Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Halal setelah haram.


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:
Halal setelah haram.


Seorang lelaki yg kesunyian akibat kematian isteri telah memasuki ke dalam masjid, ketika itu Rasulullah SAW sedang solat berjemaah. Setelah selesai solat, baginda telah bersabda:

Barangsiapa meninggalkan sesuatu yg haram, maka ia akan memperolehi yg halal."

Apabila malam tiba, syaitan telah mendorong lelaki ini untuk perbuat kejahatan. Dia pun memasuki sebuah rumah milik seorang wanita yg telah kematian suami, ia tinggal bersendirian.

Setelah memasuki rumah itu, dia ternampak makanan yg sedia terhidang dan menimbulkan keinginnannya untuk merasai makanan tersebut, ketika ingin mengambil makanan itu dia teringat akan sabda Rasulullah: Barangsiapa meninggalkan sesuatu yg haram, maka ia akan memperoleh yg halal. Oleh itu dia tidak jadi meneruskan niatnya itu.

Kemuadian dia menggeledah rumah sebuah bilik, dia menjumpai barang2 permata dan wang, sekali lagi ketika hendak mengambilnya, dia teringat akan sabda Rasulullah: Barangsiapa meninggalkan sesuatu yg haram, maka ia akan memperoleh yg halal. Sekali lagi ini menghalangnya dari meneruskan niatnya itu.

Seterusnya dia terlihat pula di sebuah bilik lain terdapat seorang wanita sedang tidur sendirian, kalaulah ia ingin melakukan sesuatu, amatlah mudah baginya. Dia teringat lagi sabda Rasulullah SAW, akhirnya dia keluar dari rumah itu tanpa melakukan apa2.

Menyesal kerana perbuatannya, lelaki ini pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh, kemudian dia duduk di satu sudut masjid sambil memikirkan dirinya.

Apabila matahari telah meninggi, masuklah seorang wanita ke dalam masjid itu untuk bertemu Rasulullah SAW, ia mengadu bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri tetapi tidak mengambil apa2. Dia bimbang dirinya akan diapa2kan sekiranya pencuri itu kembali kerana ia tinggal sendirian. Wanita itu juga menyatakan ia telah kematian suami setelah ditanya oleh Rasulullah.

Lalu Rasulullah SAW pun melihat disekitar masjid itu dan dilihatnya ada seorang lelaki yg sedang berbaring di satu sudut. Baginda menyoal lelaki itu mengenai hal2 yg berkaitan dgn dirinya. Lelaki itu menjawab yg dia hidup sendirian kerana isterinya telah meninggal dunia, Rasulullah kemudiannya meminta kedua org itu untuk menikah, namun mereka tidak menjawab kerana merasa malu. Akhirnya baginda pun menikahkan keduanya, ketika inilah lelaki itu menceritakan apa yg telah ia lalui kepada baginda.

Kemudian keduanya pun keluar dari masjid menuju ke rumah wanita itu, Lelaki ini telah memperolehi segala yg diharamkan buatnya malam tadi. Makanan yg haram baginya telah menjadi halal, permata dan wang yg ingin dicuri telah boleh digunakan secara halal, malah wanita itu juga telah halal digaulinya kerana kini telah menjadi isterinya.

Benarlah sabda Rasulullah: Barangsiapa meninggalkan sesuatu yg haram, maka ia akan memperolehi yg halal."



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:

terbaikkkkkkkkkkk ijoi...

kan..

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

alhamdulillah....
smoge forumers gayc nie perolehi perkara sedemikian ! amin

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Aku belum pernah baca  riwayat yang nie ...

syabas Ijoiii ... teruskan ... untuk sama2 kita hayati ....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

yea.. benar tu benar..

tapi kan kawan2.. nak mention pasal isu halal haram skarang ni. mmg la banyak. nk sentuh satu ni pasal bab makanan.

logo halal kadang2 diragukan kan??

sejak2 isu halal haram tang makanan sampai masuk tv skejap dulu, aku kalo beli brg kat supermarket ke salu la usha2 dulu ingredient dia ape.. 

pastu aku ase cam penah denga suara2 kwn2 aku yg ckp yg membawa maksud camni..

kalau kite dok prihatin sgt, banyak la benda yg kite x ley nk makan sbenanye. b4 ni, aku pnah la share info ngn dorg pasal food ni. benda tu elok ke x or style2 nabi yg org jarang giler nk ikut. so, ramai yg kate jgn pk sgt. makan je.. (ish2.. dalam hati aku)

kalo dorang tanye, knape aku x makan tu x makan ni tambah2 pulak aku ade allergic. knape aku jage sane jage sini. then dorang kate aku ni cerewet sgt la. padahal aku jage makan aku je, x larang ke kritik over2 ke makan minum dorang. pk kesihatan sendiri dulu la kan. kalo aku makan x jage, kalo sakit, aku yg sakit. dorang x sakit pon. bole lak kate.. kesian nye ngko. padahal galakkan aku makan bukan2 jugak. haha.. kelakar laa.. mcm2 kan..

persoalan dia, knape pilih untuk x prihatin bab2 ni sedangkan makanan tu nnt bukan ke tumbuh jadi daging n mengalir dalam darah kita?? yg ckp tu Islam jugak tau..

aku xde la pandai bab2 hukum ni.. tapi sbg Islam yg phm jugak la sensitiviti makanan dlm Islam ni, terasa kureng la bile org kite sendiri kurang pentingkan benda2 yg penting ni..

So, ape pendapat korang kwn2 gc sume??



__________________

 



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

maaf cik lin muda sebab saya menyibuk ...
nak share pendapat sahaja ..
kalau saya nak beli makanan ... saya akan tengok cap halal tu . kalau ada ... saya cuma mampu berdoa agar ianya betul2 halal .
andai ianya tidak halal dan sengaja dihalalkan ... saya hanya mampu berdoa memohon agar diberikan petunjuk dari Nya .
saya hanya perlu yakin kerana kalau ragu2 kita digalakkan untuk meninggalkan perkara yang kita ragu .
itu sahaja yang mampu saya share .
terima kasih sebab sudi baca .

__________________

hyouka-peace.gif

Maaf andai ada yang terkurang atau terlebih , peace no war ~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Menjawab Cik LinMuda ni..

Memang ada segelintir golongan umat Islam yg macam ni, mengikut pandangan mereka, larangan2 dalam Islam ni banyak dan menyusahkan aja. Itu tak boleh ini tak boleh, apa yg boleh?..

Kalau ada kawan macam ni, ajarkan dia apa yg kita tahu mengikut ilmu kita, kalau tak mampu, takut kita pulak terpengaruh dgnnya, abaikan aja dia. Sebenarnya banyak sangat yg Islam benarkan kita makan, yg tak boleh babi, anjing, binatang2 berkuku, bertaring tajam, makanan2 yg memudaratkan kesihatan, menjejaskan kewarasan, sebab bila tak waras boleh membahayakan nyawa.

Sama jugak dgn larangan2 dalam kehidupan seharian, Islam tak mengongkong umatnya, melainkan ada beberapa yg Islam larang, sebab ia tak membawa kebaikan, atau keburukkannya melebihi kebaikan akibat perbuatan ni. Contohnya pergaulan bebas lelaki dan perempuan, Islam larang sebab pergaulan bebas mendorong cinta dan syahwat yg bukan pada tempat yg sepatutnya.

Bila cinta dan syahwat timbul, mungkin akan berlakunya zina, bila dah berlakunya zina, mengandung pulak anak luar nikah, bila dah mengandung, mungkin si gadis akan dibuang keluarga, kemudian mungkin menyebabkan ia menggugurkan kandungan atau membuangnya selepas lahir, gadis yg dibuang keluarga ini mungkin akan terus hanyut setelah dibuang keluarga.

Kalau anak luar nikah ini selamat membesar pun, ia akan menangung aib, begitu jugak keturunannya. Nampak? Islam melarang dosa berantai ini dari awal, sebab ini Islam melarang pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Islam itu mudah dan tidak menyusahkan, Islam itu mudah, tapi jgn diambil mudah. Yg sikit yg Islam larang itu yg orang nak buat, nak makan, padahal yg halal tersangatlah banyak, betul tak?.. Sori, panjang pulak tulisan aku yg sikit sangat ilmu ni.

Kenapa yg sikit yg dilarang itu yg org nak buat? Sebab yg dilarang itu yg suka dibuat org2 bukan Islam, mereka pulak buat macam benda tu baik sangat, jadi org2 yg suka mengikut2 ni akan pandang ianya sangat cantik..



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

tekedu jap... uhuk...uhuk... solehahnye mamat tue... bukan cam makcik aliza misbun tue.... asik2 permata-- asik2 permata... nah hamik ko permata negara rusmah mansur.... kih kih kih



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard