Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cinta gadis dejavu


Super Member

Status: Offline
Posts: 1014
Date:
Cinta gadis dejavu


Bila aku putus cinta dengan awek pertama hingga buat aku sasau berbulan-bulan lamanya mencetuskan satu kegilaan baru. Aku start menulis surat pada perempuan-perempuan yang aku tak kenal yang aku dapat alamatnya dari pelbagai majalah. Aku luahkan isi hati aku serta rasa tak puas hati aku pada golongan perempuan yang pada dasarnya ku anggap lemah dan perlu dilindungi sebaliknya tanpa sedar bagaikan asid yang tercurah ke muka hingga aku hampir hilang keyakinan diri.

Sebaris ayat dari diari arwah abang aku yang aku jumpa dalam poket seluar jeans dia yang diserahkan doktor di bilik mayat tercatat;

"Kalau tak dapat diluah pada orang, luahkan pada kertas usang..
walaupun ia bisu dan pekak, itu lebih baik dari hati yang bengkak."

Lantaran itu aku menulis dan terus menulis. Lalu aku utus ke setiap alamat yang tertera nama perempuan di merata tempat. Pada mulanya tiada kepuasan sebab tak seorang pun yang balas. Mungkin mereka fikir aku 'psiko'. Orang gila yang kehilangan awek kemudian cuba tagih perhatian. Manakan tidak, aku asyik bercerita tentang perasaan indah mendampingi gadis idaman yang saban waktu muncul dalam mimpiku. Siapa dapat sangkal ia mungkin jodoh bila setiap malam bermimpikan wajah yang sama. Enam bulan kemudian betul-betul bertentang empat mata hingga meremang bulu roma - teruja! Kemudian dia hilang tanpa sempat aku sapa. Sebelum muncul semula enam bulan kemudian dalam bilik kuliah yang sama. Aku bertambah yakin bila dia yang memulakan langkah pertama. Sekaligus mengenepikan semua jejaka yang turut berusaha memenanginya. Dari sehari ke sehari dia mula bercerita. Tentang takdir hidupnya yang pelbagai warna. Aku pun menjadi pendengar setia. Mengikut rentak ceritanya yang tak ubah sepertiyang aku tulis dalam diari setahun sebelumnya.

Tapi kenangan bersamanya bukan hanya dalam mimpi. Bila sampai plot yang teruk boleh terjaga mengurut dada. Walaupun dulu aku seronok menulis dalam diari perihal gadis misteri yang selalu singgah saat terlena. Meruntun rasa simpatiku pada seraut wajah sayu penuh tandatanya. Skrip mimpiku waktu itu selalu saja sama. Bermula dengan dia mengheret aku pergi ke daerahnya yang kelam sambil merayu aku untuk menyelamatkannya entah dari apa atau siapa? Diakhiri dengan adegan dia mengejar aku yang melarikan diri kerana tak sanggup bersamanya di daerah sekelam itu. 

Tapi akhirnya aku berdepan dengan raut wajah yang sama. Sesekali aku melihat deraian air mata yang sama. Dan mendengar cerita sedih yang hampir sama. Deja-Vu kata orang. Anehnya deja-Vu aku berlaku dalam mimpi! 


Maaf, aku bercerita lagi tentang kisah dia. Maaf juga kepadanya kerana akhirnya dalam realitipun aku melarikan diri lagi. Membiarkan dia keseorangan mengharung gelora zaman remaja. Dan walau telah jauh aku berlari, hati aku masih tertinggal di sana. Sehingga perasaan bersalah ini menghumban aku dalam bencana! 

Sepatah kata sebelum aku pergi yang mungkin masih terngiang di telinganya.. "Saya berkawan dengan awak hanya untuk melihat sejauh mana mimpi saya jadi nyata. Sebahagian saya dah lalui, sebahagian lagi saya tak sanggup!"

Bukan tak cinta, cuma rasa terpedaya. Rupanya dia sudah punya kekasih dan ramai pula sparetyre. Katanya aku penyelamat dari kehidupannya yang bercelaru dan tak bahagia, tapi aku tetap terasa macam 'mangsa'. Ego menyuruh aku lari!

Berbalik kepada kegilaan aku menulis surat pada penerima-penerima misteri tadi. Dalam setiap sepuluh surat yang aku kirim, tujuh tak berbalas. Satu menunjukkan simpati dan menasihati aku agar kuatkan semangat. Dua lagi mengeji aku balik! Menyalahkan aku yang sengaja lari dari masalah. Anehnya aku lebih berminat membalas surat-surat kejian berbanding yang berbentuk sokongan. Aku rasa puas bila dapat bertekak dengan mereka walaupun sebenarnya tak dapat mengubah apa-apa! 

Paling menarik bila aku mula 'berperang' surat dengan seorang perempuan yang mengakui dirinya anti lelaki. Mulalah kami bergaduh tentang pelbagai perkara yang melibatkan ego masing-masing. Tulisannya sangat kesat, tegang dan bisa. Aku pula tiba-tiba menjadi sangat kreatif menjawab setiap tohmahannya. Diam tak diam lebih setahun kami berperang. Sempatlah aku koleksikan surat-surat dia yang dah dekat sejengkal aku terima. Mungkin sebab dah bosan berutus surat 'cercaan', aku berhenti menulis kepadanya. Atau mungkin juga sebab aku dah bertemu kekasih baru buatkan aku malas melayan bayang-bayang sepertinya. Tapi dia masih lagi mengirimkan aku 'sajak-sajak biol' yang ditulis pada tisu tandas mahupun kad raya cina. Aku dapati kata-katanya sangat lucu - tak sekeras dulu. 

Kemudian aku utuskan surat terakhir untuknya. Aku berterus-terang tentang kekasih baru yang perlu kujaga hatinya. Dan aku tidak mahu 'permusuhan' kami merosakkan hubungan baru yang sedang terjalin. Aku ingin undur diri sekaligus menamatkan epilog tak berkesudahan kami. Tak lupa aku berterima kasih padanya kerana secara tak langsung 'hubungan pelik' kami buatkan aku lupa pada bekas kekasih lama. 

Beberapa hari kemudian aku terima sekeping pos laju. Di dalamnya ada sehelai daun kering yang tertulis dengan liquid paper padanya..

Tahniah! Kerana memenangi 'peperangan' ini. Kau bukan saja berjaya menemui cinta baru, malah membuatkan seorang 'anti lelaki' sepertiku mula mencemburui wanita lain yang bahagia..

Enam bulan kemudian aku terima kad Walimatul Urus darinya. Kisah cinta aku pula - rasanya diperdaya lagi!
 


__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

wah best

__________________
Bagai jatuh ditimpa tangga,tangan pulak terkena taik ayam


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

napa aku pening baca ni

__________________
ehem


Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

ko mmg cawan

__________________
Bagai jatuh ditimpa tangga,tangan pulak terkena taik ayam


Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

simple tp padat....best2...wlopon kopi pes

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1014
Date:

betul tuh.. pasal simple tp padat la aku kopi pes..

err...milo beng satu...

ahahaha...

eh.. daun kesum..ko ke pemilik cerpen nih??

huhu

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Super Member

Status: Offline
Posts: 570
Date:

x tau pulak lelaki suke bace citer romance cenggini....

mane x nye, asal tgk ayat yg pnjg jerk, dah tanak bace....

itulah lelaki.... haha

__________________

kuro vs shiro



Super Member

Status: Offline
Posts: 1014
Date:

cik sahur,.. citer nih bukan citer romance ye...

citer romen citer nasib do re mi...

masa bapak si nora nak beli vespa x cukup duit...

boleh bwk awak pegi taman...romen-romen....

hahahaha

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard