Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisahku.. 4


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:
Kisahku.. 4


Assalammualaikum wbt..

Maaf utk kesekian kalinya. Bonda busy ya amat. Cuma nak berkongsi dengan anak-anak semua..yg Bonda akan membuka kedai Bonda yg terbaru. Syukur padaNya..

Itu yg membuatkan Bonda tak sempat jengah 'rumah' ku yg penuh keseraman ni... Seram ke? Seram la kan? Baiklah kita sambung kisah Bonda yg ntah bila agaknya nak masuk episod terakhir.

Boleh Bonda mulakan..?

Bismillahirahmannirahim..

_____________________________________________________________________________________________

Hidup kami ( Bonda & anak2 sebenarnya ) aman. Tiada lagi penampakan..tiada lagi segala bunyi-bunyian melainkan bunyi kucing Bonda yg sibuk nak mengawan dan bunyi anjing2 yg sibuk menyakat kucing jalanan.. Kasihan sungguh kucing2 itu. Terasa seperti nak dibaling bom saja ke arah anjing2 yg gengster tak ingat donia...

 

Sampailah pada suatu malam..............

Ketika Bonda sedang lena tidur Bonda seperti dikejutkan oleh sesuatu. Buat pengetahuan semua, Bonda seorang yg tidak suka tidur terlentang. Tidak kira la dengan gaya terlentang macamana pun waima gaya kuak lentang sekalipun Bonda tidak akan dapat tidur dengan sempurna.

Tetapi malam itu, seperti ada sesuatu yg menggerakkan badan Bonda supaya posisi tidur Bonda bertukar. Walaupun Bonda dapat rasakan sesuatu menyentuh / menggerakkan badan tetapi mata ni seperti tidak boleh di buka. Hanya hati ni saja yg dapat rasakannya.

Mulanya Bonda bersangka baik..mungkin aku bermimpi agaknya. Yelakan..ikut hukum sains, mimpi mempengaruhi hampir 80% emosi dan fikiran kita. Senang kata macam hipnosis. Faham tak? Takpe anak2 ku..kalau tak faham buat-buatlah faham demi menjaga hati Bonda mu ini...aww

Dalam kurang lebih 2 minit ( agakkan Bonda )... tiba-tiba Bonda rasakan keadaan di sekeliling Bonda seperti ramai sangat orang. Telinga Bonda menangkap suara yg banyak dan kelam-kabut intonasi suaranya. Ada yg garau...ada yg halus..ada yg bunyi seolah-olah sedang bertekak. Tapi sepatah haram pun Bonda tak faham butir perkataan yg di cakapkan.

Okey ...Bonda dah tahu..maknanya sekarang Bonda sedang di 'tindih'. Tapi situasi kali ini sangat...DIULANGI sangat berbeza. Dalam pada separa sedar ( Bonda dapat buka mata sedikit ), Bonda 'nampak' anak lelaki Bonda tegak berdiri di sebelah Bonda. Dia langsung tidak bersuara. Sangka Bonda itu anak Bonda tapi bila lihat akan keadaannya yg tegak mata terpejam, mulutnya tersengih dengan lidah terjelir berserta bonus air liur meleleh-leleh...SAH ! Itu bukan anak Bonda.

Bonda pejam mata semula...rapat-rapat. Cuba bertenang sebaik mungkin. Sebenarnya utk mengumpulkan kekuatan sambil cuba membaca beberapa potongan ayat Al-Quran sebagai benteng diri. 

Masa itu yg terlintas dapat dibaca hanyalah Al-Fatihah dan 3 Qul saja. Tapi dapat membantu Bonda menolak 'mereka' yg  berada di sekeliling Bonda. Syukur alhamdulillah.....

Bonda terus terduduk. Bonda pantas memandang keadaan sekeliling. Senyap...samar-samar..hanya diterangi lampu tidur saja. Tiada sesiapa pun di dalam bilik tidur itu melainkan Bonda dan anak2 yg sedang lena tidur. Bonda mengeluh. Marah pun ada..

Korang takde kerja lain nak buat malam2 ni ke? Jangan ganggu aku nak tidur boleh tak? Nak main..p main kat tempat lain la.. , Bonda merungut sambil mata melilau memandang setiap sudut bilik. Bonda sudah mula rasa rimas dan bosan dengan segala pak,mak,cik,incik,adik jin2 ni.

Bonda masuk bilik air..basahkan muka dan terus baring semula. Cuba lelapkan mata. Tapi sebeum tidur Bonda sempat sound sikit.. Sekali lagi korang ganggu aku anak beranak..Siap korang! Takpe kalau tak takut dengan aku tapi aku tau korang takut pada Allah! Jadi faham-faham sendiri ya! ,Berani sungguh Bonda kan? Tahukah anak2 semua yg ketika itu Bonda memang tiada langsung perasaan takut. Sebabnya bosan+ marah dah menguasai diri..Hehehehe... Bonda kenalah tunjuk berani kalau tak dikacaunya kita lagi.. Penat Bonda... ( Bagi sesiapa yg pernah ditindih tahu akan keadaannya..sangat letih )

Dalam pada itu Bonda pun terlelap semula.. Tanpa Bonda sedari Bonda telah melakukan 3 kesilapan disini.

1. Bonda tidur tanpa mengibas2 katil. Kebiasaan yg selalu Bonda lakukan.

2. Bonda terlupa pasang pendinding diri.

3. Bonda tidur dalam keadaan TERLENTANG !

Mungkin sebab kepenatan..segalanya yg berlaku diluar kesedaran Bonda.no

Sebelum Bonda lanjutkan cerita Bonda..Bonda nak ingatkan pada semua yg membaca.. SEGALA YG BERLAKU ADALAH BENAR SEBAB BONDA DALAM KEADAAN SEDAR KETIKA ITU. CUMA BONDA BERADA DI ALAM LAIN TAPI TEMPAT YG SAMA. SEMUANYA JELAS DIDEPAN MATA. MEMANG SUSAH HENDAK DITERIMA/DIPERCAYAI..TAPI ITULAH YG SEBENAR-BENAR YG TERJADI.

Setelah Bonda kembali dapat melenakan diri, sekali lagi Bonda dapat mendengar bunyi-bunyian seperti tadi. Bukan bunyi anjing gengster tadi..bukan juga bunyi kucing2 yg ketakutan apatah lagi bunyi kucing yg sibuk nak mengawan.

Kalau tadi bunyi yg Bonda dengar bermacam-macam intonasi..kali ini yg Bonda dengar semua dalam keadaan berbisik. Macam sedang berbincang sesuatu. Walaupun suara-suara itu halus tapi membingitkan telinga. Bonda dengar bunyinya macam ramai sangat. Senang kata macam masing-masing berebut-rebut nak bercakap.

Dalam hati ni berkata-kata.. Takkan sekali lagi kot ! Memang nak kena ni.. . Bonda rasa marah.. Tiba-tiba Bonda sedar kalau tadi cuma dengar & rasa ramai je..Kali ini Bonda rasa seolah 'mereka' berada dekat disebelah Bonda. Memang Bonda pasti..

Bonda cuba buka mata..tapi tak dapat. Bau masam..hamis..busuk..bercampur baur. Kejap dengar suara perempuan ketawa..kejap nanti dengar seolah suara lelaki besar bertempik macam marahkan sesuatu. Nanti pula dengar suara halus terkekek-kekek gelak. Boleh semua rasakan tak situasi Bonda ketika itu?

Lepas itu Bonda rasakan seperti jari2 yg berkuku tajam menjalar-jalar di setiap anggota badan Bonda. Allah saja yg tahu perasaan Bonda ketika itu. Perasaan Bonda bercampur baur. Bayangkan Bonda berhadapan dengan semua ini seorang diri !

Dalam keadaan mata terpejam tu..Bonda cuba mencari jalan utk sedarkan diri. Pada Bonda ketika itu, Bonda dalam keadaan yg selalu...Bonda DITINDIH!..Jadi takde apa yg perlu dirisaukan sangat.. Bonda boleh hadapinya seorang diri.

Bebalik kepada jari2 yg berkuku tajam tadi... Bonda nak bgtau yg jari berkuku tajam itu bukan sikit tapi banyak..DIULANGI sekali lagi...BANYAK ! Daripada menjalar-jalar..jari2 tadi terus ke dua betis Bonda..ke dua belah pelah..dua tangan Bonda..ke dahi Bonda dan................dada Bonda!

Ya Allah...apa yg sedang berlaku ni.. Lain macam sangat malam ni.. Marah sangat ke anak beranak JIN ni...

Bonda tawakal. Bonda berdoa dalam hati... Ya Allah..kepadaMu aku berserah. Hanya Engkau yg Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya. Sekiranya apa yg sedang berlaku ini membawa petanda kepadaku..Bukakanlah semula hijab ku. Tunjukkan padaku serta lindungi lah hamba Mu ini. Dengan izinMu... Bismillahhirahmannirahim.....

Bonda baca surah Al-Qadr 3x. diikuti dengan doa pelindung dari segala kejahatan dan beberaapa lagi potongan ayat. Dengan izinNYA yg Maha Berkuasa.. Bonda  dapat 'buka' mata Bonda. Hakikatnya mata sebenar Bonda tertutup..tapi yg terbuka adalah deria ke-6 Bonda.

Bonda dapat rasakan yg Bonda berada di alam yg lain. Perlahan-lahan Bonda 'buka' mata. Terkejut besar Bonda.. allah makbulkan doa Bonda..tapi yg lebih memeranjatkan apa yg berada di depan mata Bonda.

Didepan mata Bonda ketika ini 6 ekor makhluk yg Bonda tak tahu jenisnya.. Dua sedaang memegang betis Bonda.. dua lagi di peha..dua lagi di kedua belah tangan. 1 memegang kepala dan sekor lagi sedang betenggek atas Bonda sambil menekan dada Bonda. Bayangkan keadaan Bonda ketika itu..

Keadaan rupa makhluk2 tersebut sangat hodoh!. Semua kurus tinggi..berwarna hijau..mata bbesar kemerahan..mulut ternganga..tangan kurus melidi..jari2 runcing tajam.. semuanya memandang ke arah Bonda. Ada yg tersengih2..macam hensem sangat..dan ada yg bengis..macam Bonda takut......sanggaaattttlaahhhh...

Bonda kaku di tempat tidur. Nak toleh tak boleh..apatah lagi nak bergerak..Makhluk2 tersebut pejap pegangan mereka. Bonda cuba meronta2. Tapi gagal utk melepaskan diri. Hanya mata Bonda saja yg bulat bergerak memandang kiri dan kanan. Sambil meronta Bonda cuba berfikir mencari jalan utk melepaskan diri.

Bonda penasaran. Apa yg sedang berlaku ketika ini. Suami?... Dia tiada dirumah. Macam biasa terbang ke Jakarta atas urusan kerja. Anak2 ? Mereka kecil lagi.. Apalah yg dapat mereka lakukan utk menolong Bondanya ni..

Hah! PS aka Personel Security Bonda.. tiba-tiba Bonda teringat kat dia. Tapi masalahnya sekaraang..macamana Bonda nak bangun? Nak bergerak pun tak dapat!

Airmata tiba-tiba meleleh..Bonda redha. Rontaan Bonda menjadi perlahan..Bonda pejam mata sekali lagi.. Kali ini Bonda betul-betul pasrah.. Bonda berserah padaNYA..sambil tu Bonda berdoa agar dipermudahkan segalanya..Berilah aku petunjukMU Ya Allah..hilangkan kesulitan yg sedang aku alami ketika ini..Aku benar-benar menyerahkan diriku padaMU yg Maha Pencipta. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ats tiap-tiap sesuatu..

Sekali lagi..Bonda cuba tenangkan diri.. Bonda kumpulkan kekuatan yg semakin hilang. Entah macamana... sedang Bonda berdiam diri..Bonda teringat sepotong ayat pelindung diri dari  musibah serta perlindungan dari gangguan iblis , syaitan dan jin. Tanpa sebarang masalah..lancar mulut Bonda membaca. Bonda baca dengan kuat.

Tiba-tiba seperti renjatan elektrik Bonda melompat tinggi dari katil dan berdiri tegak. Macam spring...tubuh badan Bonda ditolak dengan kuat. Terpelanting 6 ekor makhluk hodoh tu tadi. Bagaimana ya Bonda nak jelaskan...hurrmm... Okey.. semua pernah tengok hero tamil kan..Ingat tak apabila segerombolan gengter ingusan menerkam hero dan hero pun di tindih beramai-ramai.. lepas tu hero dapat super power ...dia pun bangkit dan semua penjahat2 terpelanting ke belakang.. Nah! Sekarang dapat bayangannya kan? Keadaan Bonda lebih kurang sama tapi takdelah nak berdiri tegak macam hero tamil tu..

Sempat Bonda cakap ...Alhamdulillah..smile

Niat hati nak pergi dapatkan PS yg ada di luar rumah. Bonda pun toleh ke belakang. Eh! Bila pula pintu bilik ni terbuka? Siapa bukakannya? Ah! Bonda tak ambil peduli... Bonda cuma nak lari keluar dari bilik tu dan nak pergi kepada PS.

Ikut keadaan yg sebenar..dari katil ke pintu bilik tidaklah jauh..dalam 10 langkah saja. Tapi ketika Bonda bergegas hendak ke pintu bilik...terasa macam jauh sangat..Makin dekat Bonda ke arah pintu makin jauh pula Bonda rasa kedudukan pintu. Bila Bonda rasa macam dipermainkan..Bonda tempik sekuat-kuat hati ALLAHUAKHBAR !!!

Sekelip mata saja Bonda sudah sampai di pintu bilik. Subhanallah..Besar sungguh kuasaMU Ya Allah..

Bila tangan Bonda dapat mencapai daun pintu Bonda terus terpa keluar. Bonda tak risaukan anak2 Bonda sebab Bonda tahu...tumpuan makhluk2 tersebut hanya pada Bonda. Kalau mereka nak ganggu anak2 Bonda pastinya anak2 Bonda sudah meraung menangis dari tadi..

Apabila Bonda berjaya melepasi pintu bilik..ada sesuatu yg menghalang Bonda dari terus melangkah.........

Berdiri betul-betul dihadapan Bonda ialah seorang lelaki. Lelaki ini berjubah, berkopiah dan bertudung. Dari hujung kepala hingga hujung kakinya...semuanya putih. Macam Pak Arab. Orang yg tinggi besar. Matanya bulat. Biji mata hitam kecil. Kali ini Bonda betul2 terkejut. Siapa lelaki ni ? Apa dia buat kat sini? Dari mana dia datang? Macamana dia boleh masuk? PS Bonda takkan tak perasan? Berbagai soalan berlumba-lumba masuk dlm fikiran Bonda. Tetapi bila memikirkan balik yg Bonda berada di alam lain..

Yang peliknya mulut lelaki ni tidak terbuka langsung tapi Bonda dapat mendengar suaranya dengan jelas....

Pergi balik ke katil ! Jangan sesekali ngko keluar! PERGI! ,Lelaki tu memberi arahan. Mulanya Bonda tak berganjak..Bonda cuba melawan..tapi Bonda tidak mahu sesuatu yg buruk berlaku. Perlahan-lahan Bonda berundur kebelakang. Lelaki tersebut masih lagi merenung ke arah Bonda dengan tajam. Makhluk2 tadi masih lagi berada di keliling Bonda cuma mereka tidak dapat menyentuh Bonda. Mulut Bonda terkumat kamit berzikir Al-Hafizuu.. Bonda masih berdoa agar tidak disentuh atau diapa-apakan oleh semua yg berada di dalam bilik ini.

Bonda terus baring..Bismillah.... dan..Bonda terus terjaga. Berpeluh-peluh badan Bonda. Bonda pandang anak2 Bonda..syukur...mereka lena. Bonda teringat pada pintu bilik..Bonda terus toleh ke arah pintu. Tertutup rapat ! Tiada tanda2 pintu itu dibuka.

Bonda berteleku atas katil. Kenapa ni? Pelik benar apa yg berlaku malam ni.. Makhluk apa tadi? Siapa lelaki tu? Kenapa marah sangat dia pada Bonda?

Tapi......Bonda rasa seperti ada sesuatu yg tidak kena.. Bonda rasa Bonda pernah melihat lelaki tadi. Tapi kat mana? Bonda pening.. tengok jam.. dah 4.50 pagi. Ah..dah nak subuh..daripada Bonda sambung baring baik Bonda mandi dan bersiap-siap utk solat Subuh. Takpelah ...Subuh 5.20 pagi..

Bonda pun mandi..bersiap..duduk berzikir sementara menunggu azan Subuh. Sambil berzikir..Bonda masih lagi memikirkan lelaki tadi. Bonda pejam mata..cuba utk fokus dan khusyuk.. Bonda berzikir Al-Qabidhuu 100x. Zikir ini utk memohon padaNYA agar terhindar dari pengancam..InsyaAllah.

Bonda tidak mahu lelaki ini mengganggu ibadat Bonda. Usai solat ..Bonda baca surah Al-Qadr sekali lagi berserta doa tanpa berganjak dari kedudukan tahiyat akhir. Kemudian Bonda sujud kembali dan baca dalam hati zikir Nabi Yunus.................................. La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin....

Sambil baca Bonda pejamkan mata..memohon padaNYA. Dengaan izin Allah.. tiba-tiba Bonda dapat bayangan siapakah lelaki berjubah putih itu tadi.

Bonda sudah ingat...

Siapa lelaki tadi.. ? Dia lah orang yg menghantar ilmu hitam kepada Bonda sebelum ini..senang kata Dal Wau Kaf Wau Nun..

Apa yg dibuat di dalam rumah Bonda...?

Tunggu sambungannya...Bonda nak solat maghrib dulu...

 

 

 

 

 

 



-- Edited by BondaDiana on Sunday 2nd of March 2014 03:21:38 AM



-- Edited by BondaDiana on Sunday 2nd of March 2014 04:12:04 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

aduhaiii ... bondaku Lady Diana ... bila laa nak sambung nihhh ...

atoiiii ....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Sabar ya Wak..

Bonda ni terhegeh2 nak flashback kisah silam...hehhee

Ni pun sebab briefcase tertinggal kat kedai..so kena la tunggu incik suami ambil..tapi nak sampai ke tangan Bonda pun malam sebab dia p menebas dengan geng2 dia...

Jadi Bonda free kejap..tu yg singgah ... aww



-- Edited by BondaDiana on Sunday 2nd of March 2014 04:16:48 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

oh bondaku....cpt la smbung ya..ankmu mnanti....

__________________


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

waaa mna sambungan

__________________
TIADA


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

mana sambungan ni .,huhu

__________________
caliph and traveler in this earth


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 41
Date:

Waalaikumsalam....

Selamat berkenalan Bonda.... kite tertarik cerita ini kerana kite pun pernah mengalami situsai begini, walau keadaan yg berbeza....

apa pun cantik cara olahan ayat Bonda. The best...!!!

 



__________________

Allah itu Ada...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Dang Meirah wrote:

Waalaikumsalam....

Selamat berkenalan Bonda.... kite tertarik cerita ini kerana kite pun pernah mengalami situsai begini, walau keadaan yg berbeza....

apa pun cantik cara olahan ayat Bonda. The best...!!!

 


 

 

macamana la nko nak berkenalan ngan bondaku diana daneale ni dik ...

beliau lama da x masuk sini ...

 

laen la kolo ngko berkenalan dan beri salam perkenalan nngan Ijoiii ...

x cukup tapak tangan .... belakang tangan beliau tadahkan ..... ekikik kik kik kik



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

badda2 wrote:
Dang Meirah wrote:

Waalaikumsalam....

Selamat berkenalan Bonda.... kite tertarik cerita ini kerana kite pun pernah mengalami situsai begini, walau keadaan yg berbeza....

apa pun cantik cara olahan ayat Bonda. The best...!!!

 


 

 

macamana la nko nak berkenalan ngan bondaku diana daneale ni dik ...

beliau lama da x masuk sini ...

 

laen la kolo ngko berkenalan dan beri salam perkenalan nngan Ijoiii ...

x cukup tapak tangan .... belakang tangan beliau tadahkan ..... ekikik kik kik kik


 Amboii...

Salam perkenalan juga saya uchapkan, tak cukup tapak tangan, belakang tangan, kuali leper saya tadahkan.

 

Dua tiga kucen berlari

Mana nak sama kucen waknda 

Dua tiga kucen ..

Waknda punye kucen tu cute, bulu tebal woo, gemuk pulak tu, culik kang..



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Ijoi wrote:
badda2 wrote:
Dang Meirah wrote:

Waalaikumsalam....

Selamat berkenalan Bonda.... kite tertarik cerita ini kerana kite pun pernah mengalami situsai begini, walau keadaan yg berbeza....

apa pun cantik cara olahan ayat Bonda. The best...!!!

 


 

 

macamana la nko nak berkenalan ngan bondaku diana daneale ni dik ...

beliau lama da x masuk sini ...

 

laen la kolo ngko berkenalan dan beri salam perkenalan nngan Ijoiii ...

x cukup tapak tangan .... belakang tangan beliau tadahkan ..... ekikik kik kik kik


 Amboii...

Salam perkenalan juga saya uchapkan, tak cukup tapak tangan, belakang tangan, kuali leper saya tadahkan.

 

Dua tiga kucen berlari

Mana nak sama kucen waknda 

Dua tiga kucen ..

Waknda punye kucen tu cute, bulu tebal woo, gemuk pulak tu, culik kang..


 

 

aaa nie satu .... suka bebenor menyalahguna dan membuat pencemaran ke atas kesucian pantun pantun melayu

kolo kena saman ... sape yang susah ...?

aku jugakk .....

 

dua tiga kucin berlari ..

mana nak sama si kucin waknda ... (waknda tu sapa .. aku laaa...)

kucing lari buat apa nak kira ....

x de keje ke?

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Ada keje tapi sempatkan jugak masuk jap gc..

Tapi bosanlah, haku dgn wak je yg tinggal...

Ijoi komen, badda komen, itu jek..

Dah macham syok dua dirik je kat forum ni kann.... Huhuu..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

lorrr ... kire okeh laa jugakk ... ijoi post wak komen ...

wak post ... ijoii komen ... okeh pe ....

atleast ade jgak kawannn .....

kolo ijoi post .. ijoii komen ijoii post .. ijoii komen ..

ape jadik ...? shiokkkk seniliiii laaaaaaa ........



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

what can i say,u just incredible women...dengan hanya berfikir pown saya tak mampu untuk bertahan jika diletakkan di tempat bonda....berminat akan kesinambungan cerita,waiting in patientfloating.gif



__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

lama dah rasanya aku menunggu bonda jemput aku dari sekolah ni....tak sampai sampai lagi...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum w.b.t...

 

Wah..lama tak jenguk anak-anak semua....

 

Maaf byk2..Bonda terlalu sibuk dengan projek Mega tahap Maharajalawak Mega.... ceh...hmm

 

G yg bebas... kenapa tak balik2 lagi nak...? Kan Bonda kata jangan tunggu Bonda kat depan pintu pagar sekolah.. duit yg Bonda bg beli eskrem tu ada lagi tak? Kalau dah habis..cakap je dgn Apek jongang tu..masuk dalam buku 555... cukup semilan taun claim kat Bonda...

 

Cesilia sayang... zahir saja Bonda nampak kuat.. tapi Bonda tetap gerun... hehehe

 

Wak Baddaimelanda... lama tak nampak Wak di pesbuk...kemanakah Wak pergi bertapa? di Lombok kah? Kenapa x ajak Bonda.. Sudahkah Wak melupakan insan yg kecil molek ni...? 

 

Ijoi....Apakah?

 

Dang Meirah dear.... Selamat berkenalan anakanda..

 

Aida yg manis... sambungannya...? eeerrrmm..Bonda tgh carik masa ni...hehehe

 

Kepada anak2 yg baru lahir...selamat berkenalan..tunggu ya....biggrin



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

bonda ade pesbuk ?

oo dia kawan dgn baddar je yer...skit taknak add kite...majuk la mcmni...g kawan ngan ijoi la lagi best...ijoi oo ijoi...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Aloo apa susah, tanya jelah waknda sape bondadiana daniele ni kat kawan pesbuk beliau .. Bijak kan haku, inilah hasilnya hari hari makan coklat pintar kih kih.. .

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

hik hik hik .. (efek idong aku kembang kempes kembang kempes ..)

nak pesbuk bondaku diana danele ni .. kene ler mintak izin na dgn tuan punya badan ..

takot hang terkezut cipan kang ...... bila hang taw ..... siapa bondaku diana danele yang manis nii ...

takut x tdior malam ...

 

aindaku bonda diana danele ..

ni haaa ... budak dua org niii ...... sebukk nk fb adinda ...

layan laar ..

 

i malas layan diarang ni...

kang i timang kang .. melabong lambong atas cucur atap ...

sapa nak jawab ....biggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrin

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

psssttttt waknda bada adekah bonda diana y mjadi kemisterian pd 2 makhluk ALLAH dkt ats tu secun, secantik, segempak& seglamer Princess Diana tuh??????

klu diana denelle...ko peram sorg2 dh la waknda...risau haku klu laki aku& teruna pingitan tu nengok pompan brani tnjuk aurat dgn bendera amerika dlm fb nnt...

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum...


Huuurrmmm.....Huuurrmmmmm....Hurrmmmmm...

Huuurrmmm.....Huuurrmmmmm....Hurrmmmmm...

Huuurrmmm.....Huuurrmmmmm....Hurrmmmmm...Huuurrmmm.....Huuurrmmmmm....Hurrmmmmm...

Sedap pula makan ubi kayu rebus pastu potong nipis pastu goreng....

Nadia sayang... Jauh sekali tanggapan mu itu.. Bonda dgn Princess Diana ataupun Diana Danielle sangatlah jauh perbedaannya.. Macam siku Ijoi dgn Siku G..mmg jauh sangaaaatttt... ^_^

Ijoi mmg selalu amalkan coklat pintar ya?... Bagi sikit pada anak dukung2 Bonda a.k.a G yg bebas.....
Bukan Bonda tak mahu share...hanya org yg mempunyai hati kering saja yg sanggup menatap fesbuk dan wajah Bonda.. dan org itu ialah Wak Baddarom...

Wak Baddarom... mmg diciptakan mempunyai hati yg sangat kering ..lebih kering dari ikan gelama kembar dua yg dibikin ikan masin... oleh itu Wak saja yg boleh bertahan melihat fesbuk Bonda yg ala2 seram Hantu Bungkus Ikat Tepi...bezakan..Bonda ikat belakang..

Tahniah Wak..tak sangka Wak mampu melakukannya...tidak sia sia Wak bertapa 3 hari 2 malam di Langkawi... sesiapa yg inginkan fesbuk Bonda..berguru la dgn Wak .. tapi Wak tak ambil subjek Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Perakaunan, Sains Komputer, Sains Sukan...dsb..

Boleh hubungi beliau di talian Celcom atau Digi atau Maxis... kalau nak cepat lagi menyeramkan...boleh guna burung merpati..

P/S: Wak..jangan di lambung diorang..kang tersangkut..tak pasal kena panggil GABRIEL. Kena mintak tolong turunkan. Itupun kalau Ijoi ijinkan tangan gagah GABRIEL menyentuhnya... eerrrrr......

Sekian...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

nadia wrote:

psssttttt waknda bada adekah bonda diana y mjadi kemisterian pd 2 makhluk ALLAH dkt ats tu secun, secantik, segempak& seglamer Princess Diana tuh??????

klu diana denelle...ko peram sorg2 dh la waknda...risau haku klu laki aku& teruna pingitan tu nengok pompan brani tnjuk aurat dgn bendera amerika dlm fb nnt...


 

 

hehehehehe ... cik Nad ....

aaa yealaaaaa ..... kang aku peram jer la fb bondaku diana danele tu ...

untung untung bila diperam ..... lagi lama lagi manis .... hehehehehehehe ...



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

BondaDiana wrote:

Assalammualaikum...


Huuurrmmm.....Huuurrmmmmm....Hurrmmmmm...

Huuurrmmm.....Huuurrmmmmm....Hurrmmmmm...

Huuurrmmm.....Huuurrmmmmm....Hurrmmmmm...Huuurrmmm.....Huuurrmmmmm....Hurrmmmmm...

Sedap pula makan ubi kayu rebus pastu potong nipis pastu goreng....

Nadia sayang... Jauh sekali tanggapan mu itu.. Bonda dgn Princess Diana ataupun Diana Danielle sangatlah jauh perbedaannya.. Macam siku Ijoi dgn Siku G..mmg jauh sangaaaatttt... ^_^

Ijoi mmg selalu amalkan coklat pintar ya?... Bagi sikit pada anak dukung2 Bonda a.k.a G yg bebas.....
Bukan Bonda tak mahu share...hanya org yg mempunyai hati kering saja yg sanggup menatap fesbuk dan wajah Bonda.. dan org itu ialah Wak Baddarom...

Wak Baddarom... mmg diciptakan mempunyai hati yg sangat kering ..lebih kering dari ikan gelama kembar dua yg dibikin ikan masin... oleh itu Wak saja yg boleh bertahan melihat fesbuk Bonda yg ala2 seram Hantu Bungkus Ikat Tepi...bezakan..Bonda ikat belakang..

Tahniah Wak..tak sangka Wak mampu melakukannya...tidak sia sia Wak bertapa 3 hari 2 malam di Langkawi... sesiapa yg inginkan fesbuk Bonda..berguru la dgn Wak .. tapi Wak tak ambil subjek Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Perakaunan, Sains Komputer, Sains Sukan...dsb..

Boleh hubungi beliau di talian Celcom atau Digi atau Maxis... kalau nak cepat lagi menyeramkan...boleh guna burung merpati..

P/S: Wak..jangan di lambung diorang..kang tersangkut..tak pasal kena panggil GABRIEL. Kena mintak tolong turunkan. Itupun kalau Ijoi ijinkan tangan gagah GABRIEL menyentuhnya... eerrrrr......

Sekian...


 

aku ghase (rasa) ... macam nak pecah ni aaa ...... 'idong aku ... kembang kempes kembang kempes ...

dek pujian melambong oleh bondaku dianaa danake yg manis niii ...

 

 

ala dikkk ... kesiaaannnnn ... kesiaaannnn budak dua tu ....

kolo nko add diarang tu ... jangan lupa add sekali budak Nad tu .....

 

agak agak x serasi ... aaa ..... senyap jerla udah ....

kolo ijoi ngan g predem tu ... nk tau diarang post apa ..

kolo ijoi .. balik balik .. beliau post games beliau laaa ...

kolo g predeem ... apa lagi .. hero beliau laaaa ... x de lainnya ,.....

 

kolo aku pulak .. hehehehehehe ... post diri aku laaa ... hehehehe ..

g majlis kawen sepupu laaa ... g langkawi laaa .... g situ la .. gi sni laaaa .....

(kt langkawi ni .. aku betapa kat Ismail Group jer ....... berapa lama pon aku tahan kat situ ..hehehehehe)

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum wbt..

Apa yg nak diperamkan tu? Buah kuini ka..?

Ok..Bonda boleh beri pesbuk Bonda dengan bersyarat..
Tapi syarat Bonda tidaklah seperti syarat mengarut Puteri Gunung Ledang yg dengan sengaja mengkondem Sultan Melaka yg sungguh tinggi nafsu tastenya...

Syarat PERTAMA..

INBOX Bonda dengan SEGERA. Hanya ORANG YG PERTAMA & KEDUA saja yg akan Bonda berikan pesbuk Bonda...Hehehe

Syarat KEDUA...

AKAN DIBERITAHU SELEPAS SYARAT PERTAMA LULUS...

Sekian...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

wahai bonda diana..syrt beserta tawaran tu masih tbuka lg ker? sedihnya nk inbox dkt private msg bonda x dpt coz lyn gc gn hp y teramat canggih kalau di zmn 1556 dl...gagal sudah usahaku ini...

errrrr...predem G tu lgla lm x bk GC musti x bc pny twrn hbt ni...keje dia dukung baby je pas blk keje..suma kn control dgn bini dia...kuang2.. hrp maklum ye

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

hp saya cap ayam tak leh pm bonda la...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

HAHAHA....

ok la..cap ayam..
Bonda punya telefon cap Ding Dang.....

Wak Baddai melanda lagi kaya...henpon dia cap Tora Tora... kan Wak..

Msg di sini saja...klik saja nama Bonda sayang...nanti Bonda reply...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

olorrrr  .... adindaku yang cantik lagik manisss bondaku Diana danele

...... apa panggil wak badai melanda .. x gelamer ..

panggil la badai semalam ... novel gelemer jaman wak remaja ... shahnon ahmad punya novel kot ..

hengponng wak jenis yg kebatun besor anak batu lesong tu .. baling kat dinding langsong x pecah ...

coz x de jename langsung ...biggrinbiggrinbiggrin



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Kalau nak cite pasal henpong kan bonda diana daniel, saya pelik la kenapa zaman dulu punye henpong lagi canggih..

Sebab henpon zaman dulu dah la besar gedabak, siap boleh isi air lagik, senang kalau haus, bukak je boleh terus minum.

Henpon sekarang canggih mane pon masok ayer rosak, camne nak isi ayer pulak..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Ijoi wrote:

Kalau nak cite pasal henpong kan bonda diana daniel, saya pelik la kenapa zaman dulu punye henpong lagi canggih..

Sebab henpon zaman dulu dah la besar gedabak, siap boleh isi air lagik, senang kalau haus, bukak je boleh terus minum.

Henpon sekarang canggih mane pon masok ayer rosak, camne nak isi ayer pulak..


 

 

Btul tu ijoii ...

kate je hengpon skg canggih .. not buk la .. not pengsel laa .. pakai not not je (not =note)

arge ... mak oiii ... mahal giler ... x tau aku bila nk dpt beli ... skg memng x laaaaa .....

tapi kan ... masuk awal taun kedua je .. bateri mula weak .. bontot hengpong tempat cucuh wayar bagi karen masuk untuk full kan bateri .. pon leh rusak jugak ...

iskkkk .... daya ketahanannya memang x masuk akal langsung ..... macam jenis pakai buang jer ..

hengpong dulu besau ... bertaun taun  tahan kan kan kan ...

 

hehehehehehe ... nie cakap org macam aku laaa ... org yg duit x banyak sangat ...

dan x tau sangat pasal hengpong ... nguah nguah nguah .....

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalamualaikum semua...



Ini adalah sambungan terakhir bagi KISAH 4 iaitu KISAH RUMAH BONDA...

( * Sambungan dari kisah sebelumnya dimana Bonda teringatkan sesuatu ketika Bonda hendak solat Subuh )

****************************************************************************

Bonda seakan-akan terkedu apabila dapat mengingati wajah lelaki tersebut. KENAPA? ADA URUSAN LAINKAH YANG BELUM SELESAI? Bonda picit kepala yang memang bukan saja pening tapi sakit berdenyut-denyut. Bonda jadi resah tiba-tiba. Nak beritahu Sang Suami...Huurrmmmmm...
Bonda abaikan semua dan menruskan solat Subuh. Usai solat Bonda bingkas bangun utk melakukan rutin pagi. Perasaan tersebut hilang sedikit demi sedikit. Memang sengaja Bonda sibukkan diri sebab nak mengelakkan daripada terus mengingati segala masalah yang ada.

Sebenarnya Bonda rasa pelik. Setahu Bonda..Bonda memang tidak ada menganggu sesiapa. Kenapa Bonda begitu yakin? Kerana Bonda kurang kawan dan kurang bergaul. Hidup Bonda hanya pada keluarga dan kerjaya Bonda. Bonda memang tidak ada masa untuk duduk bergosip mosip dan Bonda sedaya upaya elakkan diri Bonda dari bercerita tentang hal dalaman orang sebagaimana Bonda tidak suka orang bercerita tentang hal dalaman Bonda.

Masa berlalu begitu saja. Tidak ada perkara yang misteri, ganjil atau seram yang berlaku. Tenang sikit hidup Bonda pada masa tu..

Sehinggalah pada satu malam....

Bonda bermimpi sesuatu yang ganjil... ( Ikutkan Bonda tak boleh bercerita tapi ini sudah berlaku 6 tahun lamanya..jadi untung la semua di sini sebab ini PERTAMA kali Bonda bercerita tentang mimpi ini.. )

Malam tu Bonda bermimpi didatangi oleh dua lelaki. Di kanan Bonda adalah seorang lelaki berjubah, berkopiah dan berselendang putih yang menutupi kepalanya. Manakala di sebelah kiri Bonda berdirinya seorang lelaki berpakaian sama tetapi kesemuanya hitam termasuklah kulitnya. Klise kan? Kawasan sekeliling sangat gelap tapi Bonda rasakan seperti berada di kawasan padang pasir. Entahlah...

Tiba-tiba....muncul seorang perempuan dan seorang anak kecil dalam lingkungan 7 - 8 tahun berdiri di kiri kanan lelaki yang berjubah hitam. Tak semena - mena lelaki tersebut berubah menjadi api. Keseluruhan badannya mengeluarkan api seperti salah satu Adiwira dalam Fantastic Four. Perempuan disebelahnya menjerit sekuat-kuat hati sampaoi berdesing telinga Bonda dan anak kecil tersebut menangis sampai kembang kempis perutnya seperti belon!

Bonda tutup telinga.. sambil tu Bonda cuba menoleh ke sebelah kanan. Mencari lelaki berjubah putih tadi. Lelaki tersebut menghulurkan tangannya. Bonda tak ingat tangan belah mana. Yang Bonda ingat dalam jarak kurang lebih 80 meter, dia hulurkan tangan. Keadaan agak kelam kabut. Bonda cuba menyambut tangan lelaki berjubah putih. Bahang mula terasa di sebelah kiri Bonda. Mulut Bonda tak berhenti-henti menyebut Allah. Belum sempat Bonda sambut tangan lelaki berjubah putih tersebut Bonda sudah terjaga! Alhamdulillah...

Bonda rahsiakan mimpi tersebut.

Selang beberapa minggu kemudian Bonda bermimpi yang aneh sekali lagi. Kali ini Bonda bermimpi agak jijik sedikit. Bonda bermimpi bersama-sama dengan segerombolan manusia yg seolah-olah berada dan berpakaian di zaman arab dulu-dulu. Masing-masing membawa panji-panji. Seakan ingin berperang.

Bonda berada di bawah bukit dikawasan padang yang sangat luas. Tiba-tiba entah dari mana ada seorang perempuan yang ingin menyerang Bonda. Pantas Bonda mengelak. Kemudian dia cuba menyerang lagi.. Kami bergelut dan... ( ok..ini ada jijik sikit.. ) Bonda ternampak kemaluannya dan kemudian ia bertukar menjadi kemaluan lelaki. Ada beberapa adegan yng Bonda rasa tak sanggup diceritakan dan memang tak dapat diceritakan di sini.
Setelah beberapa minit ( Bonda rasa seperti beberapa minit ).. Bonda laungkan sekuat - kuatnya.. ALLAHUAKHBAR !!!!!!!!! Bonda laung beberapa kali. Kemudian Bonda baca Al Fatihah sekuat-kuat yang Bonda mampu.. Tak semena-mena kumpulan yang seakan ingin berperang tadi menoleh dan melaungkan ALLAHUAKHBAR sambil meluru ke arah kami. Sambil itu juga Bonda tak henti-henti membaca Al Fatihah dan bacaan Bonda seperti bergema dalam mimpi tu..dan Bonda rasa seperti ada satu tangan menarik Bonda. Lalu Bonda terjaga! Fuhh...berpeluh satu badan. Pelik sungguh mimpi kali ini. Apa tandanya? Apa maksud mimpi tersebut? Sampai sekarang Bonda tak tahu. Untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak baik.. Bonda membaca 3 Qul dan berselawat ke atas Nabi s.a.w serta mengisyaratkan seperti meludah ke bahu sebelah kiri... ( Bonda mohon maaf kalau cara Bonda ini salah. Kiranya salah betulkan Bonda ya..)

Baiklah...Bonda abaikan sekali lagi mimpi tersebut. Sama seperti mimpi sebelumnya..Bonda rahsiakan dari pengetahuan sesiapa.

_______________________________________________

Kemuncak segalanya apabila kami semua kecuali suami Bonda.. lihat penampakan lelaki a.k.a Dukun tersebut dalam rumah. Sebenarnya suami Bonda juga di ganggu tapi dia sendiri tak tahu yang dia di ganggu. Contohnya ketika dia sedang menonton tv, dia terasa dahaga nak minum air. dia ke dapur. Ingat lagi Bonda ceritakan sebelum ini..rumah Bonda besar. dari ruang tamu ke dapur..pergi balik + ambil apa yang patut akan memakan masa hampir 5 minit. Apabila dia kembali ke ruang tamu..dia lihat salurang tv yang sedang dia tonton bertukar ke channel lain. Tak mahu fikir yang bukan-bukan..suami Bonda mengandaikan yang mungkin dia tertekan remote tv.

Kemudian ketika dia hendak memandu keluar ( waktu itu jam 5.30 pagi ) dia seperti terlihat ada susuk tubuh seorang lelaki yang tinggi berdiri di pintu pagar. Apabila dia naikkan lampu Hilux nya..susuk tubuh lelaki tersebut hilang!! Sekali lagi juga ... dia mengandaikan mungkin matanya tersalah pandang...lalu diabaikan kejadian tersebut. Segalanya diceritakan kepada Bonda setelah segalanya selesai....

________________________________

Berbalik kepada kisah Bonda, anak-anak dan pembantu rumah...

Banyak lagi kejadian pelik berlaku. Jelmaan 'Bonda' lalu di tepi rumah sedangkan Bonda berada di ofis sedang bekerja. Penampakan 'pembantu rumah' masuk ke bilik tidur Bonda dan selang beberapa saat pembantu rumah yg sebenar muncul di tepi tingkap bertanyakan sesuatu. Tukang kebun Bonda nampak lelaki yang sama berjalan mengelilingi rumah. Semuanya berlaku pada waktu siang hari !!

Bonda pula sering terlihat lembaga kurus kering, berwarna hijau, bermata merah dengan mata besar dan lidah yang terjelir keluar berada disudut tertentu di rumah. Rasa seperti nak kena sakit jantung Bonda bila ternampak benda tu muncul dengan tiba-tiba.. Akhirnya Bonda buat bodoh..buat-buat tak nampak..

Namun kesabaran Bonda ada batasannya. Apabila anak-anak sudah mula sakit dan demam-demam. Bonda ambil keputusan utnuk memanggil Pak Soh semula. Nasib baik Pak Soh sudi membantu. Ikutkan Pak Soh harus keluar daerah atas urusan kerja. Syukur pada Allah kerana membuka jalan bagi Bonda dan keluarga.

Macam biasa..Bonda minta keizinan suami. Bonda ceritakan segalanya kepadanya ( kecuali mimpi tadi ). Bonda menangis sepuas-puasnya. Bonda tak kisah kalau kiranya dia tidak percaya atau sebagainya. Bonda MESTI lakukan sesuatu utk menghentikan perkara yang mengarut ni. Setelah mendapat keizinan.. atas arahan Bonda..pembantu rumah, tukang kebun ( a.k.a suaminya ) dan pemandu .. pergi berjumpa dengan Pak Soh. Segalanya diceritakan kepada beliau.. dan temujanji dibuat..iaitu pada malam Jumaat ganjil iaitu 3 minggu dari hari tersebut. Ini kerana Pak Soh harus berpuasa setiap 3 hari bagi setiap minggu dan melakukan solat hajat dan solat istiharakh memohon petunjuk dari Yang Maha Berkuasa.

__________________________________________________________________

Sampai pada hari yang dijanjikan..Pak Soh tiba bersama tukang kebun Bonda serta pemandu. Selalunya Pak Soh akan tiba sebelum masuk waktu Maghrib. Kami akan berjemaah bersama-sama dan membaca Yasin sehingga masuk waktu Isyak. Kemudian barulah dia lakukan sesi perubatan. Rumah di scan... Kemudian dia bertafakur ....Dia minta izin Bonda utk masuk kebilik tidur Bonda. Kami masuk berempat. Bonda, Pak Soh, pembantu rumah dan tuikang kebun. Anak-anak dijaga oleh pemandu. Mereka duduk di ruang tamu.

Pak Soh minta pembantu rumah selak cadar katil, selimut dan bantal. Alangkah terkejutnya kami apabila melihat seperti batu putih 2 biji berada di hujung tepi katil Bonda. Bonda tanya kepada pembantu rumah.. samada dia kemas rumah betul-betul atau tidak. Mati-matipembantu rumah katakan yang dia memang mengemas rumah dan menyapu dengan bersih. Bonda tanyakan padanya..kalau kemas kenapa ada barang ni di tepi katil ..kenapa dia tak nampak...

Sebenarnya Bonda tahu memang tiada apa di situ..sebabnya Bonda ni cerewet bab kebersihan..setiap kali balik kerja atau selepas pembantu mengemas rumah..Bonda akan spotcheck semua kawasan.. Memang benar sebelum ni tiada apa di situ..

Menurut Pak Soh...batu ni memang dah ada di situ tapi di tutupkan hijab kami utk melihatnya. Pak Soh suruh tukang kebun mengangkat tilam katil Bonda. Dan apabila diangkat...kelihatan sebiji lagi batu putih beserta 3 batang jarum di bawah katil Bonda!! Kali ini batu tersebut bersaiz besar dari yang dua tadi...

Pak Soh melarang kami menyentuhnya.. bacaan beberapa surah beserta doa dibaca lalu Pak Soh mengambil batu tersebut menggunakan selendang miliknya. Batu tersebut di tunjukkan kepada Bonda. Batu apakah ini? Pak Soh memberitahu yang batu ini dihantar secara ghaib oleh Dukun tersebut melalui jin peliharaannya. Penampakan lelaki yang sering kami lihat di dalam rumah serta di kawasan rumah adalah dukun itu sendiri. Dia datang melalui angin... Tinggi betul ilmu lelaki ini. Dia bukan sebarangan orang.

Tiba-tiba..tiada angin..tiada ribut.. langsir-langsir di dalam bilik Bonda terselak dengan sendirinya!! Zzzzzzaaaaaaaaaasssss !!!!! Seperti ada orang yang menarik langsir tersebut! Demi Allah Bonda nampak dengan mata Bonda sendiri! Begitu juga dengan yang lainnya. Dan tidak semena- mena keluar kepulan asap hitam di sudut bilik tidur Bonda. Pembantu rumah berkata.." Puan! Asap hitam apa ni??!! ". Dia ketakutan.
Pak Soh berkata dengan suara yang perlahan.." Dia sudah datang. Sekarang dia di pintu pagar rumah. Jangan risau dia takkan boleh masuk. Saya dah pagar rumah ni.. La haula wala quwaata ila billahil 'aliyyil 'adzim ( diulanginya 3x ). Kamsidi ( suami kepada pembantu rumah ).kamu ikut saya. Mbak dengan Puan jangan kemana-mana. Duduk dalam rumah dan jangan keluar. Apapun yang berlaku jangan sesekali keluar melihat. Bertawakallah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar.. Insya Allah... "
Lalu Pak Soh serta tukang kebun Bonda bergegas keluar melalui pintu dapur. Kenapa? Bonda sendiri pun tidak pasti. Pemandu Bonda di arahkan berjaga di pintu depan. Kiranya sesuatu yang berlaku di dalam rumah, dia dapat membantu.

Kami ketakutan di dalam rumah. Anak-anak Bonda seperti faham dengan apa yang sedang berlaku. Mereka duduk di sebelah pembantu rumah sambil memandang di antara satu sama lain. Kasihan Bonda melihat mereka. Suasana dalam rumah seakan dilanggar Garuda. Senyap sunyi. Kalau ada di antara kami terkentut pasti bergema dalam rumah tu... Hahahaha...
Keadaan diluar juga begitu. Entah dari mana.. kami semua terdengar bunyi anjing-anjing menyalak di antara satu sama lain berselang seli dengan bunyi mengeram. Seolah-olah ingin menerkam sesuatu. Bonda tengok jam... Jarum jam menunjukkan hampir 9 malam. Bonda toleh pada anak-anak. Pembantu rumah mengajar mereka membaca surah Al- Falaq.. Walaupun merangkak-rangkak..mereka gigih mengikuti bacaan dari pembantu rumah. Bonda juga begitu. Mulut ni tak henti-henti berzikir. Berdoa kepadaNya agar tidak ada perkara yang dasyhat berlaku dan berharap segalanya selesai pada malam ini. Walaupun Bonda pernah berhadapan dengan perkara yang lebih teruk dan seram...tapi yang ini melibatkan nyawa kami sekeluarga. Sebabnya menurut Pak Soh, orang yang menghantar ilmu hitam ini memang mahu Bonda mati! Dan Dukun ini pula berdendam kerana dua kali gagal melaksanakan tugasan yang diberikan.

Bonda resah..sambil beristighfar melawan hasutan iblis dan syaitan yang menghasut Bonda berfikir yang bukan-bukan. Bonda masih lagi tidak tahu apa yang sedang berlaku diluar. Bunyi anjing-anjing diluar masih lagi kedengaran. Salakan anjing bersahut sahutan. Nasib baik ketika itu hanya keluarga Bonda saja yang tinggal di kawasan itu.Kiri kanan tiada jiran. Kalau tidak jenuh Bonda nak menjawab pada mereka.

Ikutkan perasaan Bonda nak saja jengah ke luar. Melihat apa yang sedang berlaku. Tapi bila mengingatkan arahan Pak Soh..Bonda tahan hati ni...

5 minit....10 minit.... 20 minit... 40 minit.... Dan..

Kedengaran pintu dapur di buka. Bonda beri isyarat kepada pembantu rumah untuk bangun melihat siapa yang membuka. Teragak-agak pembantu rumah bangun untuk ke dapur. Bila Bonda bulatkan mata..bergegas dia berjalan. Isshh....

Tiba-tiba kelihatan tukang kebun dan pemandu suami Bonda memapah Pak Soh masuk ke ruang tamu. Terkejut Bonda melihat Pak Soh yang kelihatan seperti kepenatan. Bonda minta pembantu rumah ambilkan segelas air untuk Pak Soh. Tukang kebun dudukkan Pak Soh di kerusi panjang di ruang tamu. Bonda lihat Pak Soh berpeluh-peluh. Basah bajunya. Kami biarkan Pak Soh rehat seketika sambil minum air yang disediakan tadi. Keadaan sunyi semula..Kami menantikan Pak Soh bersuara.

Setelah beberapa ketika barulah Pak Soh bersuara.." Alhamdulillah Puan... dengan izinNya, segalanya selesai. Puan tidak perlu risau lagi..". Kemudian Pak Soh berhenti bercakap. Bonda masih lagi menanti ayat lain darinya. Namun Pak Soh terus berdiam. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Kemudian dia mengambil sesuatu dari dalam beg yang sentiasa dibawanya bersama. Dikeluarkan sesuatu lalu disuakan kepada pembantu rumah Bonda. Dihulurkan kepada pembantu rumah dan suaminya ( tukang kebun ).

" Ini garam kasar yang sudah saya bacakan surah dan doa tertentu. Jangan dilangkah. Esok petang selepas solat Asar.. taburkan di setiap penjuru rumah. Selebihnya di taburkan di kelilingi pagar rumah.." arah Pak Soh kepada mereka berdua. Pak Soh memberikan beberpa potongan ayat-ayat Al-Quran yang mesti dibaca ketika mereka taburkan garam nanti. Manakala pemandu suami Bonda diminta mengikut Pak Soh ke sungai tengah malam ini untuk membuang sesuatu juga untuk membuang barang-barang yang dijumpai didalam rumah dan yang tertanam di depan rumah Bonda. Buat pengetahuan semua..ketika kejadian ini berlaku..pemandu Bonda orang Jawa dan beragam Islam. Dia kemudiannya berhenti kerja dan digantikan dengan Michael ( berbangsa Iban )... - * rujuk kisah Bonda terjumpa pontianak di selekoh jalan menghala ke rumah Bonda.

Ada beberapa lagi arahan yang diberikan tetapi Bonda rasa tidak perlulah Bonda ceritakan dengan panjang lebar. Menurut Pak Soh orang yang menghantar ilmu ini tidak berpuas hati kepada Bonda. Dia cemburukan Bonda. Lagi yang membuatkan dia marah dan benci pada Bonda ialah setiap apa yang dia buat..Bonda tidak membalas dan Bonda abaikan dia. Jadi ini mendatangkan dendam kepadanya. Sehingga lah Bonda berpindah dan tinggal di rumah itu. Bonda sangkakan bila Bonda berpindah jauh darinya segalanya selesai...Rupanya tidak. Dia sanggup mencari dukun handal untuk menghantar ilmu hitam melalui angin. dan bermulalah segalanya yang berlaku kepada Bonda dan anak-anak.

Sudahlah diganggu dengan segala datuk nenek cucu cicit 'penghuni asal' rumah tu..ini ditambah pula dengan ilmu hitam Serabut Bonda.... Akhirnya tepat jam 11 malam.. Pak Soh di hantar pulang. Bonda minta pembantu rumah tidur bersama kami malam itu. Kami berempat tidur di depan tv.

Syukur kepada Allah Ta'ala.. selepas malam itu hidup kami sekeluarga aman. Cuma ' penghuni' yang ada di situ saja kadang kala tumpang lalu dan bermain-main di luar kawasan rumah. Bukan bercakap besar.. Demi Allah ... Itu tidak menjadi masalah sangat pada Bonda. Selagi tak ganggu dan mauk ke rumah.. buatlah apa kat luar tu.. Bonda tak kisah.

______________________________________________________________________________________________________


__________________
«First  <  1 2 3  >  Last»  | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard