Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KEJADIAN DI STATION MINYAK ( copy paste )


Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:
KEJADIAN DI STATION MINYAK ( copy paste )


Ku ingin berkongsi kejadian ini brsma2 GC,harap kita akan lebih berhati2.

 

''Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

 

Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.

Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).

Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.

 

Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu

barangkali)

Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Machap untuk membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.

 

Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika.

 

Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku

 

Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.

 

Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek.

Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.

Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.

 

Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain.

Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.

Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.

Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.

 

Apabila sampai di tol Simpang Renggam, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami.

Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik..agaknya Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.

Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya."

 

Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :

i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci

tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti

GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian

ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah

kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti

untuk ke tandas/ membeli jajan

iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly

alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan

iv. Amalkan prinsip keselamatan turun dan kunci

serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar

atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan

(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar

kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang

berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)

v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam

selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku

kecemasan

vi. Jangan cepat panik ambil masa dan cuba fikirkan

tindakan yang perlu. Faktor utama ialah keselamatan

vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun

daripada kenderaan utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan

kita

viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika

berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) -

Emergency Code

ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu

sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn

terjun sekali-kali ikut pintu kanan)

x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam

perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut

Dr. Haron Din)

 

Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan.

Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam :



__________________

 someOne .....is..waiting..



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

Takotnya!!! Mntk simpang la terjadi lg.. Dorang fobia x dream tinggi??

__________________

"mencari ketenangan"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

tu x tau la plak..sbb nih pun dpt dr email member ......tp ku rase klau bender nih happen to me....fobia seumur hidup gamak nyer.!!!

__________________

 someOne .....is..waiting..



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

La ni bkn dr fMily u la?? Copy paste ek?? Tp ape2
pon tetp kn ati2 kan..

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ya allah..takutnyer...selalu berhenti kat petronas Machap tuh..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 291
Date:

selalu klu berenti kat petrol pam mesti lock pintu takut seh

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard