Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BILA FARAH MASUK PLKN


Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:
BILA FARAH MASUK PLKN


Assalamualaikum semua, ini adalah novel pertama saya. Hanya sekadar untuk mengisi masa lapang, jadi saya cuba untuk berjinak-jinak dengan bidang penulisan. Rancangan saya, kesemua kerja penulisan saya adalah berkitar dari pengalaman saya sepanjang terlibat dengan bidang jurulatih dan PLKN. Harap semua boleh "enjoy". Insyallah lepas ni akan banyak lagi cerpen/novel yang saya akan hasilkan dan GC adalah tempat pertama untuk saya post karya saya. Insyallah.



__________________
like2 u jeee


Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

 

BAB 1

 

Farah!!! Bangun!!! Nak tunggu mata hari terbit dari barat baru kamu nak bangkit ke?"

 Berdentum bunyi suara Mak Leha bak halilintar memecah sunyi pagi yang permai.

"Mak, baru pukul 10 mak dah bising-bising. Bagilah Farah tidur lagi. Mak ni kecoh la.."

Nur Farah Atikah Binti Ahmad Tarmizi, gadis manis yang baru berusia 17 tahun melangkah longlai keluar dari bilik tidurnya. Dengan rambut yang kusut masai dia terus duduk dan mencapai kuih karipap yang terhidang di atas meja. Belum pun sempat karipap sampai ke mulut dia terasa telinganya pedih, panas dan urat-urat telinga bagaikan nak tercabut.

"Bertuah punya anak dara, basuh muka pun tak dah nak terus makan?" Mak Leha terus memulas mulas telinga Farah.

"Ok mak ampun mak..Farah nak pergi basuh muka lah ni."

Dengan pantas Farah bangun menuju ke arah sinki dapur sambil ketawa kecil. Mak Leha masih dengan bebelannya dan tidak menunjukkan sebarang tanda akan berhenti. Tak lengkap hidup seharian kalau dia terlepas dari bebelan ibunda tercinta. Farah tahu walaupun Mak leha suka membebel tetapi kasih sayang wanita separuh umur itu tidak terbatas pada dirinya.

"Bertuah aku ada mak yang boleh beri motivasi pagi macam ni." Kata Farah dalam hati sambil terus melihat telatah maknya di dapur.

"Awak tu anak dara, sepatutnya bangun awal pagi. Memasak ke, basuh baju ke. Ini tidak, membongkang saja kerjanya. Pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot"

Dengan perlahan-lahan Farah meninggalkan Mak Leha di dapur dengan pidato ala Adolf Hitler. Dia terus menuju ke arah ruang tamu dan mencapai surat khabar untuk hari ini. Diselak sehelai demi sehelai  mencari tajuk yang diminati, apa lagi ruangan gosip artislah. Isu-isu semasa tidak dihiraukan. Ekonomi merundum, gempa bumi, atau isu-isu dalam negara  bukan topik yang menarik untuk dia. Begitulah akiviti harian Farah selepas dia menamatkan alam persekolahannya dan menunggu panggilan dari mana-mana IPTA atau IPTS.

"Fuyyo! Aliff Satar berjaya menamatkan latihan PLKN? Cutelah dia pakai baju loreng. Kenapalah aku tak dapat satu kem dengan dia. Sure aku cube tackle dia habis-habisan." Teruja sekali Farah membaca arikal mengenai penyayi kesayangannya.

"Farah, mak ada hal nak cakap dengan kamu ni. Harap kamu boleh terima dan bersetuju dengan keputusan ni." Tegur Mak Leha.

"Ala mak ni, Farah baru habis S.P.M, takkan mak dah nak jodohkan Farah." Memang betul-betul loyar buruk budak Farah ni, Mak Leha hanya menggelengkan kepala.

"Malam ni, Farah kemas beg Farah. Esok pagi, abah Farah akan hantar Farah ke Stesen Bas Batu Pahat." Suara Mak Leha mula berubah menjadi sebak. Farah mula tercenggang-cenggang.

"Kenapa mak? Abah nak hantar pergi belajar ke? Tapi Farah nak berehat dulu. Nanti-nantilah sambung belajar. Lagipun result S.P.M Farah bukan teruk sangat pun."

Mak Leha tidak berkata apa-apa . Sekeping surat dihulurkan kepada Farah.

..........................................

 

Malam itu Farah tidak lena tidur. Memang dia tidak menyangka sekali tindakan abah. Bijak juga mak dan abah merahsiakan dari pengetahuan dia. Kalau Farah tahu dari awal tentu dia sudah melarikan diri ke rumah opahnya dan mendapatkan perlindungan suaka politik. Kalau sudah dibawah perlindungan opah, Farah akan mendapat kekebalan mutlak kerana abah Farah pasti akan menurut segala perintah dari opahnya.

Surat itu dibacanya sekali lagi untuk  kali yang keberapa dia pun tidak ingat.

TAHNIAH, ANDA TELAH TERPILIH UNTUK MENYERTAI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA KUMPULAN 2 SIRI 8 2011.

NAMA KEM                    : KEM PLKN LEDANG

TEMPAT BERKUMPUL : STESEN BAS BATU PAHAT

TARIKH                            : 16 MEI 2011

MASA                             : 0800H PAGI

"Apa boleh buat..ikutkan sahajalah." Keluh Farah.

Mugkin ini sudah ditakdirkan untuk dirinya. Jam menunjukkan jam 1 pagi tetapi masih belum rasa mengantok. Bermacam-macam cerita dia dengar mengenai PLKN.  Dari cerita yang menyeronokkan sehinggalah cerita yang kurang menyenangkan dia dengar dari mulut rakan-rakannya. Dalam sejarah keluarganya, hanya Farah yang terpilih untuk menyertai PLKN. Abang dan kakaknya terselamat dari tersenarai untuk mengikuti program ini.

"Along berani jamin kau boleh duduk sana paling lama pun satu minggu. Bukan kau yang tak tahan duduk sana, tapi jurulatih yang tak tahan dengan perangai kau. Hahaha" . Gelak Abang Long.

"Kau jangan dengar cakap Along tu Farah. Dulu abah nak hantar dia kemasukan secara sukarela macam-macam alasan dia buat. Kau buktikan kau tu berani sahut cabaran."  Celah kak ngah.

Sejak dari petang tadi kepala Farah sudah berserabut. Keluarganya pun ada yang memberikan sokongan, ada yang hanya memperlekehkan kemasukan Farah ke PLKN. Dalam masa tidak sampai kurang dari 6 jam, berita mengenai Farah yang akan menyertai PLKN secara mengejut menjadi topik paling hangat di kampungnya. Dari makcik yang jual goring pisang, sampailah bidan kampung yang duduk di hulu tu pun tahu. Buktinya, semasa dia ke kedai Pak Mat Sardin petang tadi punyalah ramai yang menegur dan bertanyakan solan yang sama.

"Kau kena pergi PLKN ke Farah?"

Soalan itulah yang keluar dari mulut setiap orang yang menyapanya. Mula-mula Farah hanya mengiyakan sahaja, tetapi bila diasak dengan soalan itu berturut-turut, siapa yang tidak bengang.

"Ha Farah, betul ke kau kena pergi PLKN esok?" Sapa Budin semasa tersampang dengan Farah di simpang kedai.

"Eh taklah, esok aku kene pergi Manchaster United sebab aku dapat kontrak main bola sepak selama 3 bulan kat sana. Kenapa?"

Budin hanya mampu tersengih. Dia tahu kalau dia bertanya lagi ada kebarangkalian muka Farah bertukar menjadi hijau. Petang itu Farah singgah ke rumah sahabat baiknya sejak dari kelas tabika lagi, Ayu.

"Apa? Kau kena pergi PLKN? Bapak kau sorokkan surat panggilan kau sebab taknak kau tahu? Kah kah kah kah." Berdekah-dekah  Ayu ketawa.

"Wei kau ni kan! Bukannya nak beri sokongan kat aku. Gelakkan aku lagi adalah. Sampai hati kau!"  Geram betul Farah, nasib baik si Ayu ni berstatus BFF.

"Aku rasalah, nanti orang-orang kat kem tu akan hantar kau balik awal sebab tak tahan dengar suara petir kau tu. Tambah Ayu lagi sambil menahan ketawa." Ramalan yang sama dengan Abang Long Farah.

Kalau di kampung, siapa yang tak kenal Farah. Selain terkenal sebagai anak mahaguru silat, Farah juga dilabel sebagai seorang yang kasar, ligat, mulut laser dan garang macam singa. Di sekolah pun dia di gelar petir kerana suka menjerit. Ramai budak lelaki yang kecut perut dengan Farah. Walaupun dia ni boleh dikatogerikan cantik, tetapi disebabkan perangai Farah yang mengalahkan lelaki ramai yang tak berani nak mencuba. Sebab itulah cikgu-cikgu disekolah melantik dia sebagai pengawas. Peritiwa yang menobatkan Farah sebagai Heroin terulung sekolah adalah semasa dia berjaya melipat seorang pemuda yang cuba mengugut seorang pengawas sekolah. Muka pengawas sekolah tu menjadi pucat bukan kerana takut diugut, tetapi kerana dia seram melihat bagaimana Farah menghempas tubuh lelaki tersebut ke tanah macam aksi WWE. Nasib baik hanya patah tangan.

 Tetapi Farah ada kelemahan juga, kalau berdiri depan orang ramai dia akan menjadi gelabah tak tentu arah. Sekolahnya pernah kalah dalam pertandingan bahas gara-gara Farah menjadikan pertandingan bahas peringkat daerah itu seolah-olah pentas penyanyi rappers. Dia juga pernah hampir-hampir pitam semasa menjadi pengacara majlis untuk hari guru di sekolah.

"Kau pergi je Farah, kem yang kau nak pergi ni cantik tau. Aku pernah pergi kem tu. Tapi kem ni jurulatihnya ramai yang garang-garang tau. Sebab kakak aku kan bekas pelatih kem tu, dia selalu cerita disiplin di Kem Ledang memang straight." Berkerut dahi Farah mendengar cerita dari Ayu.

"Jangan kau lipat budak-budak kat sana sudahlah Farah." Sambung Ayu sambil menekup mulutnya menahan ketawa.

"Apa kata aku lipat kau dulu sebelum aku lipat orang kat kem esok."

Farah menghabiskan waktu petang itu bersama sahabat baiknya Ayu. Mereka tahu, selepas ini dalam tempoh hampir tiga bulan waktu agak terbatas untuk mereka meluangkan masa bersama. Nasib tak baik kalau Ayu dapat melanjutkan pelajarannya semasa Farah dalam latihan, alamatnya rayalah baru dapat jumpa.

"Farah, satu sahaja aku nak ingatkan kau..jangan mudah putus asa tau. Kata Ayu sambil memandang Farah sayu."

Aku janji..

Dua sahabat itu berpelukan dengan erat sebelum mereka berpisah. Sebaik sahaja kelibat Farah hilang dari pandangan Ayu mengangkat tangan menadah doa.

"Ya Allah..Kau jagalah sahabat aku. Semoga dia tak patahkan tangan orang semasa dalam latihan nanti. Amin."

Mata Farah masih tidak mahu terlelap lagi. Terkebil-kebil macam cicak tertelan kapur. Sebenarnya, dia pun tidak tahu dengan tepat mengenai Program Latihan khidmat Negara. Cuma dia pernah lihat didalam iklan, pelatih PLKN  joget-joget sambil pegang cangkul dengan jurulatih mereka. Lagi satu iklan yang dia pernah lihat ialah pelatih main ketuk-ketuk mangkuk tin di dalam hutan sambil beberapa rakan mereka cuba menangkap ikan di dalam sungai. Dia juga tidak terfikir langsung dia akan menjadi salah seorang dari peserta program tersebut.

"Macam kanak-kanak riang je.. takkan aku nak kena joget macam tu kot tiap-tiap hari? "Farah tersenyum sendirian membayangkan apa yang akan terjadi sepanjang program itu nanti. Dalam masa yang sama juga, Farah cuba memujuk hatinya menerima nasib yang telah ditentukan oleh Tuhan.

"Bapak aku ni pun satulah,kalau dia hantar aku pergi bertapa atas puncak Gunung Ledang tu lagi bagus dari hantar aku masuk PLKN." Rungut Farah sendirian.

Entah bila Farah tertidur dia pun tidak tahu. Tiba-tiba sahaja dia berada di satu tempat yang serupa macam dalam iklan promosi PLKN. Farah rasakan perasaannya amat tenang dan gembira. Kemudian datang seorang Jurulatih lelaki yang tampan dan tinggi lampai ala-ala Farid Kamil bersama pelatih-pelatih yang lain. Mereka melakukan aksi tarian dengan cangkul dan pongkis di tangan. Segalanya indah sekali. Farah turut menari bersama.

"Farah..saya tunggu kedatangan awak." Oh.. romantiknya suara Jurulatih itu menyapanya.

PLKN!!!! Aku datang padamu!!



-- Edited by razmanosaurex on Sunday 13th of January 2013 08:22:39 PM

__________________
like2 u jeee


Senior Member

Status: Offline
Posts: 437
Date:

apsal haku boleh bace cite ni..huhuhu...

x penah haku bace novel2 dalam gc ni...



__________________

kemarahan adalah keadaan di mana lidah bekerja lebih cepat daripada pikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani 



Super Member

Status: Offline
Posts: 570
Date:

hahahaha.. part yg aku paling x tahan,, mase farah mimpi tu.... haha

boleh pulak mimpi jurulatih2 tu menari dengan cangkul dan pongkis... hahhaha.. memang takleh terbayang.. muke cam Farid Kamil plak tu.. hahaha

aku cube terbayang camne kalo Farid Kamil betul2 buat camtu.. hahaaha..

__________________

kuro vs shiro



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

syok ahh cite nii. haha. good job, nak lagi sambungannyaa..























youtube downloader

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

diharapkan bersabar sebab aku tgh bizi untuk perasmian kump 1 siri 10..ramai beb, 400 orang. kite orang ade 34 orang jurulatih je..wahhh pitam



__________________
like2 u jeee


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

cepat lah,,,dah tk sabar nie baca yg strusnya,,,


__________________


Warga GENG-CERITA

Status: Offline
Posts: 892
Date:

Yaya nak tau ke ape endingnye?

__________________
buduh cam lembuuu
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard