lalu memelukku. Aku menangis kegembiraan di dalam pelukannya. Sempat jariku mencubit lengannya kerana suka menyeksaku begini. Shah tahu aku cintakannya.

Papa, mama dan auntie Faridah tersenyum gembira melihat kami. Tunangku Shahril yang aku benci sangat suatu ketika dahulu tanpa aku sedari dialah orang yang akan aku cintai sepenuh hati sekarang. Benarlah orang tua-tua kata. Jangan terlalu benci kan seseorang tu. Orang yang kita benci itu yang akan kita sayang suatu hari nanti.

The end.


__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Super Member

Status: Offline
Posts: 2496
Date:

secara jujur aku baca ending no2 separuh je...tapi aku suka ending no 2 ni sbb lebih realistik dari ending no1...vote aku untuk ending no2

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 945
Date:

ahaaa... dah abis... em...

dua2 ending pun cam best, tapi sy laaaaaagi suke yg 1st. heheeeee..

tulis la lagi citer baru..

best.. best... best.... bestest....

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

fuhh abih gak haku bace..haha
best both ending..but num 2 pnye ending lebih logik..
num 1 cam gile2 still nice..hohoho

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Thanks. GaaRa kerana sudi membaca :)

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT

«First  <  1 2 | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard