Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Miss Sofiya Yang Hodoh


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:
Miss Sofiya Yang Hodoh


Hari ini  hari pertama Sofiya belajar di kelas di Universiti Tunku Abdul Razak.Sofiya memandang sekeliling." Wahramainya budak perempuan yang cun kat sini.Betul lah kata orang pelajar-pelajar perempuan kat u ni cun-cun.Tapi..aku" bermonolog Sofiya sendirian dalam hati sambil  memandang dirinya pada cermin kecil kartun spongebob yang dibawanya.."Aku ni dah la tak cantik,makeup macam mana pon,pakai baju cantik pon takkan cantik.hurmmmapa la nasib..tapi.. ade aku kessahh." Begitu lah Sofiya..dia memang suka bermonolog dalam hati.Kalau tak pon dia akan tulis apa yang berada difikirannya di dalam buku tulis setebal  5 buku tulis sekolah yang berbalut  kertas pembalut hadiah bercorak spongebob.Buku tu umpama diari.tapi bukan diari untuk menulis perbuatan setiap hari.Buku itu adalah pendapat Sofiya tentang kehidupan dalam dunia ini.Buku itu sudah ditulis sejak Sofiya berada di form 2.Kini Sofiya berumur 19 tahun.Maknanya sudah 5 tahun Sofiya menyimpan buku itu dan menulisnya."Adaorang duduk sini?" Seorang gadis cantik persis pelakon Neelofa bertanya kepada Sofiya."Ade!!Jap lagi ada orang nak duduk.Kau pergi duduk tempat lain" jawab Sofiya,kasar.Bisik hati Sofiya "takde sape pon sebenarnya duduk sini,tapi aku saje taknak bagi sebab kau tu lawa sangat.Nanti duduk sebelah aku,Nampak sangat kehodohan aku macam zaman aku sekolah dulu".Tiba-tiba Sofiya teringat masa zaman sekolah dulu.Dia duduk disebelah budak perempuan paling cantik di sekolah..Budak perempuan itu bernama Emma.Berwajah ayu sebijik macam Fasha Sandha.Ramai budak lelaki minat.Sofiya bukan cemburu,tapi Emma membuat dirinya terasamalangdan rendah diri.Dunia dirasakan tidak adil.

 

 

" Piya, kau ingat tak budak lelaki nama Irfan yang kena jadi ketua budak junior masa orientasi haritu?" Tanya Maria."Kenapa?" Tanya Sofiya tidak menjawab."Dia ambek jurusan HRkan,maknanya dia satu kelas dengan kau lahkan..?" Tanya Maria sekali lagi." Aah"jawab Sofiya pendek."Kenapa? kau dah suka die eh?"tanya Sofiya pula.."Tak de lah.Dia tu macam perfect kan.Hensem,pastu kau tau tak die budak tajaan JPA.Maknaya dia pandai.Pastu alim terbukti masa die jadi imam time sembahyang mase orientasi haritu.Pastukan orang kata die cucu kepade bekas menteri.Menteri mana aku tak tahu. Cerita Maria panjang lebar."Mane lah minah ni tahu semue tuh? Sengal! Hidup asyik nak tahu pasal hidup orang jer.." bisik hati Sofiya mengutuk."Wey Piya kau dengar ape aku cakap nih?" Tanya Maria apabila Sofiya buat endah tak endah jer."."Diakansama kelas dengan kau,kau tak tegur  die ke?".Soal Maria."Ape hal pulak aku nak tegur die?Takde mase!Lagipon budak lelaki hensem dan perfect camtu,takkan pandang aku punya.Lelaki macam tu kalau perempuan cantik taraf model baru die layan".Jawab Sofiya sedikit emo."Kau ni tak baik cakap camtu.Yang penting hati budi lah Bukan cantik.Tak semua lelaki camtu lah.bla..bla..bla" bebel Maria sambil nasihat Sofiya yang berfikiran pelik tu."Ape-ape je lah Maria oii.Kau  boleh cakap camtu.Kau rupa ade.Ala-ala Liyana Jasmay lagi.So, kau tak rase orang berwajah hodoh cam aku nih. bermonolog Sofiya sendirian lagi.

 

 

.

"Piya hujung minggu ni kau ade pergi mana-mana tak?" Maria bertanya."Aku balik minggu ni ade hal". "La..baru seminggu kat sini dah nak balik?" Soal Maria pelik."Aku ade aktiviti dengan society aku." beritahu Sofiya."Hah? Society ape?". "Aku masuk Sukarelawan Selangor.Aku masuk dari form5.Ada pelbagai aktiviti kat situ.Tugas kami membantu golongan yang tidak bernasib baik contohnya anak yatim,rumah orang tua,OKU.Antara aktiviti biasanya bersihkan kawasan yang mereka tinggal,mengajar anak2 yatim percuma,mengumpul dana dan macam2 lagi.Kau nak joint tak?" terang Sofiya panjang lebar sambil mempromote."takpe lah Piya,aku ni kalau balik rumah mesti ade je aktivit lain". "Owh kalau camtu takpelah". Tidak sabar rasenyer hati Sofiya menunggu hujung minngu ni.Dari dulu Sofiya memang suke dengan aktiviti sukarelawan.Baginya berjumpe dengan mereka-mereka golongan yang tidak bernasib buatkan dirinya rase bersyukur walaupon dirinya tidak cantik.

 

 

Selesai kelas Sofiya singgah untuk beli air di café.Dari jauh kelihatan perempuan berwajah persis pelakon Neelofa sedangcubabercakap-cakap dengan si jejaka perfect Irfan. Irfan layan biase2 sahaje.. "Hairan aku die nih,perempuan macam tu cantik taknak layan.Kau nak cantik camne lagi.Ni mesti nak yang lagi cantik.Banyak kau punye memilih..! Kau nak taraf model omputih ke?ke kau yang bermacam2 mix? Bangang! dasar lelaki tak guna!Dah ade yang cantik ngorat,nak lagi cantik.mentang-mentanglah kau tu perfect!Ke kau tu sebenarnyer gay?" kutuk Sofiya dalam hati sambil tersenyum sinis.Tiba-Tiba Irfan pergi kearah Sofiya."Alamak! die dengar ke aku cakap die gay?.tak mungkin.aku cakap dalam hati.". "Awak ni kelas same saye kan.Ni keychain spongebob awak Tadi awak tercicir.Nak panggil awak tapi awak dah pergi." Kata Irfan lembut.Sofiya merampas keychain itu kasar dan berlalu tanpa mengucapkan terima kasih. " Perempuan ni aku dari dulu macam pernah nampak.Tapi tak tahu kat mane. Tapi kenape eh dangan perempuan tuh?Pelik.Kat dalam kelas taknak bagi orang duduk sebelah die.Lepas tu file,pencil box,beg,payung semuenye gambar spongebob.Pastu bile kelas tamat die yang keluar awal sambil lari. Kat dalam kelas tak pernah dengar suare, apelagi senyum dengan ketawa.Jap..aku pernah tengok die ketawe time orientasi sebb Sir Khairul buat lawak.Aku secare tak sengaja terpandang dia.Dan gaye,care dia ketawa macam seseorang.Seseorang yang aku amat rindui dan sayangi." Bisik hati Irfan sedih sambil terkenang arwah ibunya yang meninggal 3 tahun lalu.

 

.

 

 "Woi!! Kau tak nampak ke??? Tuhan bagi mate,gune lah!!" tengking Sofiya apabila Irfan secara tak sengaje terlanggarnya."Saye..saye memang tak sengaje." Jawab Irfan yang sememngnya tak sengaje."Kau sebenarnya saje jekan.?Ingat aku tak tahu??Kau langgar aku sebab aku ni buruk kan.Kalau tak tu kenape kau tak langgar perempuan cantik kat depan tu?" Tuduh Sofiya membuta tuli." Hah?..Takk..bukan macam tu..saye memang" Belum sempat Irfan sambung ayatnya,Sofiya yang tengah marah tu berjalan cepat untuk masuk kelas.Di kelas Irfan datang ke meja Sofiya."Sofiya, saye memng tak sengaje maafkan...". "Nanti jap,macammana kau tahu nama aku Sofiya? Tanya Sofiya .

 

."."Err..saye ternampak nama awak kat keychain spongebob tu.Maafkan saya pasal tadi.Saya memang tak sengaje". Ujar Irfan risau."Dah-dah kau boleh pergi." Jawab Sofiya seperti menghalau kucing."Lagi satu,saya rase macam pernah nmpak awak sebelum ni..awak ni yang" Belum sempat Irfan meneruskan kata,Sofiya bangun untuk beralih tempat."Sofia Jane tunggu dulu!. panggil Irfan."Ape kau panggil aku??Sofia Jane? Kurang ajar! Kau saje panggil aku cam tu sebb nak perli kan.Sofia Jane tukancantik!.Aku ni tak lawa!Kau saje nak perli akukan!"jawab Sofiya tiba-tiba emo.sambil memukul badan Irfan dengan bukunya.Sofiya keluar dari kelas itu dalam keaadan marah.

 

.

 

"La..Piya..kenape kau tibe-tibe balik.?Bukan kau ade kelas ke? Ni apehal kau marah2 nih?."tanye Maria melihat Sofiya yang balik tibe2 dalam keadaan marah."Kurang ajar punye Irfan!Tulah..jejaka perfect idaman korang semue tu!" jawab Sofiya marah2."Ape die dah buat?". "Kau tau ,tadi dia panggil aku Sofia Jane.Die saje nak perli aku!". "Laingat ape tadi,kau ni tu pon nak jadi kes.."jawab Maria sambil mengeleng.Sofiya terus membebel2 sambil marahkan Irfan dan Maria hanya diamkan diri.Malas dia nak layan si Sofiya yang berfikiran pelik tuh.

 

 

Sofiya tercari-cari sesuatu di dalam begnya."Maria,kau ade nampak buku yg gambar spongebob tak?" Tanya Sofiya."Yang macam diari tu eh..tak nampak..nape?". "Aku rase aku tertinggal lah kat Dewan Murni mase kelas agame semalam..Jom teman aku ambek"

 

..

Irfan membuka lampu di dewan itu..Dia hendak mengulangkaji pelajaran sorang-sorang di situ memandangkan tiada orang di dalam dewan itu.Baru hendak membuka buku,Irfan terpandang satu buku tebal berlapis2 berbalut kuning gambar spogebob.Irfan mengambil buku itu dan membukanya."Buku ape ni?siapa punye?" Irfan bertanya dalam hati.Irfan buka halaian pertame buku itu."Wah! writer ni tulis sejak tahun 2006!lame tu dah 5 tahun." Berkata Irfan sendirian."Hidup ini penuh dengan kepuraan.Aku benci!Benci!" sambung Irfan membace ape yang ditulis pada buku itu.Tiba-tiba terdengar pintu dibuka."Itu hah buku aku!.Cis!Wooi!! Ape kau buat tu hah?Pandai- pandai kau je bace buku aku.!Kurang ajar!"jerit Sofiya sambil menerpa ke arah Irfan."Kau nikanapesal suke cari pasal dgn aku hah?Kau ingat kau sape?kau ingat aku hadap sangat dengan kau!"

 

marah Sofiya sambil memukul Irfan bertubi-tubi.. dengan bukunya.Secara tak sengaja bucu buku yg keras itu terkena tepi mata Irfan .Mata Irfan sedikit luka.Sofiya terdiam.Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya.."Sayasayamintak..maaf"kata Sofiya tergetar-getar sambil memberi tisu kepada Irfan.Sofiya terus berlari beredar dari situ sambil menarik tangan Maria yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

..........................

 

 

 

Keesokkan harinya didalam kelas,Sofiya duduk termenung.Sejak semalam die risau akan perbuatannya semalam.Hari ini dia bertekad akan meminta maaf  secara betul-betul dengan Irfan.."Boleh saya duduk sini?" Tiba-tiba Irfan bertanya dari belakang. "Er..Irfan..duduk lahersaya nak mintak maaf sekali lagi pasal semalamsayatak sengaja ..betul-betul tak sengaja.."terang Sofiya lembut. "Takpe..sikit je pon luka tu.dah baik dah pon."jawab Irfan sambil senyum."Tapi boleh saya tanya awak..Kenapa awak macam benci sangat dengan saya..?" tanya Irfan ingin kepastian."Entah lah Sebenarnya saya cuma rasa awak yang ada cukup package ni jahat.Memilih.Tak nak kawan dengan orang buruk macam saya"terang Sofiya perlahan dalam nada sedih."La..kenapa awak perlu berfikiran macam tuh?Tak perlulah inginkan kecantikan luaran.Kecantikan luaran akan pudar, tapi kecantikan dalaman yang paling penting dan takkan pudar.Jangan lah terlalu rendah diri.Lagipon saya tengok awak ni ok ape.Alis lentik,ade tahi lalat kat hujung mate.Berwajah keibuan.Macam penyanyi lama Haleeda.Yang pernah kahwin dgn pemain bola sepak Azman Adnan tuh." Puji Irfan ikhlas."Haleeda?.Saye tak..kenal.." Jawab Sofiya yang memang tak kenal dengan penyanyi lama."Alatak jadi masalah lah.Eh, awak ni pernah masuk sukarelawan Selangor kan.Pernah pergi Misi Kemanusiaan Achehkan?" Tanya Irfan."Aah..macamana awak tahu?Awak pon sama ke?". "Aah..sebab tu lah macam pernah tengok awak.." Jawab Irfan sambil tersenyum manis.Semenjak dari hari itu mereka berkawan baik dan selalu bersama. Irfan semakin gembira mengenali Sofiya yang kelakar dan sempoi itu.Sofiya pula lebih berfikiran positif .

 

 

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:

5/5 patrick star...

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

seronok..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:

ehh...sofiya tuh sebenaarnye ko ke young arezua???


ekkk...

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

cehhh...walpon haku garang dan tak cantik..p manis ade maa..hahahha (perasan disitu yer...sape g nk muji..nk tgu kueh suji lambt g raye )

walopon haku garang p tidak seganas itu..haku cume akan jeling n cakp..ko takde kusi len ke??hahahha

lagi zalim la...cara terhormat..tidak menjerit yer...keayuan dijaga...wikikikiki

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

THANK TO ALL YG BAGI KOMEN KAT SINI...=)
SY BARU JE GEDIK2 NAK WAT CERPEN..TKDE KEJE..HEHE..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

anyway...enjoy reading it..

keep it up..hihihi

buatla cte hntu plak ke kan

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 216
Date:

best lh cite ni.. Yg penting x de part jiwang2...post lh lg cite lain

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

thank yousmilesmile



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

best la..mohon share

__________________
Bagai jatuh ditimpa tangga,tangan pulak terkena taik ayam


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

roti jagung wrote:

best la..mohon share


thanks you.. Ok..



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

mekaseh

__________________
Bagai jatuh ditimpa tangga,tangan pulak terkena taik ayam
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard