Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: pengalaman di beberapa negara


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:
pengalaman di beberapa negara
 


Setelah 20 tahun aku merantau di pelbagai negara, akhirnya ke tanah air, dan ingin menggunakan ilmu dan kemahiran yang aku ada untuk majukan negara. lagipun baru habis belajar, kalau boleh aku nak tolong majukan negara walaupun aku ni orang biasa saje. tapi dapat membantu sikit pun puas hati. dah berapa banyak bahasa aku dah belajar, dan kesimpulannya satu je, bahasa melayu juga seronok. Sebelum ni belajar bahasa Perancis, Arab, Cina, dan bahasa kedua Inggeris. Bahasa Arab agak susah, Perancis pun boleh tahan, dan Cina lagi lah susah sebab nada dan karakter cina lagi. Tapi pertama kali aku ke beijing, aku pelik bahasa mandarin dia lagi sedap dari bahasa digunakan cina di malaysia, dan aku perasan sangat berbeza. Sebenarnya tak ada la beza sgt, cuma sebutan dia lagi betul dan standard. Di paris pula duduk selama 3 tahun, dia org tak nak cakap Inggeris, yg ada pun segelintir sahaja. Jadi kena lah belajar bahasa dia supaya dpt hidup dkt negara dia. Bahasa Arab pula, semasa di Maghribi, tinggal di sana selama 3 tahun juga. Tapi di Magribi guna bahasa dia iaitu 'Darija' , dialek Maghribi. Tapi bahasa rasmi tetap bahasa Arab. Sepanjang di Maghribi aku terpaksa belajar bahasa Arab dan Perancis sebab dia org tak reti sgt bahasa Inggeris. Tapi bahasa ibunda tetap dipertuturkan di rumah. Setelah buat perbandingan kesemua bahasa yg telah dipelajari, bahasa Melayu juga seronok. Hehe, kalau ckp dkt luar, tentu lain dari apa yg ada dlm buku, tambahan pula bahasa pasar. Aku rasa semua negara macam tu, kalau ckp dkt luar, lantaklah tatabahasa salah ke apa, asalkan dapat sampaikan mesej. Bahasa Melayu dan bahasa Cina ada juga persamaan, kecuali sebutan dan tulisan la. Kadang2 aku perasan mcm partikel 'lah' Cina pun ada 'ba' 'ma' 'ne' 'a' 'ya'. Bahasa lain tak silap aku jarang ada partikel mcm tu diserapkan dalam perbualan harian. Kdg2 kalau org luar dengar kita ckp bahasa Melayu tak sama dgn apa yg mereka belajar dalam buku, sebab kita ckp laju, kdg2 setengah perkataan tak sebut habis 'ko nak gi mana'? = "kau nak pergi ke mana?". atau pun "jomlah singgah umah aku jap"="jomlah singgah rumah aku sekejap". Tapi cuma segelintir sahaja atau golongan muda, dan juga terdapat bahasa yg dibuat2 kdg2 aku pun tak faham apa maksudnya. Tapi ini perkara biasa, semua bahasa berubah, tapi perubahan tidak ketara dan masih boleh faham. Aku pun tak tau kenapa aku minat sgt dengan bahasa. Semasa aku di luar negara, kalau nak praktikkan sesuatu bahasa kena lah bercampur dengan masyarakat tempatan, kalau x mmg tak dpt tingkatkan kemahiran bahasa, atau cuma leh ckp sepatah dua patah je. 



__________________

Kongsi Ilmu barulah seronok



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:
 

ha adik tiket bas ... apa kata ko hajor aku bahasa magribi tu .... nampak macam aku minat je basa tu .... maklum ler ... bangsa2 magribi kat GC ni buleh tahan jugak ramai .. contoh terdekat ... incik asbe dan makcik aliza misbon ... org2 magribi mereka tu ...

(psttt ... dik tiket .... welkam to GC .. ni aku solute kat ko ler .. coz .. dapat duk kat negara org n siap dapat memahami budaya dan bahasa mereka ... da bahagian ko dik .... Allah bagi keistimewaan dan rezeki yg lebih berbanding orang lain termasuk haku nii .... aku ni macam katak bawah bawah pokok bunga je ..... duk kat bandor kecit dari lahir sampai ler tua ... nota: Alhamdullilah .. dah bahagian aku ...)



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:
 

bahasa y plg penting sebenarnya ialah "body language"
tiket negara mana y byk pakai body language ni? nak gak aku p..
boleh jd lecture bahasa badan nanti =D

lupa lak..welcom to geng gay sedunia..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:
 

naseb baek lah adik lela manja ni bagi taw ..

kalo x .. sampai bongkok pon .. aku x tau ...

hupernya ... bahasa paling penting ` body language ' ....

err.... aku nak aku nak .... senang sikit aku ...

x payah lah mulut aku bercakap ....

guna body je (badan)

 

 



__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 418
Date:
 

wah best nye tiket....sudah byk negare dh dijajah......ku teringin nk belajar bhs arab.....blum lagik kesampaiyan....huhu
bhs cina memang susah....tp klau kite ari2 gune so lebih cpt kite bljr,sbb ape bhs cine di malaysia lain.....mrk campur gaul kan bhs mandarin ngan kantonis
sbb tu lah slank dia lain....org cina kat malaysia pun asal dr belah Guangzhou sn...
so byk sebutan nye lari dr sebutan yg betol.

__________________

 someOne .....is..waiting..



Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:
 

haha.terima kasih baddar. rezeki saya dpt rasa semua tu, tambahan pula dpt belajar byk benda.

jadi bahasa mahgribi lebih kurang dgn arab je, cuma dia mcm dialek. ada perkataan dia lain sebutan, dan lebih kepada bahasa pasar. laju juga dia org ckp, selalu kita tengok rancangan arab, drama ke, perlahan je cakap. kalau dkt tepi jalan, kdg2 susah nak tangkap apa dia org ckp. mcm kita juga lah dgn bahasa melayu, orang baru belajar tak faham bahasa guna tepi jalan. dan ada juga bangsa lain di malaysia kdg2 tak faham kalau kita ckp laju.



__________________

Kongsi Ilmu barulah seronok



Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:
 

hehe, body language. boleh tahan gak tu. penting gak kan tiba2 kalau masa kecemasan tak leh bersuara ke apa. leh guna bahasa tu.



__________________

Kongsi Ilmu barulah seronok



Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:
 

Alhamdulillah, rezeki saya dpt rasa semua tu.

Ya betul! cina malaysia ramai segolongan besar berasal dari selatan, jadi lidah mereka keras, sebab tu tak dpt sebutan yg standard. tambahan dgn dialek2 lain lagi, jadi bahasa mandarin jadi lain sikit. kdg2 saya dengar dkt malaysia, org cina ckp mandarin dia org ada slang sendiri, tapi mereka masih faham standard mandarin yg digunakan di China, dan paling standard di Beijing. di utara lidah mereka lembut, kdg2 dia org ckp mandarin mcm takda lidah. tapi bagi saya sedap dengar. 



__________________

Kongsi Ilmu barulah seronok

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard