Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Al-Fatihah : BOB KUMAN meninggal dunia


Super Member

Status: Offline
Posts: 1014
Date:
Al-Fatihah : BOB KUMAN meninggal dunia


KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak, Husni Rawi atau Bob Kuman disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini.

Kematian artis komedi terbabit yang berusia 40 tahun disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama "Jangan Pandang Belakang Congkak" di Hulu Langat tahun lalu.

Menurut personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidek, arwah dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada beliau.

Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR.

"Berapa minit buat CPR?," soal Mazidul.

"Lebih kurang 20 minit bang," balasnya.

Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan Bob meninggal dunia 8 minit kemudian.

"Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar," ujar kakitangan hospital terbabit.

Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya.

Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan.

Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah, C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

 

Al-Fatihah..

 

Innalillah...
penderitaannya berakhir
moga Allah tempatkan dia bersama orang beriman



__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1504
Date:

Alfatihah dan takziah...
Sejak bila Bob Kuman kahwin?
aku xtau lak dia dh ade isteri


__________________
Aku IBU si Comel...


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 89
Date:

Al-fatihah.... Semoga arwah tergolong didlm org2 yg beriman..... Amin!!

__________________

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"-QuOte


Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard