Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tunjukkan Aku kekasih Hati 3


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:
Tunjukkan Aku kekasih Hati 3


Aku melangkah keluar dari kereta milikku diikuti Aman disebelah. Masing-masing membawa briefcase yang mengandungi lakaran dan maklumat projek yang bakal kami bincangkan dengan Pengarah urusan Mahsuris Holdings sebentar lagi. Langkah kakiá diayun penuh tertib dan semangat dalam hati. Sebaik kaki memijak pada anak tangga pertama pintu masuk syarikat yang gah ini,telefon yang berada di dalam poket beg tangan yang dibawa rancak berbunyi mematikan langkahku. Aman turut sama berhenti lalu memandangku yang baru ingin menjawab panggilan itu.

á

"Aman,awak masuk dulu ye. Tunggu saya dekat dalam,saya jawab call ni dulu,"beritahuku supaya tidaklah dia tertunggu-tunggu di tengah panas ni gara-gara menungguku menjawab panggilan.

á

"Baik cik Nurin. Saya tunggu dekat lobi ya. Lagipun masih ada 20 minit sebelum masanya,"balas Aman dengan senyuman nipis. Jam ditanganku dikerling sekilas,yalah. Telefon yang masihá berbunyi sudah senyap bila aku sudah menjawab si pemanggil. Lirik mataku melihat Aman sudah menolak pintu kaca besar untuk masuk kedalam.

á

"Hello Nurin,kau dah sampai office aku ke belum ni?"tanya Amy laju. Aku angkat kening,amboi cik Amy ni,dia pula yang sibuk-sibuk.

á

"Dahlah,aku ada dekat bawah ni. Yang kau gelabah semacam ni kenapa?"suara ketawa Amy menyebabkan aku mengerutkan dahi. Apa sudah jadi dengan rakanku ini?tiba-tiba je ketawa,dah kena sampuk ke apa.

á

"Hello cik Nurin,lupa ke yang saya nikan secretary Pengarah Urusan,mestilah saya kena sibuk-sibuk. Kalau cik Nurin lambat,nanti saya yang kena jawab dengan bos saya tu,ada faham,"tegas Amy. Kini aku pula yang rasa nak ketawa dengan kelupaannku.

á

"Sorry sorry,lupa pula yang kau tu kan secretary dia. Dont worry,aku dah sampai ni cuma tunggu nak masuk je. Bos kau tu dah datang ke belum?jangan nanti aku pula yang kena tunggu dia,"sengaja aku memerli. Sebenarnya memang aku tak suka buat orang ternanti-nanti dan aku juga tak suka dan pantang kalau aku yang ternanti-nanti. Jadi ada baiknya masing-masing saling faham-fahamlah ye.

á

"Hmm...dia on the way. Tapi kau jangan risaulah sebab dia memang pantual. Macam kau yang pantang kalau ada orang lambat,macam tu jugalah bos aku. Korang ni memang ada chemistry lah,"gurau Amy dalam ketawanya. Aku tersenyum nipis sahaja,yalah tu. Tapi baguslah kalau dapat bekerjasama dengan orang yang macam ni,masing-masing produktif. Senang sikitlah kerja kalau dapat bekerjasama dengan baik.

"Yalah tu cik Amy ya. Oklah,aku nak masuk dah ni,nanti kita jumpa dekat atas ya. Kesian pula dekat anak buah aku tu,tunggu aku jawab telefon kaulah ni,"aku pura-pura marah.

á

"Kau bawa anak buah?siapa?"laju sahaja Amy memintas. Kening yang tenang sahaja kembali ternaik mendengar soalan Amy itu. Bibir perlahan-lahan mengukir senyuman nakal. Dalam diam pandai juga Amy ni nak mengayat ye. Tapi oklah tu dia pun solo lagi,Aman pun aku rasa belum berpunya.

á

"Aman. Pandai kau ye,nak mengoratlah tu. Kalau nak nanti aku tolong sampaikan pada tuan punya badan,"gurauku dengan nada selamba sahaja.

á

Mataku memandang sebuah kereta BMW hitam yang meluncur laju masuk ke perkarangan tempat parking yang khas untuk orang-orang penting syarikat ni aku rasa. Tengok gaya dan cara pemanduan orang itu memang laju,dah lambat masuk kerja ke?aku ketawa sendiri di dalam hati. Sempat kepala aku menggeleng-ngeleng,entah kenapa pun aku tak tahu.

á

"Aman?budak tak sayang mulut tu ke?kalau dia tak apalah,terima kasih je. Daripada aku bercinta dengan dia ada baiknya aku bercinta dengan despatch tempat kerja aku ni,lagi bagus,"bebel Amy dengan celotehnya itu. Bibirku mengundang tawa,kelakar dengan bebelan Amy ni. Gaduhlah gaduh,lama-lama jatuh cinta baru tahu. Masa tu jangankan puji,yang burukpun kata cantik,yang pahitpun kata manis,yang busukpun kata wangi.

á

Pemandu kereta mewah tadi sudah keluar dari keretanya. Langkah kakinya laju diatur melintasiku yang masih berdiri di hujung tangga. Aku hanya memerhati tingkah lelaki itu,memang sah! Mesti dah lambat tu,takut kena marah bos. Hish!Yang aku sibuk-sibuk ni kenapa?nanti dengan aku-aku pula yang lambat.

á

" Oklah Amy,aku letak dulu. Nak naik dah ni,"putusku. Hmm...kami berbual dah macam tak jumpa pula sekejap lagi. Padahal tak sampai beberapa minit pun lagi kami akan jumpa juga.

á

"Aku pun nak letak dah ni. Bos aku dah sampai,nanti jumpa ye. Bye,"talian diputuskan. Telefon yang dipegang aku off sebelum disimpan kembali ke dalam beg tangan. Masa meeting tak boleh ada gangguan,terutamanya gangguan telefon. Kalau hal-hal peribadi lagilah aku pantang kalau dicampur adukkan dalam urusan pejabat.

á

Pintu kaca besar yang berada dihadapanku ditolak perlahan. Mataku melilau mencari-cari kelibat anak buah ku itu,takut lambat pula kami nanti. Pencarianku terhenti pada susuk tubuh yang sedang bersandar pada meja kaunter pertanyaan sambil berbual-bual mesra dengan wanita yang menjaga disitu. Kepalaku menggeleng perlahan seraya tersenyum nipis. Aman,Aman.

á

"Hmm...you single lagi kan?no phone berapa?boleh kita tukar-tukar,"manis sahaja mulut Aman mengayat wanita yang hanya tersenyum-senyum malu itu. Lagaknya macam nak tak nak je bagi nombor telefonnya kepada Aman ni.

á

"Aman,"panggilku mematikan niat wanita yang masih tersenyum itu untuk membuka mulut. Senyuman aku hulurkan buat penyambut tetamu itu.

á

"Cik Nurin,"tergagap-gagap sudah suara si Aman. Bibirnya hanya tersengeh malu,tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Wanita tadi itu hanya ketawa kecil melihat riak wajah Aman. Tadi bukan main macho,sekarang muka dah merah pula.

á

"Boleh saya jumpa pengarah urusan?"tanyaku lembut kepada penyambut tetamu yang masih tersenyum manis itu.

á

"Silakan cik,ke tingkat 15 ya,"beritahu wanita itu penuh tertib. Aku tersenyum dan mengangguk. Puas hati dengan layanan penyambut tetamu ini. Kadang-kadang ada juga penyambut tetamu yang muka macam ayam berak kapur,ada juga yang macam nak cari gaduh je. Sebagai orang yang melihat memang nak naik marah,tapi sabar sajalah.

á

"Terima kasih ya,"wanita itu hanya membalas dengan senyuman. Aku mengatur langkah kearah lif,tapi langkahku terhenti sebab aku rasa macam ada orang tertinggal sahaja. Sebaik aku menoleh ternyata Aman masih lagi berada dekat meja pertanyaan itu,macam sedang berkata sesuatu.

á

Kepala aku geleng perlahan,kalau Amy tengoklah lagak Aman ni,mesti kena gelak habis. Jadi macho habis,mat poyo betullah. Jam ditangan aku kerling,sudah hampir tiba masa yang dijanjikan. Baru ingin membuka mulut untuk memanggil Aman,lelaki itu sudah berlari kearahku.

á

"Maaf cik Nurin,ada hal sikit,"kesalnya,tapi bibir tetap tersengeh.

á

"Tak apa. Dapat tak nombor dia tu?"tanyaku sebaik kami sudah masuk ke dalam perut lif. Aman memandangku seperti tidak percaya,last-last dia ketawa pula.

á

"Ala cik ni,buat malu saya saja. Tapi sayakan gentle,nak tak nak dia bagi juga. Puas saya mengayat tadi,"jujurnya berbaur gurauan. Aku hanya tersenyum nipis,ada-ada sajalah Aman ni. Lif bergerak laju naik ke tingkat 15.

á

Sebaik pintu lif dibuka kami melangkah dengan yakin. Dalam hati aku berdoa supaya semuanya berjalan dengan lancarnya. Keadaan sekeliling aku pandang penuh kagum. Para pekerja masing-masing bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Anak mataku terpandangkan seseorang yang aku kenal sedang menunggu kedatangan kami aku rasa. Bibirku menguntum senyuman nipis,aku menoleh kesebelah melihat wajah Aman yang nampak sedang mengerutkan dahi. Tanpa sedar aku nak tergelak sendiri,pastinya Aman terkejut melihat wajah Amy yang sudah berjalan menghampiri kami.

á

"Nurin,sampai pun,"sapa Amy sambil memegang tanganku erat. Aku hanya tersenyum apabila melihat jelingan mata Amy memandang Aman yang sudah memeluk tubuh. Mulalah aku terasa seperti ada bahang yang membara antara mereka dua orang ni. Sebelum perang mulut terjadi ada baiknya aku cepat bertindak.

á

"Hmm..Aman,ingat lagi Amy kan?"tanyaku cuba memancing minat keduanya untuk bersuara.

á

"Mana boleh saya lupakan cik Amy ni. Kan dia yang sound saya haritu,"perli Aman sambil tersenyum lebar. Amy sudah mengetap bibir,aku terus sahaja menepuk lembut belakang sahabatku itu.

á

" Encik Aman pun apa kurangnya kan?bukan main pandai membidas kata-kata saya,"suara Amy kedengaran membalas kata-kata Aman itu. Aku sudah mengangkat kening,lain pula yang jadinya karang.

á

"Amy,tetamu kita dah sampai?"tanya satu suara lembut dari arah belakang Amy. Amy terus menoleh dan tersenyum. Aku dan Aman juga sudah mengalih pandang pada lelaki itu. Satu senyuman aku hulurkan buat lelaki itu.

á

"Ya Encik Malik,ini Cik Nurin dan Encik Aman,"Amy memperkenalkan kami kepada lelaki itu. Aman terus bersalaman sebagai tanda perkenalan. Lelaki itu tersenyum lebar sebelum mempersilakan kami untuk ke bilik mesyuarat.

á

"Sila tunggu sekejap ya. Amy tolong sediakan minuman untuk tetamu kita,"arah Malik sebelum berlalu meninggalkan kami dibilik mesyuarat itu.

á

"Amy,itu ke bos kau?ok je aku tengok dia senyum,"tak semena-mena aku teringat pula kata-kata Amy dan Mai semalam semasa kami makan malam bersama semalam. Amy menahan ketawa,tapi cepat sahaja wajahnya dimasamkan semula bila matanya bertentangan dengan mata si Aman.

á

"Bukanlah,itu kawan baik bos aku. Dia tu ok je tapi bos aku tu lagi-lagi ok. Kejap lagi dia masuk kau tengoklah,hensem. Aku warning kau jangan terpikat sudah,"bisik Amy dekat dengan telingaku. Dia tersenyum lebar,tapi aku hanya menggeleng. Aman disebelah hanya memeluk tubuh,memandang Amy dengan wajah tidak puas hati.

á

"Yang Encik Aman ni muka kelat sangat kenapa?nak saya buat air manis-manis?"peril Amy sebelum berlalu meninggalkan kami berdua. Aman sudah bangun berdiri,menarik nafas seperti sedang bersenam. Aku menekup mulut,takut terketawa pula nanti.

á

"Cik Nurin,kawan cik tu kenapa?"tanyanya menahan sabar. Punggungnya sudah dilabuhkan ke kerusi semula. Aku hanya tersenyum,tak tahulah Encik Aman hoi..

á

Jam ditangan aku kerling,mana dia ni?Pintu dikuak dari luar. Aku mengalih pandang ke arah pintu,wajah Encik Malik kelihatan dengan beberapa helai kertas. Dibelakangnya pula muncul seorang lagi lelaki yang segak sebagai seorang ahli koperat. Aku dan Aman bangun untuk menyambut Pengarah Urusan Mahsuris Holdings itu.

á

Caleb mengangkat wajah memandang tetamu-tetamunya itu. Sebaik terpandangkan wanita yang ayu bertudung itu,jantungnya tiba-tiba terdetik sesuatu. Mata wanita itu yang tak berapa sepet tak juga bulat begitu terserlah dengan sedikit celak hitam pada matanya. Wajah itu tampak manis dengan mekap nipis,biarpun bukanlah secantik mana-mana wanita yang pernah dikenalinya.Tangan dihulurkan kepada Aman,lalu kepada wanita itu. Tindakanku hanya tersenyum lalu mengangguk kecil tanpa menyambut huluran lelaki itu. Dalam islam tak ada pula menghalalkan yang haram hanya atas urusan pekerjaan. Caleb hanya diam,menarik kembali tangannya yang tidak disambut dari hadapan wanita itu. Wajah tenang wanita itu begitu menarik minatnya.

á

"Hmm..Cik Nurin,ini Pengarah Urusan Mahsuris Holdings,Encik Caleb Uejin,"beritahu Malik memperkenalkan bos merangkap sahabat baiknya itu. Aku memandang lelaki itu dengan senyuman nipis. Oh,jadi inilah bos Amy dan Mai ye. Bos yang dikatakan kacak,bergaya dan penuh karisma. Tapi kenapa nama dah macam orang jepun je?rupa tak ada gaya jepun pun. Dalam diam aku sedikit kagum dengan personaliti bos muda ini,tak nampak seperti hanya pandai menjawat jawatan atas gelaran sahaja.

á

"Hmm,saya Nurin Iman wakil Puan Rohaya dan ini Encik Aman. Baiklah,boleh kita mulakan sekarang?"tanyaku minta kepastian. Kedengaran sedikit tegas aku rasa,tapi lantaklah dah memang aku terbiasa seperti ini. Cukuplah sesi perkenalan ini,sudah tiba masanya untuk bekerja pula. Aku ke sini hari ini bukanlah atas urusan nak menghabiskan masa menghadap muka pengarah Urusan Mega Holdings sebaliknya membawa pulang sesuatu yang lebih penting.

á

Lelaki yang bernama Caleb itu hanya tersenyum nipis dan mengangguk.

"Hmm..surely,"balas lelaki itu dengan anggukan kepala. Bibirnya hanya menguntum senyuman kagum terhadap wanita dihadapannya ini. Aku dan Aman membuka briefcase dan mengeluarkan kertas kerja yang dibawa. Seketika kami masing-masing mulai serius,kerja yang bermula harus dilakukan tanpa main-main. Amy dengan berhati-hati mendulang beberapa cawan air dan diletakkan di hadapan kami. Pergerakannya cermat supaya tidak menganggu kerja kami,dan tidak mengotorkan apa-apa maklumat penting.

á

Sempat lagi aku melihat Amy dan Aman saling membalas jelingan. Aku hanya mampu tersenyum nipis. Tanpa sedar ada mata yang juga sedang memandang wajahku,bibirnya turut mengukir senyum. Hampir 2 jam perbincangan berlaku dan alhamdulilah kata putus sudah dicapai. Masing-masing kelihatan berpuas hati. Aku dan Aman berkemas-kemas maklumat dan lakaran lalu disimpan kembali ke dalam briefcase. Jam ditangan aku kerling,sudah hampir waktu makan tengahari.

á

"Hmm..its almost lunch time. Shall we lunch together?"tanya Caleb menarik minatku dan Aman. Aman memandangku minta penjelasan,aku angkat muka dan hanya tersenyum nipis. Dalam hati aku terus menolak sepantasnya pelawaan lelaki itu,berlagak semacam je aku ni.

á

"Maaf ya,tapi saya ada hal lain. Aman kalau nak bolehlah ikut ye,"beritahuku pada mereka berdua. Malik hanya memerhati kami ini. Aman mengerutkan dahi seperti kurang percaya dengan omongan aku ni. Aku pandang dia cuba memberi isyarat jangan nak tanya lebih-lebih namun Aman seperti tidak ambil peduli sahaja.

á

"Cik ada hal apa pula?bukan ke lepas ni kita dah tak ada apa-apa,"Aman menyuarakan rasa hatinya. Aku memandang wajah itu dengan mengetap bibir,kemudian wajah caleb pula. Wajah aku maniskan,tak boleh nampakj macam tengah menipu,relaks,relaks. Hmm..nak jawab apa ye?kalau tipu aku puasa berdosa pula karang sebab aku tengah period,nak cakap aku diet?karang banyak pula yang ditanya.

á

"Ha,saya dah janji dengan Amy nak lunch sama. Kami nak makan sekali dengan housemate kitaorang,jadi Aman pergilah ya,saya ok je,"aku sempat mencipta alasan lain. Harap-harap lepas ni mereka dah tak payah tanya apa-apalah ye.

á

Caleb memandang wanita itu bersama senyuman tawar. Baru sahaja nak ambil chance,tapi tak apalah mungkin tak ada rezeki. Aku menolak kerusi lalu bangun meminta izin untuk mengundur diri dulu. Nak pergi dekat Amy kononnya nak ajak dia pergi makan,teman aku supaya tak terkantoi pula.

"Hmm..terima kasih banyak ya Encik caleb,Encik Malik. Harap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dah dipersetujui,"ujarku kepada wakil Mahsuri Holdings itu. Senyuman paling manis aku hulurkan buat mereka berdua. Kelihatan wajah bos Amy itu hanya tenang,senyumpun tak marah pun tak. Hai,betul-betul tak ada perasaan ke?ikut suka hatilah ye..

á

"Sure tak mahu join kami lunch?"tanya Caleb sekali lagi dengan harapan wanita itu akan mengubah keputusannya. Aku angkat kening,tak percaya yang dia masih memujuk.

á

"Its ok,thanks for invite. Maybe next time ok,"putusku sebelum benda lain pula yang terjadi. Bukan tak sudi cuma aku tak nak melibatkan diri aku sekali lagi dalam hal-hal macam ni. Aku faham dia hanya nak ajak kami semua makan bersama tapi aku tak rasa aku akan ada mood tika itu. Jadi ada baiknya aku tak rosakkan mood orang lain pula disebabkan masalah aku sendiri. Caleb sekali lagi mengangguk perlahan,ada sedikit kecewa bertamu dalam hati. Tapi dia tak ada hak nak memaksa,dah memang mungkin wanita itu dah berjanji terlebih dahulu dengan orang lain.

á

"Baiklah cik Nurin,kita jumpa dekat office nanti ya. Boleh cik bawa maklumat-maklumat ni dulu?"pinta Aman sambil tersenyum memandangku. Aku hanya mengangguk kecil,sekali lagi aku hulurkan senyuman buat Caleb dan Malik sebagai tanda terima kasih atas kerjasama ini.

á

Sebaik pintu bilik mesyuarat dibuka,aku terus menghampiri Amy yang sedang menaip sesuatu di meja kerjanya. Agak terkejut juga wajah Amy melihat aku berdiri di situ.

á

"Dah beres ke?sorang je?mana si mulut laser tu?"sempat lagi Amy memerli si Aman. Aku hanya menggeleng,tak habis lagi gaduhnya.

á

"Habis dah. Dia nak pergi lunch dulu dengan bos kau,baru balik office. Jom Amy,"ajakku pula. Sama seperti apa yang aku rancangkan. Muka terkejut Amy tu nak membuatkan aku tergelak.

á

"Jom pergi mana?kau tak join diaorang lunch ke?"tanyanya pelik. Aku mengigit bibir lantas menggeleng. Amy menepuk dahi melihat gelagatku itu. Apasallah pula wajahnya frust semacam ni?

á

"Orang dah nak belanja yang kau tolak kenapa?rugi-rugi. Nurin,kau nak mengelat ye?"seperti dapat membaca sahaja apa yang sedang aku fikirkan ini. Bibirku tersengeh melerek,kagum dengan kepakaran sahabatku ini.

á

"Dahlah,nak ikut tak?Mai sibuk ke sekarang ni?jom ajak dia sekali,"pesanku kepada Amy. Amy menarik nafas,dia menarik tanganku supaya dekat dengannya.

á

"Nurin,sorry tau sebab aku puasa hari ini. Biar aku tanya Mai ok?korang pergilah makan berdua,jangan pedulikan aku ni,"terang Amy perlahan. Rasa bersalah pula tak dapat nak temankan Nurin makan. AKu hanya mengangguk. Tapi tak cakap pula dia nak puasa hari ini. Hmm..tak apalah lagipun puasa ganti si Amy ni banyak lagi,karang tak sempat nak ganti pula.

á

"Tak apalah kalau macam tu. Aku call Mai dululah ye. Kau nak tapau apa-apa tak untuk berbuka nanti?"tanyaku untuk kepastian. Amy meletakkan jarinya dekat dagu,seperti sedang berfikir-fikir sesuatu.

á

"Hmm..tolong tapaukan KFC boleh?aku terliur lah. Kalau kau nak belanja pun ok juga,"Amy menaikkan kedua-dua belah keningnya. Bibirnya yang disapu dengan lipstick oren cair itu sudah tersengeh-sengeh.

á

"Yalah,nanti aku tolong belikan. Oklah,aku balik dulu ya,takut lambat pula masuk office nanti. Hmm..nanti kalau jumpa Aman jangan gaduh-gaduh tau,karang jatuh cinta baru tahu," sempatááaku mengenakan Amy yang sudah membulatkan mata. Perlahan tawaku keluar dari mulut. Langkah kaki diatur menuju ke lif. Sempat aku menelefon Mai untuk menganjaknya makan tengahari bersama.

á

"Mai,aku tunggu dekat kereta tau,"beritahuku sebelum mematikan talian. Beberapa minit sahaja aku sudah berada dekat parking menunggu Mai.

á

................

"You all turun dulu,aku nak hantar barang ni sekejap. Malik,drive sendiri ke nak kereta aku?"Caleb memandang rakannya yang sudah menutup pintu kaca bilik mesyuarat itu. Aman disebelah hanya memerhati,sekejap-sekejap dia tersenyum. Kagumnya dia melihat lelaki yang bernama Caleb Uejin ni,begitu berkarisma sebagai seorang ahli koperat yang berjaya. Otaknya sedang ligat berteka-teki,mesti ramai yang inginkan lelaki ini untuk dibuat suamilah,menantulah,abang angkatlah tak pun teman lelaki selaku bank persendirian. Tak semena-mena dia tersenyum bangga.

á

"kau bawalah kereta kau. Malas nak drive,time-time ni mesti jame punya,"ngomel malik dengan gelengan. Caleb hanya mengangguk bersetuju. Bahu rakannya ditepuk perlahan. Matanya memandang Aman sekilas.

á

"Aku tunggu kau dekat bawahlah ya,"beritahu Malik sebaik sahaja sudah tiada apa-apa yang ingin dibincangkan. Caleb mengangguk sebelum menghantar Malik dan Aman dengan iringan mata. Kaki dihayun laju selangkah demi selangkah. Sebaik matanya melewati meja setiausahanya itu,tak semena-mena keningnya berkerut. áLangkah kakinya terbantut untuk terus melangkah masuk ke dalam kamarnya apabila melihat setiausahanya masih ada sedang membuat kerja.

á

Caleb memandang pelik Amy yang sedang tekun menaip sesuatu,tak seperti mahu berganjak. Pandangan matanya dihalakan ke seluruh ruang pejabat,mencari kelibat seseorang tapi sudah tiada. Amy yang menyedari seperti sedang diperhati mengangkat muka,terkejut juga melihat bosnya itu sedang berdiri memandangnya.

á

"Bos,ada apa-apa saya boleh bantu?"tanyanya lembut. Caleb hanya menggelengkan kepala. Kerana tiada secalit senyuman di wajah itulah yang membuatkan Amy tak berani nak bersuara kuat dan kasar.

á

"Hmm..awak tak pergi lunch ke?"jam ditangannya dikerling sekilas. Kalau tak silap Caleb tadi Nurin Iman kata nak lunch dengan Amy. Amy tersenyum lebar. Sikap keprihatinan bosnya ini memang terbaek..mahunya siapa yang mendengar kembang setaman bunga dalam hati. Dia yang hari-hari mendengar ni pun masih boleh berangan yang bukan-bukan,apatah lagi yang baru pertama kali.

á

"Saya puasa hari ini bos. Jadi ada masa terluang ni baik saya siapkan kerja-kerja ni,"bibir Amy tersenyum lebar sahaja. Caleb termenung seketika sebelum menggeleng perlahan. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman. Jadi tadi hanya alasan Nurin Iman sahajalah ye untuk tak join makan tengahari bersama. Untuk seketika itu Amy membulatkan mata,tak percaya bos nya tersenyum depannya secara tiba-tiba.

á

"Bos tak apa-apa ke?"tanyanya untuk kepastian. Caleb seperti baru tersedar,lalu menggeleng.

á

"Awak teruskan jelah kerja awak,"arahnya. Caleb berjalan perlahan mahu masuk ke kamarnya,pintu di buka luas,namun langkahnya mati. Amy yang memerhati hanya mengerutkan dahi. Apa kena bos hari ini?beberapa minit Caleb kembali semula ke meja setiausahanya,tergopoh gapah Amy dibuatnya.

á

"Ya bos,ada apa?"tanyanya tersasul-sasul.

á

"Cik Nurin Iman tu kawan awak ke?"Caleb bersuara tiba-tiba. Entah apa dah jadi pun dia tak tahu. Tiba-tiba je dia asyik teringatkan nama itu,kenapa ni?

á

Amy membulatkan mata,tak salah dengar ke ni?Caleb Uejin bertanya tentang Nurin Iman?ini adalah mengejutkan sebab ini kali pertama bos nya ini bertanya tentang seorang wanita. Ini sebab kerja kut,Amy meneka sendiri,sebab tak mungkinlah atas sebab lain.

á

"Ha'ah kawan saya. Kami satu rumah,"jelas Amy tergagap-gagap pula jadinya. Caleb mencekak pinggang seraya mengangguk.

á

"Ok,thanks. Teruskan kerja ya,"pesan Caleb untuk kali keduanya. Amy hanya mengangguk. Anak matanya memerhati langkah Caleb yang sudah hilang di sebalik pintu bilik. Tubuhnya terduduk di kerusi,rasa terkejut dan tidak percayanya itu semakin membuak-buak. Perlahan bibir Amy mengukir senyuman penuh makna. Walaupun secara logik akalnya dia mengatakan yang pertanyaan bosnya itu hanya sebab atas urusan kerja,tapi secara tak logiknya dan kerana tahap kronik otaknya yang memang suka beranganá ni,dia amat yakin yang ada sesuatu yang pelik disini,sesuatu yang amat tak disangka-sangka. Nurin,Nurin..

á



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

karangan mcm ni ler aku malas nk baca..

baru nk rajin jengok2 GC ni...

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

relex ah fizie, bdk ni baru nak salurkan idea2 dia..
kita patut support minat dia berkarya..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

ok la disebabkan ko yg kata mcm gitu..

aku pun serta-merta la sokong dia..

tapi satu syarat...

leh ko jadi awek aku tak?

aku bosan arhh...

tapi kalau ko ada pakwe...

tak apa ko memperduakan je aku..

aku relaaaa...

ngahahaha :D

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

jd awek ko? aku ok je..ko jd cabel aku jd nurin..
jom masuk dlm dunia cerpen ni..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

lohhhh...

cabel tu apa la rasa...

aku jadi romeo ko la lalai...

jom couple pastu kita leh gi kuar tgk wyg..

sambil tu leh minum air coke dgn makan pop corn..

fuhhhh!

syiOk ohhh

lama tak rasa suasana mcm gini....

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

isk3..pizi2

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

tak apa aku ni peramah..

dengan semua org aku mesra..

sbb tu gadis2 sonok layan aku..

siap kunyah lagi nafsu serakah dgn aku....

sedap sehingga menjilat karipap sardin kurang gula....

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

wei fizie, kalo dah couple je ke leh tgk wayang sambil minum coke n makan pop corn??
kalo gitu, aku dah byk kali couple ah..he3!! ko ni mesra alam ada limit..kalo over limit ko jd alam flora lak..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

aikkk!!

ko dah byk kali couple dgn siapa?

aku kata kene couple dgn aku jee..

baru leh kuar tgk wyg sambil mkn pop-corn..

arh baru aku teringat..

ko keje dkt dgn KLCC tak?

kalau ko dekat ko gadis yg bertuah..

jom aku banja ko tgk wyg..

tapi kalau ko jauh gamaknya terpaksa la batalkan hajat aku nk banje ko..

(fuhhh jimat duit aku)

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

ngok tol...2 thn lps mmg ah aku keje dkt gan KLCC..
skrang aku keje dekat gan KL tower..wow!! bangga 2..
eleh, ko kemut..ko kat ne? stakat jauh sekakang kera pun nak kisah..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

ok cun!

jom tgk wayang dkt KLCC...

ko leh sampai pkl bapa?

series aku banja ko..

tgk ar cita apa2...

asalkan hilang boring..

aku nk lari meeting ni..

jab agi nk kuar gi branch so alang2 aku lepas KLCC tgk wyg er lagi best...

branch leh gi lepas ofis hours...

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

suka suki ko je..ko boleh lah nak lari dr meeting..
aku ni dah ah bdk baru..ilang stgh jam dah ada org cari..
sat lg dpt jelingan manja dr supervisor aku..
esok ah, aku half day baru leh merewang...

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

ok la kalau esok..

tapi dlm pkl bapa weh?

wyg buka dah la lambat pkl 11 pagi ke atas..

pastu solat jumaat lak tu..

pas solat jumaat la kalau mcm gitu...

kita tgk dkt KLCC..

weh mcm mana aku nk roger ko lalat..?

no. tepon pun tak ada..

aduyaiii!!!

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

wargghh..serius ko nak blanja aku??
tgk transfomer?? aku ni suci tau..x pernah nak tgk wayang ber2 gan laki..
ko nak cemarkan kesucian aku ke?? ha3!!
x kisah lah, kwn2 nye hal..esok pas solat jumaat..aku leh OT kejab..nanti aku bg no public phone aku yek..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

tak main2 punya..

ini series punya hal...

transformer aku dah tgk..

kalau KL gengster nak tak?

tapi kalau ko berdegil nk transformer...

terpaksa la aku beli cd cetak rompak cita transformer tu dkt ko..

ko bagi no. public?

nnt kang minat senget yg angkat...

bagi la no. tepon ko betul...

tak kisah hp ke ofis ke apa ke..

yg penting bila aku call ko yg angkat..

ko tak pernah tgk cita dgn laki?

bagusss...

biar aku org pertama yg merasainya..

sbb aku pun tak pernah tgk wyg dgn pompuan..

biar kita sama2 menjadikannya esok adalah mlm pertama....

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

wow..ok gak kl gengster..aku nak buka iklan ni..

KEPADA SUMA GENG GC..ESOK SAPA Y FREE PAS SOLAT JUMAAT N BERADA DI KL..
MARI SAMA2 KITA PAU SI FIZI TGK WAYANG..ha3!! ok x wei??

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

wei jgn la ramai2...

mcm ni kopak la aku..

ishhhh!

ok cun kita tgk cita kl gengster..

dgn kata dari mulut org ramai..

best cita tu kalau tak..

tak ada la meletup pawagam dlm malaysia ni..

maklumlah cita gengster2 ni..

malaysiakan ramai gengster capuk poyo mcm dia tu kaki pukul...

whakhakahkahka

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

mana yg ke 4? adoila...

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

apa yg ke-4nya juling?

aku tak faham tiba▓ ko sebut 4..

adakah aku ketinggalan zaman atau tajuk?

atau aku sendiri dah lupa yg aku ada sebut pasal ke-4 sebelum ni..

biasa la yg lepas dibiarkan pergi now mulakan hidup yg baru...

jadi kita cita pasal yg baru je skg ni..

cer cite cer cite....

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

yele aku tnye dh xde sambungan cite nie lg ke? aku mlas baca komen... so aku xtaw pe kot coment sblom nie... nape dh xde ke sambungan cite nie?????

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 570
Date:

mne sambungan die punyer?

tgh rajin2 nk bace nil la ade sambungan plak....adoiii

__________________

kuro vs shiro



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

ko gi beli la suha...
asyik nk free memanjang jer...
thread ni dh lama dh org tk bg komen...
yh ko gi bukak apsal plak...??

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 570
Date:

ek elleh....ko pon bukak jugak....

__________________

kuro vs shiro



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

ko dh bukak..
aku pun bukak la...
sama2 bukak... hahahaha....

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

ku rase cik ika dh lupe yg dia pernah post citer..kat CG
sbb tu lah x de sambungan...hurmmm

__________________

ásomeOne .....is..waiting..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard