Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Seriously...Love


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:
Seriously...Love



 

Assalammualaikum. Ok... first kali nak cakap Nina baru lagi dekat forum ni tp nina nk kongsikan cite ni. nak cuba nasib kot2 kalau ade yang berminat nak bace ke. hope ade yng sudilah. Anyway... pape keslhan yang terdpt dekat cerpen yg tak seberapa dr nina ni harap korang boleh buat tak tau ajelah... hehe.. enjoy guys! 

 

 

***************************************

 

 

lov.jpg

 

 

ZAARA AMEERA mengeluh kecil. Buku rujukan Matematik Tambahan tingkatan 4 dibelek-belek dengan rasa penat. Sudah hampir sejam dia menelaah, rasa penatnya mula menyapa tubuhnya. Sahabatnya, Maria yang masih tekun mengulangkaji pelajaran dipandang. Hmm... kenapalah Maria ni rajin sangat. Dari tadi macam tak bergerak aje aku tengok. Dia ni robot ke manusia? Hatinya bertanya bodoh. Sedikit cemburu melihat kebolehan Maria yang menatap buku berjam-jam lamanya. Budak pandai... selalu dapat nombor satu dalam kelas. Cubalah aku macam tu jugak... mesti mak bapak aku bangga. Omel hatinya lagi.

 

Matanya beralih pula disekeliling perpustakaan yang sunyi tapi di penuhi oleh pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah. Dia menongkat dagu, memerhati begitu ramai remaja-remaja yang berpasangan sedang mengulangkaji bersama. Hatinya jadi ralat tiba-tiba. Dia orang ni datang nak study ke, nak dating? Sekali lagi hatinya mengomel sendiri.

 

Tapi jauh di hatinya ada rasa cemburu. Teringin pula dia untuk merasakan bagaimana rasanya apabila bercinta. Indahkah perasaan itu? Zaara mengetap bibir. Arghh.. sudahlah Zaara. Janganlah nak berangan lagi. Selagi kau tak habis sekolah, selagi itulah kamu tak boleh bercinta! Dia ingat pesan mamanya. Dia menelan liur.

 

Dia tersentak apabila dia merasakan ada sesuatu yang keras terkena pada dahinya. Pemadam. Lantas dia mencapai pemadam yang baru saja terkena pada dahinya tadi yang sudah berada di atas meja.

 

Dahinya berkerut, memandang ke arah Maria yang sudah tersengih. Sahabatnya menjungkitkan keningnya beberapa kali.

 

"Berangan lagi!" ujar Maria tegas, namun suaranya perlahan.

 

"Mana ada.." dalih Zaara sambil menraba-raba dahinya yang rasa sedikit perit. Sakit jugak kena baling dengan pemadam ni. "Yang kau baling pemadam kat aku ni apasal? It hurts... like seriously!" bebelnya geram sambil membalingkan kembali pemadam Maria.

 

Maria ketawa kecil. "Dah tu, kau tu asyik berangan! Kau tahu tak kita ada exam add math this Wednesday." ujarnya mengingati Zaara.

 

Zaara menjuihkan bibirnya. Setiap kali dia berangan ada saja yang Maria bebelkan. "Yelah.. aku tahu. Kau ni Maria, macam mak aku pulak!"

 

"Eh, taklah. Mak kau tu garang. Aku baik tau!" sangkal Maria sambil menatap buku rujukannya kembali.

 

"Whateverlah Maria.." keluh Zaara mengalah. Malas mahu bertekak lagi. Kalau bergaduh di dalam perpustakaan tanpa dapat untuknya meninggikan suara tidak guna juga. "Aku ambik angin luar dululah. Nak buang rasa mengantuk ni..." kata Zaara sambil bingkas bangun dari tempat duduknya.

 

"Baiklah. Jangan berangan pulak kau kat luar tu nanti, tau!" kata Maria sempat memesan sahabatnya. Bibirnya menguntum senyuman menyindir tanpa memandang Zaara. Dia tahu pasti Zaara sedang menjuihkan bibirnya sambil berlalu.

 

CAWAN kertas yang sudah berisi coke yang dihulurkan oleh juru jual di kantin perpustaan itu disambut. Dua not satu ringgit pula diberikan kepada lelaki itu. Saat dia memandang lelaki itu, sempat lelaki itu mengenyitkan matanya sambil tersenyum nakal ke arahnya. Zaara yang menyedari senyuman lelaki yang berkulit hitam manis itu cepat-cepat beredar dari situ. Geli pula rasanya dengan reaksi juru jual itu. Hisy.. gatal. Kalau hensem tak apalah jugak. Aku pun boleh reply balik. Tak susah mana pun. Tapi tak hensem... rejectlah! Hatinya mengumam sendiri sambil menuju ke pintu kafe.

 

Tiba-tiba seseorang merempuhnya dari arah depan membuatkan minumannya tertumpah terkena pakaiannya dan juga lelaki itu. Zaara terjerit kecil apabila merasakan air minumannya tadi sudah terkena pada sebahagian tubuhnya. Dia memandang ke arah lelaki itu yang turut kelihatan terkejut.

 

"Asyraf!" jerit Zaara dengan rasa terkejut juga marah. "Jalan tu tak boleh elok sikit ke? Do you.. seriously have to run?" marahnya dengan suara yang tidak dapat dikawal lagi. Tidak dia sedari yang mereka kini menjadi tontonan beberapa orang yang berada di kafe itu.

 

"Eh... kau tu yang jalan tak tengok depan. Jangan nak salahkan aku pulak!" Ahmad Asyraf membalas dengan rasa tidak puas hati. Biarpun dia tahu salahnya, tapi tidak mungkin dia akan mengaku salah di hadapan gadis itu.

 

"Hisy... salah sendiri pun dah tak boleh mengaku!" tempelak Zaara sambil menunduk mencapai cawan kertas yang sudah terjatuh di atas lantai lalu dibuangkan ke dalam tong sampah yang berdekatan. Dia menoleh kepada salah seorang perkerja di kafe itu lalu meminta maaf. Sebelum melangkah pergi, sempat dia menjeling pada lelaki itu.

 

bersambung...



-- Edited by Nina Adrina on Friday 22nd of June 2012 04:00:52 PM



-- Edited by Nina Adrina on Friday 22nd of June 2012 04:02:00 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1014
Date:

first...

terbaik..

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

nice

__________________
Bagai jatuh ditimpa tangga,tangan pulak terkena taik ayam


Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

chikun kmaruk fb la ni

__________________
Bagai jatuh ditimpa tangga,tangan pulak terkena taik ayam


Super Member

Status: Offline
Posts: 1014
Date:

mesepes la..

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

ape?

__________________
Bagai jatuh ditimpa tangga,tangan pulak terkena taik ayam


Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

biler nk sambung..........?


__________________

 someOne .....is..waiting..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 437
Date:

ni yg haku mlas nk bace ni....sti je ade sambungan...ble la nk sambung lg ni...

__________________

kemarahan adalah keadaan di mana lidah bekerja lebih cepat daripada pikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 135
Date:

roti jagung wrote:

chikun kmaruk fb la ni


 roti..fyi org ganas mcm cikun ni xmain fb,,,



__________________

aku mau ko ja~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

ko sokong chikun?? Ini tidak adil!!! Huh korang kapel ek? Ish musykil aq

__________________
Bagai jatuh ditimpa tangga,tangan pulak terkena taik ayam


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

Dengan mulut yang terkumat-kamit menyumpah Ahmad Asyraf, dia menuju ke tandas perempuan. Beberapa helai tisu ditarik sambil matanya merenung dirinya dalam cermin. Dahinya bekerut, hatinya sakit. Geram sungguh dia dengan Ahmad Asyraf... 

 

Tangannya lincah mengelap bajunya yang basah sudah terasa melekit di sebahagian tubuhnya. Zaara mengeluh lemah. Apalah nasib aku ni? Mamat tu bukannya padai nak mintak maaf. Nak sakitkan hati aku tu lagi adalah! Bebelnya dalam hati.

 

Dia menyeluk telefon bimbitnya yang berada di dalam poket seluarnya lalu nombor telefon Maria didailnya. Sudah beberapa saat berlalu, tiada jawapan daripada sahabatnya itu. Sekali lagi dia melepaskan keluhan sambil mendail nombor telefon Maria. Beberapa saat menunggu barulah suara sahabatnya kedengaran di corong telefon.

 

"Hah... ada apa?" soal Maria dengan suara yang berbisik.

 

"Aku nak balik.." kata Zaara laju.

 

"Ah? Nak balik dah?" Jelas terkejut kedengaran suara Maria. "Tapi aku masih banyak lagi nak study ni. Tunggulah, Zaara.." pinta Maria.

 

"Alah... kau study ajelah. Nanti kau baliklah. Tapi boleh tak kau tolong hantarkan barang-barang aku kat lobi?" pinta Zaara.

 

"Eh, kau tak ada kaki ke nak ambik sendiri?" Maria bersuara sinis.

Tidak suka diarah.

 

"Something just happened to me, Maria! Kau sebagai sahabat aku kau mesti tolong aku bila aku perlukan kau. And right now I'm seriously need your help.. so please, just come down with my stuff!"

 

Maria mengeluh tidak senang di corong telefon. "Fine! I'll be there soon!" ujarnya lalu menghentikan perbualan antara mereka.

 

Zaara menarik telefon dari cuping telinganya. T-shirt putihnya yang sudah berubah warna. "Oh... crap! This is just what I need!" keluhnya lagi. Dia mencampak tisu yang sudah basah ke dalam tong sampah lalu beredar daripada tandas perempuan itu.

 

Keadaan di lobi perpustakaan itu agak rengang. Tapi beberapa pasang mata sedang memerhatinya dengan pandangan mengejek. Zaara mendengus kecil dengan renungan gadis-gadis yang langsung tidak dikenalinya itu. Dia mengambil tempat duduk di bangku yang menghadap air pancut yang sememangnya terletak di dalam bangunan itu. Dia memeluk tubuhnya, berharap dapat menyembunyikan kesan minuman pada bajunya.

 

Menyedari seseorang yang tiba-tiba duduk di sebelahnya dengan jarak yang jauh sedikit, Zaara sedaya upaya cuba untuk menghiraukannya. Dia hanya menunduk merenung lantai menunggu kedatangan Maria.

 

Ermm...

 

Zaara tersentak. Biarpun orang di sebelahnya tidak berkata apa-apa. Tapi dia cukup kenal suara itu. Lantas dia menoleh. Wajahnya yang berang, menjadi lebih berang apabila melihatan Asyraf yang sudah tersengih-sengih di sebelahnya.

 

Boleh lari tak? katanya sambil merenung tajam lelaki itu. Im not in the mood right now, gumamnya hampir tidak kedengaran.

 

Diam. Tiada sebarang reaksi dari lelaki yang bert-shirt biru muda itu berserta topi yang terletak senget di atas kepalanya.

 

Beberapa saat menunggu dan Asyraf masih mendiamkan diri Zaara menoleh lagi ke arah pemuda itu. What do you want, Asyraf? Kalau tak nak cakap apa-apa, can you just please leave me alone? pinta gadis itu dengan suara yang agak keras.

 

Asyraf memandang ke wajah putih bersih Zaara yang sudah merona merah itu. Mungkin gadis itu sedang menahan marah. Zaara, aku mintak maaf sebab langgar kau tadi. Aku sumpah tak sangaja.. ucapnya perlahan.

 

Membuntang biji mata Zaara mendengar kata maaf daripada Asyraf. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya tadi. Apa kau cakap tadi? soalnya sambil laju saja tangannya mengosok-gosok telinganya, manalah tahu telinganya yang bergurau dengan dirinya.

 

Asyraf menarik nafas dalam-dalam. Entah mengapa hari ini dia merasakan dia mahu meminta maaf pada gadis itu. Selalunya dia tidak pernah memintak maaf apabila dia menyakitkan hati Zaara. Tapi kali ini, lain pula jadinya. Apasal aku rasa bersalah dengan dia hari ni? Selalunya aku tak kisah pun..

 

Cuba kau ulang lagi.. sumpah aku tak dengarlah, pinta Zaara mahu Asyraf mengulangi kata-katanya.

 

Sekali tu cukuplah.. gumam Asyraf dengan suara yang perlahan. Malu pula untuknya mengulangi ayat itu. Entah apa yang merasuk dirinya hari ni sehingga mengucapkan kata maaf pada gadis itu.

 

Zaara menguntum senyuman puas. Wajah Asyraf yang mula menunduk diperhati penuh minat. Dalam diam dia memuji kekacakan anak muda itu. Bukan  dia tidak menyedari yang akan ketampanan wajah lelaki itu, hanya hatinya yang sering kali tidak mahu mengaku.

 

Amboi! Dating rupanya kau kat bawah ni!

 

Suara Maria yang kedengaran sinis menyentakkan Zaara dan juga Asyraf. Mereka berdua menoleh serentak. Wajah Maria yang tersenyum nakal dipandang dengan rasa malu dan geram.

 

Mana ada dating! Kau tengok baju aku ni! Zaara bingkas bangun sambil menunjukkan bajunya yang sudah berubah warna. Mamat sewel nilah punya pasal! sambungnya sambil menunding jari ke arah Asyraf yang sudah terpinga-pinga.

 

Eh... kau tu yang tak hati-hati! Jalan tak tengok depan. Ingat kafe tu mak bapak kau punnya? marah Asyraf rasa tercabar apabila Zaara masih menyalahkan dirinya sedangkan memang salahnya.

 

Melopong mulut Zaara mendengar kata-kata Asyraf. Excuse me, jerk! Mak bapak jangan main eh! jerkah Zaara dengan rasa kesabaran yang mula bertaburan. Baru tadi kau mintak maafkan? Kalau macam nilah cara kau mintak maaf, forget it! Aku takkan maafkan kau!

 

Hei! Maria menjerit memotong niat Asyraf yang mahu membalas. Korang ni tak habis-habis bergaduh eh! Tak ada kerja lain ke? marah Maria. Dia sedar banyak mata di ruang lobi itu sudah tertoleh-toleh ke arah mereka. Memang dia malu tapi Zaara dan juga Asyraf tidak tahu ke rasa malu apabila bertekak di hadapan orang ramai?

 

Ni barang kau! Maria menghulurkan buku rujukan serta nota, segala alat tulis dan juga jaket berwarna coklat cair itu kepada Zaara. Dah, pergi balik cepat. Kalau gaduh lagi.. siap korang berdua aku kerjakan! marahnya lagi setelah barang yang dihulurkan sudah disambut oleh Zaara. Dia terus meninggalkan mereka berdua. Pening kepalanya melayan kerenah dua manusia itu.  

 

**********************************************


blankstarenoashamedyawnhmmdisbeliefawwawwaww

Zaara mengawal nafasnya yang tidak teratur memandang Asyraf. Sakit hatinya masih berbekas. Berhadapan dengan anak muda itu ada sahaja yang membuatkan dia rasa tidak senang. Pasti kesabarannya yang selama ini diasuh bertaburan. Asyraf benar-benar pandai menyakiti hatinya.



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

la....xde smbungan ke?

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 1014
Date:

ala...seken plak yg nih..

huhuhu..

besh besh..

kippidap nina...

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

 

SEJAK peristiwa di perpustakaan tiga hari yang lalu, Zaara perasan akan sesuatu. Sesuatu tentang Asyraf yang berlainan. Selama tiga hari Asyraf sudah tidak mencari gaduh dengan dirinya. Terasa tidak sempurna pula hidupnya apabila merasakan Asyraf seperti cuba mengelak diri daripadanya.


Kau.. kalau dah suka Zaara, mengaku ajelah. Hati Zaara mengutuk diri sendiri. Memang dia menyedari bahawa dia menyukai Asyraf. Sudah terlalu lama dia menyukai lelaki itu. Tapi memandangkan Asyraf sering mengusiknya sehingga menyakitkan hatinya dipendamkan sahaja perasaan itu.


Ketika dia berjalan keluar dari bilik darjahnya sementara menunggu perjumpaan kelab fotografinya bermula, dia hanya mahu bersiar-siar mengelilingi kawasan sekolah itu. Hanya mahu menenangkan fikirannya.


Saat dia melimpasi dewan makan,  dia ternampak Asyraf yang mengatur langkah menuju ke dewan makan. Apabila lelaki itu memandang ke arahnya, langkahnya dipercepatkan. Zaara membulatkan matanya. Tepat apa yang disangkanya, lelaki itu sedang mengelak diri dari bertembung dengan dirinya.  Lantas Zaara mengatur langkah mendekati lelaki itu.


"Are you avoiding me?" Zaara terus bertanya tanpa menunggu lagi setelah jarak mereka semakin dekat.


Asyraf menoleh sekilas. "Avoiding?" Dahinya berkerut sedikit sambil menghentikan langkahnya lalu berdiri betul-betul menghadap Zaara. "Apa maksud kau?" tanyanya seolah-olah tidak mengerti.


Zaara mendengus kecil. "Please, Asyraf... cut the act! Aku tau kau tengah cuba untuk elakkan diri kau dari aku."


"Ah, merepeklah!" dalih Asyraf. "Aku nak makan.. I'm hungry. Now please excuse me.." ujar Asyraf ingin meminta diri. Dia sudah berpaling dan mengatur langkah menuju ke dewan makan.


"You're doing it again, Asyraf!" kata Zaara separuh menjerit.


"No, I'm not!" balas lelaki itu tanpa menoleh.


"Yes you are!"


"Whatever you say, Zaara.."


Zaara mencekak pinggang sambil mengeluh keras. Fikirannya ligat berlari memikirkan rancangan apa yang dapat menarik perhatian lelaki itu. Tanpa menunggu lama, dia tiba-tiba duduk mencangkung sambil menjerit seperti sedang menahan sakit. Tangannya menekan-nekan perutnya, berpura-pura bahawa perutnya seperti diserang gastrik.


Asyraf yang terdengarkan jeritan gadis itu terus menoleh ke arah Zaara. Melihatkan Zaara yang sudah duduk mencangkung hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Laju saja langkahnya dihalakan ke arah Zaara.


"Hei... Zaara, kau okey ke?" tanyanya kebingungan sambil menyentuh sedikit bahu gadis itu.


"Perut aku... tiba-tiba rasa sakit pula. Aku rasa macam kena gastrik aje," bohong Zaara lalu mengetap bibir bawahnya. Pandai jugak kau risaukan aku, Asyraf.


"Laa.. kau tak makan ke? Dah jom kita ke dewan makan. Aku belanja kau makan.." ajak Asyraf sambil menarik lengan gadis itu supaya bangun. "Kau dapat bangun tak ni?" soalnya.


Bibir Zaara menguntum senyuman. Terus dia bangun dengan senangnya. "Jom... kita pergi makan. It's on you just like you said!" ujar Zaara lalu melangkah menuju ke dewan makan.


Membuntang mata Asyraf melihat reaksi gadis itu. Baru dia menyedari bahawa gadis itu cuma berpura-pura sakit sebentar tadi. "Zaara!" jeritnya lalu berlari mendekati Zaara. Lengan gadis itu ditarik, memaksa Zaara menghadapnya. Wajah Zaara yang sudah tersengih bagaikan kerang busuk itu telah menyakinkannya.


"Tak sangka pulak kau boleh risau tentang aku..." ujar Zaara dengan nada mengejek.


Asyraf mendengus geram. "It's not funny Zaara,"


"To me it was funny.."


"Seriously Zaara, kau buat aku risau tadi tau! But you were just faking it! Lain kali kalau kau betul-betul sakit aku buat tak tahu-tahu aje!" marah Asyraf rasa tidak puas hati kerana diperbodohkan oleh Zaara sebentar tadi.


"Amboi... marah nampak. Kalau aku tak buat macam tu tadi entah sampai bila agaknya kau cuba elak dari aku," kata Zaara sinis. Namun di dalam hati ada rasa terharu dengan kerisauan yang dipamerkan oleh Asyraf. "Dah tiga hari tau kau ignore aku. Rasa macam pelik aje hidup aku ni bila tak gaduh dengan kau. Macam tak complete je.." sambungnya tanpa menyedari apa yang baru dituturkannya.


Bibir Asyraf menguntum senyuman nakal. Yakin benar apa yang dirasakannya saat ini. Dia memeluk tubuhnya sambil memerhati wajah Zaara yang kelihatan bersahaja berdiri di hadapannya.


"You miss me... aren't you?" tanya Asyraf lambat-lambat.


Zaara tersentak. "Apa kau cakap?"


"Kau rindukan aku, kan?" ulang Asyraf lagi.


Serta merta wajah Zaara merona merah. Malu dengan soalan Asyraf. "Apa kau merepek ni, Asyraf?"


"Eleh, dah tak nak mengaku. Baru sekejap tadi kau cakap yang hidup kau macam tak complete kalau tak gaduh dengan aku," Asyraf mengulangi kata-kata Zaara tadi.


Zaara terdiam. Dia mahu membalas kata-kata Asyraf untuk menyelamatkan dirinya. Tapi bibirnya terasa kelu. Apa yang harus diperkatakan. Perlukah dia berterus terang sahaja. Tapi tidakkan memalukan apabila dia berterus terang tentang perasaannya.


Melihatkan gadis itu terdiam, Asyraf menghela nafas dalam-dalam. Wajah Zaara yang menunduk dengan pipinya yang merona merah itu mencuit hatinya.


"Zaara.." dia bersuara perlahan.


Zaara mengangkat wajahnya perlahan, membalas pandangan mata Asyraf. Hatinya sedikit gelisah dengan pandangan mata lelaki itu, tapi dia menguatkan dirinya untuk melawan renungan Asyraf.


"Can we give it a try?"


Berkerut sedikit dahi Zaara mendengar soalan Asyraf yang tidak difahaminya itu. "Pasal apa?"


"You and me.. in relationship?"


Kini Zaara mula memahami apa yang dimaksudkan oleh Asyraf. Bibirnya menguntum senyuman kecil. "Kau merepek eh?"


"Merepek apa pulak! Im serious, Zaara. Like... dead serious!" ujar Asyraf. Bukan dia tidak tahu Zaara menyukainya dalam diam. Dari anak mata gadis itu dia dapat merasakan perasaan Zaara. Dan dia juga begitu. Cuma tidak pasti bagaimana mahu berterus terang.


"Ah.. diamlah!"


Begitulah kisah antara Zaara Ameera dan Ahmad Asyraf yang dari mulanya sering kali bergaduh tapi dalam masing-masing menyimpan perasaan suka. Dan akhirnya Asyraf memberanikan diri untuk mengatakan apa yang diingininya. Bagi Zaara jika sehari tidak bergaduh dengan Asyraf, tidak sempurnalah rutin sehariannya. Mungkin hubungan mereka yang baru ini memberi hikmah yang bermakna di antara mereka.



**********************************************

 

TAMAT.. sorry sbb pendek sangat. yala kan.. nama pun cerpen buat pendek ajela. okay, nina nak ucapkan terima kasih pada sesiapa yg sudi baca cite yg tak seberapa ni. harap maafkan nina kalau cite ni tak masuk akal. hehe... :)

 

Assalammualaikum... 



-- Edited by Nina Adrina on Thursday 28th of June 2012 07:03:02 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1014
Date:

yg nih first balik...

huhuhuh... besh-besh..

nak tamat dah pun..

eh nina?? cerpen nih ko cipta ke? ko amik org punya...

kalo ko punya... ko kena buat lah copyright..

tapi camner nak buat copyright plak ekk..

entah la nina...apepun..kimsalam kat mak..





__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

ohh dh tamat.....tqqq..krna kongsi citer

__________________

 someOne .....is..waiting..



Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

chikun... haha... sendirilah cipta.
entahlah camne nak buat copyright. kalau dpt nina dpt buat memang buatlah.

oh, kalau nak tgk hasil ciptaan nina lagi, singgah kat blog nina...
dkt blog nina ada novel... :)

http://loveninaadrina.blogspot.com/

dream high... thanks sbb sudi baca.. sudi2lah singgah ke blog nina.. :)

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

beshnye

__________________
Bagai jatuh ditimpa tangga,tangan pulak terkena taik ayam
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard