Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Saiful?..Shahril?..Mr. Shah?


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:
Saiful?..Shahril?..Mr. Shah?


         Aku menutup daun pintu lalu menguncikan diri sebaik sahaja berada di dalam bilikku. Aku tidak mahu mendengar lebih lanjut akan perbualan di antara mama dan nek Ani. Perasaan geram dan benci bercampur aduk. Geram pada mama, papa, nek Ani dan tok Fuad. Manakala aku teramat benci sekali kepada lelaki yang menjadi punca masalah ini semua. Kalau tidak kerana aku teringinkan minum milo ais tadi, aku tidak akan terdengar akan perbincangan mereka. Mama dan nek Ani tidak menyedari aku bersembunyi di belakang pintu dapur. Hilang dahagaku, terbantut keinginan ku untuk membancuh ais milo. Aku tidak sama sekali percaya bahawa mama dan papa sanggup berbuat begitu terhadap diriku. Selama ini aku tidak pernah menganggap serius bila mama seringkali mengertakku agar berubah perangai. Jika aku tidak berubah mereka akan jodohkan aku dengan lelaki pilihan mereka dan kononnya lagi aku sememangnya sudah bertunang sejak kecil dengan anak kenalan rapat mereka. Yeah right. Bertunang sejak kecil. Ini zaman millenium bukan zaman purba. Aku tahu mereka hanya bergurau. Bertunang sejak kecil? Really? Oh come on. Mama dan papa nak match made aku dengan lelaki pilihan mereka. Mama tahu bahawa aku lebih suka mencari pasangan hidupku sendiri. Tetapi kedatangan nenek Ani dan Tok Fuad dan perbincangan rahsia mama dengan Nek Ani tadi mensahihkan lagi kenyataan bahawa aku sememangnya sudah bertunang. Malah mereka menyebut nama lelaki yang kononnya tunangan aku. Malah mereka sibuk membincangkan hari pernikahan aku pula. What the heck. They cant be serious. Siapa yang tidak bingit.

            Shahril, aku mengetap bibir menahan geram. Ya, nama lelaki atau lebih dikenali tunang aku itu yang disebut nek Ani berulang-ulang tadi. Apa kena dengan mama dan papa hingga sanggup mengorbankan kebahagian anak tunggalnya. Mana hendak aku campakkan buah hatiku, Saiful. Wajah tampan Saiful bermain di ruang mataku. Saiful pemuda yang berjaya hatinya ku rebut. Tanpa berfikir panjang pantas sahaja tanganku mendial nombor buah hatiku. Sakit hati bila memikirkannya.

            Yes, sayang, ujar Saiful sebaik sahaja menyambut panggilan dariku.

            Terubat sedikit hatiku bila Saiful memanggilku sayang. Saiful tampan dan romantis orangnya. Saiful Sales Executive di syarikat papa. Aku berkenalan dengannya pun secara kebetulan papa membawaku ke pejabat untuk berkenalan dengan beberapa pekerjanya, papa mahu aku mengendalikan syarikat kerana dia hendak menunaikan ibadah haji bersama mama dan selepas itu mereka mahu bercuti di Istanbul. Dia mahu aku mengantikan tempatnya sebagai CEO. Aku mula tertarik dengan Saiful bila kami mula-mula berkenalan. Saiful pandai mengambil hati dan charming. Walaupun Saiful hanya executive ini tidak bermakna aku tidak boleh bercinta dengan orang bawahan papa.

            You kat mana, dear, ujarku ingin tahu kerana latar belakangnya agak bising.

            I tengah makan dinner, baru balik dari office, ujar Saiful ringkas.

            Baru balik office. Kesian Saiful. Saiful hardworking. Aku tidak mengerti mengapa papa tidak pernah mahu menyenaraikan Saiful dalam senarai pekerja yang harus di naikkan pangkat. Pernah aku utarakan cadangan tersebut kepada papa. Namun papa tidak berapa setuju dengan cadanganku kerana ahli lembaga pengarah mengatakan Saiful belum layak memegang jawatan tersebut. Pelik. Namun aku tidak berani menentang keputusan papa.

            Ok then, we can talk tomorrow, ujarku tidak sampai hati hendak menganggu Saiful. Biarlah aku menyampaikan berita itu besok. Lagipun ia bukan berita yang mengembirakan. Aku tidak tahu bagaimana reaksi Saiful tatkala aku memberitahunya nanti. Marahkah dia? Sedihkah dia? Entahlah. Aku sendiri tidak tahu akan perasaanku ketika ini. Walaupun papa dan mama masih belum memyampaikan berita tersebut kepadaku secara rasmi. Aku tahu mama dan papa benar-benar serius mahu menjodohkan aku dengan Shahril. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

            Are you sure, dear, I can still talk if you want too, ujar Saiful lagi.

            Yeah it can wait, see you tomorrow, ujarku dengan nada lemah. Sedih.

            Ok, good night,

            Good night, jawabku seraya mematikan telefon.

            Aku memalingkan badanku ke arah meja sisi di mana terdapatnya potret Saiful. Potret itu ku renung dengan rasa sebak. Aku benar-benar cintakan Saiful. Aku tidak tahu bagaimana aku harus hidup tanpa dirinya. Aku tidak mengerti mengapa mama dan papa tidak faham bahawa hatiku hanya milik Saiful. Papa sama sekali tidak bersetuju aku memilih Saiful untuk dijadikan calon menantunya. Apa kurangnya Saiful. Bukankah papa sendiri akui bahawa dia senang dan sukakan Saiful. Tapi kenapa papa tiba-tiba tidak suka bila aku mengatakan aku mencintai Saiful.  Adakah mungkin kerana Saiful bukan dari keluarga yang berada. Dan harta menjadi isu utama dalam senarai papa untuk calon-calon menantunya. Aku tidak menyangka papa sebegitu. Aku mengeluh kecil. Sama sekali tidak mengerti akan keputusan mereka. Aku tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan apatah lagi mendirikan rumahtangga bersama orang yang tidak aku sukai. Im not going to let it happen. Aku harus lakukan sesuatu agar rancangan mereka tidak berjaya. Aku mengerutkan dahi memikirkan cara-cara untuk melaksanakan rancanganku untuk memastikan bahawa misi mereka untuk menyatukan aku dengan Shahril tidak akan berhasil. Pertama sekali aku harus bertemu dengan Shahril dan bersemuka dengannya. Aku akan berusaha sedaya upaya agar dia membenciku. Aku percaya papa, mama, nek Ani dan juga Tok Fuad tidak akan dapat melakukan apa-apa sekiranya Shahril sendiri tidak berkenan akan diriku. Dengan itu misi aku berjaya. Papa dan mama tidak dapat menghalangku untuk bersuamikan Saiful. Aku tersenyum puas.

bersambung...



__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

boleh tak klu masuk tu bagi salam..,
ni tak....
masuk rumah org terus g dapur bukak esbox org...


__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

As Salam Mu Alaikum dan Salam sejahtera kepada ahli2 geng cerita di sini. Maaf kerana tidak memperkenalkan diri terlebih dahulu kerana hamba ni pendatang baru yang kurang pengetahuan..

Tak berniat hendak terjah masuk rumah orang terus bukak esbox. Maaf ye. Semalam ada juga tercari-cari column untuk pendatang baru untuk memperkenalkan diri.. tak tak ketemu atau saya yang terlepas pandang. Maaf sekali lagi. Saya ni di ibaratkan buah cempedek di luar pagar ambil galah tolong jolokkan saya budak baru nak belajar cara hendak memperkenalkan diri kalau salah sila tegurkan. Terima kasih.

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ha... Mcm tu la...baru betul....ni bru freedom y macho lagi hensem yg tegur belum buaya darat yg lain lagi yg tegur...

Ok...ok.. Teruskan usaha murni post cerita...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

          Hari ini aku bangun lebih awal dari biasa kerana aku mahu bertemu dengan mama. Cuba memujuk mama agar mama merubah fikiran dan aku tidak perlu berkahwin dengan Shahril anak teman rapat mama. Aku sudah nekad, sekiranya tidak berjaya barulah aku mulakan misi aku untuk bertemu dengan Shahril.

            Selamat pagi, nek Ani, ujarku seraya memeluk nek Ani mesra dari belakang.

            Nek Ani yang sedang duduk menuang kopi tersentak bila secara tiba-tiba cucu kesayangannya bangkit awal hari ini. Cucunya yang seorang ini jarang sekali bangun awal. Selalunya dia hanya turun ke bawah bila dia sedang sibuk membantu ifa menyediakan makan tengahari.

            Pagi, Maya hendak ke pejabat ke hari ini, ujar Nek Ani hairan bila Maya kelihatan sudah bersiap-siap untuk keluar awal pagi.

            Maya hendak jumpa mama, mama ada Nek Ani,ujarku bila menyedari mama tidak kelihatan bersarapan bersama seperti selalu.

            Mama kamu dah keluar ke pejabat, katanya papa kamu perlukan beberapa dokumen untuk di tandatangan, terang Nek Ani seraya menyenduk nasi goreng  kampung yang masih berwap ke atas pinggan Maya.

            Sikit aje nek, Maya tengah diet ni, ujarku bila Nek Ani mahu menyenduk nasi untuk kali kedua.

            Huh diet, kamu dah kurus macam tu mahu diet lagi, apalah nak jadi dengan budak-budak sekarang ni, Nenek Ani mengelengkan kepalanya seraya menjeling kea rah Tok Fuad yang sedari tadi sibuk membaca surat khabar.

            Tok Fuad baca apa, soalku bila Tok Fuad tidak bersuara sedari tadi.

            F1, jawabnya ringkas sambil menyelak helaian akhbar ke ruangan sukan.

            Fuh, tok Fuad suka F1 ke, siapa tok Fuad minat, ujarku ceria tidak menyangka Tok Fuad boleh meminati F1. Kalau bola sepak aku tak terkejut sangat.

            Ferrari lah, Michael Schumacher, Shahril pun minat juga, ujar Tok Fuad bila Maya mula minat hendak berbual dengannya. Dia sedar sejak akhir-akhir ini Maya cuba mengelak untuk berbual dengannya mungkin kerana takut dia membincangkan soal kahwin.

            Atuk, kenapa atuk mesti bangkitkan nama dia, ujarku memberontak hilang seleraku untuk menikmati nasi goreng kampung nek Ani. Ikutkan nasi goreng kampong nek Ani. Nasi goreng favorite ku. Pinggan berisi nasi goreng ku tolak ke depan tanda protes.

            Benci benar aku bila tiap kali ahli keluargaku menyebut nama Shahril. Aku tahu mereka mahu memancing minatku. Mereka mahu aku berkenalan dengan Shahril sejak 3 bulan yang lalu lagi. Tapi semua usaha mereka sia-sia kerana aku berdegil tidak mahu ambil peduli akan cadangan mereka agar kami berkenalan. Setiap kali mama dan papa membuat rancangan agar kami berdua bertemu. Aku selalu mengelak dan berjaya untuk tidak bertemu dengannya.

            Nama siapa, soal Tok Fuad pura-pura tidak mengerti.

            Eii, sudahlah Maya nak pergi jumpa mama, ujarku seraya bersalaman dengan Tok Fuad dan Nek Ani. Meluat benar aku bila nama Shahril disebut selalu. Kali ini aku benar-benar harus ketemu dengan Shahril dan berharap rancangan aku berjaya.

Saiful hanya mendiamkan diri sahaja bila aku menceritakan masalah ku kepadanya. Wajahnya serta merta berubah. Ternyata dia tidak begitu gembira mendengar berita dariku. Siapa yang gembira bila buah hati mengatakan mahu bernikah dengan lelaki lain. Aku sendiri pun akan meraung bila kekasih hati mengatakan terpaksa bernikah dengan wanita lain.

 

Then, apa you cakap dengan your parents,

 

            Aku tersentak bila Saiful tiba-tiba bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.

 

            Of courselah I tak setuju, kan ke I sayangkan you, jawabku manja seraya memeluk Saiful erat. Saiful tidak membalas pelukanku seperti selalu dia hanya duduk membatu. Aku menoleh kearahnya. Saiful masih seperti tadi. Tiada secalit senyuman yang terukir di bibirnya.

 

            I nak pergi bercuti, ujar Saiful tiba-tiba memeranjatkan aku.

 

           You nak kemana sayang, I nak ikut, ujarku gembira. Yelah boleh aku ikut bersama. Sedikit sebanyak dapatlah aku melupakan masalah aku.

 

            Cuti balik kampung sayang, mak tak sihat,ujar Saiful seakan dapat tahu bahawa aku ingin ikut cuti bersamanya.

 

            Oh ok, I suppose I tak boleh ikut you,

 

            Sorry dear, mak tak sihat lagi, so bukan masa yang sesuai untuk I kenalkan you pada mak I, pujuk Saiful bila aku menarik muka masam.

 

            Then how about the holiday yang kita plan nak pergi sama, ujarku kurang senang kerana aku sudah menempah package percutian bersama sempena menyambut hari lahir Saiful. Mama memberiku sekeping brochure tempoh hari, dia cadangkan aku pergi bercuti di situ. Pelik aku dibuatnya kerana mama tidak pernah mencadang mana-mana tempat percutian kepadaku kerana dia tahu aku tidak berapa suka. Tapi tidak kali ini. Katanya sudah tiba masanya aku melancong di dalam negeri sendiri. Katanya banyak tempat-tempat menarik di Malaysia yang aku belum jelajahi. Bukannya ke Paris, Milan atau London tempat percutian kesukaanku.

 

            Sorry sayang, mak I sakit, Ill guess you pergi sendiri ajelah okay, pujuk Saiful.

 

            You nak suruh I pergi holiday sendiri, you okay tak, so when it the best time for me to meet your mum then, jawabku kurang senang dengan alasan Saiful. Ini bukanlah kali pertama dia memberi alasan emaknya sakit dan aku tidak dapat datang melawat dan berkenalan dengan bakal ibu mertuaku.

 

            Sabarlah sayang, beri I sikit masa lagi ok, I promise you, hatiku menjadi lembut bila setiap kali Saiful memujukku.

 

            Ok jangan lupa janji,

 

            Saiful tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan.

 

            Ok I got to go now, nak kena jumpa client, so dont worry too much ok, ujar Saiful dia mengucup pipiku seraya berlalu meninggalkan aku sendirian. Aku tahu Saiful marah dan kecewa dengar berita yang aku khabarkan. Namun dia pandai menyembunyikan perasaannya. Saiful percaya Datuk Ariffin dan Datin Manisah tidak akan membiarkan anak tunggalnya bernikah dengan lelaki yang tidak di cintainya. Walaupun aku tidak yakin mereka akan mengubah keputusan namun aku gembira kerana Saiful pandai memujuk.  

 

 

 

            KOLAM mataku mula di takungki air. Bila-bila masa sahaja air mataku akan merembis keluar. Puas aku fikirkan dimana silapnya sehingga aku terpaksa menerima balasan yang sebegini. Sudahlah aku hampir ketinggalan bas ke pusat peranginan pilihan mama. Kini luggage ku pula tidak kelihatan. Puas aku memaksa pemandu bas cuba menyelongkar tempat meletak beg di bawah. Namun dia memberi alasan yang sama, bahawa tiada lagi beg yang tertinggal di dalam bas. Dan kini van yang sepatutnya membawa ku ke pusat peranginan tersebut sudah meninggalkan ku kerana menunggu lebih dari setengah jam. Aku membuka tas tangan dan mula mencari sesuatu. Print-out pusat peranginan tersebut ku capai. Aku tidak akan berpatah balik setelah hampir enam jam aku terpaksa berada di dalam bas dan sudah merantau sejauh beratus batu. Aku akan terus ke tempat yang dituju kerana mama sudah tempahkan aku bilik Spa Suite yang besar dan cantik. Pada awalnya aku tidak berminat tapi bila mama mengatakan tempat peranginan tersebut sangat cantik. Aku bersetuju. Aku menyuruh setiausaha papa membuat tempahan untukku. Aku mahu bercuti bersama Saiful. Tapi Saiful mengatakan dia terpaksa pulang ke kampung di saat terakhir. Bila Saiful mengatakan dia tidak dapat pergi, aku turut tidak mahu pergi. Jika  aku pergi bermakna aku bercuti seorang sahaja ke pusat peranginan tersebut. Tapi bila ku kenangkan ada baiknya aku teruskan pergi bercuti kerana aku akan merasa bosan duduk di rumah. Sekurang-kurangnya aku dapat menikmati keindahan pusat peranginan tersebut dan dalam masa yang sama dapat berehat menenangkan fikiran ku yang berserabut sejak akhir-akhir ini dengan masalah peribadi. Aku mula mendial nombor pusat peranginan tersebut.

 

            Selamat Petang, Nature Lodge,

 

            Selamat Petang, saya Maya salah seorang pengunjung Nature Lodge, van yang sepatutnya membawa saya ke sana sudah tinggalkan saya, boleh tak awak aturkan seseorang untuk menjemput saya di Stesen Bas,

 

            Cik Maya, boleh tunggu sekejap saya cuba periksa senarai pelanggan,

 

            Baiklah, ujarku seraya menarik nafas lega.

 

            Maaf cik Maya, nama Cik Maya tiada tersenarai dalam list kami,

 

            Thats impossible I didnt cancel my trip, ujarku kurang puas hati.

 

            Kalau begitu, Cik Maya ada buat booking melalui nama orang lain,

 

            Oh yeah maybe, boleh tolong periksa system awak samada nama Saiful Bahari ada dalam senarai,

 

            Ya, Saiful Bahari, Orkid Spa Suite, baiklah cik Maya saya akan menyuruh seseorang menjemput cik Maya,

 

            Terima kasih, ujarku seraya meletak telefon. Kaki lenguh kerana terlalu lama berdiri. Sekurang-kurangnya penyambut tetamu Nature Lodge berusaha untuk menjemputnya. Nasibku tidaklah seburuk yang ku sangka kerana sebaik sahaja tiba di Nature Lodge aku akan berendam di dalam whirpool tub untuk menghilangkan sengal-sengal dibadanku. Bisikku dalam hati seraya tersenyum.     

 

 

bersambung...

 

 

 



__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

APA, I nak kena jemput cik Maya, ujar Shah seakan tidak percaya dengan penjelasan Afikah. Bukankah dia sudah menguruskan Andy menjemput mereka. Shah tahu Andy seorang yang boleh diharap dan tidak lalai. Mustahil dia boleh terlupa pada Maya. Shah memecit kepalanya perlahan sejak bakal ibu mertuanya hubunginya sebulan yang lalu dan mengatakan puterinya akan bercuti di tempatnya kepalanya tiba-tiba terasa sakit bila memikirkannya. Walaupun dia tidak pernah bertemu dengan bakal ibu mertuanya mahupun tunangnya sejak berbelas tahun lalu namun dia masih menyedari hubungan yang pernah keluarga mereka jalinkan suatu ketika dahulu tetap teguh hingga sekarang. Malah ibu tidak sabar mahu bertemu dengan teman rapatnya kembali agar hubungan mereka yang terputus dahulu dapat di sambung semula. Sejak dia di zaman remaja lagi Ibuya sudah mengingatkannya bahawa dia sudah bertunang dengan puteri tunggal teman rapatnya dan Shah terpaksa menurut. Shah mengeluh perlahan. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyambut dan melayannya. Dia tahu tunangnya itu tidak kenal akan dirinya. Dan dia tidak bercadang untuk memperkenalkan akan dirinya kepada tunangnya. Biarlah dia tidak tahu siapa dirinya dan dia cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri darinya. Ikutkan, Shah sendiri tidak pernah setuju dengan kehendak kedua ibu bapanya tapi dia tidak pernah menyuarakan rasa tidak senang hatinya kerana dia menganggap perkara itu adalah perkara remeh dan dia malas hendak memikirkannya.

Shah menarik handbrek serta mematikan enjinnya sebaik sahaja jip berhenti di tempat meletak kereta. Shah menyisir rambutnya yang kelihatan tidak terurus dengan mengunakan hujung jarinya. Dia berjalan perlahan menuju kearah tempat duduk yang di katakan Maya sedang menanti. Dari jauh dia ternampak seorang wanita muda cantik sedang sibuk berbual-bual mengunakan telefon bimbitnya. Shah tidak terus menegurnya kerana dia tidak pasti samada wanita muda itu adalah Maya. Matanya memandang kearah lain cuba mencari-cari sekiranya ada wanita muda lain yang ada seperti ciri-ciri wanita cantik itu, samada dari segi pakaian dan caranya. Shah tahu Maya seorang wanita yang modern kerana ibunya pernah mengatakan Maya pernah berada di UK selama 3 tahun untuk menyambung pelajarannya. Walaupun Universiti tempat pengajiannya tidaklah berapa jauh dari University Maya, namun dia tidak pernah bercampur dengan anak-anak golongan elite dari tanahairnya kerana kebanyakan mereka sombong tidak seperti student Asia lain yang datangnya dari Indonesia, Thailand dan Brunei. Shah melirik kearah wanita muda itu lagi dia masih sibuk dengan telefon bimbitnya. Shahril mengeluh kecil. Kalau ditunggu hingga wanita muda itu habis berbual sudah tentu makan masa berjam. Shah mengeluarkan Note 2nya lalu menaip nama Maya di screennya. Shah berdehem kecil cuba mendapatkan perhatian dari wanita muda itu.

Aku mendongak memandang kearah lelaki yang berdiri di hadapanku. Pemuda kacak itu tersenyum memandang ke arahku. Aku memberi isyarat mata kepadanya agar dapat menungguku sekejap. Aku sedang berbual dengan setiausaha Saiful. Kali ini lelaki itu menunjuk sesuatu kepadaku. Namaku tertera di screen Galaxy Notenya. Aku tidak menjawab malah menjeling ke arahnya.

Shah kurang senang dengan perilaku wanita muda itu. Ah mungkin dia tersalah orang. Mungkin Maya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Bukankah itu yang diharapkannya sepanjang perjalanannya ke Stesyen bas. Dia benar-benar berharap agar Maya mengambil keputusan untuk berpatah balik. Shah mengambil keputusan untuk kembali jipnya.

Aku mematikan talian lalu menyimpan telefonku kedalam beg. Mataku melilau mencari kelibat jejaka kacak tadi. Kemana dia pergi bukankah dia berada di sebelahku sebentar tadi. Aku mendengus marah bila mataku terarah kepada bentuk tubuh sasa milik lelaki tersebut yang sudah jauh berjalan meninggalkan ku. Aku segera bangun dan mengejarnya. Aku tidak mahu ketinggalan lagi.

Hei, tunggu, jeritku bila melihat lelaki itu sudah mula menghidupkan enjin jipnya. Lelaki itu tidak menghiraukan jeritan ku. Dia memusingkan steringnya ke arah jalan raya.

Nak bunuh orang ke, ujarku seraya mengetuk bumper jipnya bila dia hampir sahaja melanggarku.

Siapa suruh awak berdiri depan jip saya, ujar Shahril selamba seraya memandang kea rah wanita itu.

Eh kan saya suruh awak tunggu tadi, kenapa awak tinggalkan saya, ujarku tidak puas hati.

Saya tanya samada awak Maya, tapi awak tidak menjawab so saya pergilah,

Kan saya bagi isyarat tadi suruh tunggu sekejap, awak tak tahu ke,

Maafkan saya cik Maya saya tak faham bahasa isyarat, saya tak belajar lagi, ujar Shah menyindir seraya turun dari jipnya dia menghulurkan tangannya mahu menyambut overnight travel beg yang berada di tangannya. Wanita seperti Maya sangkanya perlu sekurang-kurangnya luggage beg untuk percutian selama 2 minggu. Ialah dimana dia hendak menyimpan beg make-up, kasut dan accessories.

Ini aje, sindir Shah bila menyedari hanya beg kecil yang dibawa Maya.

Beg saya tertinggal dalam bas lain, mungkin esok atau lusa beg saya akan dikembalikan, ujarku tanpa ditanya.

Pemuda itu tersenyum menyindir. Aku tahu dia mengejekku walaupun dia tidak berkata apa. Tanpa banyak soal lagi pemuda itu memasukkan gear satu dan jipnya meluncur laju kea rah jalan raya. Sepanjang perjalanan pemuda itu hanya mendiamkan diri. Aku mencuri pandang ke arahnya. Lelaki disebelahku ini tampan tinggi lampai, bertubuh sasa. Berlainan sekali dengan Saiful. Saiful suka berpakaian kemas, tidak seperti lelaki di sebelahku. Sungguhpun dia tidak berpakaian kemas ketampanannya masih terserlah. Dia sukakan rough look. Dari segi permerhatian ku dia seorang yang extrovert dan adventurous. Mungkin dia salah seorang pekerja di Nature Lodge yang akan mengetuai aktiviti kami nanti.

Shah menumpukan sepenuh perhatiannya ke atas jalan raya seolah-olah Maya tidak pernah wujud di sebelahnya. Ternyata Maya bukanlah wanita yang menjadi pilihannya. Maya anak manja dan tidak independent, dia tidak sukakan wanita yang terlalu manja dan suka memerintah, apa yang lebih menakutkannya jika Maya tidak tahu menguruskan rumahtangga sekiranya dia berkahwin dengannya. Shahril mengelengkan kepalanya perlahan. Dia cuba mencari jalan agar perkahwinan ini tidak akan berlaku. Dia tahu Maya mempunyai teman lelaki melalui bakal ibu mertuanya. Dia sendiri tidak pernah merasa cemburu bila bakal ibu mertuanya menceritakan perihal anaknya itu kerana Shah percaya Maya turut tidak setuju dengan ikatan pertunangan ini.

Shah membelok ke kiri jipnya menuju kea rah pintu gerbang utama Selesa Andaman Lodge. Sebaik sahaja enjin di matikan dia mencapai beg Maya yang terletak di belakang.

Main reception di sebelah kanan, saya akan hantarkan beg cik Maya ke bilik, jawab Shahril seraya meninggalkan Maya.

Aku merungut kecil kerana lelaki itu pergi tanpa menungguku.

Sombong, cemuhku dalam hati. Sakit benar hatiku bila di layan sebegitu. Bukanlah aku mahu dia mendukung ku ke bilik atau layanan yang bukan-bukan. Tapi setidak-tidaknya tunjuklah aku arah mana terletaknya Reception. Aku berjalan perlahan kea rah anak panah yang menunjukkan aku kea rah reception. Aku tidak sama sekali menyedari keindahan Nature Lodge. Cuaca yang sejuk dan kabus tipis menyedarkan aku bahawa aku hanya mengenakan baju tanpa lengan. Aku memeluk tubuh menahan kesejukkan. Sepanjang jalan aku dapat menikmati taman buatan manusia yang cantik di kiri dan kanan terdapat air terjun kecil dan kolam yang dipenuhi ikan koi. Yang sebenarnya aku bukanlah outdoor person. Aku lebih rela ke Bintan hanya untuk memanjakan diri. Tapi mama berkeras agar aku cuba bercuti ke Nature Lodge. Aku tidak tahu berapa harganya semalam di Nature Lodge, tapi melihatkan keindahan Nature Lodge aku dapat merasakan harga untuk sebuah Suite boleh mencapai hingga ke RM800 semalam.

Hello, saya Maya Maisara, ujarku seraya tersenyum ke arah gadis di belakang meja reception.

Cik Maya, ujar gadis itu hampir terlompat bila terpandang akan wanita jelita yang berdiri di hadapannya.

Aku tersenyum mungkin gadis itu terkejut bila di sergah kerana wajahnya kelihatan agak pucat bila terpandang wajahku.

Cik Maya tunggu sekejap, saya- ah Mr Shah, laung Atikah bila ternampak kelibat Shah.

Shah menuju kea rah meja penyambut tetamu bila di panggil Atikah. Dia perasan Maya berada di situ tapi dia sengaja tidak menoleh ke arahnya.

Yes Atikah, jawab Shah manja.

Aku menjeling meluat bila lelaki itu berbuat demikian kerana aku pasti lelaki yang bernama Shah itu sengaja berbuat demikian.

Can I see you in private for a minute, sorry cik Maya you duduk sekejap kami akan uruskan bilik cik Maya, ujar Atikah seraya mendekati Shah yang kelihatan kebingunan bila Atikah mahu bercakap dengan dia secara peribadi.

Ada masalah, ujar Shah bila mereka berada jauh dari Maya. Dari expresi wajah Atikah dia dapat merasakan Atikah mempunyai masalah.

Mr Shah, Saiful tunang cik Maya ada di dalam Suite, ujar Atikah seakan berbisik walaupun dia sedar Maya tidak dapat mendengar perbualan mereka kerana mereka berada jauh dari tempat dia sedang duduk.

Shah agak terperanjat dengan kenyataan Atikah tapi dia cuba menyembunyikannya agar Atikah tidak perasan akan reaksi di wajahnya. Maya mengajak kekasihnya bercuti bersama. How interesting?

I rasa dia memang hendak bercuti dengan tunangnya, lagipun you yang cakap registration was under Saiful name, soal Shahril cuba berlagak biasa, seolah-olah ia bukanlah menjadi masalah buat dirinya dan Atikah. Tapi kenapa Atikah kelihatan begitu panic.

Tapi Mr Shah, I saw him with another woman, terang Atikah.

Sure itu boyfriend dia, soal Shah ingin kepastian dia khuatir Atikah tersalah orang.

Atikah tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya perlahan. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa wanita yang di kepit Saiful itu bukan Maya kerana sangkanya Maya akhirnya dapat menaiki van tersebut kerana Saiful datang bersama seorang wanita muda. Dia hampir terjatuh dari kerusi bila tiba-tiba wanita muda yang kelihatan penat itu mengaku dirinya Maya. Kalau wanita muda itu adalah Maya, jadi siapa dia wanita yang berkepit dengan Saiful tadi kerana mereka kelihatan begitu mesra sekali.

Ok, you bagi cik Maya complimentary voucher from our restaurant dan beritahu padanya biliknya belum sedia lagi, I think of something ok, dont worry, ujar Shah tenang, matanya sempat melirik kea rah Maya yang sedang sibuk menyelak majalah. Tahukah dia Saiful bersama dengan wanita lain. Shah berjalan menuju kea rah pejabatnya.



bersambung..


__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Aku melirik kearah jam. Jam menunjukkan hampir ke 3.00 petang. Perutku sudah mula berkeroncong kerana aku tidak sempat menjamah sebarang makanan sejak pagi tadi akibat bangun lewat. Aku melirik kearah Atikah yang sedang menuju kearah ku, gadis itu cuba tersenyum.

Cik Maya, kami minta maaf kerana Suite cik Maya sedang disediakan, bagi pihak Nature Lodge pengurus kami memberi complimentary voucher untuk cik Maya gunakan sementara menunggu bilik cik Maya, ujar Atikah setenang mungkin. Dia pasti Maya akan melenting kerana pertama, dia tertinggal van dan kedua biliknya belum siap. Tentu Maya menyangka bahawa Nature Lodge tidak memberi servis yang baik.

Aku mengeluh bila Atikah berkata demikian. Tapi nasib baik aku diberi voucher percuma untuk makan tengahari, sekurang-kurangnya dapat juga aku mengisi perut sementara menanti bilik aku siap. Aku tidak menyangka pengurus Nature Lodge begitu murah hati memberi aku voucher makanan tersebut. Good customer servis.

Ok, tapi cepat sikit, I betul-betul penat ni, by the way bilik I nombor berapa, soalku seraya bangun dari tempat dudukku. Sudah tak sabar lagi hendak ke restaurant yang terdapat di Nature Lodge. Perutku benar-benar lapar.

No. 272, jawab Atikah pantas tanpa berfikir panjang. Dia tidak mahu Maya mengesyaki apa-apa.

Ok, Thanks, ujarku seraya mengorak langkah menuju kearah restaurant berdekatan. Atikah beredar semula ke meja penyambut tetamu.


Shah menuju kearah bilik pejabat Taufiq General Manager Nature Lodge yang sedang bercuti selama 2 minggu untuk berbulan madu. Untung Taufiq dapat berkahwin dengan wanita pilihannya. Tidak seperti dirinya terikat dengan perjanjian keluarganya. Turutkan hati Shah memang tidak pernah bersetuju dan agak marah dengan kedua orang tuanya bila dia mengetahui bahawa dirinya sudah ditunangkan kepada anak gadis pilihan mereka. Dia tidak percaya sama sekali perkara ini berlaku ke atas dirinya. Bukankah ini zaman modern, dia berhak memilih dan menentukan siapa yang layak menjadi isterinya. Sungguhpun dia tidak bersetuju dengan tindakan kedua orang tuanya dia tidak pernah berusaha untuk menghancurkan harapan mereka. Sejak dia mengetahui bahawa dirinya sudah bertunang Shah banyak menolak cinta dari beberapa wanita yang pernah cuba menagih cintanya. Dia berbuat demikian kerana dia sedar dia tidak akan dapat menerima mereka dalam hidupnya. Biarlah mereka kecewa sekarang dari dikemudian hari.
Shah tersentak bila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering nyaring. Anak matanya melirik kearah screen Galaxy notenya. Terpapang jelas nama Auntie Manisah.

As Salamu Alaikum,

Wa Alaikum Salam, Ril, ini auntie, auntie nak tanya Maya dah tiba,

Sudah Auntie, dia tak telefon auntie, ujar Shah mengerutkan dahinya bila menyedari Maya tidak menghubungi mamanya dan menceritakan tentang
kesulitan yang di hadapinya sepanjang perjalanan ke mari. Dia menyangka Maya akan terus mengadu pada mamanya.

Tak, itu yang auntie risau, tapi Ril kata dia dah sampai, alhamdulilah, Ril tolong tengok-tengok kan si Maya, dia tidak berapa adventurous sangat lagipun dia kesana seorang, auntie yang paksa dia ke sana agar dia dapat berkenalan dengan Ril, terang auntie Manisah panjang lebar.

Seorang, bisik Shah dalam hati seraya tersenyum. Sudah terang Auntie Manisah tidak mengetahui bahawa anaknya itu mengajak teman lelakinya menemaninya bercuti disini.

Insyallah, auntie jangan risau saya akan menjaganya, bila auntie hendak ke mari, soal Shah seraya melirik kea rah jam di pergelangan tangannya. Dia tahu sudah hampir 45 minit dia berada di bilik Taufiq. Dia berjanji kepada Atikah dia akan cuba menguruskan sesuatu agar Maya dipindahkan ke bilik lain supaya dia tidak bertemu dengan Saiful.

Kalau tak ada aral, mungkin minggu depan, auntie datang seorang sahaja kerana uncle out-station, jumpa minggu depan ye, assalamualaikum, ujar Datin Manisah mengakhiri perbualan.

Wa Alaikum Salam, jawab Shah lalu mematikan telefonnya.

Shah menyandarkan badannya di kerusi empuk milik Taufiq. Dari awal lagi dia memang dia tidak bercadang untuk menguruskan pindahan bilik untuk Maya kerana dia sedia maklum sepanjang bulan ini bilik di Nature Lodge sudah fully booked. Dan sekiranya Maya berdegil mahu meneruskan percutiannya. Dia terpaksa mengunakan bilik yang ditempahnya. Shah tidak bercadang hendak menghuru harakan hubungan Maya dengan kekasihnya. Dia sekadar mahu Maya sedar dan tahu akan siapa Saiful yang sebenarnya. Sungguhpun dia tidak berapa sukakan Maya, tapi ia menjadi tanggungjawabnya menjaga Maya sepanjang dia berada di Nature Lodge.


bersambung...

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

sambung pleaseeeeeeee........

__________________

"mencari ketenangan"



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Salam Aidiladha..

Terima kasih kerana sudi membaca..ok sambungannya...


Aku kembali ke tempat reception tadi. Gadis penyambut tetamu yang awalnya tadi berada disitu tidak kelihatan di belakang kaunter. Hanya seorang pemuda yang mengantikan tempatnya. Kali ini pemuda itu tidak banyak soal lalu menyerahkan kad kekunci sebaik sahaja aku menyerahkannya slip confirmation booking kepadanya. Aku mengeluh lega kerana bilik aku sudah siap dan dapatlah aku berehat dan menegangkan otot. Aku berangan mahu mencuba Spa yang terdapat di Nature Lodge ini. Menurut mama Spanya bagus. Sedar tak sedar aku sudah berdiri di hadapan pintu bilik Suite 272. Aku memasukkan kad kekunci yang di berikan kepadaku. Wah. Terpegun aku seketika bila menyedari betapa besar dan indahnya bilik Orkid Suite di Nature Lodge. Ternyata usaha mama tidak sia-sia. Aku benar-benar suka dan jatuh cinta pada keindahan bilik Orkid Suite. Hiasan dalaman sungguh indah seolah-olah aku berada di dalam gua. Dinding biliknya di perbuat dari batu yang kelihatan seperti batu gua. Di verandahku di hiasi dengan kolam ikan koi dan air terjun buatan manusia. Aku merebahkan badan di atas katil. Tak sabar rasanya hendak beradu di atas katil empuk. Aku tersentak bila pintu menghala ke bilik air dibuka dari dalam. Terkejut bila seorang lelaki memakai bathrobe nature lodge keluar dari kamar mandi di Suitenya. Belum sempat aku menjerit meminta tolong lelaki yang baru keluar dari kamar mandi itu menandang ke arahku.

Saiful, apa you buat kat sini, ujarku terperanjat bila Saiful berada di sini. Bukankah dia kata dia balik ke kampung bertemu dengan ibunya.

Maya, ujar Saiful turut terperanjat dengan kehadiranku wajahnya berubah pucat.

You nak surprisekan I ke sayang, I know you tak akan kecewakan I, you know I tak cancel trip ni, thanks sayang, ujarku ingin memeluk Saiful. Aku tidak menyangka Saiful sengaja memberi alasan bahawa ibunya sakit padahal dia mahu membuat kejutan padaku. Aku tahu Saiful tidak pernah mengecewakan aku. Dia seorang pemuda yang romantic. Sebab itu aku sayangkannya.

Saiful membalas pelukanku. Jantungnya berdegup kencang hingga aku dapat mendengarnya dengan jelas.

Kenapa sayang, you sakit ke, why your heart beat so fast, ujarku hairan.

Sayang, cepatlah apa you buat kat luar lama-lama,

Aku tersentak bila terdengar suara wanita lain dari dalam bilik air. Saiful hanya mampu tercegat memandangku tanpa berkata apa. Lidahnya tiba-tiba kelu.

Siapa ada kat dalam tu, ujarku ingin tahu lalu memandandang ke wajah Saiful yang berdiri tegak dan berwajah pucat.

Suara orang sebelah agaknya, bilik ni tak sound proof, mana ada orang lain dalam sini melainkan I dengan you aje sayang, jawab Saiful tergagap-gagap lalu menarik lengan Maya cuba menghalang Maya dari membuka kamar mandi tersebut.

You jangan nak tipu I, ujarku seraya menolaknya ke tepi agar dia tidak menghadang pintu bilik air. Saiful menarik tanganku.

Sayang, I can explain, ujarnya seakan merayu.

Aku tidak mempedulikan rayuan Saiful. Aku menolak daun pintu. Mataku bulat memandang kearah seorang wanita yang berkeadaan separuh berbogel berada di dalam bathtub yang dipenuhi buih-buih sabun. Pandangan wanita itu tajam memandang kearah ku.

Siapa perempuan ni, jeritku sekuat hati. Aku memandang wajah Saiful yang kelihatan besar kecil ketika ini. Kalau ikutkan hati aku yang marah hendak sahaja aku mencakar-cakar wajahnya.

Saiful tidak menjawab. Dia masih berdiri terpaku tanpa bergerak. Wanita yang tadi berada di dalam bathtub mencapai tuala berdekatan lalu membalut tubuhnya. Dia menghampiri Saiful lalu memeluk Saiful dari belakang dengan wajah yang tidak bersalah. Sengaja dia berbuat demikian agar wanita itu bertambah marah.

Saiful, please tell me siapa perempuan ni, ujarku geram mataku sudah mula di takungi air.

My wife, jawab Saiful lambat-lambat.

Your wife, habis I ni siapa, perempuan simpanan you, jerkah ku. Sakit benar hatiku bila menyedari selama ini Saiful menipuku bulat-bulat. Saiful yang ku puja dan ku sanjung selama ini sebenarnya seorang lelaki dayus.

Its not like that, Maya, ujar Saiful cuba mempertahankan dirinya.

Then what, you sengaja hendak mempermainkan hati I, nak hancurkan hati I, sanggup you buat I macam ni, you ingat I ni perempuan murahan, ujarku sebak airmataku mengalir laju tanpa dapat ku tahan lagi. Hatiku hancur dan kecewa dengan Saiful.

Kalau you bukan perempuan murah, you tak akan sanggup merampas suami orang, sindir wanita itu seraya tersenyum sinis. Dia membela suaminya. Dia sedar suaminya berbuat silap. Tapi ia jelas terbukti bahawa Saiful masih sayangkannya kerana Saiful sedikitpun tidak mempertahankan Maya. Seolah-olah Maya sahaja yang tergila-gilakan suaminya sedangkan Saiful biasa sahaja.

Maya, Im sorry ok, mulai hari ini I tak ada hubungan apa-apa dengan you, I love my wife, please forgive me, ujar Saiful cuba meredakan keadaan. Dia tidak dapat lari dari kenyataan sekarang. Dia sedar dia melakukan kesilapan besar kerana memberi Maya harapan bahawa dia cintakan wanita itu. Padahal dia berkawan dengan Maya hanya untuk suka-suka sahaja. Dia sayangkan isterinya dan tidak mahu meninggalkannya.

You @#$%, how dare you treat me like dirt, ujarku tidak puas hati. Aku meluru kea rah Saiful mahu menyerangnya. Aku tidak kira apa nak jadi, jadilah.

Maya, bawa bertenang, ujar Shah bila Maya seperti hilang kawalan diri. Kalau dia tidak menghalang Maya tidak tahu apa yang di buat pada Saiful nanti.

Tanganku di tarik seseorang dari belakang. Aku cuba meronta minta tanganku dilepaskan. Aku benar-benar tidak dapat mengawal perasaan marahku. Kalau tidak ditahan pasti Saiful sudah ku kerjakan teruk-teruk. Dasar jangan kurang ajar.

Let me go you jerk, jerkah ku geram. Tidak puas hati dengan tindakan pekerja Nature Lodge yang sibuk ingin campur tangan urusan peribadinya.

No, I wont, not until you calm down, ujar Shah masih lagi memegang lenganku kejap agar aku tidak melakukan sesuatu.

Its none of your business, jeritku marah. Aku berjaya melepaskan tangan kananku. Tanganku pantas sahaja melepaskan satu penumbuk ke muka Shah. Shah yang tidak bersedia dan tidak menyangka tanganku melayang begitu pantas tidak dapat mengelak dari terkena tumbukanku yang terkena tepat pada hidungnya. Darah merah mengalir keluar dari hidungnya.



Sorry about that, ujarku meminta maaf pada Shah bila menyedari perbuatanku tadi hingga menyebabkan hidungnya berdarah. Niatku hendak memberi penumbuk sulungku ke pada Saiful tetapi terkena pada Shah. Salah dia juga kerana menghalang aku berbuat demikian pada Saiful. Tak pasal-pasal hidungnya yang mancung itu berdarah.

Shah tidak menjawab dia menyandarkan kepalanya di kerusi agar darah tidak lagi mengalir keluar dari hidungnya. Sapu tangan yang ditekap di hidungnya mula kelihatan tompok-tompok darah yang sudah kering. Dia tidak menyangka penumbuk yang Maya berikan padanya mampu membuatkan hidungnya berdarah. Tidak sangka kuat juga penumbuk Maya.

I think we have to send you back, there is no point for you to stay here after that commotion, ujar Shah tenang. Melihatkan incident tadi, Shah dapat mengagak Maya tidak akan melepaskan Saiful begitu sahaja setelah Saiful mempermainkan hati dan perasaannya. Maya not the type of person yang boleh melepaskan Saiful begitu sahaja. Shes quite revengeful.

Tapi saya dah bayar package ni, mana boleh saya pergi dari sini sedangkan dia senang lenang tinggal di bilik saya, ujarku mempertahankan diri. Aku tidak puas hati dengan kenyataan Shah. Bukankah mama sudah membayar sewa bilik ini terlebih dahulu. Kenapa mesti aku mengalah. Silapnya, aku book bilik ini mengunakan nama Saiful.

Tolong beri kami kerjasama cik Maya, saya sudah katakan bilik ini ditempah oleh Encik Saiful Bahari dan Encik Saiful masih mahu meneruskan percutiannya, saya berharap cik Maya tidak lagi memberi masalah kepada Encik Saiful Bahari dan isterinya,

Aku terkedu bila Shah berkata demikian. Ternyata aku di ibarat seperti barang yang tidak berguna lagi. Tergamak Saiful berbuat demikian padaku. Aku kesal kerana pernah mengenali Saiful dan pernah bercinta dengan lelaki dayus sepertinya. Mungkin ini balasan yang aku sepatut terima kerana menolak permintaan mama dan papa dan menduakan tunangku. Kalaulah Shahril tahu akan keadaan aku hari ini pasti dia merasa jijik dan malu mengaku aku sebagai tunangnya. Aku mula menyesal. Mataku mula di takungki air. Nasibku hari ini benar-benar malang. Ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Memang Allah mahu membalas perbuatan jahatku selama ini. Aku malu pada diri aku sendiri dan lebih malu pada tunangku.


Tolong Encik Shah, saya merayu pada Encik Shah, berilah saya mana-mana bilik untuk saya terus tinggal di sini, saya perlukan ketenangan, tempat ini sungguh cantik dan damai, saya hendak menghabiskan cuti saya di sini, please, ujarku merayu. Airmataku mengalir tanpa di tahan. Kali ini aku tidak malu menangis di depan Shah. Aku tidak pernah merayu kepada sesiapa. Hatiku benar-benar sebak tiada siapa untukku mengadu.

Hati Shah tersentuh bila Maya merayu meminta simpati. Tak sampai hati dia hendak membiarkan Maya terus-terusan begitu. Tapi dia tidak punya pilihan. Semua biliknya penuh. Kalau ada pun bilik untuk staff yang hanya mempunyai katil single dan almari kecil. Tiada bilik air yang disediakan di bilik tersebut. Jika dia hendak mandi atau ke tandas. Dia terpaksa ke tandas awam yang tersedia di hotel.

Baiklah, tapi bilik ini bukan bilik hotel, ia bilik staff nothing fancy about this room, just a basic furniture-,

Done, I dont mind as long as you allow me to stay here, thank you so much, ujarku pantas. Aku tidak memikirkan bilik yang cantik sepertimana yang terdapat di Orkid Suite. Aku tidak akan lari dari Saiful. Aku ingin membuktikan bahawa aku boleh hidup tanpanya.

Ok, I akan suruh Atikah bawa you ke bilik berkenaan, ingat Cik Maya, jika ada sebarang komplain dari Encik Saiful Bahari, saya tidak ada pilihan lain melainkan menghantar awak balik, pesan Shah sebelum Maya beredar dari biliknya.


bersambung...

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Benarlah kata Shah bilik staff yang dimaksudkan tiada apa-apa yang istimewa. Terdapat hanya sebuah katil kecil, sebuah almari dan sebuah meja di dalam bilik tersebut. Tiada tingkap mahupun permandangan indah yang dapat ku lihat dari bilik tersebut. Sempat juga Shah memberitahu aku sekiranya aku tidak tenang dan masih marah. Dia suruh aku solat di surau yang terdapat di sebelah bilik staff room. Ye lah Shah insha allah. Aku merebahkan badan di atas katil tersebut. Katil tersebut berkeriuk bila setiap kali aku mengerak kan badan. Sepanjang perjalanan menuju kearah bilik yang dimaksudkan aku melintasi sebuah koridor yang hias cantik, lantainya di perbuat dari kayu dan batu-batu sungai yang disusun cantik. Dindingnya diperbuat dari marble berwarna putih dan sebelum menuju kearah bilik ku terdapat sebuah pintu yang bertulis for staff only. Ia tidak jauh dari bilikku. Impianku untuk bermalam di bilik Orkid Suite terpaksa ku kuburkan. Ikutkan aku boleh pergi ke mana sahaja yang aku mahu. Aku mampu, aku boleh menyuruh setiausaha papa untuk menguruskan pernerbangan dan penginapan aku kemana sahaja yang aku kehendaki. Tetapi aku tidak berbuat demikian. Hatiku terlalu terluka. Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa tadi.

Aku tidak sedar pukul berapa aku terlelap semalam. Yang aku tahu mataku kelihatan bengkak dan sembab akibat terlalu banyak menangis semalaman. Aku tersedar dari tidur bila pintu bilikku di ketuk bertalu-talu dari luar. Aku melangkah malas menuju kea rah pintu lalu membukanya. Atikah berdiri di hadapan pintu menatang dulang dan tangannya tersangkut bag kertas berisi sesuatu.

Selamat pagi Cik Maya, sarapan cik Maya sudah saya sediakan, ni ada beberapa helai baju untuk cik Maya gunakan sementara menunggu beg cik Maya tiba, ujar Atikah ceria lalu meletak dulang sarapanku berserta beg kertas di atas meja.

Terima kasih Atikah, ujarku lemah aku cuba tersenyum namun ku rasa senyuman ku berikan kepada Atikah tawar dan hambar.

Be strong ok cik Maya, ujar Atikah lalu memeluk Maya spontan.

Aku tersentak bila Atikah tiba-tiba memelukku, aku membalas pelukannya. Aku tidak tahu bagaimana Atikah tahu bahawa aku sedang bersedih kerana semasa kejadian semalam hanya Shah sahaja yang tahu. Ah mungkin Shah memberitahu Atikah apa yang telah berlaku semalam. Dan aku percaya bukan Atikah sahaja yang tahu akan drama antara aku dengan Saiful mungkin semua pekerja di Nature Lodge tahu. Malunya. Thanks Atikah, I really appreciate it, ujarku seraya meleraikan pelukannya. Aku mula merasa sebak bila mengingatinya. Bodohnya kenapa aku tidak perasan Saiful selalu mengelak bila aku hendak bertemu dengan ibunya. Mungkin ketika itu aku benar-benar percaya dan cintakan Saiful maka aku buta dan tidak nampak bahawa selama ini Saiful hanya berpura-pura mengasihinya. Patutlah papa tidak berkenan dengan Saiful. Papa tahu Saiful sudah berkahwin? Kalau papa tahu kenapa papa tidak memberitahu aku mengenai status Saiful?

Cik Maya, are you ok?, tegur Atikah bila Maya kelihatan termenung jauh.

Aku tersentak bila disergah Atikah. Aku membuahkan senyuman menandakan aku ok.

Sure, Cik Maya saya dah hendak mula bertugas ni, if you need anything, cari aje Mr Shah or me ok, pesan Atikah.

Thanks again, jawabku lalu menutup pintu. Aku melangkah longlai kearah katil lalu merebahkan diri di atas katil dan memandang kosong kearah kipas yang sedang berputar. Perasaan aku ketika itu kosong.



Shah membuka uniformnya lalu di campakkannya ke dalam bakul. Dia masih berfikir sendiri samada perlu memberitahu auntie Manisah mengenai Maya atau membiarkan sahaja Maya yang mengadu sendiri pada mamanya. Shah menuju kearah bilik air. Dia memutar tap di whirlpool tubnya. Air mengalir deras. Shah meninggalkan air yang mengalir deras untuk memenuhi tub tersebut. Dia keluar dari kamar mandi melintas menuju kearah ruang tamu. Biliknya sama cantik seperti bilik Orkid Suite. Apa yang membezanya dari bilik Orkid Suite. Biliknya lebih besar dan mempunyai ruang tamu, ruang makan dan dapur yang ditempah khas dari italy. Semuanya diubahsuai mengikut citarasa Shah sendiri. Dia juga yang berusaha mendapatkan barangan mentah dari Italy untuk menghasilkan hiasan dalaman yang posh dan cantik. Shah neat freak. Dia suka rumahnya kelihatan kemas dan teratur. Rumah adalah tempat untuknya berehat dan menghabiskan masa sekira jadual pekerjaannya tidak ketat. Shah memutar tap sebaik sahaja bathtub itu sudah dipenuhi air. Dia berendam di dalam tub yang dipenuhi sabun untuk berehat dan untuk menghilangkan sengal-sengal di badannya. Fikirannya menerawang jauh. Dia kesian kan Maya. Ikutkan hati mahu sahaja dia berdepan dengan Saiful dan membela Maya. Pada awalnya dia tidak mahu masuk campur akan urusan Maya dan dia merasa sakit hati kerana Maya ambil mudah dan tidak endah bahwa dirinya sudah bertunang. Setelah di fikirkan semula, Maya turut seperti dirinya mereka tersepit di atas permintaan keluarga. Dia percaya Maya juga memprotes akan ikatan pertunangan ini seperti dirinya. Cuma Maya bertindak tanpa memikirkan perasaan ibu bapanya. Manakala dia, sungguhpun tidak berapa setuju namun begitu dia tidak membuat apa-apa atau cuba menghalang dari terjadinya perkahwinan ini, dia hanya membiarkan sahaja. Allah sudah menentukan jodohnya dengan Maya. Halang dan protes bagaimana pun kalau sudah tertulis jodohnya bersama Maya dia tidak dapat lari. Maya pula percaya bahawa Saiful adalah penyelamatnya dan dia dapat memutuskan dengan pertunangan yang buat tanpa kerelaannya. Awalnya dia juga begitu, dia berharap Maya turut tidak bersetuju dengan pendapat kedua-dua belah keluarga menyatukan mereka. Walaupun Shahril membantah akan kehendak ibu dan ayahnya namun dia tidak sanggup mengatakan tidak pada kehendak mereka. Sebenarnya dia masih belum bersedia untuk berumahtangga mahupun menerima Maya sebagai isteri. Dia tidak mahu kerana rasa simpati dia mengawini Maya. Dia tidak mahu berlakon di depan keluarga bahawa mereka bahagia sedangkan mereka tidak. Kalau sudah jodohnya dengan Maya, dia mahu mengenali Maya secara peribadi dan cuba mencintai wanita itu.



Aku keluar dari bilik setelah menyedari telefon bimbitku tidak mempunyai reception yang baik. Seharian terperap di bilik tanpa berbuat apa-apa bosan pula. Aku sedar tiada gunanya aku menangis mengenangi nasibku kerana Saiful bukanlah lelaki yang baik. Aku sedih-sedih bagai nak rak dia bersuka-suka dengan isterinya. Maya bukan wanita yang lemah. Maya wanita yang keras hati. Aku percaya aku dapat melupakan Saiful. Maya boleh. Aku menekan butang blackberry berkali-kali. Ah! Sudah tak ada reception. Aku hendak membuat beberapa panggilan mengenai beg luggageku yang sepatutnya tiba hari ini. Setelah berkali-kali mencuba talian masih tidak dapat digunakan. Aku mengeluh kecil tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku tidak sanggup berkurung di dalam bilik kecil ini selama 2 minggu. Aku mahu menyertai expedisi yang terdapat dalam package ku. Aku ingin membuktikan kepada Saiful bahawa aku adalah wanita yang turut sukakan sukan yang lasak sepertimana yang Saiful sukakan. Selama ini aku tidak pernah menyertai sukan expedisi yang Saiful sertai kerana aku tidak berapa minat akan sukan lasak. Aku berjalan menuju kearah reception kaunter cuba mencari kelibat Shah. Aku ingin meminta bantuan darinya. Aku berharap agar Shah sudi membantu setelah apa yang telah berlaku kepadanya semalam.

Cik Maya, ujar Atikah tersenyum sebaik sahaja terpandang wajah pelanggan istimewa di Nature Lodge.

Ika ada nampak Mr Shah, saya perlukan bantuannya, ujarku membalas senyuman Atikah.

Mr Shah, erm dia ada di garage, jawab Atikah seraya memberi tunjuk arah kepada Maya di mana garage terletak.

Thanks, Ika, ujarku menuju kearah yang di maksudkan. Dari jauh aku ternampak kelibat Saiful dan isterinya sedang berjalan menuju kearah restaurant. Mereka kelihatan begitu mesra sekali seperti pasangan yang sedang berbulan madu. Sedikit tidak menghiraukan tetamu yang tersenyum-senyum memandang kearah mereka. Aku mengetap bibir menahan marah. Aku tidak akan menyerang Saiful kerana aku telah berjanji dengan Shah bahawa aku tidak akan membuat kacau. Hatiku bagai disiat-siat melihat kemesraan mereka. Sedikit masa dahulu akulah di tempat di mana isterinya berada. Hubungan kami cukup mesra hingga ramai teman kami mengatakan kami pasangan yang secocok. Sama cantik dan sama padan. Kalau tidak mengetahui status sebenar Saiful ramai yang tidak menyangka bahawa Saiful adalah suami orang kerana Saiful kelihatan segak dan bergaya mengalahkan orang yang masih bujang. Mana perginya cinta Saiful buat diriku. Ternyata Saiful tidak pernah mencintaiku sepertimana dia cintakan isterinya. Aku menyeka air mataku, cukuplah dengan apa yang Saiful lakukan padaku. Aku tidak perlu lagi memikirkan nasib malangku sedangkan Saiful berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku semalam. Dia masih boleh bersuka ria dan menghabiskan percutiannya dengan isterinya tanpa perasaan kesal atau kasihan terhadapku. Aku berjalan melintasi bilikku dan menuju kearah pintu yang bertulis for staff only. Aku menolak daun pintu dan agak terkejut dengan apa yang aku lihat. Sangkaku bilik yang tertera for staff only berkeadaan seperti bilik yang disediakan untukku. Tapi sebaliknya. Bilik ini jauh berbeza, lantainya di perbuat dari kayu dan hiasan dalaman konsep ala-ala Balinese, Barangan perhiasan seperti lukisan dan perabot nya kebanyakan di tempah khas dari Indonesia dan luar negara. Aku menuju kea rah dapur nya yang berlainan dengan konsep di ruang tamunya. Dapurnya kelihatan sungguh posh dan modern, mempunyai island dan counter top diperbuat dari batu granite yang cantik. Aku tersentak bila terdengar bunyi deruman enjin dari arah yang menuju ke belakang. Aku menolak daun pintu dan mendapati sebalik pintu itu ada sebuah garage besar yang boleh memuatkan 3 buah kereta namun bayang orang yang ku cari tidak kelihatan.

Shah, laungku kuat.

Shah yang sedang leka membetulkan wayar breknya tersentak bila terdengar suara wanita memanggil namanya. Dia tahu suara itu bukan milik Atikah. Shah melirik kearah kanan. Sepasang kaki yang cantik berdiri betul-betul di hujung kepalanya. Dia mengeluh kecil. Apa lagi yang Maya hendak darinya.

Shah, ujarku sekali lagi kerana tiada jawapan yang ku dengar dari Shah.

Shah mengeluh kecil seraya mengelunsur keluar dari bawah keretanya. Tangannya yang terkena minyak break itu di kesat bersih mengunakan kain buruk.

Whats up, ujar Shah selamba seraya mencampak kain buruk itu di atas boot keretanya.

Boleh tolong tengokkan apa yang tak kena dengan handphone I, ujarku dengan wajah selamba. Aku tahu Shah tidak begitu berminat hendak berurusan dengan ku setelah apa yang terjadi dan aku tidak menyalahkannya sekiranya dia membenciku. Tapi aku tidak ada pilihan lain selain Atikah hanya Shah yang dapat membantuku.

What makes you think I boleh tolong you, jawab Shah lalu mendekatiku. Aku menelan air liur kerana Shah tidak pernah berdiri sebegitu rapat denganku hingga aku dapat menghidu cologne after shave yang dipakai oleh Shah. Spice and musky. Sesuai dengan kehidupannya yang adventurous. Aku tidak menafikan Shah seorang jejaka yang tampan bukan hanya memiliki badan yang berbidang dan sasa malah dia mempunyai personality yang menarik. Aku jarang berminat pada lelaki yang sukakan sukan yang lasak, kerana mereka sentiasa kelihatan kotor dan suka berpakaian sukan. Tapi tidak pada Shah. Dia tidak seperti lelaki yang aku bayangkan yang suka dalam keadaan kotor dan tidak terurus. Shah seperti tidak memperdulikan apa yang aku fikirkan tentang dirinya malah dia sedang sibuk membelek-belek handphoneku. Jarinya menekan butang butang on and off. Dia menekan number seseorang.

Hello Atikah, you dapat dengar suara I dengan jelas tak, dapat, oklah thanks ujar Shah seraya menekan butang off. Dia menyerahkan handphone kepadaku.

Thanks how do you do that, I have been trying for so many times tak dapat buat panggilan, ujarku gembira bila telefon bimbitku dapat berfungsi seperti biasa. Tidak sia-sia aku meminta bantuan darinya.

Tiada reaksi dari Shah. Wajahnya bersahaja sekali seolah-olah tiada apa yang hendak di banggakan.

Press on and off button, thats all, ujarnya seraya tersenyum sinis. Dia dapat merasakan Maya hanya memberi alasan handphonenya rosak hanya semata-mata hendak bertemu dengannya.

You must be kidding me right, ujarku kurang percaya dengan apa yang ku dengar.

Nope, jawab Shah ringkas seraya menyambung balik kerjanya yang terbengkalai.



bersambung..

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Perutku mula berkeroncong hebat. Aku baru menyedari aku tidak makan seharian. Boleh dikatakan aku hanya berperap di dalam bilik satu hari dengan laptop membaca email dan membantu papa menyediakan draf agreement untuk project terbarunya. Terasa malas aku hendak ke restaurant selera makanku hilang kerana aku tidak mahu terserempak dengan Saiful sedangkan aku makan sendirian. Aku tidak mahu di ketawakan oleh mereka. Hendak tak hendak aku terpaksa memesan makanan melalui Atikah dan terpaksa bertemu dengannya di reception kerana bilikku tidak di bekalkan telefon untuk menghubungkan aku kepada reception. Aku berjalan menuju kearah lobby melalui beberapa barisan suite Orkid, Rose dan Daisy. Aku melintasi bilik 273. Langkahku terhenti dan aku berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik 272. Bilik yang sepatutnya aku diami. Aku menoleh kiri dan kanan untuk memastikan tiada sesiapa. Setelah yakin tiada orang yang akan lalui koridor Suite. Aku menekapkan telinga di pintu bilik 272. Tiada bunyi mahupun suara yang kedengaran dari dalam, ini bermakna Saiful dan isterinya tidak berada di dalam bilik. Aku tersenyum nakal. Tanganku cuba memulas tombol pintu walaupun aku tahu pintu tidak akan terbuka tanpa kad elektronik yang digunakan sebagai kunci. Tiba-tiba aku teringat bahawa kad eletronik yang diberikan Atikah semalam masih belum aku kembalikan. Aku menyeluk saku kalau-kalau kad elektronik itu masih ada. Aku mengeluarkan semua kandungan yang terdapat di dalam saku seluarku. Kad kredit, beberapa helai note dan duit syiling. Aku tersenyum puas bila dapati kad elektronik itu terselit di antara kad kredit ku. Aku menoleh ke kiri dan kanan lagak seperti seorang pencuri takut kalau ada cctv atau orang yang ternampak kerja jahatku. Setelah pasti tiada camera mahupun seorang umat pun yang melintas aku mengunakan kad elektronik tersebut untuk membuka pintu. Lampu hijau menyala sebaik sahaja kad tersebut aku insert kad di electronic device yang terdapat di pintu tersebut. Aku membuka pintu perlahan dan terhendap-hendap untuk memastikan tiada sesiapa yang berada di dalam bilik. Bilik kelihatan sunyi hanya air cond yang dihidupkan dan lampu kecil dinyalakan. Aku memeluk tubuh menahan sejuk. Bilikku tidak berhawa dingin hanya di temani kipas angin. Aku menyelongkar almari baju. Mencari barang kepunyaan isteri Saiful yang aku fikir berbaloi untuk aku sabotage. Aku tersenyum puas bila ternampak beg make-up terdapat di antara barang-barang peribadi milik isteri Saiful. Tanpa berlengah lagi aku menutup pintu almari lalu menuju kearah pintu bila aku terdengar suara wanita dan lelaki sedang ketawa riang menuju kearah bilik Saiful. Aku berpatah balik. Bila menyedari suara itu milik Saiful. Aku kenal benar suaranya. Aku tiada pilihan lain terpaksa mencari jalan keluar. Aku tidak mahu diketahui Saiful bahawa aku memecah masuk ke biliknya dan apa yang membimbangkanku jika Shah mengetaui kerja bodoh ku. Pasti Shah akan menyuruh aku balik. Sudah tentu Shah tidak akan memberi aku peluang untuk meneruskan percutiaanku. Aku berlari menuju kearah balcony kerana tiada jalan lain yang dapat ku fikirkan dalam masa yang singkat. Nasib baiklah bilik Saiful tingkat dua. Sekurang-kurangnya aku dapat bersembunyi buat seketika sebelum aku cuba terjun dari balconynya.

Sayang, thanks for this vacation, I really appreciate it, aku terdengar rengekan manja milik isteri Saiful. Aku mencebikkan bibir bukan mahu menangis tapi meluat mendergar suaranya.

Thanks to Maya, kalau tidak kerana Maya, kita tak dapat bercuti secara percuma, I cant believe Maya really falls for me, jawab Saiful seraya ketawa.

Aku mengetap bibir menahan marah kalau ikutkan hati hendak sahaja aku memberi satu penumbuk kemuka Saiful. Selama ini Saiful memang niat hendak mempermainkan perasaanku. Kenapa aku tidak terhidu rancangan Saiful, kenapa aku buta dan tidak dapat melihat ini semua. Aku buta kerana aku benar-benar cintakan Saiful dan menyangka Saiful turut begitu. Aku menyedari tiada gunanya aku menyalahkan nasib kerana inilah balasan yang aku terima. Aku menduakan Shahril. Mungkin Shahril sepuluh kali baik dari Saiful. Aku menyesal sendiri. Lebih lama lagi aku berada di balcony lebih sakit hati mendengar ejekan dari Saiful mahupun isterinya. Aku harus beredar sebelum isteri Saiful menyedari beg make-upnya hilang. Aku memanjat pagar yang diperbuat dari kayu itu berhati-hati dan memaut kepada tiang agar aku tidak terjatuh. Aku memandang ke arah bawah mencari tempat yang sesuai untuk aku landing bila aku lompat ke bawah nanti. Kalau terkena pada tempat yang keras tak pasal-pasal aje aku masuk hospital. Issk tak de maknanya aku nak cederakan diri aku tak berbaloi. Habis tak kan aku hendak tidur kat balcony sini. Tak boleh jadi aku mesti terjun dari balcony ni sebelum mereka tahu bilik mereka di pecah masuk. Aku memejamkan mata membaca bismillah sebelum memberanikan diri untuk terjun. Satu. Dua. Tiga. Aku melepaskan tangan dari terus memaut tiang tadi. Nasibku tidak berapa baik kerana aku tidak terjatuh di atas rumput sebaliknya terjatuh di atas lantai konkrik. Bedebuk. Tak ubah seperti nangka busuk.


Dari tingkap dapurnya, Shah merenung ke arah benda putih yang jatuh tergolek tidak jauh dari lodgenya. Shah tidak pernah menganggap apa yang dilihatnya tadi sebagai mahluk ghaib. Kalau benarlah mahluk ghaib ia tidak akan jatuh seperti nangka busuk. Sekurang-kurangnya ia akan terbang melayang. Namun begitu Shah tidak terus keluar dari lodgenya dan cuba menyiasat apakah benda itu sebaliknya dia masih memerhatikan makluk itu sambil meneguk nescafe yang baru di bancuhnya tadi perlahan. Dari samar-samar Shah dapat melihat mahluk itu cuba bangun dari tempat dia terjatuh tadi. Belum sempat dia berdiri sepenuhnya dia terjelepuk jatuh ke lantai semula. Shah mengerutkan dahinya. Hairan. Shah mengambil keputusan untuk menyiasat.

Aku mengurut punggungku perlahan. Punggungku terasa kebas akibat terhentak kuat. Bila aku cuba hendak bangun kakiku pula terasa perit kerana aku tidak menyedari kakiku terseliur akibat landing di atas kaki sebelum punggungku terhentak di lantai tadi. Inilah akibat perbuatan nakalku. Hendak mengenakan isteri Saiful sebaliknya aku yang terkena balik. Tidak semena-mena aku yang mendapat sakit. Adui bagaimana aku hendak balik ke bilik dengan keadaan begini. Mataku melilau mencari beg make-up yang ku curi tadi, beg make up itu tidak kelihatan berdekatan dengan ku.

Great, what a loser, keluhku. Memang padanlah dengan muka aku. Misiku tidak berjaya malah aku menerima padahnya. Bagaimana hendak ke bilik bila bangun pun aku tidak mampu inikan pula berjalan. Aku hanya mampu berharap agar ada sesiapa yang lalu disini dan dapat membantuku. Kalau tiada sesiapa yang lalu nampaknya aku terpaksa bermalam di sini.

Shah berjalan perlahan menuju ke arah sesusuk tubuh yang masih lagi berada di tempat yang dia nampak tadi. Semakin dia hampir ke makluk itu semakin jelas dipenglihatannya bahawa makluk itu adalah manusia biasa dan Shah dapat mengagak gerangan makluk itu. Shah tidak terperanjat bila menyedari makluk berupa manusia itu tidak lain dan tidak bukan adalah tunangnya sendiri Maya.

Well, well, well, what are doing here, are you trying to make a stunt, sindir Shah seraya mencangkung di hadapan Maya. Dia mendongak ke atas cuba mengagak dari mana Maya terjatuh tadi.

Why cant you be nice to me for once, ujarku kurang senang dengan sindiran yang keluar dari mulut Shah. Aku tahu aku banyak menyusahkan Shah semenjak dari awal kami bertemu tapi ini bukanlah masanya untuk Shah mengenakan aku. Bukankah Shah sendiri tahu akan musibah yang melanda diriku siang tadi. Tidakkah Shah merasa sedikit simpati ke atas diriku. Aku tidak pernah meminta Shah sukakan aku. Aku hanya mahu pengertian dari Shah.

Shah hanya mendiamkan diri bila Maya berkata demikian. Perasaan simpati tiba-tiba menyelubungi hatinya. Dia tidak sepatutnya menambah luka di hati Maya. Dia tahu Maya kecewa dengan apa yang terjadi ke atas dirinya. Walaupun dia marahkan Maya. Dia tidak seharusnya menghukum Maya di saat dia memerlukan ruang untuk mengubati lukanya. Shah sedar sejak kejadian semalam, Maya tidak menjamah makanan hingga sekarang. Atikah yang memberitahunya. Sarapan yang di sediakan pagi tadi buat Maya. Maya langsung tidak menyentuhnya begitu juga makan tengahari. Pada awalnya Shah tidak mahu ambil peduli, Maya sudah dewasa. Dia bukanlah anak-anak kecil yang harus di beri perhatian setiap masa. Lagipun apa yang berlaku adalah balasan di atas perbuatannya selama ini. Sudah tahu diri bertunang masih mahu mengadakan hubungan dengan lelaki lain.

Apa you buat kat sini, ok I dont want to know, ujar Shah seraya mengelengkan kepalanya. Tanpa banyak soal dia mengangkat Maya kerana dia tahu kaki Maya terseliuh dan dia tidak dapat berjalan. Maya yang terperanjat bila Shah mengangkat itu secara automatic memaut kepada tengkuk Shah. Maya tidak menduga Shah akan membantunya lagi kerana sedar pemuda tampan itu tidak pernah menyukainya. Namun Maya agak terharu bila Shah masih mahu membantunya. Maya memeluk tengkuk Shah erat. Belum pernah dia merasa begitu selesa dan selamat di sisi lelaki walaupun dengan Saiful. Tidak pula pada Shah dia dapat merasakan Shah sebagai pelindungnya. Shah menjeling ke arah Maya yang kelihatan selesa didukung olehnya. Dia tidak menyangka Maya tidaklah seberat mana walaupun Maya bukanlah seorang yang kecil molek. Shah menuju ke arah lodgenya. Dia menolak pintunya yang tidak berkunci itu perlahan. Maya menoleh, dia memerhati segenap ruang bilik itu. Setahu Maya lodge itu yang dilaluinya siang tadi. Kenapa Shah membawanya kemari, bukankah lodge mewah yang cantik ini adalah tempat penginapan pemilik Nature Lodge kerana Maya pasti biliknya ini tidak disewakan kepada mana-mana pengunjung. Shah menurunkan Maya dia atas sofa bed di ruang tamu. Matanya memandang kearah kaki Maya. Kaki kanannya terdapat beberapa luka-luka kecil.

Kenapa you tak hantar ke bilik I sahaja, ujar Maya dia tidak mahu Shah menyangka bahawa dia suka menyusahkan orang lain. Dan lagi dia tidak mahu terus menerus terhutang budi kepada Shah. Dia sudah banyak menyusahkan Shah.

Shah tidak menjawab malah dia masih lagi sibuk menekan kaki Maya dan mengurut perlahan di tempat-tempat yang dirasakan terseliuh.

Sakit, Shah, ujar Maya bila Shah menekan di tempat yang sakit.

Sakit sikit aje, macamana nak baik kalau tak boleh tahan sikit, ujar Shah seraya mengurut kaki Maya. Maya menyeringai kesakitan bila Shah berulang-ulang mengurut di tempat yang terseliuh.

Sakit Shah, ujar Maya tidak tahan lagi. Dia memegang lengan Shah seraya mengengamnya kuat. Shah hanya membiarkan sahaja Maya berbuat demikian. Kalau itu dapat melegakan kesakitan yang Maya tanggung dia tidak kisah.

Salah urat, tentulah sakit, ujar Shah tangannya masih mengurut kaki Maya kerana masih lagi terdapat urat yang tersimpul. Kalau dibiarkan uratnya akan membengkak.

Aku memejamkan mata menahan sakit bila setiap kali Shah menekan dan mengurut tempat yang dirasakan begitu bisa sekali. Sesekali aku memeluk lengan Shah erat seperti anak kecil yang sedang kesakitan. Biarlah Shah nak kata apa akan perbuatanku, dah sakit peduli apa aku. Selepas Shah selesai mengurut aku mengucapkan terima kasih dan meminta maaf kerana memeluknya tadi.

Shah hanya mengelengkan kepala seraya tersenyum gelihati melihat perlakuan Maya yang tidak ubah seperti anak kecil. Shah banyak mendengar cerita mengenai Maya dari bakal ibu mertuanya. Maya seorang anak yang manja dan tidak independent. Yelah anak orang kaya memang begitu caranya terlalu dimanjakan lebih-lebih lagi anak tunggal. Tapi bila dia sendiri bertemu dengan Maya, memang tidak dinafikan Maya secara semula jadi seorang wanita yang manja, sakit sikit sudah tidak tahan. Tapi yang lainnya tidak Maya tidak terlalu bergantung kepada sesiapa-sesiapa. Dia quite independent. Entahlah dia sendiri tidak tahu perangai sebenar Maya dan ia terlalu awal untuk dia mensahihkan kenyataan bahawa Maya tidaklah seburuk yang di sangka selama ini. Shah memang tidak sukakan wanita yang tidak tahu independent.

You nak kemana, ujar Maya bila Shah bangun dan mula meninggalkannya.

I nak ambil 1st Aid, dont worry I wont leave you like that, jawab Shah seraya menuju kea rah dapur.

Aku mengeluh lega. Aku melirik kearah kaki kanan yang diurut Shah lalu meraba perlahan di tempat yang dirasakan sakit tadi. Aku menjungkitkan kening bila tiada terasa sakit seperti awal tadi. Aku tidak menyangka Shah pandai mengurut. Beruntung pemilik Nature Lodge mendapat pekerja yang berdedikasi seperti Shah. Aku dapat mengagak pasti Shah salah seorang manager di sini sebab itu dia diberi privilege untuk mengunakan lodge mewah ini.

Owner lodge ni tak kisah ke you gunakan bilik ini, soalku bila Shah kembali membawa kotak first aid dan sehelai kemeja t.

Dia dont mind, jawab Shah ringkas lalu membuka kotak 1st Aid.

Thanks Shah, ujarku perlahan sambil memerhatikan Shah sedang sibuk membersihkan luka di kakiku dengan iodine dan membalut bandage di kakiku. Shah lakukannya dengan cermat dan kemas. Kalau akulah yang membalut nescaya balutannya kelihatan buruk sekali kerana aku tidak tahu teknik untuk mengunakan bandage. Kalau plaster boleh lah.

Dont mention, part of my job, jawab Shah seraya menyematkan pin agar bandage itu tidak terhurai.

Really, untung boss you dapat pekerja yang bagus macam you, ujarku memberi pujian kepada Shah. Bukan hendak mengampu, aku akui sendiri dengan melihat cara Shah membantu aku sejak aku jatuh tadi seolah-olah dia tahu apa yang harus dibuat. Sudah di latih barangkali.

Shah hanya mampu tersenyum bila Maya berkata demikian. Shah tidak mahu mengulas panjang. Dia tidak mahu Maya tahu siapa dirinya yang sebenar.

Aku menelan air liur bila ini merupakan kali kedua dia melihat pemuda tampan itu tersenyum. Memang payah benar hendak melihat Shah tersenyum kerana Shah sentiasa kelihatan serius dan tidak friendly terutama sekali pada aku. Kali pertama jejaka itu memberikan aku senyuman bila dia datang menjemput aku. Dan ini merupakan kali kedua Shah membuahkan senyuman kepadaku. Kalaulah diikutkan kepala aku yang setengah masak hendak sahaja aku memeluk jejaka tampan itu. Siapa yang tidak gila bila berdepan dengan jejaka yang kacak dan memiliki tubuh sasa yang menjadi idaman setiap wanita.

Boleh jalan, ujar Shah tiba-tiba membuatkan aku tersentak dari lamunan. Aku tidak menjawab tapi cuba untuk bangun perlahan-lahan bila di arah Shah. Aku berdiri di atas kaki yang dibalut Shah tadi dan berharap agar aku tidak dapat berdiri apatah lagi berjalan moga-moga Shah dapat mendukung seperti tadi. Tapi jangkaanku meleset ternyata Shah memiliki sentuhan yang ajaib. Kakiku tidak merasa sakit malah boleh berjalan.

Great thanks Shah, aku tidak tahu untuk kali yang ke berapa aku mengucapkan terima kasih kepadanya. Pasti Shah fikir aku perempuan tidak betul.

Kasih di terima, jawab Shah sambil tersenyum. Dia seolah-olah dapat membaca apa yang ada di fikiranku. Aku menjadi malu sendiri.

Sorry, what did you say tadi, soalku kerana Shah mengatakan sesuatu yang tidak jelas. Dia bukan balas Sama-sama atau kembali.

Its late, I think its better for you to have a good rest, ujar Shah tanpa mengulangi apa yang dikatakannya sebentar tadi. Dia yakin Maya dapat mendengarnya dengan jelas. Maya hanya memberi alasan bahawa dia tidak dengar hanya untuk mendengarnya sekali lagi.

Ok, thanks again, ujarku seraya berjalan kearah pintu yang menuju kea rah lorong yang menyambungi bilikku.


bersambung....


__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Aku terjaga bila telefon bimbitku tiba-tiba berdering nyaring awal pagi. Telefon yang ku letak di meja sisi ku capai malas. Aku mengosok mata perlahan seraya menguap kecil. Aku melirik kearah screen telefon bimbitku.

Kenapa mama call pagi-pagi ni, bisik ku dalam hati.

Hello, jawabku seraya menguap lagi.

Maya, are you ok, kenapa tak call mama, mama risau tau, ujar Puan Manisah sebaik sahaja terdengar suara anak tunggalnya.

Sorry ma, Maya ada masalah sikit, jawabku tanpa berfikir panjang. Mataku masih lagi terpejam rapat. Mengantuk sesangat. Balik dari bilik Shah. Aku terus rebah di atas katil tertidur tidak sedarkan diri hinggalah telefon aku bordering tadi.

Masalah, masalah apa, ujar Puan Manisah panic.

Aku tersentak bila tiba-tiba mama menjerit di corong telefon.

Huh, tak adalah masalah kecil aje, ujarku bila menyedari aku terlepas cakap. Aku tidak mahu mama risau tentang diriku. Lagipun aku tidak mahu mama tahu mengenai Saiful. Mama tidak perlu tahu apa yang ku lalui sepanjang aku berada di sini terutama sekali mengenai Saiful.

Dah jumpa Shahril, ujar Puan Manisah.

Kali ini aku bangkit dari katil bila mama menyebut nama Shahril. Nama tunangku.

Jumpa Shahril, apa ma, ma lupa ke Maya ada kat mana, manalah ada Shahril kat sini, ujarku. Aku yang mengigau atau mama yang mengigau kenapa tiba-tiba dia bertanya samada aku sudah bertemu dengan Shahril.

Shahril belum jumpa dengan Maya, soal Puan Manisah bila menyedari anaknya itu tidak punya idea langsung mengenai rancangannya kenapa dia mahu Maya bercuti di Nature Lodge.

Ma, apa ni jangan kelirukan Maya, mana ada Shahril kat sini, lainlah kalau mama suruh dia jumpa Maya kat sini, jawabku tanpa berfikir panjang. Aku ingatkan aku yang mamai kerana tidak cukup tidur.

Ok sorry sayang, mama tahu mama call too early, mama risau pasal Maya tak call sejak tiba kat sana,

Dont worry ma, Im fine lagipun- tak ada apa-apalah ma, ujarku bila menyedari aku tidak sepatutnya memberitahu mama mengenai Shah. Sudah tentu mama tidak akan setuju dan menyangka aku sengaja mahu berbuat demikian agar pertunangan kami di putuskan. Yang sebenarnya aku tidak lagi kisah dengan idea mama dan papa mengenai ikatan pertunangan di antara aku dengan Shahril. Aku yakin Shahril seorang jejaka yang baik dan tidak akan mengecewakan aku sepertimana Saiful lakukan terhadap diriku. Niatku untuk menghancurkan ikatan itu sudah luput sejak Saiful meninggalkan ku. Aku pasti pilihan mama dan papa tidak mengecewakan.

Ok, take care kalau ada apa-apa call mama, pesan Puan Manisah sebelum meletak telefon.

Dont worry ma, you take care too, ujarku seraya menekan butang off. Aku mengeluh kecil. Mataku melirik kearah jam. Jarum jam menunjukkan pukul 5.45 pagi. Kenapa mama telefon awal-awal pagi. Waktu di sini bukankah sama waktu di KL. Mama kan tahu aku jarang bangun awal. Mataku tidak dapat lelap sebaik sahaja mengimbas kembali perbualan kami sebentar tadi. Naik pening kepala ku di buatnya.

Aku bertekad untuk menyertai expedisi yang terdapat di dalam pakej penginapan. Aku tidak mahu terus menerus memerap di dalam bilik mengenangkan nasibku yang malang. Aku harus move on. Aku menarik beberapa helai baju dari beg kertas yang di beri Atikah semalam. Beberapa helai t-shirt saiz XL dan seluar track pants terdapat di dalam beg tersebut. Aku tidak mengeluh kerana aku percaya Atikah dan Shah sedaya upaya untuk mendapatkan aku pakaian walaupun aku dapati pakaian tersebut adalah pakaian pelanggan yang tertinggal semasa menginap di sini. Aku tidak kisah malah aku berterima kasih kepada mereka berdua. Aku menyisir rambutku yang separas bahu lalu di ikat tocang lipan. Dengan wajahku yang tidak dipalit sebarang mekap mahupun secalit lipstick kerana beg make-up ku terdapat di dalam luggage. Nasib baiklah aku tergerak hati untuk menyimpan spare pakaian dalamku ke dalam beg kecil ku, kalau tidak faham- faham sajalah. Aku mendekati Atikah yang kebetulan bertugas shift pagi.

Morning Atikah, sapaku.

Atikah menoleh kea rah wanita yang menyapanya.

Morning Cik Maya, sorrylah saya hampir tidak kenal pada cik Maya kerana cik Maya kelihatan simple sekali hari ini, ujar Atikah jujur. Wanita yang di lihatnya kelmarin kelihatan sungguh anggun dan jelita dengan memakai pakaian yang berjenama. Bukan bermakna Maya tidak kelihatan cantik hari ini, malah Atikah kagum Maya masih kelihatan cantik walaupun tiada secalit make-up di wajahnya kerana Maya memiliki wajah yang natural beauty. Cuma penampilan Maya hari ini kelihatan seperti gadis belasan tahun bila rambut ikalnya yang separas bahu itu di ikat tocang.

Buruk sangat ke muka kak Maya, jawab Maya malu. Wajahnya merona merah bila Atikah memberi komen sedemikian. Buruk sangatkah wajahnya.

Tak lah kak Maya, you look pretty even without make-up, jawab Atikah seraya mengulum senyum. Dia tahu orang cantik seperti cik Maya akan merasa self conscious bila berpakaian sedemikian. Tapi pada pendapat Atikah cik Maya beruntung kerana masih kelihatan cantik tanpa mengenakan baju mahal dan memakai make up.

Dari jauh aku ternampak kelibat Shah sedang berbual dengan seseorang jejaka yang memakai pakaian seragam dengannya. Mereka mengenakan khakis bermuda separas lutut dan mengenakan kemeja polo dari warna coklat gelap yang terdapat logo Nature Lodge. Sungguhpun begitu aku tidak dapat menafikan Shah kelihatan hebat dengan apa sahaja pakaian yang dipakainya. Mataku beralih kearah pasangan yang menuju kearah Shah. Aku merasa jengkel bila mendapati pasangan tersebut itu tidak lain dan tidak bukan adalah Saiful dan isterinya. Saiful mengenakan t-shirt berwarna biru sepasang dengan isterinya. Apa yang berlainan pada hari ini pasangan suami isteri itu tidak kelihatan ghairah untuk menyertai expedisi. Setahu aku, Saiful memang gemarkan sukan lasak dan aku percaya isterinya juga berkongsi minat yang sama. Tapi hari ini mereka berdua kelihatan seperti pasangan yang baru lepas berkelahi dan tidak bertegur sapa. Apa yang menghairankan aku tidak lagi merasa cemburu mahupun sakit hati melihat Saiful dan isterinya, malah aku merasa bersyukur kerana Allah menunjukkan aku siapa Saiful yang sebenarnya. Setidak-tidaknya aku sedar sebelum semuanya terlambat. Kali ini aku tidak mahu lari atau cuba mengelak dari bertembung dengan pasangan tersebut. Aku tahu Saiful tidak pernah memikirkan tentang keadaan diriku sejak kejadian kelmarin.

Selamat Datang ke Nature Lodge, Saya dan Alex akan mengetuai expedisi selama 3 hari. Seperti yang terdapat dalam itinerary hari ini kita akan mencuba mendaki bukit Soga hingga ke puncak. Setiap seorang akan di bekalkan sebuah beg, didalamnya terdapat beberapa perkakas dan keperluan untuk expedisi kita selama tiga hari. Peringatan buat pengunjung yang pertama kali mencuba expedisi lasak. Kamu di kehendaki mengisi nama anda di borang ini agar kami dapat memberi lebih perhatian pada anda, ujar Shah seraya memandang kearah kumpulan pengunjung yang akan menyertai expidisinya nanti.

Aku menghampiri Shah untuk mengisi nama ku di atas borang tersebut. Aku memang tidak pernah menyertai sukan lasak walaupun berkali-kali Saiful mengajakku semasa kami bersama dahulu. Aku tidak pernah menyukai sukan lasak. Aku menyertainya pun kerana mama sudah membayar pakej dan aku tidak mahu terus terperap di dalam bilik. Aku sedar ada dua pasang mata menjeling ke arahku namun aku buat tidak peduli. Biarlah apa mereka hendak katakan. Aku masih ingat lagi akan pesanan Shah jangan menganggu Saiful dan isterinya.

Saya akan bahagikan dua kumpulan untuk first timer, nama yang saya sebut akan mengikut team saya, ujar Shah seraya meneliti senarai nama yang terdapat di listnya.

Keluarga Encik Fauzan, pasangan Shiela dan Fikri, Fiza dan Ain, Danny dan Maya, ujar Shah.

Aku mengeluh lega sebaik sahaja Shah menyebut namaku. Ini bermakna aku di bawah jagaannya. Hooray.



bersambung...

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

lagi.. lagii...


cam dah tau ending tapi nak tau gak citer dia...

jangan simpan lama2 no..... sambung cepat2..

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

hehe ok.. sinambungannye biggrin

Alex mengetuai kumpulan yang pertama diikuti dengan kami. Aku berada di barisan kedua terakhir. Shah berada di belakang. Dia dikehendaki mengawasi kumpulan kami. Sepanjang perjalanan mendaki bukit Shah tidak banyak berbual. Aku pun tidak berbual dengannya kerana pertama aku sudah banyak menyusahkan Shah dan kedua aku dapat merasakan Shah tidak berapa sukakan aku.

            Kaki dah ok, soal Shah bila kami berhenti berehat sebelum menyambung pendakian kami.

            Yeah it feels better thanks for your help, ujarku cuba berlagak biasa. Aku tidak mahu menunjukkan kepada Shah bahawa aku mula merasa senang dengannya dan cuba sedaya upaya agar tidak menyakitkan hatinya.

            Good, coz I takut nanti kena dukung you pulak kalau you tak boleh mendaki bukit, jawab Shah dengan wajah selamba.

            Aku mengetap bibir menahan geram. Dalam baik dia kenakan aku. Baru hendak berbaik dengannya Shah sudah menduganya lagi.

            Dont worry, worst come to worst I patah balik, jawabku geram.

            Shah seakan dapat mengagak bahawa aku geram padanya. Dia hanya tersenyum sinis.

            Suit yourself, jawab Shah seraya bangun. Dia mengibas daun-daun kering yang tersangkut di seluarnya.

            Aku mengetap bibir geram dengan kelakuan Shah. Semalam bukan main baik. Tapi hari ini dia sudah berbalik kepada perangai asalnya. Kenapa lelaki suka sangat mempermainkan perasaan wanita. Aku menyumpah sendiri kerana terlalu cepat mudah suka pada lelaki yang sekacak dan setampan Shah. Masih tidak serik dengan pengalaman  yang ku lalui dengan Saiful. Jangan-jangan Shah sudah berkahwin atau sudah bertunang. Sebab itu dia bersikap dingin dan berhati-hati bila berurusan denganku. Aku mengerutkan dahi. Yeah orang yang setampan dan sebaik Shah mungkin sudah berpunya. Mana mungkin dia tertarik denganku yang pernah bercinta dengan suami orang walaupun sudah bertunang. Nasib baik Shah tidak mengetahui bahawa aku sudah bertunang, kalau dia  tahu mungkin dia merasa jijik denganku. Kenapa pula aku kisah dengan apa yang dia fikirkan. Dia bukan teman, kekasih ataupun tunangku. Entahlah aku sendiri tidak tahu. Apa yang aku tahu aku mahu Shah mengetahui bahawa aku adalah seorang wanita yang punya maruah. Bukan seorang wanita yang lemah dan sering mudah di permainkan lelaki.

            Are you coming or what, ujar Shah tiba-tiba membuatkan aku tersentak dari lamunan.

            Malu juga kerana semua mata tertumpu ke arahku, tidak lupa juga Saiful dan isterinya yang tersenyum-senyum sinis memandang ke arahku. Aku menyumpah sendiri. Kenapa mesti Shah memalukan ku terutama sekali di hadapan Saiful dan isterinya.

            Aku bingkas bangun dari tempat duduk. Aku terlompat terperanjat bila secara tiba-tiba seekor ulat gonggok sebesar ibu jari dan sepanjang 15 cm melintas di hadapanku. Aku hilang pertimbangan. Dengan pantas Shah menarik lenganku. Aku mendakap tubuh sasanya erat. Tubuhku tiba-tiba mengigil ketakutan bila menyedari sekiranya Shah tidak menarikku tadi mungkin itulah kali terakhir aku hidup di dunia ini. Aku hampir tergelincir jatuh ke juram yang dalam. Air mataku mengalir tanpa di tahan kerana terkejut. Aku masih di dalam pelukan Shah dan tidak ingin melepaskannya pergi. Aku pasti Shah turut cemas dengan kejadian tadi kerana aku dapat mendengar dengan jelas degupan jantungnya.

            I nak balik, ujarku sambil menyeka airmataku bila tangisanku reda. Cukuplah dengan expedisi ku hari ini. Aku belum bersedia untuk mencuba sukan lasak. Biarlah Saiful dan isterinya mentertawakan aku atau Shah mahu mengatakan bahawa aku wanita lembik. Persetankan itu semua. Aku tidak peduli apa mereka fikirkan.

            Dont cry ok, pujuk Shah seraya mengusap rambutku perlahan. Shah memberi isyarat kepada Alex agar rombongan mereka dapat meneruskan perjalanan sementara dia  menemaniku. Tanpa banyak soal Alex meneruskan perjalanan diikuti dengan kumpulan rombongan kami tadi. Hanya aku dan Shah yang masih lagi berada di tempat berehat tadi.

            Thanks for saving my life, I rasa ada lebih baiknya I balik ke KL, I tak mahu menyusahkan you Shah, ujarku menyedari kehadiran ku banyak menyusahkan Shah. Aku tidak berniat hendak menyusahkan sesiapa apatah lagi Shah. Aku benar-benar terhutang budi pada Shah. Sepanjang aku tinggal di sini Shahlah yang banyak melayan karenahku.

            Shah tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri bila aku berkata demikian. Mungkin di fikirannya ada benarnya aku kembali ke KL setidak-tidaknya dia tidak perlu bimbang atau risau akan keselamatan ku.

            Are you sure you nak balik, you juga yang beria-ia hendak stay kat sini, soal Shah seraya memandang wajah Maya yang masih lagi dalam keadaan terkejut. Apa tidaknya kalau tidak kerana Shah nyawanya melayang.

            Aku tidak menjawab malah mengangguk perlahan. Tiada gunanya aku terus tinggal sekiranya aku tidak dapat mengikuti expedisi mahupun tinggal di bilik hotel.

            Why dont you stay another night maybe by then everything will be ok, pujuk Shah. Dia tidak tahu kenapa dia mahu Maya menghabiskan percutiannya walhal pada awalnya dia mahukan Maya segera pulang. Mungkin dia sedar perangai Maya tidaklah seburuk mana. Maya manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan. Dia sendiri pun pada awalnya mahu Maya melakukan sesuatu agar ikatan tali pertunangan merekaafkan Maersalalah seburuk mana. Maya manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan. gera pulang.  dapat diputuskan kerana Shah sendiri tidak pasti mahu meneruskan ikatan pertunangannya setelah mendapat tahu Maya sendiri tidak mahu hubungan mereka di teruskan. Tapi setelah mengenali Maya. Fikirannya berubah, dia sudah mula menyayangi tunangnya itu.

            I dont know Shah, I banyak melakukan kesilapan, I berdosa pada my parents dan terutama sekali tunang I, I dont know how to face him after what had happens to me, I dont think he can ever forgive me, ujarku sebak airmata ku mengalir perlahan tanpa di tahan. Sebenarnya aku bukanlah seorang wanita yang mudah mengeluarkan airmata. Aku keras hati. Itu yang selalu papa katakan padaku. Tapi aku tidak tahu kenapa aku begitu terasa  dan mudah sekali mengeluarkan air mata terutama sekali di depan Shah. Aku sebenarnya malu bila tiap kali terpaksa menangis di hadapannya. Sudah tentu Shah menganggap aku wanita yang cengeng. 

            You sudah bertunang? Dengan siapa dengan Saiful?, soal Shah seraya mengerutkan dahinya. Dia pura-pura tidak faham akan maksud Maya kerana selama ini  Maya tidak pernah menyebut bahawa dia sudah bertunang.

            Aku mengelengkan kepala perlahan. Aku pasti Shah akan menganggap aku wanita yang tidak setia. Belum berkahwin aku sudah berlaku curang. Aku tidak peduli apa yang Shah fikirkan. Aku akui, aku bersalah kerana menduakan Shahril. Aku pasti dan yakin tunangku itu seorang lelaki yang baik dan mama dan papa tidak salah memilihnya sebagai menantu.

            Dengan Muhd Shahril, ujar Maya perlahan.

            Shah tersenyum bila Maya menyebut nama penuhnya. Dia sedar selama ini dia tidak pernah memberitahu Maya akan nama penuhnya. Dan Maya hanya memanggilnya Shah.

            Jadi Shahril tunang you, dan you memilih Saiful dari tunang you, I tak faham, why in the first place you bertunang dengan Shahril sekiranya you tidak suka padanya, sengaja Shah mahu mendengar jawapan dari mulut Maya. Dia tahu alasan yang bakal Maya berikan kepadanya adalah sama, kerana mereka tidak setuju di tunangkan.

            I tak tahu menilai yang mana satu permata dan yang mana satu itu kaca, sekarang baru I sedar bahawa selama ini I hanya mengejar kaca,

            Shah cuba berlagak serius bila Maya mengaku dia bersalah pada tunangnya. Ikutkan hati mahu sahaja dia memberitahu Maya siapa dirinya yang sebenar. Tapi dia punya agenda sendiri. Dia mahu Maya benar-benar sedar dan tidak hanya mengunakan air mata sebagai alasan untuk mendapat simpati darinya.

            I percaya tunang you akan maafkan you sekiranya you benar-benar menyedari kesilapan you dan ikhlas menerima tunang you, ujar Shah seraya tersenyum.

            I hope so, I think you better go, I tak hendak menganggu kerja you, I can manage to find my way back, dont worry about me, Ill be fine ujarku seraya tersenyum.

            Ok, see you later, dont do anything stupid, ujar Shah mengusik.

            I wont, jawabku selamba. Aku tidak terasa hati lagi bila Shah mengusik.

bersambung...



__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

Sepanjang perjalanan pulang ke lodge fikiranku tertumpu kepada Shah. Jejaka yang aku benci sejak awal pertemuan lagi. Aku menyangka Shah seorang lelaki yang sombong dan tidak sopan kerana Shah kerap kali melemparkan kata-kata sinis dan menganggap aku seorang wanita yang lemah. Tapi sejak kebelakang ini aku tidak lagi membenci pemuda tampan itu. Malah hati ku kini sudah terpaut padanya. Memang pada awalnya Shah agak dingin denganku. Tapi bila diingat balik pada kebaikan dan bantuan yang diberikannya selama aku berada di sini cukup membuatkan aku jatuh hati pada Shah. Walaupun pada luaran Shah seorang yang lasak tapi sebenarnya Shah seorang pemuda yang penyayang. Ah sudah aku sudah jatuh cinta pada Shah. Ya allah! Tolong tetapkan hati dan imanku. Aku tidak mahu tersilap langkah lagi.

Khayalan ku terhenti bila telefon bimbitku tiba-tiba berdering. Dari skrin telefon terpampang mama.

Hello mama, jawabku ceria. Senang sekali mendapat pangilan telefon dari mama.

Maya, mama call dah banyak kali tapi susah nak dapat, keluh mama sebaik sahaja telefon ku jawab.

Maya kat hutan lah mama, reception kat sini kan susah nak dapat, jawabku sambil tersenyum lucu. Mamaku memang suka cepat panic.

Maya pergi hutan buat apa, anyway mama nak beritahu mama dan ibu Shahril ada kat lodge, malam ni kita makan malam bersama,

Jantungku berdegup kencang. Mama ada disini bersama dengan ibu Shahril. Ini bermakna Shahril turut ada sama. Bagaimana aku hendak berdepan dengan Shahril dan ibunya dalam keadaan sekarang. Sudahlah beg ku hilang dan hingga sekarang masih belum dipulangkan. Lagipun aku belum bersedia lagi hendak bertemu dengan Shahril. Dan Shah bagaimana. Walaupun Shah tidak ada kena mengena dengan pertemuan aku dengan ibu Shahril dan Shahril. Tapi aku tidak mahu jejaka itu ternampak aku bersama mereka.

Maya dengar tak ni, kenapa tiba-tiba senyap aje, ujar mama bila tiada jawapan yang di dengar dari Maya.

Maya dengar, kenapa mama tak beritahu awal-awal, Maya belum bersedia hendak bertemu dengan mereka,

Maya masih berdegil lagi ke,

Bukan macam tu mama, masalahnya sekarang Maya kehilangan beg pakaian Maya dan Maya tak ada pakaian yang sesuai untuk makan malam bersama mereka malam nanti, ujarku cuba membuatkan mama tidak salah faham.

Macamana boleh hilang,

Panjang ceritanya mama, nanti Maya ceritakan pada mama, bila kita jumpa nanti, ujarku mengakhiri perbualan.

Langkah ku percepatkan agar cepat tiba di Lodge. Aku harus bertemu dengan Atikah untuk meminta bantuan kecemasan darinya. Hanya Atikah yang bisa membantuku. Perasaanku berbelah bagi. Aku bersedia menerima Shahril tetapi hatiku mula terpaut pada Shah. Pada awal pertemuan aku tidak merasa tertarik padanya walaupun ketika itu aku akui Shah seorang jejaka yang bisa mengugat iman mana-mana gadis. Pada masa itu aku masih punya Saiful dan aku tidak menyukai cara layanan yang Shah berikan kepadaku sejak awal lagi. Malah aku pernah membencinya kerana selalu menyindirku. Aku dapat merasakan bahawa Shah tidak menyenangiku apatah lagi aku selalu memberinya masalah dan selalu meminta bantuan darinya. Sungguhpun begitu dia tidak pernah mengecewakanku dia selalu berada di sampingku di kala aku memerlukan bantuan. Malah tidak melampau sekiranya aku mengatakan dia yang menjagaku sejak aku berada di sini. Kebaikan Shah tidak dapat aku lupakan dan apatah lagi aku sudah mula jatuh hati padanya. Masalahnya sekarang aku berada di dalam dilemma. Aku tidak mahu terlalu mengikut hati. Khuatir aku akan kecewa lagi di kemudian hari. Sedar tak sedar aku sudah berada di depan kaunter.

Kak Maya, kenapa balik awal expidisi belum berakhir kan?, soal Atikah bila terpandang wajah Maya. Kalau sudah berakhir pasti Shah sudah menemuinya. Tapi kelibat Shah masih belum kelihatan.

Belum habis lagi, kak Maya quit half way tak biasa sukan lasak-lasak ni, akuiku. Aku tidak mahu menceritakan pada Atikah perkara yang sebenar. Cukuplah dengan kumpulan expedisi sahaja yang tahu apa yang terjadi.

Atikah mengangguk sambil tersenyum. Maya bukanlah orang yang pertama menarik diri separuh jalan. Malah ramai pengunjung yang tidak larat mengikuti expedisi akan berpatah balik.

Ika, kak Maya nak tanya sikit boleh, ujarku seakan berbisik.

Tanya apa kak Maya,

Soalan ini agak peribadi sikit, ini antara Ika dengan kak Maya jangan beritahu siapa-siapa tau, ujarku sambil mataku melilau memandang sekeliling takut kalau-kalau orang yang tidak dingini berada berdekatan dengan mereka.

Er abang Shah sudah berkahwin?, soalku memperlahankan suara setelah memastikan line clear.

Oh pasal abang Shah, ujar Ika seraya tersenyum simpul. Dia tahu tentu Maya berminat hendak mengetahui sedikit sebanyak mengenai pemilik Nature Lodge yang diminati ramai itu. Maya bukanlah wanita yang pertama bertanya soalan demikian. Ramai pengunjung wanita yang masih single pasti akan tergila-gilakan majikannya. Namun tiada satu pun yang Shah layani kerana desas desus rakan sekerjanya ada mengatakan bahawa majikannya itu sudah bertunang. Tapi hingga ke hari ini Ika belum pernah mendengar Shah menyebut nama tunangnya itu.

Abang Shah, dia dah bertunang, jawab Ika rasa bersalah. Yang sebenarnya dia sukakan Maya. Malah kalau Maya dan Shah bersama mereka kelihatan secocok sekali. Sama cantik dan sama padan.

Patutlah, ujarku perlahan agak kecewa dengan jawapan yang diberikan Ika tadi. Benarlah Shah sudah berpunya. Aku mula sedar mengapa Shah seakan cuba menjarakkan dirinya bila berurusan dengannya. Mungkin kerana itu juga Shah selalu dingin padanya kerana dia tidak mahu aku mendekatinya. Dalam diam aku mula kagum dengan pendirian Shah. Dia tidak pernah mengambil peluang untuk berlaku curang di belakang tunangnya. Tunangnya itu sungguh beruntung.

Patutlah kenapa kak Maya,soal Ika bila Maya berkata demikian.

Oh tidak, Ika kan tahu abang Shah tak berapa sukakan kak Maya kerana kak Maya selalu beri dia masalah,

Kak Maya jangan salah anggap, sebenarnya abang Shah tu baik orangnya nampak sahaja garang, ramai yang cuba memikat hatinya namun abang Shah tetap professional pandai menjaga hati mereka dan menolak perlawaan mereka dengan cara yang baik, hai kalaulah abang Shah tu tak garang dah lama saya cuba pikat dia, ujar Ika seraya mengekek kecil.

Abang Shah memang garang, tapi dia kan cuma Assistant Manager kat sini kan, kenapa Ika takutkan dia sangat, ujarku mengakui bahawa Shah memang garang orangnya. Maksudku tegas.

Kak Maya tak tahu ke siapa abang Shah, selama ini abang Shah tak beritahu yang dia sebenarnya-,

Hah Maya, kenapa tak terus call mama, sergah Datin Manisah bila perasan bahawa wanita muda yang berdiri di sebelahnya itu adalah anaknya sendiri. Belum pernah dia melihat Maya sesantai hari ini. Dia mengenakan t-shirt yang bersaiz dua kali besar dari saiz badannya dan memakai track pants berserta topi. Rambutnya pula di ikat tocang.

Mama, sorry ma, Maya baru sampai penat belum hilang lagi, ujarku cuba mencari alasan. Yang sebenarnya aku tidak mahu mama kemari kerana Saiful berada di sini. Kalau boleh aku tidak mahu mama terserempak dengan Saiful dan isterinya. Nanti kecoh dibuatnya. Mama tahu aku punya hubungan intim dengan Saiful dan mama tidak pernah merestui hubungan kami. Kalau mama tahu selama ini Saiful sudah beristeri sudah tentu aku dimarahinya kerana selama ini aku bercinta dengan suami orang.

Er ma, kita masuk bilik dulu, rehat-rehat lepas tu kita bincang, ujarku seraya menarik lengan mama. Mama kelihatan terpinga-pinga bila aku cuba menariknya jauh dari tempat penyambut tetamu.

Oklah mama pergi bilik Maya, ujar Datin Manisah.

Bilik Maya erm bilik Maya-, ujarku panic bila mama mahu ke bilik ku. Mana mungkin aku mahu membawa mama ke bilik yang aku diami selama hampir seminggu itu.

Cik Maya maaf kerana bilik cik Maya sedang dikemas, cik Maya boleh gunakan bilik ini untuk sementara, ujar Atikah seraya menyerahkan kunci kad kepada Maya. Dia terdengar akan perbualan Maya bersama mamanya. Dia dapat merasakan Maya ingin pertolongan dari nya.

Terima kasih Ika, you are the best, ujarku seraya mengeluh lega sempat pula aku mengenyitkan mata pada Ika tanda terima kasih kerana menyelamatkan keadaan.


bersambung...

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Senior Member

Status: Offline
Posts: 130
Date:

sedap nye fries cik signora tu..meleleh air liur akak kentin..cepat habiskan ini cerita ..best la pulak.. ala ala drama korea gitu..lagila akak kentin suke

__________________

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

lagi lagi lagi... pleasessssssssssssssssss

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

aku pun nak komen sama mcm julizan jugak....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

haii g preedengg .... nko pong minat mini nobel jugak kah?

aku ni ... nampak posting panjang berjela jela jela jela jerkk ...

lanngsung mata aku julinggg ... tu x reti nak baca ......

(x reti nak baca = x layan .... ngehehehehe )

 

 

adik julingza ... nko anggap jerk laa .. posting yang lom abis tu .... cerita bersiri kat TV 1 ....

posting yang niii pulak ... angggap ... kat channel TV9 ... aaa ... gitula kaedahnya ..

dah tuan punye badan yg buat ... kot aku .. aku memang x layan citer2 cinte macam niieee .....biggrin



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

badda2 wrote:

haii g preedengg .... nko pong minat mini nobel jugak kah?

aku ni ... nampak posting panjang berjela jela jela jela jerkk ...

lanngsung mata aku julinggg ... tu x reti nak baca ......

(x reti nak baca = x layan .... ngehehehehe )

 

 

adik julingza ... nko anggap jerk laa .. posting yang lom abis tu .... cerita bersiri kat TV 1 ....

posting yang niii pulak ... angggap ... kat channel TV9 ... aaa ... gitula kaedahnya ..

dah tuan punye badan yg buat ... kot aku .. aku memang x layan citer2 cinte macam niieee .....biggrin


 adoiiii mana boleh pak baddar, xde feeling la mcm tu.. dh la citer sambung2 pastu sambung xabis g ade citer lain

plak.... mane syok... hahahahah org kata potong stem... kahkahkahakah



__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

aku bukan ape badar...sbb aku dah baca separuh jadi aku kena tau ape kesudahan dia...harap la si penulis ni tak sekerat jalan je menulis cite ni...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

g_freedom wrote:

aku bukan ape badar...sbb aku dah baca separuh jadi aku kena tau ape kesudahan dia...harap la si penulis ni tak sekerat jalan je menulis cite ni...


 betoi3x... setuju ngn g predom.. sanggup aku xbaca citer yg agi satu tu.. sbb nk tgu citer ni abes lu..

baru baca... huhuhu



__________________

"mencari ketenangan"



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

as salam mualaikum semua..

maaflah signora on mc semalam habis tu portable hard disk ada kat keje. signora hanya boleh sambung hari isnin ni insha allah. cerita ni tak sekerat jalan sebab memang dah habis karang pun. hanya hendak kena ubah suai dan kena touch pembetulan bahasa sikit. tapi kalau nak baca juga dan tak sabar silalah ke blog saya cool.chic.classic.

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

terima kasih akak canteen, cengkodok puteh, freedom dan juliza yg sudi membaca..sementara tunggu hari isnin nak minta feedback sikit leh..agak2 apa kesudahan cite maya dan shah ni..mana tau bole buat idea alternative ending.. bak kata freedom..cite melayu ni predictable.. jadi nak jugak buat cite yg tak predictable..bole? TQ

__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

hahahahah mesti maya tu terkejut bewak yg shah tu shahril, hahahah mula2 marah2 pastu suka.. hahaah mesti heppy ending arhhhh....

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

klu kebiasaan cerita melayu mmg seperti cik julizan cakap...terkejut n marah padtu gaduh skit2 n bcinta...tapi untuk cite melayu yg luar biasa tu aku kena pikir jap

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

aku pun dah tangkap leleh dah ngan citer ni.

tapi aku ada idea la kasik panjang sket citer kan. kalo pendek sangat pun cam kurang syiok.

pe kata masa dinner tu shah tak dapat dtg masa dinner, so maya tak tau la sape tunang dia kan.

ni dah nampak hint happy ending maya ngan shahril. pe kata ko tambah konflik sket sebelumhappy ending tu.

cam konon2 something happen cam maya tak dapat get together ngan shah but at the end ada miracle yg dapat buat diorang get togeder geder.

cam cth nye kan. cth la... kan si shah tu masuk utan. ko buat la cam dia hilang ke, cm konon2 gagal dijumpai ke ape. lepas dah ilang tu baru maya sape shah ke. pas tu pandai2 ko nak buat cam ne dia bley balik.

ko nyer citer kan, so pandai2 ko cari idea. ni contoh je, ingatan lagi ek, contoh jer... keh keh keh.. biasa2 writer ni mesti kretip kan..

pasal aku pun suka menulis gak. cumanyer aku tak ready je nak share ngan sesape. heheeee..

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

hehe..thanks bagi idea Juliza, g freedom and cengkodok puteh..biasalah marah2 sayang..gaduh dulu sayang kemudian..bab yang ni saya qoute CP tulis tak reti nak buat macam you all buat so..

"pe kata masa dinner tu shah tak dapat dtg masa dinner, so maya tak tau la sape tunang dia kan". tepat sekali CP. Memang Shan ngan Maya tak jumpa masa dinner..ingatkan nak panjang2kan cerita tapi dah kehabisan idea.. hehe so endingnya tak begitu dramatik seperti cadangan CP..tapi happy ending lah..so sekarang ni saya nak continue kisah Shah ngan maya seterusnya..hehe happy reading.


__________________

LiFe Is ShOrT MaKe iT SwEeT



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

haha.... biasa writer je yg bley baca mind writer yg lain kan.. heheheee...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

idea aku pun mcm cekodok gak...kira shah hilang dlm hutan tapi mcm tak logik sbb dia lelaki adventureouse (betul ke aku eja ni) mesti boleh survival dlm hutan...
Ape ape pun ko sambung la ikut acuan ko signora...ni ko punya cerita...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel

1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard