Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: hantu kem 2


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:
RE: hantu kem 2


syok gak layan cite der rajman nie,,..
update r latest story lak...
x sabar nak bace nie,,,
nnty leh gak ema wut modal tok takutkan mmber ema lak
hhehhhe5

__________________

wut u gives...u will get back!!!!!



Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

razmanosaurex wrote:

Sambung lagi...

dua orang budy bilik aku tu, cukuplah aku pgl dieorang acai and k-roll. acai ni mmg seorang yg berani, k-roll pula macam aku, berani2 takot...cume die lebih berani sikit dari aku.

mase aku weekend dengan k-roll, tinggal la si acai ni sorang2. dalam pukul dua pagi, si acai ni tersedar dari tidur. die terdengar bunyi katil and locker di bilik pelatih macam kene angkit dan di alih. acai sambung balik tidur, die agak pelatih masuk ke dorm L15 sebab nak merokok. kebetulan, bilik tu kosong. (selalunya kalau kump 1, pelatih ramai dan penempatan pelatih sampai L16, tapi kalau kump. 2, pelatih tak ramai, so penempatan untk pelatih sampai dorm L14 atau L13.) kalau tak silap masa tu kump 2. disebabkan acai tak sihat pd malam tu, dia malas nak ambil port. keesokan harinya, aku balik dari cuti. acai pun mula buka mulut, bercerita tentang pelatih yg pecah masuk bilik L15 dan hisap rokok. aku pun mula pelik, takkanlah budak ni berani nak cari pasal. sebab acai ni boleh tahan tegasnya. ramai yg kecut perut kalau die mula marah. so aku pun ajak acai cek bilik L15 tu. (masa tu bilik belum di kunci oleh operator kem) apa yg pelik, sikit pun keadaan billik tak berubah. katil tak berganjak ke mana2. locker pun dlm kedudukan layout. tak berusik langsung. acai pandang aku, aku pandang acai. kami keluar dari bilik, buat2 tak tau. sejak peritiwa tu, acai orang paling kerap terdengar bunyi katil dan locker dialihkan.

k-roll pula, dia pernah cerita kat aku. masa tu dia sorang2 kat dalam bilik. kalau tak silap, masa tu aku cuti kawen dan acai pergi kursus. masa dia tengah sedap tidur, die terdengar bunyi macam dinding dicakar. mula2 perlahan, than makin kuat. lepas tu die terdengar pula bunyi menderam. bunyi tu btul2 di tepi tingkap katil aku. nak sedapkan hati, dia anggap kucing gaduh kat luar. walhal hati die hanya Allah saje yg tahu. tak lama lepas tu, bunyi macam kelawar terbang. tapi bunyinye lebih kuat dari kelawar mengepak terbang. seolah2 benda tu lebih besar dari kelawar. k-roll cuba buat tak tau, walhal badan die dah berpeluh2. entah macamana die dpt juga tidur akhirnya.

buat pengetahuan korang, antara kami bertiga, hanya acai saja yg berani tutup lampu kalau tidur di bilik tu sorang2. kalau aku n k-roll pula jangan haraplah. mmg terpasanglah lampu tu sampai pagi. seram siot. dahlah ade satu papan siling tu terbukak je. kdg2 aku terbayang ade org bergayut kat atas alang tu.

sebenarnya, banyak lagi benda pelik terjadi kat bilik kami. lama kelamaan, kami dpt sesuaikan diri. sampaikan jelmaan perempuan dengan anak yg selalu kelihatan di L16 tu kami gelar dia "maknyum" sebab die pernah rasuk salah seorang pelatih aku. bila ditanya dimana dia tinggal, dia kata dia tinggal di dorm plg hujung tu. kebetulan, masa dia rasuk pelatih tu, die asik tersenyum je, tu yg dpt gelaran maknyum tu. setakat ni, aku tak pernah nampak lagi maknyum secara live. kalau acai dah banyak kali die nampak.

tapi yang paling aku tak dapat luapa adalah masa exercise wirajaya kump 3 siri 6 2009. masa tu aku ditugaskan untuk menyiapkan trek untuk jalan malam pelatih. so kami bagi idea, pelatih dikehendaki berjalan mengikut tali yg direntang sepanjang trek. ada beberapa task yg perlu dilakukan olh pelatih disepanjang trek tersebut. yg plg best, mereka kena lalu di "kubur" buatan dan last sekali mereka kena tulis nama, kompani, ic nombor dan tandatangan di sebuah buku. task ni mencabar sikit sebab buku tu diletakkan di sebelah "jenazah" yg siap dikafan. jenazah tu sebenarnya adalah tilam yg dibungkus elok2. so bila di balut pula dengan kain putih, nampak macam mayat yg telah dikafankan. petang semasa kami masuk ke trek, dan tali untuk guide pelatih pun dah siap dipasang, kami lepak2 sambil merancang untuk aktiviti night walk tu. ketua jurulatih kami pada masa tu adalah bekas seorang komando. dia kata dia tak berpuas hati dengan gimik untuk night walk tu. so dia arahkan aku dan seorang j.l baru pergi ke kubur lama, ambil sepasang kayu nisan untuk dipacakkan di kubur buatan tu. gila lah, dah la dekat nak maghrib, disuruh pula buat yg bukan2. tp dah nama pun org kepala biol, aku on je. hasilnya, aku dapat sepasang kayu nesan yg hanpir reput. aku jumpa kat tepi pagar kubur. maybe dah tak guna lagi. sebelum aku angkut, aku just tekadkan hati. bukan aku ade niat jahat pun.

lepas aku pacakkan kayu nisan tu, penyelaras wirajaya call aku, dia ckap "mayat" tu dia tak bawak masuk lagi dan letak di tempat yg dia rancang. tapi dari suara dia aku tau dia takut. jam masa tu dah tunjuk pukul 7 ptg. mmg dah remang2 senja. dalam hutan, pukul 6 dah gelap dah. aku keluar ke jalan besar, jumpa penyelaras wirajaya dan masuk balik ke trek tu dengan dia. kami letakkan "mayat" tu di tempat yg kami fikirkan sesuai. sebaik saja aku letakkan mayat tu, tali pengikat di "kaki mayat" terbuka, so tokey wirajaya ni suruh aku ikat balik. masa aku tgh ikat tali tu.....aku perasan mamat ni tibe2 senyap. aku pandang dia, aku tgok mata dia bulat pandang "mayat" tu, berpeluh2 muka dia. muka cuak je. than dia cakap..

"man..tu..tali yg kat kepale tu terbukak la. tadi aku dah ikat ..." aku mula2 tak mention cakap dia, aku pun ikat la balik. lepas tu kami pun balik ke kem. setibanya di kem, baru la dia cerita. masa aku leka dok ikat tali kaki tu, dia nampak dengan mata kepala dia sendiri ikatan di kepala "mayat" tu terbuka dengan sendiri, walhal dia dah ikat mati dah. maksudnya tak boleh dibuka lagi. aku mula rasa tak sedap hati. leas tu dia cakap, masa nak keluar dari trek tu, dia trcium bau wangi. aku pula tak bau apa2 pun.

semua org yg dengar cerita tu mula tak sedap hati. kami takut kalau program night walk di ganggu olh "other side". letih kalau nak kejar pelatih yg histeria ni. dan seperti yg dijangkakan, memang malam tu kami diganggu. tapi alhamdulillah. tak teruk. ada wirawati cerita, dia ternampak makhluk putih bertenggek di atas pokok. dia buat tak tau sebab dia syak jurulatih yg dok ats pokok tu. walhal semua jurulatih dok menyorok di tepi  banir pokok. takde sorangpun yg naik atas pokok. yg lain pula bercerita, pada mlm tu dia perasan ada seorang lelaki yg tiba2 muncul di belakang dia. dia pun ingatkan jurulatih. so dia wat tak tahu juga. malam tu, bulan mmg terang. so dlm samar2 dia nampak muka orang tu, muka hensem, wangi dan senyum je. tapi bila tiba dekat chekpoint penamat, lelaki tu tiba2 hilang. barulah wirawati tu dah mula rasa takut. korang bayangkan kalau dia ikut lelaki tu, sure masuk paper esok muka komandan aku sebab hilang  seorang pelatih semasa latihan.

tapi, apa yg aku ceritakan ni bukan untuk menakutkan orang. terutama sekali mereka yg dapat masuk ke kem PLKN. pada aku itu cabaran untuk pelatih. untuk berdepan dengan realiti yg datang dari alam bukan realiti. aku dulu mmg penakot, tapi sekarang alhamdulillah...pukul 2 pagi pun aku berani balik sorang2 ikut jalan tangkak- segamat. (sekarang aku ditugaskan di kem area tangkak). kalau ada antara korang yg kena panggil, datanglah ke kem tempat anda dikehendaki melapor. best ooo. paling teruk pun kalau bab cerita hantu, kene sampok je..hahaha.

oklah. harap korang berpuas hati dengan cerita aku ni. kalau aku ingat lagi cerita2 misteri sepanjang aku di kem, aku ceritakan. wassalam


 ehm.. dah ketinggalan zaman sebenarnya saya nieh dlm topic nieh tpi nak gak komen memandangkan saya sbelum nieh slent reader jer dlm gc nieh.. kem plkn nieh mmg mencabar sbb saya pun bekas bdk plkn gak.. dlu msa kat kem tiap pagi ada "orang" tolong kejutkan.. saya tinggal kat dorm paling belakang n katil pun paling hujung.. jdi tiap2 akan ada "orang" kejutkan dengan cara tarik kaki sampai 1 kaki jatuh trjuntai dari katil... pernah sekali tue liat nak bangun, lepas "dia" dah tarik kaki still tak bangun dia start berdehem tepi telinga.. lepas dengar "dia" berdehem terus bangun  ambil tuala terus g toilet... tapi tak dak la kena kacau teruk walaupun kwan2 byk nampak bertenggek kat atas bumbg bilik mandi.. sory gngu semua..



-- Edited by naaf on Tuesday 29th of May 2012 11:13:02 PM



-- Edited by naaf on Tuesday 29th of May 2012 11:18:50 PM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:

thanks pada yg sudi membaca pengalaman aku. (sori la admin cerite lame terungkit kembali) tak sangke leh cecah sampai 2+++ view. kalau aku jadi penulis novel bagus gak ni. hahahaha



__________________
like2 u jeee


Senior Member

Status: Offline
Posts: 225
Date:

best.... post la lagi...

__________________

aku mau jadi muslimah sejati.... aku mesti jadi begitu...... Insyaallah!!!

«First  <  1 2 3 | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard