Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: no tiltle


Senior Member

Status: Offline
Posts: 110
Date:
no tiltle


NILAI 
Kasih sayang
(halaman 201) Nilai ini digambarkan melalui kasih sayang antara Fuad dengan Farhana

Ketabahan
(halaman 192) Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tabah menghadapi liku-liku dalam hidupnya

Tolong-menolong
( halaman 89) Nilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang membantu keluarga abang dan kakak iparnya iaitu Peter Lim dengan Swee Lan

Kerajinan
(halaman 23) Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah yang rajin mengusahakan tanah yang baru dibeli oleh Fuad

Hormat-menghormati
(halaman 84) Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripadanya seperti dia menghormati emak Farhana.


PENGAJARAN
PENGAJARAN 
1. Setiap orang hendaklah menyayangi ahli keluarganya sendiri. 
Hal ini dibuktikan melalui Fuad yang mengingati dan menyayangi ayahnya Robert Lim walaupun mereka tidak tinggal bersama.

2. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup. 
Sebagai contohnya, Fuad begitu tabah menghadapi hidupnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang hebat.

3. Kita perlulah membantu orang yang memerlukan bantuan. 
Hal ini dibuktikan oleh Fuad yang membantu rakannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik. Selain itu, Robert Lim menghulurkan bantuan wang perbelanjaan kepada abangnya Peter Lim setiap bulan.

4. Setiap orang yang rajin bekerja pasti akan mendapat hasilnya. 
Sebagai contohnya, Fuad yang rajin mengusahakan tanah yang dibelinya itu dengan menanam jagung dan memberikan hasil yang banyak.

5. Sebagai manusia kita perlu menghormati orang lain. 
Sebagai contohnya, Fuad sentiasa menghormati ayah dan ibu angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah.

6. Setiap orang hendaklah taat akan agama masing-masing. 
Hal ini dubuktikan melalui tindakan Fuad dan Pak Ismail yang tidak pernah mengabaikan solat lima waktu mereka. Elain itu mereka berdua juga kerap menunaikan solat Maghrib dan Isyak di surau.

7. Kita perlulah mengamalkan nilai murah hati dalam kehidupan seharian. 
Hal ini dibuktikan melalui tindakan Fuad yang murah hati dengan memberikan jagung yang ditanamnya sendiri kepada guru-guru sekolah di tempatnya bertugas.

8. Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. 
Sebagai contohnya, Mak Salmah memaafkan kesalahan Fuad yang melarikan Sofia daripadanya untuk diserahkan kepada Robert Lim.

9. Setiap orang haruslah menepati janji yang telah dibuatnya. 
Sebagai contohnya, Fuad menunaikan janjinya untuk menjenguk adik-adik Farhana di rumah ibu Farhana. Selain itu, Fuad juga menunaikan janjinya dengan pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan malam.



__________________

I love my family,I love my friend,I lOVE ALL People in the world. ehh.......lupa pulak nak letak i love my self sorry lupe punye masalah



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

mana yang teka teki nye?konpius aku.ini kan novel form 4 bahasa melayu.. MELUNAS RINDU..apsal masuk sini??

__________________
~~kalau tak mampu buat baik,jangan buat jahat~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

ape bnde yg ko ngarut nie setan????? (demon kan setan)
dh2...bek ko jadi tali pusat si matematik tuh..

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Senior Member

Status: Offline
Posts: 110
Date:

iesya wrote:

mana yang teka teki nye?konpius aku.ini kan novel form 4 bahasa melayu.. MELUNAS RINDU..apsal masuk sini??


  yes belajar balik



__________________

I love my family,I love my friend,I lOVE ALL People in the world. ehh.......lupa pulak nak letak i love my self sorry lupe punye masalah



Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Hmm


__________________

Pak belang suka makan daging tak percaya tanya lah pak belang dia makan apa



Super Member

Status: Offline
Posts: 2362
Date:

Sabar: Sebagaimana warga forum gengcerita harus bersabar dgn posting2 bertaraf dubuk seperti ini..

Pengajaran: Sabar itu lebih baik, kalau tak sabar mau aku santet je selipar jamban org yg posting tahap tinja cam gini..



-- Edited by Ijoi on Wednesday 2nd of July 2014 08:08:06 AM

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 1435
Date:

Pak Belang wrote:

Hmm


 

Aku ada terbaca yang ko cakap ko darjah 5 kaT posting yang mana ntah tapi ini je ke komen yang ko boleh luahkan untuk posting tahun 2013..sekarang ni di bulan yang baik dan mulia ni jujur je lah dengan semua gay di dalam ni seperti cik baddar kite cik ijoi kite dan lain-lain selain dari AKU awak ni darjah 5 ke atau umo 5 tahun... Jika 5 tahun maka abaikan lah komen ni tapi jika darjah 5 please lah belajar jangan main2..setiap kali cikgu suruh buat karangan buatlah supaya tidak terkeluar lagi  1 patah perkataan yang mempunyai 3 huruf seperti contoh diatas..nasib baik abg ijoi ko puasa hari ni sebab tu dia nak baling selipar je kalu dia tak pose memang dah kene rukuk lah pak belang..

 

betul tak saudara ijoi ( ayat baik sebab bulan yang baik)



__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Super Member

Status: Offline
Posts: 2496
Date:

bob wahab ko kasi jolok skit budak ni...mcm kata pepatah....

buah cempediak di luar pagar....
ambik galah tulun jolokkan....
pak belang budak baru je belajar.....
klu salah abam bob wahab boleh jolokkannn.....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 945
Date:

bob_Woohoo wrote:
Pak Belang wrote:

Hmm


 

Aku ada terbaca yang ko cakap ko darjah 5 kaT posting yang mana ntah tapi ini je ke komen yang ko boleh luahkan untuk posting tahun 2013..sekarang ni di bulan yang baik dan mulia ni jujur je lah dengan semua gay di dalam ni seperti cik baddar kite cik ijoi kite dan lain-lain selain dari AKU awak ni darjah 5 ke atau umo 5 tahun... Jika 5 tahun maka abaikan lah komen ni tapi jika darjah 5 please lah belajar jangan main2..setiap kali cikgu suruh buat karangan buatlah supaya tidak terkeluar lagi  1 patah perkataan yang mempunyai 3 huruf seperti contoh diatas..nasib baik abg ijoi ko puasa hari ni sebab tu dia nak baling selipar je kalu dia tak pose memang dah kene rukuk lah pak belang..

 

betul tak saudara ijoi ( ayat baik sebab bulan yang baik)


 tersembul gigi aku kuar terbayangkan komen incek bob wahab ni..

kena rukuk ye... apsal tak sujud terus? ngahahaaa...

 

(aku buat2 tak paham jer la..)



__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard