Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KEMBAR BUAYA


Super Member

Status: Offline
Posts: 1500
Date:
KEMBAR BUAYA
 


Kisah kembar buaya ni sebenarnya ada kat mana-mana. Namun disebabkan ramai orang sekarang menganggapnya hanya mainan perasaan atau mimpi, mereka juga tidak mahu terlibat dalam menyekutukan Allah (syirik). Maka di sebabkan itu, mereka lebih terdorong untuk tidak mempercayai atau tidak mabil tahu. Ini adalah kisah yang terjadi kepada Am (bukan nama sebenar) iaitu kawan kepada adik saya, Izzat.

Seperti cerita-cerita sebelum ini, saya telah memberitahu bahawa adik saya bekerja di JB. Izzat ni percaya pada benda-benda sebegini mungkin kerana latar kami yang datang dari keluarga yang mempunyai susur galur mengubat secara tradisional. Rakan-rakan mereka tidak mempercayai cerita Am kerana dianggap sangat kolot dan karut di zaman serba canggih dan moden ini.

Am merupakan seorang budak lelaki yang beperwatakan sederhana. Berumur kurang 2 atau 3 tahun dari Izzat. Am dilahirkan dari keturunan orang asal atau juga dipanggil (Orang Kuala kerana mereka tinggal di kuala-kuala sungai). Berkulit gelap dan berketinggian sederhana. Wajahnya sekali pandang seperti lelaki biasa. Budak-budak muda yang nakal dan baru ingin menerokai dunia. Namun, siapa tahu dia mempunyai sejarah yang boleh membuatkan orang ramai dan kwan-kawan jauh darinya. Am ketika lahirnya, dia kembar BUAYA. Ya, buaya. Yang lebih menggemparkan ialah, buaya itu keluar dari rahim yang sama dengan ibunya itu dalam keadaan nyata dan mampu dilihat oleh ayahnya sendiri serta bidan yang menyambut kelahiran Am.

Ketika Am di dalam kandungan ibunya, ibunya mendapat mimpi didatangi seorang wanita pertengahan umur dan menyatakan bahawa ibunya mengandungkan anaknya. Wanita itu juga meminta sekiranya anak itu lahir, akan segera dilepaskan ke dasar sungai Stulang di johor bahru. Siapa yang mahu mempercayai cerita karut ibunya itu? Suaminya sendiri tidak mahu mempercayai mimpinya itu. Malah dianggap sebagai gurauan semata. Namun, ibu Am bertekad bahawa dia akan mengikut arahan Wanita itu kerana dikhuatiri Am juga turut diambil sama sekiranya anak Wanita itu tidak dilepaskan di laut. Ibu Am pada mulanya tidak menyangka bahawa dia menghamili Am dan kembarnya adalah seekor buaya.

Setelah mencapai kata sepakat bersama bidan yang menyambut kelahiran Am, Ibu Am selamat melahirkannya dan sesudah itu dia sendiri melepaskan buaya itu ke dasar laut Stulang. Pada malam itu, ibu Am mendapat mimpi. Wanita itu hadir dan mengucapkan terima kasih kerana menghantar anaknya ke dalam laut. Dia juga membuat beberapa perjanjian yang tidak mampu saya nyatakan disini. Wanita itu juga meminta setiap malam Jumaat keliwon, Am atau ibunya perlu memberinya jamuan. Sekiranya tidak dilakukan, umpama mengundang malapetaka.

Maka. Termeterailah sebuah perjanjian diantara manusia dan Jin. Ya, ia adalah perbuatan menyekutukan Allah iaitu memberi jamuan kepada Jin kerana khuatir terjadinya malapetaka. Sedangkan itu semua adalah di dalam kuasa Allah swt. Beberapa hari sebelum tibanya Jumaat keliwon. Ibu Am telah didatangi wanita itu dan mengingakannya bahawa janji yang telah terpatri.

Pada hari yang ditetapkan, ibu Am menyediakan pulut kuning dan dihidang di atas dulang. Pulut kuning itu dikelilingi beberapa biji telur rebus dan seekor ayam kampung yang dipanggang. Ayam kampung itu perlu dibeli di dalam keadaan masih hidup dan disembelihsediri olehnya. Wanita itu juga memberitahu bagaimana untuk menyembelih ayam itu. Ibu Am yang tiada pengalaman menyembelih ayam takut pada mulanya. Dia bukan sahaja takut kerana tidak pandai menyembelih ayam. Malah, dia juga khuatir bahawa suaminya mendapat tahu bahawa dia menurut sahaja mimpinya yang dikata kolot itu.

Ibunya menguatkan hati untuk menyembelih dan menyediakannya sendirian. Kerana mengikut perjanjian,jangan ada sesiapa tahu atau nampak dia menyediakan ancak (makanan/jamuan kepada jin@belaan). Setelah siap dimasak, pada tengah malam (khamis) dia perlu ke laut sehingga air separas dada dan melepaskan dulang makanan itu. Dia juga tidak dibenarkan menolah kebelakang walau apa pun yang didengari.

Setelah naik ke daratan, dulang berisi ancak itu telah tiada dan diganti dengan gelombang hebat seperti seseorang yang bergelut di dalam air. Lantas ibu Am berlari ke dalam rumah. Setibanya dirumah, didapati suaminya nyenyak tidur dan tidak sedar akan kehilangganya sebentar tadi. Segera dia membersihkan diri dan tidur disebelah suaminya. Semenjak ibu Am membuat ancak kepada buaya yang disangka kembar Am itu. Hidup mereka mulai berubah. Kini hidupnya semakin senang. Suaminya mencari duit makan dengan hasil tangkapan laut sering dicemburui rakan-rakannya kerana suaminya itu mampu mendapatkan ikan dengan mudah di dalam masa yang singkat. Timbul fitnah bahawa suaminya ada membela jembalang laut. Namun, tidak dihiraukan suaminya itu kerana dia menggangap normal sekiranya dia menjadi senang dan ramai yang mencemburuinya.

Setelah beberapa tahun, Am kini telah dewasa. Dia kini bekerja sama tempat dengan Izzat. Mereka berdua berkawan baik. Mereka sering keluar memancing bersama. Am tidak banyak bercakap dan hanya akan tersenyum jika diusik rakan-rakan. Namun, rakan-rakannya termasuk Izzat pelik kerana walau dimana pun mereka pergi memancing samada di sungai, longkang, tepi jambatan atau laut, Am lah orang pertama yang akan menaikkan ikan besar yang bukan calang-calang punya berat. Kadangkala ikan yang diperolehi Am itu mencecah 10kg.

Am juga diminati dan digilai oleh ramai wanita. Ini juga menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan rakan-rakan. Dia sering diejek sebagai orang kuala yang tidak sedar diri. Namun begitu, Am hanya akan tersenyum. Hanya dengan izzat sahajalah dia menceritakan kisah ini. Dan sehingga kini. Am yang akan mengambil alih tugas emaknya itu iaitu memberi makan ancak kepada kembarnya.

Di dalam kisah ini, banyak pendapat mengatakan ibu Am telah ditiduri jin @ jembalang laut.



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1500
Date:
 

SEDIKIT KISAH PENGAMAL ILMU BUAYA JADIAN

Buaya jadian, terdapat 2 cara yang saya ketahui serba sedikit mengenai ilmu buaya jadian ini

Pertama, dimana seseorang itu akan menuntut ilmu dan bertapa di dalam sebuah gua yang mengalir di dalamnya air. Akan tiba suatu hari di dalam pertapaanya itu air di dalam gua itu menjadi air pusar yang besar. Di kala itu, kayu yang dipuja selama pertapaanya itu harus diletakkan di tengah-tengah pusaran air itu (saya tidak tahu caranya) dan dibacakan mentera keatasnya. Maka, kayu yang di dalam pusaran air itu akan bertukar menjadi buaya yang besar. Atau satu lagi versi cerita yang saya dengar, orang yang bertapa itu sendri akan terjun ke dalam pusaran air dan bertukar menjadi buaya besar.

Kedua, seekor cicak perlu dipuja oleh mereka yang ingin menjdi dukun buaya iaitu kebolehannya untuk mengawal buaya dan mendapatkan hasil laut yang cukup lumayan. Pada hari yang ditetapkan, cicak itu akan dicampak ke dalam sungai dan cicak itu bertukar menjadi buaya pada pandangan mata kasar manusia biasa. Sebenarnya ia hanyalah seekor cicak. Wallahualam

PANTANG LARANG ILMU BUAYA JADIAN

Mereka yang mempunyai ilmu ini adalah dilarang sama sekali untuk berkahwin.

Sekiranya mereka ingin melakukan hubungan badan, mereka perlu memilih mana-mana isteri orang dan meniduri mereka. Ketika mereka meniduri isteri orang, mereka adalah dilarang sama sekali sehingga diketahui oleh suami wanita itu mahupun dilihat oleh sesiapa sahaja. Ilmunya akan tawar dan dia akan menjadi buaya terus.

Mereka juga dikatakan akhir hayatnya akan dibaham buaya. Wallahualam

DESA-DESUS

1.      Jika ingin memancing di sungai, jangan menggunakan cicak sebagai umpan. Ia seolah-olah mempersendakan buaya kerana cicak itu salah satu di kalangan keluarganya. Buaya akan keluar dan mengamuk

 

2.      Jika menangkap udang di sungai, jangan pula kamu naik ke darat dan membakar udang hasil tangkapan itu. Ianya juga dikatakan akan mengundang kmarahan buaya.

 

 

3.      Dilarang mencuci kelambu di sungai kerana seolah-olah menjemputnya kerumah.

 

4.      Dilarang juga mencuci periuk bekas makanan di sungai, ianya juga seolah-olah memanggil mereka ke rumah.

Wallahualam....



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1500
Date:
 

INI YANG SAYA DAPAT HASIL CARIAN DI CARIGOLD

 

Originally Posted by Bro_Izantie (Post 11540327)
TATKALA bercerita mengenai buaya putih, ramai yang akan mengaitkan sejarah lisan turun-temurun berkenaan dengan alam mistik. Buaya putih didakwa mempunyai kuasa sakti yang boleh memberi petunjuk mengenai sesuatu perkara yang akan berlaku malah ia juga dikatakan boleh berhubung dengan manusia.
Walaupun belum dapat dibuktikan dengan nyata kewujudan reptilia jenis ini di perairan negara, namun terdapat banyak cerita yang menyokong sisi hebat buaya putih. Antaranya ialah kisah ulama terkenal, Tok Selehor di Tumpat, Kelantan, yang boleh berkomunikasi dengan buaya putih di sungai kampungnya. Menurut cerita yang disampaikan, guru agama yang terkenal dalam bidang tasawuf itu dikurniakan kelebihan oleh Allah apabila dia boleh berinteraksi dengan buaya putih yang terdapat di Sungai Selehor sehingga masyarakat di sekitar kampung tersebut dapat menggunakan sungai tersebut tanpa sebarang gangguan mahupun rasa takut.
Dikhabarkan juga, buaya putih itu ditugaskan untuk menjaga keamanan di sungai tersebut yang mana sebelum itu sering berlaku ancaman dari buaya-buaya lain sehingga menyukarkan penduduk setempat keluar menjala, memancing dan mandi di sepanjang Sungai Selehor.

Buaya putih itu dikatakan masih ada di situ hingga ke hari ini.
Riwayat buaya putih tidak hanya disebut di Kelantan. Ia turut menjadi sebahagian daripada sejarah asal beberapa lokasi lain di negara ini seperti di Kuala Kubu Bharu di Selangor, Tasik Dayang Bunting di Pulau Langkawi dan Lubok China yang terletak di sempadan Negeri Sembilan-Melaka.
Baru-baru ini, penulis berpeluang bertemu dengan sebuah keluarga yang mendakwa mereka adalah waris kepada buaya putih di Lubok China, Negeri Sembilan. Sarung buaya Bukan sekadar mewarisi darah pemilik tubuh buaya putih, mereka juga boleh berkomunikasi dengan buaya putih yang menjelma dalam rupa nenek tua. Perantara utamanya hanya mahu dikenali Siti, 38. "Alhamdulillah, ini anugerah Allah yang tidak ternilai. Saya dan kakak, biar saya namakannya sebagai D, dapat mendengar suara dari alam ghaib dan berinteraksi dengan mereka," kata Siti ketika ditemui di kediamannya di Lubok China.

Menurut bapanya, Mohd. Zin, 69, dia mula menyedari tentang salasilah buaya putih yang diwarisinya apabila arwah ibunya, pernah ditumpang tubuhnya oleh Nenek Putih pada tahun 1983.
"Nenek Putih asalnya manusia biasa. Kira-kira 500 tahun yang lalu, Putih jatuh ke dalam Sungai Linggi tetapi mayat wanita itu tidak ditemui. "Sebelum itu, Putih sedang mengacau dodol sambil menyusukan anaknya di tebing sungai namun entah bagaimana dadanya terkena percikan dodol. "Oleh kerana kepanasan, Putih meletakkan anaknya di tanah dan terus terjun ke sungai. "Selepas menyedari kehilangan isterinya, suami Putih puas mencari namun jasad ibu muda itu tidak juga ditemui.

"Setelah berhari-hari hilang di sungai, pada satu malam, Putih muncul dalam mimpi suaminya.
"Dia meminta agar jangan mencarinya lagi kerana dia sudah bertukar menjadi buaya putih dan kini tinggal di alam ghaib," ujar Mohd. Zin.
Ibu kepada Mohd. Zin ialah cicit kepada Nenek Putih dan 28 tahun lalu, Nenek Putih pernah memasuki tubuh ibunya.

"Ketika itu, ibu saya merangkak-rangkak seperti buaya.
"Ibu saudara saya yang ketika itu tahu serba sedikit cerita bertindak menjadi orang tengah dan berdialog dengan Nenek Putih.
"Saya masih ingat lagi perbualan itu. Selepas memberi salam, ibu saudara saya mula bertanya, kenapa nenek datang? "Jawabnya, nenek datang ni nak tengok anak cucu dalam kesusahan.

"Nenek datang dengan siapa?
"Nenek datang seorang.
"Datang naik apa nek? Nenek dari mana?
"Datang naik perahu. Nenek datang dari Sungai Linggi.
"Kenapa pula nenek menggigil-gigil ni?
"Nenek sojuk.
"Macam mana nenek nak balik ni?
"Cuba ekau tengok dalam kopai den (beg yang dianyam daripada rotan) yang tergantung kek tiang tu. Ado bondo dalam tu.

"Bila saya tengok dalam kopai, ada sebotol minyak merah dan apabila minyak itu dilalukan di hidung emak saya, emak saya beransur pulih," cerita Mohd. Zin yang menceritakan detik awal keluarganya mengetahui tentang kewujudan Nenek Putih dalam susur galur keluarga mereka.
Jelasnya lagi, itulah sejarah sebenar buaya putih Sungai Linggi.
"Sejarah ini diceritakan sendiri oleh Nenek Putih melalui sarungnya, iaitu tubuh Siti," kata Mohd. Zin.
Menjadi sarung bermakna badan wanita ini dipinjam oleh roh berkenaan dan digunakan sebagai perantara untuk berkomunikasi dengan alam nyata.

"Pada hari pertama Nenek Putih memasuki tubuh saya, kepala dan badan saya tidak berhenti bergoyang seperti buaya.
"Suara saya turut berubah dan badan saya membongkok seperti wanita yang sangat tua.
"Bukan setakat keluarga, saya juga takut dengan keadaan saya ketika itu.

"Apa tidaknya, bila nak bercakap, suara orang lain yang keluar, bila saya membaca al-Quran pun, suara Nenek Putih yang membacanya, bukan saya.
"Dalam keadaan bergoyang-goyang itulah Nenek Putih mengarahkan saya ke Sungai Linggi dan membaca surah Yasin di sana. Nenek Putih berjanji untuk menunjukkan dirinya selepas itu," kata Siti.

Mengaji


Enggan menunggu lama, dia dan beberapa ahli keluarganya bergegas ke Sungai Linggi. "Di awal pembacaan, air sungai seakan bergelombang. "Adik lelaki saya yang membaca Yasin suaranya tiba-tiba berubah menjadi sangat merdu. Lagu taranum yang dibawakan tidak pernah kami dengar sebelum ini. Suaranya sangat merdu," cerita D, yang sering bertindak menjadi penterjemah apabila penghuni alam ghaib memasuki tubuh adiknya.
"Menurut Nenek Putih, itu ialah suara pasangannya, seekor buaya jantan di alam ghaib," jelas D.

Bagai dikata, sebaik sahaja mereka selesai membaca surah Yasin, timbul buaya putih di tebing di seberang sungai.
"Warnanya putih keemasan, saiznya juga besar daripada buaya yang lain," tambahnya. Selain Nenek Putih, Siti memberitahu, pendamping setia yang sentiasa berada bersamanya ialah Nenek Dayang. Nenek Dayang merupakan ketua dayang istana ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511.

Dalam pertemuan pada petang itu juga, penulis dan jurufoto sempat berbual-bual dengan penghuni alam ghaib yang menjadi teman Siti selama ini. "Siapa sebenarnya nenek ini?
"Nama nenek Siti Fatimah. Nenek dulu kerja di istana sebagai ketua dayang semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
"Nenek meninggal dunia tidak lama selepas itu dan roh nenek diangkat ke alam ghaib. "Nenek Putih yang ghaib menjadi buaya itu adalah anak saudara nenek," ujar Nenek Dayang yang muncul dalam tubuh Siti selepas diberi salam dan selawat sebanyak tiga kali.
Ketika Nenek Dayang memasuki tubuh sarungnya, memang boleh dilihat perbezaan antara dua karakter tersebut.

Tutur kata dan intonasi Nenek Dayang lebih lembut. Riak wajahnya tidak sebujur wajah asal Siti dan pandangan matanya pula lebih redup. "Kenapa nenek pilih Siti sebagai sarung nenek?
"Di alam ghaib, nenek boleh tengok semuanya. Kita tahu mana waris kita yang lurus jalan hidupnya. "Nenek memang sudah lama tunggu Siti. Nenek juga sudah tahu, bapa sarung nenek ini akan berkahwin dengan ibunya dan melahirkan Siti," jelasnya. Ditanya tentang kehidupan di alam ghaib, Nenek Dayang menjawab, hidup di alam sana sangat indah.

"Setiap masa diisi dengan zikir memuji Allah. Kalau manusia biasa boleh melihat keindahan dunia ghaib, mereka akan merasakan kemanisan ibadah. "Mereka akan rasa lebih dekat kepada Allah dan tidak akan berhenti menyediakan bekalan untuk menuju akhirat yang kekal abadi," katanya penuh hemah. Siti dan D pernah berjumpa dengan beberapa orang guru agama untuk bertanyakan perkara aneh ini namun sehingga hari ini mereka masih belum dapat jawapannya.


__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 391
Date:
 

Assalamualaikum sayang reza..
.
Mmg betul tentang pantang larang bg pengamal ilmu ini.. mereka boleh menakluk buaya2 yg ada. Mmg dusah utk melumpuhkan pengamal ilmu ini..cuma ada beberapa cara saja yg bolee dibuat ttp bukan calang2 org yg dpt tumpaskan nya..
.
Ttg buaya putih tu..ada seorang tua pernah bercerita mengenai ilmu ini. Buaya tersebut bukanlah buaya sebenarnya...ia adalah srbatang papan/kayu yg hanyut.. ~ ( Bonda tdk boleh betitahu lebih2.. ) dipuja utk beberapa mlm. Pd pandangan mata kasar, kita akan nampak buaya putih tetapi sebenarnya hanyalah papan/ kayu buruk td..Wallahuam

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1500
Date:
 

Betul bonda...
Tu la yg reza ckp dia puja kayu tu...
Skrg ni kwn izzat tu nak buat balik.ancak tu..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 859
Date:
 

my atuk dulu mmbela mcm2 jenis binatang,smpaikan harimau pom ade,
blakang umh utan,mmg sah2 la ade
arwah atuk mmg sygkan abg rara,yg sulung,so dye amanahkan binatang peliharaan dye tu jage keturunan dye,lebih2 ag abg
mase abg mude2 remaje,skang da 30
dye slalu p sungai,mase duk lam perahu,ade kayu kat sebelah smpan tu,dye main la kayu tu,pastu mber dye tegur,
weiiii buaye tu!!!
ape lagi,kayuh perahu xigt dunie pnye..
tp buaye tu xbuat pape pom,just tengok je kat dorg..
pastu abg da xnk turun sungai ag,smpai skang..
lg 1 ular,bilik abg da xde org gune sbb abg duk kL
1 ari tu,abg nk blek,so kitorang kemas la bilk dye,(mmg tiap2 ari kemas pom)
tengah2 nk tukar cadar,ade sepasang ular itam kat ats katil abg,apelagi,jerit la eden nie haaa..emo terlebih..
last2 mak dtg,halau dorg ,pergi dri sini,tuan dye da nk balik dh,lepas dye pergi baru dtg ag,
slumber je ula tu kua dri umh,trus msuk utan....

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 1500
Date:
 

Waaa gara...rara betul
Ko org mne? Sabh sarawak?
Abg ko ade tk buat2 ancak?
Die mncing dpt bnyk ikn tak?

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 859
Date:
 

huish..org mesia jekk
mne ade main ancak ke pacak ke terncat ke..xde maa
atuk haku suh jage kitorang,bukan kitorang kne jage dorang,
haku pernah tnye uataz,nk buang mnde nie,ustaz tu ckp susah or xley,sbb bukan kite yg jage or bela dye,
dye jage adik bradik haku jep,aitu pernah hampir trbabas solat subuh,terase ade org kejutkan,pdahal xde sesape,slalu gak jd camtu

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 1500
Date:
 

ooohhhh macm tu...
abih kalo bukan korg yg bela??
kata atok dah arwah?
tak tahu ye sape yg bela?

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 859
Date:
 

xde yg mmbele la...
dye jage dii sndiri dh....

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 47
Date:
 

blh lak cm 2 kan....slalu nye jin ni nk je org jge dy
lau xde tuan empunya dy cri je smpai dpt


__________________

hidup biar LEPAK hasil biar GEMPAK!!!

kau ada???



Super Member

Status: Offline
Posts: 1500
Date:
 

jin pandai cari win win situation....
apa die bagi kite,,,die tetap nak imbalan balik...
jangan lupa...sebaik-baik kaum jin adalah sejahat-jahat manusia...
kita je selalu lalai dan leka...
sebab kita tak tau...apa yg dia buat pada anak cucu keturunan kita,,,

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard