Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: TAUBAT


Senior Member

Status: Offline
Posts: 371
Date:
TAUBAT


Kalo dimelayukan...TOBAT..ermmm..

Aku bab agama kureng..so nk tnya berkenaan taubat ni.
Solat taubat ni boleh dilakukan banyak kali or sekali dlm seumur idup?
aku konpius la..sbb ada yg kata sekali dlm seumur hidup.
ada yg aku baca, blh buat bnyk kali kalo ada melakukan dosa, tp lain2 dosa la. tp lepas tu kena la btl2 menyesal n tak akan melakukan dosa tu lagi.

Kita hari2 ada melakukan dosa tanpa kita sedari. dosa kecik or dosa bsr.

Kalo solat taubat tiap2 hari boleh ke? xkisah la kalo taubat utk dosa besr or kecik?

aku tanya psl ni sbb alang2 ada hamba Allah ni bertanya berkenaan taubat, aku pun tertiba terfikir nk tnya soalan yg warna merah kt atas tu.

** ada sorg hamba Allah ni...yg aku kenal. Aku bkn nk aibkan ye..korg xkenal dia kan..kan...kan...sbg iktibar & pengajaran. kalo sbut je berzina ni....mmg dah biasa dgr kan..kan...so hamba Allah ni pernah berzina atau dgn kata lain, terlanjur la ngn bf dia. sampai la diaorg pun dah kawen. jadi persoalan nya, mcm mana hamba Allah ni nk melakukan solat taubat? sbb taubat ni kira kita minta ampun n berjanji tidak akan mengulangi dosa2. tapi kalo ikut kes hamba Allah ni dia da kawen. dah tentu la tak akan mengulangi berzina dah kan.....erm...mcm mana ye. cukup sekadar berdoa pada Allah SWT minta diampukan dosanya yg telah lalu?

aku nak cari sumber2 yg betul2 sahih pun  aku xtau. aku pun xberani la nk beceramah kt hamba Allah ni...ye la..aku sendiri pun tunggang langgang...kan...cari kt encik Google pun mcm2 aku baca. takut nanti lain plak yg fhm.



__________________

~~~~ No Need To Die To Prove A Lie ~~~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 4540
Date:

Sepembelajaran aku, tiada Solat Sunat yg hanya boleh atau hanya perlu dilakukan sekali JERKKKK...

Berbalik pada kes Solat Taubat..
Aku bagi contoh antara manusia dgn manusia..
Semalam kita buat salah dgn member kite, so kita minta maaf hari semalamnya jugak..
Hari nie kite terbuat salah lagi, so adakah kita tak payah nak mintak maap, sbb smlm dah mintak maap???
Rasanya sama gak gan Solat Taubat, semalam kita dah buat kesalahan dgn Allah...
Setiap kali buat dosa, mohonlah keampunan Allah salah satunya dgn Solat Taubat dan berjanji takkan buat lagi...
Tak kisahlah dosa kecil ke dosa besar... Lagipun dosa kecil nie kalo kumpul2, boleh jadi byk...

Sex selepas kawen dan sebelum kawen due bende yg berbeza..
Satu halal, satu haram...
Mane boleh campurkan yg halal dan yg haram..
Mane Islam pernah ajar, dosa zina terhapus jika penzina berkahwin dgn penzina...
Walaupun pasangan yg same, tapi keadaan tetap berbeza...

Dan puan mei mei kene ingat, kuota laki nie empat..
So tak mustahilkan boleh terlanjur lagi...
Dan sejarah telah menunjukkan dan media telah membuktikan,
Yg berkahwin pun kantoi dengan Jabatan Agama...
Samada yg Suami atau Isteri, due2 boleh jadi...
So tak boleh kate DAH TENTU, tapi keberangkalian berlaku zina tu KECIK jer la...
hampir mustahil tapi tak mustahil... :p




__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 1002
Date:

taubat ke tau buat?

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2475
Date:

 

ISTILAH TAUBAT

 

Taubat dari segi bahasa .. mensucikan diri .

Dari segi istilah syara  menurut Imam Ar-Raghib Al-Ashfahani ` taubat adalah meninggalkan dosa kerana keburukannya, menyesali dosa yang dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya .

Menurut kata Imam an-Nawawi , Para ulamak berkata `Bertaubat dari setiap dosa  hukumnya wajib. Jika  maksiat(dosa) antara hamba dan Allah, syarat bertaubat ada 3, tetapi jika berkaitan dengan manusia syarat2 bertaubat ada 4..

 

DALIL MEWAJIBKAN BERTAUBAT

 

Firman Allah SWT surah An-Nur ayat 31 bermaksud: dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang mukmin, semuga kamu mendapat kemenangan.

Surah At-Tahrim ayat 8 yang bermaksud: Wahau orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang bersungguh-sungguh).

Surah Al-Maidah ayat 39, bermaksud: Barang siapa bertaubat sesudah melakukan kejahatan, lalu memilih jalan lurus, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya, dan Tuhan itu Maha Pengampun Maha Penyayang.

Surah Al-Baqarah, ayat 222 maksudnya: sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan orang-orang yang mensucikan diri.

Sabda Rasullulah SAW bermaksud:` orang yang bertaubat dari dosanya itu, samalah seperti orang yang tiada mempunyai dosa lagi. ( maaf .. perawinya tidak disertakan dalam buku tersebut..)

Sabda Rasullulah SAW bermaksud:` sesungguhnya Tuhan bersedia menerima taubat seseorang hamba selagi nyawanya belum sampai ke kerongkong. ( maaf .. perawinya tidak disertakan dalam buku tersebut..)

 

Begitulah dalil-dalil supaya semua orang-orang Islam bertaubat (mensucikan diri) daripada dosa yang kita lakukan.

 

Syarat-syarat taubat:

Para ulamak telah menentukan beberapa syarat taubat yang perlu dipatuhi supaya taubat dianggap sempurna iaitu :-

i)                    Menyesal melakukan dosa-dosa yang telah lalu

ii)                   Mensucikan diri dari dosa, iaitu meninggalkan perbuatan-berbuatan yang mengakibatkan dosa (seperti perbuatan maksiat dll)

iii)                 Berazam untuk tidak melalukan dosa-dosa tersebut selagi hayat dikandung badan

 

(jika terlibat dengan dosa diantara manusia dengan manusia, memohon ampun atau maaf dengan manusia/orang berkenaan)

HUKUM MELAKUKAN SOLAT SUNAT TAUBAT

 

 

Hukum melakukan Solat Taubat ialah sunat kerana Solat tersebut termasuk dalam himpunan solat-solat sunat.

 

WAKTU MELAKSANAKAN SOLAT TAU BAT

Boleh dilakukan bila-bila masa sekurang-kurangnya 2 rakaat. Tidak ada waktu yang dikhususkan boleh didirikan waktu siang atau malam samada pagi, tengahari petang atau malam. Walaubagaimana pun waktu terbaik adalah di waktu malam iaitu 2/3 malam.

 

TEMPAT MELAKSANAKAN SOLAT

Diriwayatkan oleh zaid bin Thabit, Rasullulah SAW bersabda bermaksud: Sembahyang seseorang dirumah lebih afdhal dimasjidku (Masjid Nabawi) kecuali sembahyang yang wajib (riwayat Abu Daud).

Solat-solat sunat termasuk Sunat taubat lebih afdal dilakukan di rumah.

 

HIKMAH SOLAT TAUBAT

Kebaikan atau hikmahnya mengikut para ulamak diantaranya solat itu untuk membersihkan dosa-dosa kita yang lalu dan kita lebih bersungguh2 bertaubat.

 

BERAPA BANYAK PERLU SOLAT TAUBAT

Tiada batas untuk kita melakukan solat taubat.Lebih banyak solat adalah lebih baik.Dan dengan solat juga kita lebih hampir dengan Allah SWT.

 


Rujukan Buku:

Nasihat Agama dan Wasiat Iman Imam Habib Abdullah Haddad (alihbahasa Syed Ahmad Semait Pustaka Nasional)

Misteri Solat Sunat taubat Kembali Ke Pangkal Jalan Mohd Sofwan Amrullah Berlian Pulication Sdn Bhd)

Himpunan Solat-Solat Sunat Susunan kamaruddin Mahmod Asyraf Trading Sdn Bhd

 


 

(Nota:  aku  bukanlah seorang yang sangat arif tentang agama ... namun aku ingin berkongsi sedikit mengenai petikan dari buku-buku yang aku beli ... kerana berbicara tentang agama ... penjelasan jika boleh lengkap dan tidak mengelirukan .... penjelasan di atas mungkin kurang lengkap ... jika ada rakan-rakan lain yang lebih arif .. bolehlah `share' untuk menmabah ilmu yang ada ... terima kasih...)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2475
Date:

adik mimi ... seperti dlm penjelasan kat atas nuu ... solat taubat sebaiknya kerap dilakukan ... (banyak kali pon boleh)

solat sunat yang sekurang2nya sekali seumur hidup tu ... Solat Tasbih ... atleast .. sekali dalam hidup kat dunia nii ..

hari-hari boleh solat taubat .. itu sangat baik ... samada telah lakukan dosa besar atau kecik ... tapi ... jangan lah dah taubat .. ditambah dengan solat lagi .. lepas tu .. ulang lagi dosa2 tu .... x boleh lah macam tuuu ...

bagi yg berzina kemudian berkahwin ... dosa zina yang lalu kena mohon ampun dengan Allah SWT dan bertaubat nasuha ... samada dosa tu diampun atau tidak ... itu bukan kudrat kita menentukan ...tapi jangan berputus harap atau berputus asa ... kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pnyayang ....

bagi kawan adik mimi tu ... samada dia tidak mengulangi lagi dosa yang lalu ... terserah pada dia ... mudah2an tidaklah ... tapi seperti kata incik Mat .. potensi lelaki terdedah pada zina lebih luas ... begitu juga perempuan ... terserah pada kekuatan iman masing2 dan kehidupan sekeliling ....

ha ... bgitulah adik mimi ... kita sebagai orang Islam ... basic agama kena kukuh ....  kalo kurang maklum tentang sesuatu perkara .. tanya pada yang arif ... kalo kita kurang tahu atau kurang paham .... jelaskan kat orang yang bertanya .. yang kita juga x berapa nak tahu ... nantilah kita cuba bantu .. tanya sapa2 yang berkenaan ...

 

sekian terima kasih ... dahaga pullak tekak ni ... dik .. belanja ler orange peel freshh .... yg bersari nuuuuu .... biggrin

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 371
Date:

Matematik---->>>>Thx la pasal info n jugak tegur aku psl DAH TENTU tu. aku silap plak. sbb aku cuma tumpukan kt hamba Allah ni je. tp DAH TENTU tu pun perkataan yg xsesuai plak. btl la..masa akan dtg kita xtau apa jadi. erm...Insyallah...tak dekat hamba Allah ni.

Pak Badut--->> Thx pak badut. Insaf aku baca apa yg pak badut paste kt atas tu. blh la aku bg hamba Allah ni baca. dlm masa yg sama aku pn tau jgk.



-- Edited by Mei Mei on Wednesday 16th of May 2012 11:55:25 AM

__________________

~~~~ No Need To Die To Prove A Lie ~~~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2475
Date:

adik mimi ... terima kasih kembali ... aku bukan `copy paste' ... tapi aku `collect' dari buku2 rujukan ... tulisan dan terjemahan jadik sedemikian lah ... maklum .. orang tua ... ngehehehehe ...



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2047
Date:

ilmu dari orang tua atau muda, asalkan ia nasihat yang baik, kita terima insyaAllah.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 371
Date:

paste mksd aku di sini adalah taip kt atas tu la...adoiii...jgn la terasa pak badut..aku mintak maap..ye la...org tua2 ni mudah kecit ati nyer..:P
lgpun aku ni bkn pandai berbahasa basi ni....bm fail..aku main redah taip je....aii...

ye la ijoi...betul tu....

__________________

~~~~ No Need To Die To Prove A Lie ~~~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2475
Date:

ha ha ha ha .. ye ke? haku tang basa orang putih niii ... memang selalui kantoi dik mimie ... x ada terasa ape pon dik ..... bagi haku kalo copy paste .. bahasa dia lagi indah dan tersusun cantik jek .... lengkap ... biggrin



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard