Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pengalaman benar kisah seram aku, tak tipu. Part 2.


Super Member

Status: Offline
Posts: 2362
Date:
Pengalaman benar kisah seram aku, tak tipu. Part 2.


Assalamualaikum wbt..

 

Bila aku baca pengalaman cerita2 org yg jumpa hantu ni, aku pun pelik, ada org yg selalu jumpa, macam tak logik, jumpa hantu macam jumpa nasi lemak aja. Sebab aku, seingat aku dalam 24 tahun ni, ini saja pengalaman aku misteri aku..

Masa aku kecik dulu aku selalu jugak ikut mak aku gi mancing, selalunya kat palong2 sebelah, (felda palong terbahagi dari palong 1 sampai 16, aku tinggal kat palong 10). Ada sekali tu aku ikut mak aku mancing dgn kawan2 dia kat palong 4, dalam 3 biji motor kot, tak ingat.. Pukul 8:30 mak aku dah ajak diorang balik sebab takut nak balik kalau lewat sebab kena melalui kawasan pembakaran mayat org india. Banyak org cerita tempat ni keras, kalau lalu sorang2 motor senang mati tanpa sebab yg dapat dijelaskan secara saintifik, spesifik, plastik, meteriallistik apatah lagi ada kena-mengena dgn lautan pasifik.

Jadi masa melalui kawasan tu motor kitorang takde la apa2, cuma aku yg masih kecik ni tak tau, yg aku ingat masa melintasi kawasan tu aku terbau wangi sangat, tak tau bau apa, macam bau bunga tapi tak tau bunga apa. Org cakap bau bunga kemboja, aku pun tak tau bau bunga kemboja tu macam mana.. Terus aku bgitau mak aku 'bau wangilah', mak aku cuma cakap 'hish'.

Ini pun bagi aku tak berapa misteri, mungkin jugak petang tu ada org india buat apa2 kot kat situ, diorg letak benda wangi2 ke kan?.

Antara pengalaman tak berapa misteri tapi seram aku lagi..

Masa ni adik pmpuan aku masih kecik lagi, kitorang satu keluarga gi mancing kat kebun, masa kat kebun tu adik aku ni punyalah kecoh bertanya, menyanyi-nyanyi, biasalah budak kecik bawak masuk kebun sekali-sekala. Lepas balik tu, masa maghrib, adik aku ni muntah2 kat tangga beranda, aku tak syak apa2 pun, aku pun masih remaja masa tu.

Yg aku ingat aku terbangun tengah malam bising dalam bilik mak aku, aku masuk la tengok along dgn angah aku dah ada kat situ, mak aku pulak pangku adik aku sambil pegang Al-Quran, adik aku matanya dah terbeliak merah, pandang kiri kanan, seluruh bilik, menjerit-jerit macam nampak sesuatu yg kitorang tak nampak. sesekali dia terloncat macam mengelak sesuatu, macam korang terlompat kalau korang nampak lipas atau tikus datang kat korang tu.

Aku memang rasa seram masa tu, lagi2 bila adik aku tu tunjuk2 kat penjuru bilik, kat atap, kadang2 dia tunjuk kat arah aku jugak.. Tapi aku memang marah giler masa tu, aku nak aja menjerit sumpah hantu tu, 'celaka punya hantu, dasar anak haram, mentang2 aku tak nampak ko, ko main lari2 dalam bilik mak aku yeh? Adik aku yg masih kecik tu boleh la ko takutkan!' geram nak tempeleng aja benda yg kacau adik aku tu, seram campur marah..

Malam tu jugak jumpa makcik bidan, dia kata 'benda' tu marah sebab adik aku buat bising kat tempat dia, tu yg dia sakat adik aku, dia ikut balik rumah. Dua hari berubat, diurut sikit, adik aku dah ok Alhamdulillah. Sah la hantu ni bodo tak belajar moral dan sivik maupun tatabahasa, biasa la budak kecik suka main2 bising kalau dia eksaited, boleh ke kita marah kalau ada org datang rumah kita bawak anak, anak dia main2 bising2 semua?..

Mana abah den masa ni? Abah aku kerja KL masa ni, sebulan sekali jer balik palong.

Bukti kebodohan mahluk2 ni semua kan?..

Ini lagi, bukan pengalaman aku, diceritakan oleh mak aku..

Masa aku kecik, kecik dan aku tak ingat pun kejadian ni, aku dibawa mak abah aku gi menoreh getah, aku tinggal kat pondok yg abah aku buat kat kebun tu, nak ikut menoreh tak larat kot, budak kecik, dalam 4-5 tahun kot umur aku, along dgn angah dah sekolah rasanya?.. Pernah sekali tu mak aku datang kat pondok, tengok aku dah takde, melilau la mak abah aku cari.

Cari punya cari, mak aku jumpa aku nun jauh kat puncak bukit kat kebun sebelah, dia tanya apsal datang kat sini?. Pastu mak aku cerita, aku cakap aku ikut mak, kan mak yg panggil datang sini, tu yg aku ikut aja.. Aku tak ingat peristiwa ni, cuma diceritakan oleh mak aku aja, tak berapa misteri pun..

Satu lagi yg mak aku cerita, tahun 1988 dulu, masa aku dilahirkan, aku pernah mati, sekejap aja, dalam berapa saat, minit, aku tak ingat, langsung dah takde nadi terus, entah macam mana aku dapat hidup balik, baru menangis.. Ruginya, kalau meninggal masa tu, kan dah dijamin syurga.. Terus hidup, banyak pulak buat dosa.. isk..

Sikit kan dalam 24 tahun? 
Aku tak tau kenapa ada org yg sangat prone untuk mengalami kejadian ghaib, dan aku tergolong dalam kategori yg mana, lemah semangat atau sebaliknya, sebab tak tau macam mana reaksi aku kalau jumpa depan mata, sebab tak pernah jumpa.


Kisah benar pengalaman tak berapa nak misteri aku. Ijoi/Faizul..



-- Edited by Ijoi on Wednesday 28th of November 2012 08:11:04 AM

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum..

Seram laaa..siapa kata tak seram...?

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 437
Date:

sekurang kurang nya ko ade pngalaman...

kalo haku, x mau la jmpe benda2 cenggitu

__________________

kemarahan adalah keadaan di mana lidah bekerja lebih cepat daripada pikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani 



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 50
Date:

aku pulak kalau nak ikut pengalaman seram mmg byk ..mcm2..d sepanjang hidup la.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wahhhh ... seram sungguh cerita si Ijoi yang x berapa nak mumayiz nihh ..

naek segala  bulu-bulu kat tubuh badan aku nie ..

termasuk lerr ... bulu2 kat bawahhh ... bawah ketiakkkk .. ekek ekek eke ekek ..



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 414
Date:

tut tut.. Msok line. Bley thn la cter ijoi nie.. Hahaha. Mak den ckp, klu org yg jrg nmpk/kne sakat nan antu/makeluk ghaib besenye org kuat smgt. Sbb tu makeluk tu x brani naw nk ngacau.. Hehehe.. Komen jer..

__________________

AKU SUKA BACA KOMEN KORANG DARI CERITA..

TAPI AKU SUKA BACA CERITA KORANG DARI KOMEN...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2496
Date:

ade jugak cite hantu ijoi ni...
Sib baik la mak ko cari ko ijoi klu tak...
Mesti ko skrg kt kg bunian...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 414
Date:

klu cmtu, slamat tinggal ijoi si bunian jadian yg x menjadi...

ape aku merepek nie ?

__________________

AKU SUKA BACA KOMEN KORANG DARI CERITA..

TAPI AKU SUKA BACA CERITA KORANG DARI KOMEN...



Super Member

Status: Offline
Posts: 945
Date:

pengalaman org paling seram pulak, join forum GC ni. hiiiiiiiiii, seram seh, pasal baca citer seram dia.

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard