Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: cite ni mcm 'surat dr langit biru' kt tv3

Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:
cite ni mcm 'surat dr langit biru' kt tv3

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

 "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

 Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua

kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

 Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

 Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

 "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

 Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan

kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

 "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

 "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

 "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

 "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

tssk tsskkk~~~ sedih...

__________________
~~kalau tak mampu buat baik,jangan buat jahat~~

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

mengair air mata jernih  tanpa dipinta ..... berkca-kaca  ....

walau pun ini kali kedua kopi pasta dari org yang berlainan yang aku baca ...

ia betol2 menyentuh sanubari aku .....

adakah adik yang sebegini lagi ketika ini...?

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

badda2 wrote:

mengair air mata jernih  tanpa dipinta ..... berkca-kaca  ....

walau pun ini kali kedua kopi pasta dari org yang berlainan yang aku baca ...

ia betol2 menyentuh sanubari aku .....

adakah adik yang sebegini lagi ketika ini...?

 aku pun merasakan yang ini hanyalah kopi n teh.tp ttp bjurai2 air ata ktika motong bawang.~~

__________________
~~kalau tak mampu buat baik,jangan buat jahat~~

Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

wei sedih wei, dlm tv pon aku nages,ni baca pon aku nanges wei... smpai kwn aku kata masa tgk yg kat tv,wei hana nanges.. hahaha..

__________________

"mencari ketenangan"

Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:

memang ni kopi pasta + teh smile

saje nak bagi korang nangis biggrinbiggrinbiggrin

jahat x aku?

__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wahhhh nko ambe ..... jahatnyaaa nko .. jahat sungguh nko yea ...

tnguklah nanti ... kerana nko menganaya aku yg da tua mangka niii ....

maka ... aku akan cubit cubit cubit pengkerias nko sampek lebam ... awwwww

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:

tua MANGKA ? confuseconfuse

org tua kata mangka ni biasa utk durian yg x masak & x berusik...

wak badda.. adakah nko masih DARA??? Huhu ataupun masih TERUNA ?? biggrinbiggrinbiggrin

__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

sedihhhh..wooooooo

teringat adik-adik aku kat rumah...

huhuhuh

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

hamba Allah_mbs wrote:

tua MANGKA ? confuseconfuse

org tua kata mangka ni biasa utk durian yg x masak & x berusik...

wak badda.. adakah nko masih DARA??? Huhu ataupun masih TERUNA ?? biggrinbiggrinbiggrin

Ngahahahahaha ... hanya itu yang mampu wak jawabbb .....

(posting paling hampeh dari aku... sekian terima kasih ...)

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Super Member

Status: Offline
Posts: 2370

Cerita surat dari langit biru kat tv3 tu cerita apa?.. sebab aku ni tak berapa tengok drama2 melayu..  aku cuma layan drama tamil..  Dey!! Aiyoo amapa..

______________________________________________________________________________________________________________

Pak Badda ni kalau cik Hamba Allah nak tau.. bukan saja masih dara, teruna, malah masih perawan lagik, pewwiiitt!!...  Beliau belum pernah disentuh oleh tangan2 gay nirrojim atau mahluk2 seumpama GaBRiEL maupun Unit Rawatan Rapi atau Mat the Gaytics..biggrin

incik Badda, anak pe kabar?.. anak dara bila nak kenalkan dgn saya.. kih kih..biggrin

______________________________________________________________________________________________________________

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Ijoi wrote:
badda2 wrote:
hamba Allah_mbs wrote:

tua MANGKA ? confuseconfuse

org tua kata mangka ni biasa utk durian yg x masak & x berusik...

wak badda.. adakah nko masih DARA??? Huhu ataupun masih TERUNA ?? biggrinbiggrinbiggrin

Ngahahahahaha ... hanya itu yang mampu wak jawabbb .....

(posting paling hampeh dari aku... sekian terima kasih ...)

Cerita surat dari langit biru kat tv3 tu cerita apa?.. sebab aku ni tak berapa tengok drama2 melayu..  aku cuma layan drama tamil..  Dey!! Aiyoo amapa..

______________________________________________________________________________________________________________

Pak Badda ni kalau cik Hamba Allah nak tau.. bukan saja masih dara, teruna, malah masih perawan lagik, pewwiiitt!!...  Beliau belum pernah disentuh oleh tangan2 gay nirrojim atau mahluk2 seumpama GaBRiEL maupun Unit Rawatan Rapi atau Mat the Gaytics..biggrin

incik Badda, anak pe kabar?.. anak dara bila nak kenalkan dgn saya.. kih kih..biggrin

______________________________________________________________________________________________________________

hoh .... abang ijoiiii nihhh ..... bukak tembelang pulakkkk .......!!!!

buleh ...! aku kenalkan ngan nenek sedara aku laaahhh ...

beliau anak dara jugakkk ....  sebab beliau ada dara tuuuu  ... keh keh keh keh ...

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

ish, tak bertanggungjawab sungguh hamba allah mbs ni, sanggup buat air mata orang jatuh ke pipi.. kat opis pulak tu... huwaaaaaa.... sadis.. dah baca citer lama dah tapi termenangis jugak... huwa...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard