Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Istimewa Tahun Baru 2012, "A Thousand Times", dedikasi kpd kawan / rakan / teman ...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 280
Date:
Istimewa Tahun Baru 2012, "A Thousand Times", dedikasi kpd kawan / rakan / teman ...


Salam, sebelum tu saya nak ucapkan "Selamat Tahun Baru !!!" kpd semua warga GC ... jasa mu dikenang & tak dilupakan sampek bila2 ...

Di sini saya sertakan lagu "A Thousand Times" nukilan Sami Yusuf ... :-]

Dedikasi kepada rakan / kawan / teman baik tak kira sesiapapun ...

Kawan amatlah penting kerana merekalah pembimbing terdekat dgn kita sama ada mengajak ke jalan kebaikan atau jalan keburukan ... tanpa mereka kita sunyi sepi ...



Lirik bole 'view' dgn mengaktifkan butang "Annotations" ...

Mungkin sesetengah korang x dpt tangkap lirik nih, jadi ini liriknya ...

Sami Yusuf
A Thousand Times
lyrics

Without your warmth, without your smile
Without you, by my side
The world was so cold, I felt so lost
Without your light, I felt so blind

A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times

Without your warmth, without your smile
Without you, by my side
The world was so cold, I felt so lost
Without your light, I felt so blind

You gave me hope, you let me dream
Made me believe, I can still trust

You raised me up, you gave me wings
Just like a kite, in the sky

A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times

No words are enough, to convey
All the things, I want to say
I won't even try, 'cause I know
Deep down you feel, how much I care

Now I hold, my head up high
I see my dreams, coming true
Peace be with you, my dearest friend
In my heart, you will remain

A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times

[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/sami_yusuf/a_thousand_times.html ]


teruskan dgn cerita pendek (cerpen) ...

__________________
Donlot Aplikasi Adobe Photoshop CS5 Portable


Senior Member

Status: Offline
Posts: 280
Date:

KISAH SAHABAT YANG KU TINGGALKAN

Aku dah lama melupakan kau. Tidak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat pukul lapan jugak la. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Presentation econs la, latihan P3 la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz physics esok. Minta maaf, Su. Tak sempat nak bersua dengan kau walaupun sekejap. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku tak jumpa, Su.



Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. Sorry banyak-banyak la, Zu. Aku sekarang selalu lambat balik kelas. Pukul satu. Itu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpeleot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi DH. Lepas pekena nasi beriani, aku tak lengah, terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau time-time macam ni, tapi sekarang aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.



As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku ada meeting. Kau kan tahu, aku presiden kelab. Kejap-kejap ada je program. Aku kena jaga anak-anak buah aku tu. Diorang tu bukan tahu sangat buat kerja. Meeting pulak tu, bukan tahu nak sekejap, mesti terlajak sejam dua punya. Kalau meeting start pukul 4.30, harus pukul 6 baru settle. Itu belum kira borak-borak kosong lagi.



Rib pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab engkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Rib. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. Coach nak pilih pemain-pemain handal je untuk team dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang baru aku mandi. Lepas mandi, awek baru aku ajak study kat RC.



Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Gara-gara awek baru aku tu, aku sanggup tinggalkan kau. Lepas tu, member-member aku ajak lepak kat café pulak. Terpaksalah aku ikut, nanti aku dikataka sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, topik lain pulak keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD dengan member-member. Is, sorry.



Last-last, semuanya aku tinggalkan. Tentu kamu semua sedih kan. Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan, nama sebenar kawan-kawan aku tu, Su, Zu, As, Rib dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Kamu semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah kawan sejati kita yang sebenar, yang akan backing kita apabila akhirat nanti. Adakah kita menjaga mereka dengan baik sekali? Itulah persoalan pertama yang akan disoal masa akhirat nanti. Bagi kawan-kawan yang sentiasa mendampingi mereka, belailah mereka dengan sempurna dan tiada cacat celanya. Tumpukan perhatian semasa bersama mereka agar keredhaan-Nya sentiasa menyinari hidup kita. Semoga cerita rekaan yang tiada kaitan dengan sesiapa ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.



COPYRIGHT : -HASANAH- http://muscom.iluvislam.com/?p=1959

-- Edited by Dune Mr X on Saturday 31st of December 2011 09:31:16 AM

__________________
Donlot Aplikasi Adobe Photoshop CS5 Portable


Senior Member

Status: Offline
Posts: 280
Date:

KISAH SAHABAT SEJATI

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.

"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"

"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati madunya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"
Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.

"Awak tau tak" Zuraida memulakan bicara.
"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.
"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.
"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.

Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.
"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya.." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.

"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"
"Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in, come in. Have a ride. Im heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.

Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.

Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan madu, dari segi segala segi.

Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"

Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."

Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.

"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.
Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.

Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."
Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.

Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan."
Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih."

Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, "Cakaplah.."
"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.

Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.
Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ujub dan riya ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.

"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.

Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."
Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"
Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!"

"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.

"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.

"Lillahi taala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah taala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
"Hehe.." Hayati tergelak kecil.
"Er kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.
"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.

COPYRIGHT : http://aisyahhumairahikram.multiply.com/journal/item/16?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

teruskan dgn sedikit pantun sbg penutup ... :-]

__________________
Donlot Aplikasi Adobe Photoshop CS5 Portable


Senior Member

Status: Offline
Posts: 280
Date:

Kawan..

Penghibur duka dan pencetus hiba..

Membuahkan senyum..

Kadang mengalirkan air mata..



Kawan..

Datang seketika..pergi entah kemana

Sentiasa disisi..namun seakan tidak bererti

Mencari sesuatu

Untuk diisi agar ruang perhubungan ini..

Tidak sepi dimamah daki2 sakit hati..

Atau terus suram

Dihakis dengki dan iri hati

Malah terus tenggelam..

Dibawa arus pentingkan diri.



Kawan

Kadang membuat aku terus terfikir..

Kelaskan kawan-kawan

Mengikut acuan dan jalan tersendiri..

Ada kawan ketawa..

Ada kawan berduka..

Ada kawan membawa ke akhirat..

Disana syurga menghiasi

Ada kawan membawa ke akhirat..

Menjadi penghuni neraka jahanam..

Ada kawan datang ketika senang..

Ada kawan datang ketika susah..

Ada kawan seperti tiada kawan..

Ada kawan ibarat tidak pernah jadi kawan..

Ada kawan yang bagai tidak pernah dikenali

Ada kawan yang umpama adik dan kakak..



Kawan..

Ceritamu..

Ceritaku..

Haluan berbeza..

Menuju destinasi sama..

Mungkin hadirmu membawa hiba..

Mungkin hadirmu memberi bahagia..

Mungkin hadirmu mencarit luka..

Mungkin hadirmu melukis senyum tawa..

Namun setiap kamu sangat istimewa..

copyright : http://flaini.wordpress.com/2011/04/05/cerita-tentang-kawan/


Itu saje ... sekian time kasih ... :-]

__________________
Donlot Aplikasi Adobe Photoshop CS5 Portable


Senior Member

Status: Offline
Posts: 124
Date:

Ayah..ayah tercinta, aku ingin berjumpa. walau hanya dalam Mimpii...(antare lirik lgu yg dinyanyikan ariel dlm lgu untuk ayah)..huhuhu

pembukaan tahun baru,tahun pertama y akan ku lalui hidup tanpa ayah..

__________________
hoh nop sign ngattt..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 280
Date:

Sabar aja incik Insan ... ada hikmah di sebalik kejadian ...

Semoga ayah mu dicucuri Rahmat Allah ... sbb Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ... :-]

__________________
Donlot Aplikasi Adobe Photoshop CS5 Portable


Senior Member

Status: Offline
Posts: 124
Date:

tima kasih dune...



__________________
hoh nop sign ngattt..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 280
Date:

untuk men "donlot" lagu nih ...

Sudah tersedia di post "Sami Yusuf, "Wherever You Are" & beberapa single yg best" di "Ruang Cerita Hiburan" ...

nikmatilah (enjoy) :-]

__________________
Donlot Aplikasi Adobe Photoshop CS5 Portable


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

Karya yg menyentuh perasaan...
membuatkan diri mengingati kesilapan yg telah dilakukan...
semoga hari2 yg mendatang...
kita sebagai hamba Allah swt sentiasa mengingati dirinya...
dengan melakukan suruhan-Nya & menjauhi larang-Nya...
semoga amalan kita akan diterima oleh-Nya...

Buat encik Insan Berani Kadang2...
Sa sedekahkan al-Fatihah untuk arwah ayah awak...

__________________

It's better to let it unknown...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 124
Date:

time kasih sodari sa atas kprihatinan...

Yelh,kadang2 ni krn tlalu rindu,aku tlupe bhw diriku jg hnyelh pinjaman drp Allah..

Suatu mase kelak kite smua pasti kembali kpdNya..Skali lg time kasih kpd sumer yg sudi mendoakan aruah ayhku..

__________________
hoh nop sign ngattt..
Page 1 of 1  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard