Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Benci Dulu Sayang Kemudian


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:
Benci Dulu Sayang Kemudian


"Where the hell is your brother!!?" Sergah Syafira setelah membuka pintu bilik Adryan. Syafira menajamkan mata melihat setiausaha lelaki itu sedang bertenggek di atas meja dengan pakaian seksinya. Perasan dirinya diperhatikan. Perempuan yang bertenggek itu pergi denga lenggang lenggoknya.

"Saya cakap dengan awaklah Ryan,tolong jangan buat pekak pulak" bicara Syafira geram.

"Kau ni kenapa datang pejabat aku nak marah-marah"Adryan menyandar malas sambil menjeling ke arah Syafira yang mukanya sudah kemerah-merahan menahan marah.

"Mana saya tak marah,saya tanya awak mana abang awak pergi" soal Syafirah lagi. Adryan sudah tertawa kecil sinis bunyinya.

"Kau ingat ini kaunter pertanyaan atau agensi mencari orang hilang?. Tolonglah,macam tak ada tempat lain kau nak tanya." balas Adryan sambil lewa membuat Syafira mengetap bibirnya geram.

"Saya rasa tempat yang sesuai cari Asyraff kat sini je. And he is your brother and both of you pun close,so tipu lah kalau awak tak tahu dia di mana kan" Syafira meninggikan suara sambil mencekak pinggang. Geram ni,kalo tak geram tak adnya nak cekak pinggang macam orang tua-tua.

"Kalau aku tahu dimana abang aku pun rasanya aku takkan bagitahu kau. Tengoklah perangai serupa serigala meroyan. Eishh aku rasa abang aku lari sebab tak tahan dengan perangai serigala kau tu" ejek Adryan

"Ryan nie bukan masa nak cari gaduh tau. Majlis perkahwinan lagi dua harilah,boleh tak awak jangan main-main" Syafira memandang wajah lelaki yang tidak berperasaan tu. Eeee geramnya rasa nak tinju je muka mamat nie.

"Aku tak tahu abang kat manalah,eh kau ni tak faham bahasa ke? Penat la aku cakap aku tak tahu la. Aku ada banyak kerja lagi nak buat." ujar Adryan.

"Kerja apa sangat yang awak banyak kerja nie? Owwh awak kan buaya tembaga tentulah banyak kerja kan. Hari-hari nak tukar awek,memanglah banyak kerja." perli Syafira. Adryan memandang wajah gadis dihadapanya kemudian ketawa kecil sambil berjalan menghampiri gadis itu. Hanya beberapa langkah dari kedudukan mereka. Mata beradu mata.

"Kau ni suka sangat cari pasal dengan aku kenapa? suka sangat cari gaduh dengan aku,kau dengki dengan aku ni kenapa? Suka hati akulah nak buat apa pun. Asyraff yang kau puja-puja boleh lari time last-last minutes. Kesian lah kau ni perempuan,sekarang nie kau nak buat apa ya? Aku pun terfikirlah ermm......." Adryan menaikkan keningnya bagaikan mencabar gadis itu.

"Awak ni kan..."guman Syafira geram dan serentak itu pintu bilik dibuka dari luar dan mereka serentak berpaling ke arah pintu bilik Adryan yang dibuka dari luar itu. Kelihatan Dato' Amran dan Dato' Kamarul memandang ke arah mereka berdua.

"Papa..?" Adryan memanggil pelik

"Ayah..." Syafira juga memanggil pelik melihat ayahnya disini. Kedua mereka menyebut serentak.

"Erm..baguslah dua-dua ada disini" Dato' Amran masuk kebilik dan menutup pintu bilik Adryan.

"Papa dah berbincang dengan Uncle Kamarul, majlis perkahwinan akan diteruskan juga."

"Asyraff da balik uncle?" ujar Syafira teruja

"Nope sayang,tapi kami cadang majlis itu tetap akan diteruskan juga,tetapi pengantin lelakinya adalah Adryan" Dato' Kamarul pula menyambung.

"No !! " keduanya menjerit serentak. Mata macam nak terkeluar dengar arahan orang tua mereka,dari universiti lagi mereka memang tak boleh nak rapat. Apatah lagi ke gerbang perkahwinan,rosaklah rumah tangga.

"No more excuse anymore" tegas Dato' Amran.

"Kami tak boleh kahwin papa ! Kenapalah Ryan pula yang terlibat ni?" Adryan memandang Syafira jengkel. Eee !! kecik je aku tengok minah serigala ni.

"Sebab kamu ahli keluarga ni,automatik kamu terlibat. Kamu nak keluarga kita malu ke Ryan?" soal Dato' Amran.

"Papa,Ryan taknak kahwin dengan serigala jadian ni" bangkang Adryan. Syafira yang mendengar sudah angin,ewaahhhh macam la aku nak kahwin sangat dengan mamat ni. Boleh pula dia kata aku serigala? depan-depan pula tu.Bikin hot la mamat ni.

"Ayah..Fira taknak kahwin dengan buaya tembaga ni" Syafira membela diri pula sambil menjeling ke arah Adryan yang memandangnya tajam. huh tak takot lah !!

"Kami tak nak dengar apa-apa alasan lagi dah. Yang kami nak kamu berdua bersiap untuk majlis dua hari lagi. Kami dah sepakat dan takkan ada bangkangan daripada kamu berdua. Faham !!" suara tegas Dato' Amran mematikan bicara keduanya.



__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

Hari yang di janjikan telah tiba, sekali lafaz saja Syafira sudah sah menjadi milik Adryan. Tiba masa untuk menyarungkan cincin.
Syafira memandang wajah Adryan yang suram. Memang kena kahwin paksa betul mamat ni. Eeehh aku pun kena kahwin paksa
jugakan,macam nak pergi je depan cermin tengok muka aku yang dah macam tapai basi milik buaya tembaga ni tak?... emmm

"Dah,sarung cincin cepat" Adryan yang disergah mencapai tangan Syafira.Wah lembut juga tangan minah serigala ni,tak padan
dengan garangnya..tapi lembut,erm...sejuk tangan minah ni. Syafira manarik kembali tangannya,Adryan juga tarik. Keduanya main
tarik-tarik tangan.

"EHEM!" sergahan dari mama dan ibu membuatkan keduanya terdiam. Pantas Adryan menyarungkan cincin ke jari manis milik Syafira
yang putih melepak. Kulit cantik,muka cantik,patutlah jadi rebutan dekat universiti tu. Tapi kami tak boleh jadi kawan,ada je perkara yang menjadi pergaduhan. Rasanya kita orang ni pun tak pernah sekali cakap baik-baik.

"Salam tangan suami kamu tu Fira" Syafira mencebir bibir memandang wajah riak Adryan. Dengan senyuman palsu,lantas dicapai tangan itu lalu dicium bagaikan mereka pasangan yang bahagia,kononya.

Syafira dan Adryan yang berada di dalam bilik masing-masing buat muka toya. Hendak bergaduh,letih dengan majlis serta phothographer yang seakan-akan mahu menyiksa mereka dengan menyuruh mereka melakukan pelbagai jenis 'posing' pasangan bahagia. Duduk berduaan dalam bilik ini,tak tahu nak buat apa. Tak patut betul suruh berposing macam-macam,kan dah tercipta pengantin kena suap kek di hidung. Syafira tertawa kecil mengingati macamana geramnya dia tadi,kek yang sepatutnya disuap dengan penuh kasih syang dimulut,melekat di hidung. Yang geramnya,mamat buaya ni balas balik.


"Dah gila apa tersengih-sengih" perli Adryan, Syafira yang ditegur menjeling lantas masuk ke dalam bilik air mahu membersihkan diri.
Malas nak bergaduh malam ni,kalu nak bergaduh tunggu tenaganya pulih dulu ya.

Syafirah keluar dari bilik air dengan seluar pendek paras peha dengan singlet hitamnya. Adryan yang melihat sudah menelan air liur.
ehh..minah ni,nak goda aku ke apa? Lupa ke yang kita ni kena kahwin paksa? Eee..selamba je dia pakai macam tu depan aku,tak takut ke aku terkam dia malam ni?? Ke dia memang sengaja nak goda aku ni? Alah..kalau aku terkam pun,tak salah,dia dah jadi isteri aku..hahaha.

Adryan memandang wajah Syafirah yang selamba berbaring di sebelahnya tanpa ada riak wajah takut. Selambanya minah nie,eh..macamana nak takut,nama pun minah serigala.

"Woi minah" panggil Adryan. Syafira memandang wajah Adryan disebelahnya sambil menjungkitkan keningnya. Matanya sudah tak larat nak buka.

"Siapa suruh kau tidur atas katil ni" soal Adryan

"Habis tu awak nak saya tidur dekat mana? sofa? lantai?? emm..kalau itu yang bermain difikiran awak yang kurang cerdik tu lebih baik awak je yang tidur kat situ,dah-dah jangan kacau saya,saya nak tidur penat tau!!" hah ambil kau,kan dah naik satu lagi tone volume haha. Adryan sudah terkebil-kebil,ehhh minah ni brani dia marah aku,dahla tidur atas katil aku. Jangan harap aku nak tidur atas lantai.

Syafira yang bangun keesokan paginya mengosok mata perlahan,dia terasa sesuatu yang melingkar di pinggangnya,lantas menyelak blanket yang menyelimuti tubuhnya. Bibirnya mengetap geram melihat wajah Adryan lena tidur sambil memeluk pinggangnya. Wahhh...moleknya mamat buaya ni tidur,siap peluk aku lagi. Ingat aku ni bantal peluk ke ape ! Lantas Syafira bangun dan menangkis tangan lelaki itu.
Syafira yang sudah siap mandi dan berpakaian pejabat melangkah keluar dari bilik air. Matanya memandang wajah Adryan yang menyandar di katil. Jelingan maut diberikan.

"Lena tidur malam tadi..opps..mestilah lena tidur disebelah aku yang hensem ni kan" bicara Adryan yang tersengih-sengih.

"Better awak bangun and pergi sembahyang subuh dan jangan nak perasan sangatlah ye! Tak ada awak pun saye boleh tidur lena.
Oppss saya rasakan Ryan,awak yang tidur lena sebab dapat peluk saya kan" balas Syafira sambil senyum sinis. Adryan tertawa besar,mungkin tidak percaya.

"Aku peluk kau?? Lebih baik aku peluk tiang tepi jalan tu tau" mendengar Adryan berbicara seperti itu membuatkan Syafira melangkah menghampiri Ryan di katil itu. Semakin dekat ke katil,Syafira tunduk menyakan wajahnya sehinggakan boleh mendengar nafas masing-masing,lalu Syafira berdiri.

"Oww..yeke? Jadi lepas ni apa kata awak tidur dekat tepi tiang dekat jalan raya tu supaya saya rasa selamat sikit. Saya rasa tak selamat tidur di sebelah buaya tembaga macam awak ni,lagi-lagi saya bangun pagi tengok awak peluk saya. Eeee...seram lah pula,so better awak tidur pakai baju la ye,sebab saya tak selesalah awak peluk saya dalam keadaan macam tu. Gross" Syafira lantas berpaling dan terus menuju keluar dari bilik mereka.

Adryan mengetap bibirnya lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Eh..aku peluk dia ke malam tadi? Tengok muka dia macam tak tipu. Errmm patutlah aku lena je tidur semalam..hahahha. Adryan lantas mencapai tualanya lalu ke bilik air.

Syafira yang berda di biliknya merenung merenung ke langit melalui tirai jendela pejabatnya. Keluhan dilepaskan, air mata hampir menitis dikesat kasar. Dia benci dengan keadaan sekarang,dirinya berpura bagaikan tiada apa tetapi hatinya terhiris bagai dihiris pisau belati yang tajam.

"Jauh awak termenung Fira" soal Lyna membuatkan Syafira terkejut.

"eh..bila awak masuk Lyna? saya tak perasan pun" soal Syafira pelik,Lyna ketawa kecil melihat sahabatnya yang terlalu jauh termenung sampaikan dia masuk pun Syafira tidak perasan.

"Mana nak perasan,asyik berangan je,apa yang menganggu fikiran awak ni Fira? Pasal Asyraff ke?" soalan Lyna membuatkan Syafira terkedu.

"Emm..saya asyik memikirkan kenapa Asyraff buat saya macam ni,dulu dia yang beria-ria ajak saya kahwin,sampaikan saya tak sempat nak buat persiapan langsung,sekarang tengok apa jadi,dia tinggalkan saya macam tu je,sampaikan saya terpaksa kahwin dengan adiknya yang buaya tembaga tu. Awak rasa dia nak balas dendam sebab saya selalu bergaduh dengan Ryan ke" soal Syafira sambil memandang wajah Lyna.

"Taklah saya tak fikir macam tu,tapi apa yang saya tau,dia rugi kerana lepaskan awak. Kalau saya jumpa dengan dia,nahas dia saya kerjakan sebab buat kawan baik saya kahwin dengan buaya tembaga hensem tu" ujar Lyna sambil mengenggam tanganya. Serentak kami tertawa apabila mendengar Lyna menyebut buaya tembaga hensem tu.

"Dahlah fikir pasal Asyraff tu,sekarang saya nak tahu,apa perkembangan antara awak dengan Ryan" soal Lyna dengan teruja.

"Awak rasa apa lagi yang nak di ceritakan kalau saya dengan si Ryan tu,mestilah bertekak je. Malam tadi awal-awal da cari pasal dengan saya. Macamnalah nak hidup selamanya kalau macam ni" bebel Syafira sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal,Lyna sudah tertawa kecil.

"Awak janganlah balas balik,boleh tak awak berlembut sikit macamana awak dengan orang lain. Kalau kedua-duanya nak menang,sampai bilalah tak aman,betul tak?" provokasi Lyna membuatkan Syafira memuncungkan mulutnya.

"Awak nak saya berlembut dengan buaya tembaga tu ke??? Oh pleaselah....nanti dia ingat saya nak goda dia pula. Dahlah..malasla nak cakap hal ni,jomlah balik dah dekat pukul 6.00 petang ni" Syafira bangun sambil berjalan ke arah pintu,diikuti Lyna yang hanya tersenyum melihat telatah kawan baiknya itu.

"Fira..ingat tau,jangan benci lama-lama sangat takut nanti jatuh cinta pula" sindir Lyna dan Syafira membuat gaya seperti mahu muntah.











__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

:) sambung sambung ----> sambil buat muka comeyl minta di sepak !

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

adehhh...sambungan please......

__________________

 someOne .....is..waiting..



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

lorh...
hahahahaha..nak smbung ye....
jap..ak bg korang tersiksa dulu kjap ye....

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

Syafira yang sudah sampai di rumah melangkah masuk kedalam bilik. Diperhatikan bilik yang gelap gelita itu tanda lelaki itu masih lagi belum pulang dari kerja. Syafira lantas meletakakn beg tangan diatas meja mencapai tuala yang tersangkut lalu menuju ke dalam bilik air. Setelah siap mandi Syafira melangkah menuju ke arah almari mahu mengambil singlet dan seluar pendeknya,baru sahaja mahu membuka tualanya,terdengar pintu dibuka dari arah luar,terlihat kelibat lelaki itu di pintu memandang tajam ke arahnya bagaikan mahu menerkam,lantas dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air semula. Ish..nasib baik sempat,kalo tak free free je buaya tu tengok.

Syafira yang keluar dari bilik air lalu memerhati sekeliling,dilihatnya tiada kelibat lelaki itu,hmm..bagus. Lalu dicapainya sejadah untuk solat magrib yang akan habis tidak lama lagi. Selesai solat Syafira menuju ke meja lalu membuka laptopnya untuk melayari internet.Daripada tengok mamat buaya ni mundar-mandir dalam bilik baik aku mengadap laptop aku ni.
Syafira yang sedang asyik melayari internet terkejut apabila membaca satu part mengenai pelabur di syarikatnya itu.

" Saya dan Pengurus Besar Syarikat Setia Holdings memang selalu keluar lunch bersama dan kami didalam hubungan yang cukup baik. Pelaburan dengan hubungan yang terjalin tiada kena mengena. Jika ada jodoh saya tidak akan melambatkan. Mungkin dengan jodoh itu hubungan antara Syarikat Setia Holdings dengan Syarikat Mawar Coo. akan bertambah baik mungkin juga boleh bergabung."

"ehh!! ape ni!!" marah Syafira tiba-tiba. Adryan yang sedang berehat diatas katil terkejut dan hampir jatuh katil dek jeritan Syafira yang mengejutkan. Nak bunuh orang ke minah ni. Nasib baik aku tak jatuh katil kalau tak jatuh saham aku depan minah ni.

" ehh,kau ni kenapa buat terkejut orang je,terjerit-jerit macam orang kena rasuk,aku rasa baru tadi kau solat takkan dah masuk kot kau baca apa tadi" marah Adryan yang masih lagi terkejut.

" awak..mulut jaga sikit" marah Syafira sambil menjeling lantas mencapai telefon lalu menelefon Lyna. Setelah habis mengadu kakinya melangkah ke atas katil.

"eh Ryan saya rasa kita patut pindahlah cari rumah sendiri. Atleast saya takpayahlah berkongsi bilik dengan buaya macam awak ni,selalu je tengok saya macam nak makan,rasanya bibik masak banyak je tiap ari,takkan tak cukup kot." Syafira memandang wajah Adryan disebelahnya.

"eh apesal pulak aku bukanya kacau kau pun,kita buat hal masing-masingkan,so tak ada alasan nak pindah-pindah. Suka hati aku la nak tengok kau macam nak makan ke nak telan ke nak terkam ke nak buat sup ke,mata aku kan lagipun kau isteri aku,aku ada hak ok." Syafira lantas berpaling memandang wajah Adryan dengan meninggikan badannya yang dalam keadaan berbaring itu.

"ish awak ni,memanglah tapi tak salah kan kalau kita pindah kan. Awak ni dah kahwin pun masih nak duduk dengan mama dan papa lagi ke? suka-suka awak nak buat saya sup ek ! aduh..awak tak faham lagi ke? saya taknak terserempak dengan dialah" bebel Syafira,apabila tiada balasan daripada Adryan, Syafira memandang wajah Adryan. Dilihat Adryan tidak menumpukan perhatian dengan apa yang dibicarakan tadi,matanya menyoroti mata milik suaminya. Bila melihat matanya di dadanya lantas Syafira memukul Adryan dengan bantal.

"Eeee awak nie gatal la Adryan ! memang patut pun nama buaya tu dengan awak !!" marah Syafira sambil memukul-mukul suaminya itu,Adryan turun dari katil melarikan diri daripada dipukul lagi.

"eh suka hati sayalah awak tu kan isteri saya" bentak Adryan sambil membuat muka gatal" Syafira terasa meremang melihat Adryan melihatnya begitu lalu dilemparnya bantal kepada Adryan lantas berlari ke arah pintu tapi ditarik keras oleh Adryan.

"ouch sakit la tangan saya buaya tembaga,lepaskan sayalah" rintih Syafira tapi tidak diendahkan Adryan lalu ditaiknya lagi rapat badan Syafira walaupun ditolak Adryan tetap tidak melepaskan penganganya sampaikan mereka sudah begitu rapat lalu dipeluknya Syafira.Syafira menahan dengan tangannya menolak merapati dada Adryan. Perlahan lahan Adryan menuju ke atas katil sambil memeluk Syafira,merah padam mukanya.Habislah aku kena rogol di buaya ni.tolong aku. Adryan mengangkat lalu meletakkan Syafira di atas katil,muka Syafira sudah kemerahan dan ketakutan, dia hanya tersenyum.

"hah,tahu pun takut,ingat tak sakit ke kau pukul aku dengan bantal tu,ish nasib baik aku baik tau tak,kau jangan nak mengada-ngada nak keluar dari bilik ni,kau tidur situ,kalau nak keluar sangat tunggu esok pagi,aku dah mengantuk ni tau." marah Adryan sambil membetulkan tempat pembaringan di sebelah Syafira lalu tidur. Syafira hanya terkebil-kebil lagi mengetap bibirnya. Dasar buaya tembaga.




__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

adehhh,,,malasnye nak menaip nie...da la banyak lak aku duk tokok tambah nie..

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Senior Member

Status: Offline
Posts: 280
Date:

bagus cite mu nih ... teruskan sambungannye ... membuatkan saya 'curious' ... hehe3 :-]

__________________
Donlot Aplikasi Adobe Photoshop CS5 Portable


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

hak hak hak hak...
taw sangat nk pas perius O.o
tgok la malam2 kang sambung...
tyme balik keje ni..hahaha
esok luse cuti oi !!! dap doh ase

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

ishhh....cpt2 sambung..hheheh...

__________________

 someOne .....is..waiting..



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:

cptlah sambung, please....

ape2pon, ni cerpen ke? novel?

__________________

i'm just enjoying my life, dude. 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 280
Date:

epilog kot incik Mikey ... best kan cite nih ... hik3 :-]

__________________
Donlot Aplikasi Adobe Photoshop CS5 Portable


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

waaaa pat la cambung gaara....

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

huh ... haku hingat cerita kajol (eliza misbon) ngan shah asberionz khan .... hupernya di garau ni buat wayang .... oittt garau ... baik ko sambung nobel ko nih ... kalo x ... haku libas ....  haku luku buah pinggang ko doplo mpat kali berturut-turut pergi dan balik .... cepatttttttt sambungggggg



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

bila nak sambung ni??nnt aku sambung sendiri nnt

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

hooiiisshh...
saboo!! otw !!
SEDARLAH TEMAN-TEMANKU BAHAWA SABAR ITU ADALAH SEPARUH DARIPADA IMAN....

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Senior Member

Status: Offline
Posts: 280
Date:

bawok rilek jerr Gara ... hehe3 ... diorg nih memang tak sabo2 bila ada cite yg saspen lagik 'curious' nih ... saya tetap menunggu walo di kala ko sibuk ... hikhik3 :-]

__________________
Donlot Aplikasi Adobe Photoshop CS5 Portable


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

Syafira yang baru sampai di pejabat lantas bsing dengan Lyna. Dia mahu berjumpa dengan En. Fakhrul yang pandai-pandai membuat cerita seperti itu. Tak patut betullah ni belum ayahnya Dato Kamarul tahu lagi,memang nahaslah dirinya kena. Masuk pejabat je semua mata dah menyoroti langkahny. Eeee tak patut betul lah.

Syafira lantas mengajak Lyna ke Syarikt Mawar Coo. Mahu berbincang dengan lelaki itu supaya tidak mengeluarkan cerita-cerita sebegitu lagi. Pagi ini sahaja sudah heboh di internet En. Fakhrul memberitahu bahawa hubungan mereka sudah berda di fasa lebih serius.

Syafira yang mahu melangkah keluar dari pejabatnya sudah melihat wajah tidak puas hati milik Adryan yang memandang ke arahnya. Ahh masalah betullah,pehal lak mamat ni datang sini.

Fira,apa benda semua cerita yang tersebar kat internet tu,tahu tak papa dan ayah dah bising Adryan lantas berdiri di depan Syafira dengan wajah merah padam. Mahunya tak marah tak pasal-pasal kena serang oleh papanya pagi tadi. Syafira sudah terkebil-kebil.

Nope saya tak tahu, En. Fakhrul tu yang pandai-pandai je, kalau tak percaya tanya Lyna,lagipun saya baru nak pergi jumpa En. Fakhrul la ni nak minta penjelasan jelas Syafira. Adryan menaikkan blause milik isterinya yang terlondeh menampakkan bahunya yang putih melepak itu. Walaupun mereka dalam hubungan tidak baik, dia tidak suka tubuh isterinya menjadi santapan lelaki lain.

No need, nanti banyak lagi cerita yang tak sedap didengar balas Adryan.

Tapi saya tak sukalah dia buat cerita macam ni rungut Syafira geram sambil bercekak pinggang. Adryan membetulkan kembali blause isterinya. Lyna hanya tersenyum melihat gelagat Adyran membetulkan blause Syafira dan kawannya hanya membiarkan sahaja.

En. Fakhrul sebut Syafira perlahan apabila melihat kelibat baru di pejabatnya. Adryan lantas berpaling sambil memandang lelaki berkaliber itu. Errmm muda lagi, tapi agak-agakla isteri orang ni,isteri aku ni.

Apa ni En. Fakhrul you tak boleh buat macam ni tahu tak marah Syafira sebaik saja mereka masuk ke dalam biliknya.

Why? I tak rasa itu satu kesalahan pun, lagipun ia baik untuk pelaburan syarikat kita kan. I pun tak main-main masa I kata tentang jodoh tu balas En. Fakhrul. Adryan hanya mengetap bibir menahan marah. Kalau dia marah rasanya ada seorang masuk wad seorang masuk lokap,yang masuk lokap memang dia lah. Adryan kemudian memandang wajah merah padam milik isterinya,menahan marah agaknya. Melihat blause milik isterinya terlondeh lagi lantas dibetulkan lagi. Eeiishhh berapa kali nak betulkan ni,si Syafira ni pun agak-agaklah kalau nak pakai baju pun. Marah Adyran tapi dalam hati sahaja.

Masalahnya memang you tak boleh buat macam tu bentak Syafira geram.

En. Fakhrul, I rasa you kena tahu sesuatu yang mungkin you tak tahu lagi sambung Adryan pula. Kasihan melihat isterinya menahan marah dia juga tahu perangai isterinya kalau marah.

You siapa? Ni hal I dengan Syafira you tak ada hak nak masuk campur ok! balas En. Fahkrul tak puas hati bila dia terlihat sesekali lelaki itu membetulkan blause Syafira dan gadis itu hanya membiarkan sahaja.

I husband Syafira and I tak suka bila perkara macam ni berlaku pada dia lebih-lebih lagi anak muda yang tak pandai menghormati orang lain macam you ni, so I harap you boleh betulkan balik apa yang you reka dalam internet tu ok jelas Adryan dengan nada suara yang lebih tinggi dan wajahnya mula berubah garang.
Setelah hamper 15minit perbincangan mereka selesai, En. Fakhrul meminta maaf kepada pasangan itu lalu meminta diri. Syafira lantas mengeluh kecil apabila En. Fakhrul keluar dari biliknya, Adryan memandang wajah isterinya dengan wajah tak puas hati. Syafira yang dipandang begitu memandang wajah lelaki itu. Tanda tanya apakah masalah lelaki itu.

I dont like you using this blouse anymore. I hope this is the last time you wear this okay! Adryan memberi arahan lantas melangkah keluar dari bilik isterinya. Syafira hanya mengerutkan dahinya, eah..pahal pula si Adryan ni tiba-tiba masuk part baju pula ni.



Syafira yang baru pulang dari kerja melangkah penat masuk ke dalam rumah, dilihat ada kereta lain yang tersadai. Mungkin ada tetamu bisik Syafira sendiri. Kedengaran suara berborak diiringi ketawa kecil membuatkan Syafira megerutkan dahinya. Masuk sahaja dalam rumah matanya terpaku melihat wajah yang membuatkan dirinya terluka. Semua mata kini hinggap di wajahnya, Syafira hanya tersenyum lalu meminta diri untuk ke biliknya. Syafira yang sudah berada didalam bilik merenung ke luar tingkap.

Are you okay satu suara menerjah ke dalam telinganya mematikan lamunannya.

What do you mean by that? Now are you happy see me hurt? soal Syafira geram sambil melangkah menuju ke bilik air.

Awak taknak makan? Mama dan papa sibuk tanya awak kat bawah tu soal Adryan yang baru masuk ke bilik. Syafira yang terbaring di tilam sambil memandang Galaxy Tabnya tidak mengendahkan pertanyaan suaminya itu. Aik cakap saya awak la pula,mane pergi kau aku.

Awak dengar tak ni? soal Adryan lagi.

Saya tak laparlah, boleh tak awak jangan banyak cakap,buat je macam saya tak ada dalam bilik ni boleh tak soal Syafira geram.

Macamana nak buat tak nampak awak sedangkan awak dah sah sah ada depan saya ni ha Fira balas Adryan yang membuatkan Syafira memandang wajah Adryan yang sudah berbaring di sebelahnya.

Saya tak ada masa nak melawak ke nak bergaduh ke nak berbual dengan awak ke malam ni. So just shut up okay marah Syafira. Yelah mood tengah tak okay, memang taknak banyak cakap. Kalau tak dah lama aku karate husband aku nie.

Apesal awak nak mengamuk sangat malam ni? Sebab abang Asyraff balik sini bawak isterinya sekali?. Relax la jangan tunjuk sangat kelemahan awak tu. Balas Adryan membuatkan Syafira semakin naik angin

Can you just shut your mouth tonight! Because I dont wanna hear your voice. Pasal Asyraff saya tak peduli dia nak bawak balik isteri dia ke bini dia ke awek dia ke. I dont care anymore okay! Syafira lantas membaringkan tubuhnya di sebelah Adryan dan terus tidur. Adryan yang melihat Syafira sudah menutup mata menjungkitkan bahunya. Tanpa mereka sedari ada yang memasang telinga.

Mata Adryan terkebil-kebil memandang syiling. Lama dirinya berkeadaan begitu sehinggalah ada satu tangan yang memeluk pinggangnya. Lantas matanya memandang Syafira yang sedang lena memeluk dirinya. Rambut Syafira di usap perlahan. Kemudian tangannya menyentuh kening, hidung serta bibir isterinya dengan lembut. Dadanya berdebar kencang apabila berhadapan dengan wanita ini. Hanya Syafira sahaja tidak tahu perasaan ini sejak di zaman universiti lagi. Apabila isterinya menunjukkan sikap tidak ramah, serta-merta egonya tinggi melangit. Perlahan dirinya menarik tubuh isterinya agar lebih rapat denganya dan tangannya merangkul lembut tubuh isterinya dan perlahan-lahan ubun-ubun Syafira dikucup syahdu. Serta merta terasa mengatuk,lena tidurnya sampai ke pagi.

Adryan bangun pagi itu melihat Syafira sudah bersiap untuk ke tempak kerja. Awalnya isterinya bersiap hari ini,atau hari sudahpun lewat. Adryan memandang jam didinding lalu memandang ke arah isterinya.

Awalnya siap soal Adryan membuatkan Syafira terkejut kerana terlalu tekun bersiap.

Ish awak ni Ryan, terkejut saya. Ahah saya kena pergi outstation tau dalam 4 atau 5 hari sebab tadi ayah call bagitau yang projek dekat Putrajaya ada masalah. Syafira memberitahu Adryan yang terus terduduk atas katil.

Bila? Sekarang ke? soal Adryan bagaikan orang dungu. Syafira mengerutkan dahinya. Apesal la mamat ni.

Eh tak la,minggu depan! Ye la sekarang,tak nampak ke saya dah bersiap ni dan ni beg saya peril Syafira perlahan. Adryan kelihatan masih lagi tidur.

Okeylah awak,saya gerak dulu ye Syafira lantas bergerak, Adryan hanya mampu memandang sahaja.

..

Syafira yang sudah berada di hotel penginapanya hanya terkebil-kebil memandang syiling,sudah tiga hari tidurnya tak lena. Selalunya mudah untuk dirinya tidur,tetapi tiga hari ini dia lansung tidak mendapat tidur yang secukupnya. Syafira tidur mengiring memandang sisinya yang selalu ada Adryan. Perlahan tangannya mengusap sisi katil itu, keluhan perlahan lahir dari bibirnya.

Disebelah sana juga Adryan tak dapat tidur, bantal yang selalu digunakan oleh isterinya dipeluk kejap. Dirinya merindui Syafira,adakah Syafira pun sama. Tidak dapat tidur lena apabila tiada Syafira disebelahnya al-maklumlah semenjak mereka menjadi suami isteri, tidak pernah sekali mereka tidur berasingan. Ini kali pertama mereka tidur berasingan dan benar-benar membuatkan dirinya angau.



Setelah hamper seminggu baru Syafira dapat balik apabila projek yang diurusnya menghadapi pelbagai masalah. Dirinya benar-benar tak sedap badan dengan tidak dapat tidur lena lagi sepanjang berada di sana. Masuk sahaja ke dalam rumah, wajah Asyraff yang pertama dilihatnya sedangkan dia mengharapkan seseorang yang lain.

Fira,Fira tak sihat ke? Muka Fira pucat ni tegur Asyraff dan Syafira hanya menggelengkan kepalanya, padahal kepalanya sudah pening dan bagaikan mahu tumbang sahaja.

Awak nak saya panggilkan doctor ke? Lagipun Adryan ada outstation dekat luar balas Asyraff mengambil berat akan wanita yang pernah mengisi hatinya dan mungkin sehingga kini, yang menjadi penghalangnya adalah Safura isterinya dan merupakan kawan baiknya yang meminta pertolongan kerana mengandung dengan teman lelaki yang meninggalkan dirinya. Kalaulah Syafira tahu, adakah wanita itu akan memaafkan dirinya.

Awak jangan peduli dengan hal saya boleh? Just take care of yourself and your wife. Saya tak perlukan awak untuk menyibuk hal saya okay baru sahaja Syafira ingin menaiki tangga,Safura pula menegur.

Syafira,saya temankan awak pergi klini okey,muka awak dah pucat tu ujar Safura lalu memengang bahu Syafira lantas ditepisnya dengan kasar. Kedua-duanya terkejut.

Dont ever touch me! Disgusting ! both of you ! And remember this !! Ill hate you till the end of my life! Dont try to be nice with me or pretending to be nice cause I dont need it! So stay back and get the hell away of my way! marah Syafira lalu memanjat tangga dengan marah dan menghempaskan pintu biliknya dengan kuat sehinggan mereka berdua terkejut. Safura meminta maaf dengan Asyraff dengan apa yang telah berlaku antara mereka berdua. Dia tahu bahawa mereka saling menyintai tetapi dirinya dalam masalah dan hanya Asyraff yang sanggup membantunya dengan berkahwin dengannya walhal dia tahu yang perkahwinan antar Asyraff dan Syafira dalam beberapa hari lagi ketika peristiwa itu berlaku.

Syafira mehempaskan pintu biliknya lalu menuju ke katil lalu berbaring di atasnya,kepalanya semakin berdenyut,menyesal la pula marah-marah dan menghentak kaki kuat-kuat,tak pasal-pasal dah kena sakit kepala. Adoi. Sedar tak sedar Syafira sudah terlelap.

Ketukan pintu membuatkan dirinya tersedar dari tidur lantas perlahan kakinya melangkah kea rah pintu,menyesal kunci pintu tadi,takut kalau Asyraff mencarinya sampai ke dalam bilik. Sebaik matanya memandang wajah Adryan lantas Syafira berpaling lalu menuju ke arah katil.

Bila balik? soal Adryan. Syafira hanya diam dan berbaring diatas katil sekelip mata tidurnya kembali menjengah dirinya. Adryan melangkah dekat dengan Syafira,dilihat mata isterinya terpejam rapat. Bila mendapati Syafira benar-benar tidur lantas Adryan mencium lebut dahi isterinya. Rindu.

panasnya guman Adryan lantas tangannya merasa haba di dahi dan leher isterinya. Bulat matanya merasai kehangatan tubuh Syafira.

Segera dirinya berlari ke dapur mengambil besen dan air suam serta tuala kecil. Setelah itu segera dirinya meletakkan kain dari air suam lalu di tuamkan ke dahi Syafira berulang kali. Dilihatnya baju yang dipakai Syafira masih lagi baju kerja. Lalu Adryan melangkah menuju ke almari untuk mengambil baju tidur milik isterinya. Digeleng kepala apabila memengang seluar pendek serta singlet,lalu dia mencapai gaun tidur milik isterinya. Lalu mendekati Syafira perlahan-lahan membuka butang baju milik Syafira. Dadanya berdegup dengan kencang lalu memandang wajah isterinya yang keletihan. Lalu ditukarnya baju itu dengan gaun tidur isterinya.

Syafira tersedar dari tidur apabila mendengar bunyi guruh yang kuat. Dilihat Adryan terlena disisinya,diusapnya pipi lelaki itu, lalu pantas mengambil wudhuk dan solat,seusai solat Syafira menelan Panadol lalu tidur tetapi kembali tersedar apabila guruh yang kuat sekali lagi berdentum. Kesejukan yang dirasai tak dapan ditahan sehinggakan dirinya menggigil. Dilihatnya Adyran tidur dengan lena bagaikan tidak merasai kesejukan yang dialamninya.

Ryan panggil Syafira perlahan sambil menggoncang tubuh Adryan disisinya. Namun Adryan tidak memberi sebarang respon.

Ryan Syafira mencuba sekali lagi membuatkan Adryan tersedar dari lenanya. Terus matanya menatap wajah isterinya yang mula dirinduinya.

Kenapa, sakit kat mana? soal Adryan sambil menyentuh tahu isterinya untuk merasa haba.

Awak tutup aircond tak,saya sejuklah perlahan sahaja bicara Syafira dan Adryan hanya menganggukkan kepalanya.

Aircond tu tak buka pun Fira bisik Adryan ,apabila melihat isterinya mengiggil lalu dipeluknya.

Awak panggil Syafira perlahan terkejut apabila dirinya dipeluk oleh Adryan.

Emm..kurang sejuk tak? soal Adryan pula sambil menggosok-gosok lembut badan isterinya. Syafira hanya mengangguk kepalanya perlahan.

Syafira memeluk tubuh Adryan apabila terasa sejuk bagaikan mengurangkan kesejukan yang dirasai. Adryan yang dipeluk sebegitu terbuai dengan perasaan yang indah. Ini kali pertama mereka dekat dengan dalam keadaan sedar. Adryan mengucup lembut ubun-ubun isterinya membuatkan Syafira mendongak memandang wajahnya. Adryan yang melihat tiada wajah kemarahan yang terpamer mencium kening kemudian ke pipi dan akhirnya bibir basah milik Syafira.

Syafira yang menerima kucupan memejam matanya entah apakah perasaannya ketika ini. Kenapa dirinya langsung tidak marah,malah bahagia. Seakan kerinduanya seminggu ini sudah terlerai. Tanpa sedar akhirnya dirinya membalas ciuman bibir itu. Adryan mengeratkan lagi pelukan apabila ada tindak balas dari Syafira. Akhirnya malam itu mereka tewas dengan ego masing-masing.



__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

terima kasih teruskan sambungan

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

ishhh ... g preedeng niii ... dalam ati ada taman la plakkk ....

kalu haku ... citer2 canggini .... kat celah gigik jer ...

kik kik kik ....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

okay dapat dah.. TAMAT CERITA wakakkaaka

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

ops not yet...hhahhahahahhahha

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

sekali skala ade taman kira ok la
aku tau cite ni mesti ade sesambungan punya...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

alaaa ... kire tamat udah le ...

nak membace tu ha ... satu hal ... (cite jiwang2 plak  tuuu ...)

errr ... kalo nak sesambung .... err .... nak ekstensyen wayar x ?

kih kih kih



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

bak sini ekstesen tu ak nak sambung !

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ekstensen wayar ko nak cucuk kat mana?jangan main cucuk je nnt kena karen

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

si gaarra ni sibuk memerah idea nibukan senang nak menulis cerpen ni...

nak plak nak menaip panjang2 sakit jari ooo



-- Edited by g_freedom on Wednesday 18th of January 2012 05:11:38 AM

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

mane haku tau !
ak cucuk jek !! nasib r sape2 yg kene karen kong tu!
ehh2 ak suh org cucuk,ak xmo,...t silap cucuk tang len..susah lak nak tggungjawab..
ak nie trkenal dgan prangai kurang tggungjawab........


__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

kire ... kalo kene karen tu ... okey la jugak kan ....

karen kene kat rambut .... rambut keriting .. jimat ... x payah antor kedai ...

kalo kene kat buah pinggang ... ishhh ... buah pinggang pulak kereting ...

ha ... yang tuuu .... kene la tanye garau ... x pon preedeng ....

beliau ler makhluk2 yang membuat angkara tuu seme ...

aku ? .. hahahahaha ... chow laaaa ..... apa tunggu ....biggrin



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

tak bertangung dan taer jawap la badar ni
ko dah cucuk karen kat buah pinggang garraa
ko lari plak ye...sape nak tanggung anak ni
eh bukan2...sape nak tanggung si garra ni

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel

1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard