Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pengalaman Mistik Ilahkhatibrani rumah yang ketiga


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:
Pengalaman Mistik Ilahkhatibrani rumah yang ketiga


As salam semua...

Ini adalah sambungan dari rumah yang pertama dan kedua.... Harap cerita2 yang dikongsi ini akan menjadi pengajaran buat semua...

 

Pada tahun nie ilah beraya belah suami dahuludi mana minggu pertama di Borneo dan Perak  seterusnya minggu ke dua umah abah dikampungtetapi disini ilah ingin berkongsi pengalaman mistik yang ilah alami  di salah satu kampung di Perak

Bagi sesiapa yang tinggal atau pernah ke perak..pasti tahu kebanyakkan jarak setiap rumah di kampung peraksangatlah jauhkalau ada yang berhampiran pun mungkin sebuah dua sahaja ..manakala selebihnya  dipisahkan dengan hutan atau bergantung kepada keluasan pemilik tanah tersebut.

Begini kisahnya

Kisah 1

SUARA WANITA MENANGIS

Kebiasaanya makcik2 saudara serta mak mertua akan menghabiskan masa berbual2 panjang di ruang rehat belakang selepas solat terawih...di mana pada waktu nie mereka akan berkongsi cerita duka dan gembira..dan kebetulan pada malam tu ilah ikut sekali mendengar coleteh mereka....hmm gelak sakan jugalah kami...terutama bila ada yang siap melatah bila diusik

bila dah lewat malam....tinggallah beberapa org jer..sementara yang lain dah slow2 angkat kaki gi tidur.....manakala ilah lak sebenarnya mengantuk juga ..tapi sebab seronok mendengar mak saudara(belah mak mertua) bercerita ..ilah tahan jer mata walaupun dah menguap banyak kali...sampai tika ...ilah mendengar bunyi org menangis sayup2 jer....dan lama2 kelamaannya semakin kuat..bunyinya seperti wanita menangis teresak2 panjang mendayu.....

Sementara yang lain pula ( hmm mak saudara ada dua org, mak mertua dan ilah..jadi kira ada empat org masa tu ) terus senyap tanpa berbicara...mak mertua terus pergi kat ilah ..dan memegang tangan ilah kerana risaukan ilah terutama dengan keadaan ilah nie....

terus mak saudara ilah berkata yang ..benda tu cik ponti versi lang..belaan tuan punya umah tinggalan yang tidak jauh dari situ..tetapi tuannya dan meninggal tiga bulan lepas....sudah menjadi kebiasaan org kampung di sini bila mendengar bunyi wanita menangis bila waktu lewat malam....adakalanya org kampung ada juga mendengar bunyi wanita mengilai juga....

berderau darah juga ilah bila mak saudara citer....sebab risau kalau ilah ternampak cik pon tu ....lagi2 bila ruang dapur tempat kami lepak nie hanya berdindingkan jaring nyamuk  berwarna hijau serta dawai halus bersilang....kiranya kami semua boleh nampaklah apa yang diluar...jadi kalau tetiba ada benda terbang kat luar hmm confirm boleh dilihat dengan jelas....

yang tak beshnya..boleh  lak.mak saudara menyambung citer pasal cik pon..tu...(sabo jer lah)..yang umah tinggalan tersebut tiada sesiapa yang berani nak duduk setelah arwah tuan punya umah tu meninggal sebab macam kejadian aneh dan pelik berlaku.....

hmm yang ilah lak mata gatal lak pulak ....nak melihat kat luar....haaa terus...zassssssssss...tepat masa tu ilah nampak ada kelibat putih terbang rendah dari semak berhampiran melayang perlahan menuju ker arah rumah tinggalan tersebut...erk! huduhnya muka terbang pula terlentang atau terbalik..kira cam versi cik lang....cepat2 ilah berpaling ke arah lain dan mengawal emosi agar cik pon tersebut tidak tahu ilah ternampak kelibatnya 

terus ilah cepat membaca apa yang patut...dan mengajak mak mertua temankan ilah masuk ke dalam dengan memberikan alasan mengantuk yang amat sangat....sementara mak saudara yang lain pula menyambung cerita pasai cik pon tersebut..(aduihlah! dorang nie.....)....nak tahu kenapa ilah mengeluh..sebabnya ilah tahu....sepanjang ilah dok sini mesti ilah akan nampak....hmmm dan tepat jangkaan ilah...terutama bila suami terpaksa bertugas .kerana org bawahannya tetiba jatuh sakit masuk wad ICU....  





__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

hmmm dalam bulan ramadhan pon ade ke??????????????

__________________

"mencari ketenangan"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 278
Date:

bln ramadhan yg kene ikat syaitan, iblis, dll (hamba allah) atapi klu belaan org ...hantu raya, hantu penanggal still ader.....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

ooooooo mcm tuh ker miss vampire

__________________

 someOne .....is..waiting..



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Mata ila tajam eh. Dlm forum cari ilah ada attach pic jin kat cameron tp aku rase cume ilah sorang je yg nampk jelas. Orang lain tengok pic x nampak jinnie tuh!

__________________
monster are create by another monster


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

Amukkan Cik Pon...

Pada malam tersebut..suami ilah terpaksa bertugas diatas sebab yang tidak dapat dielakkan...dan akan kembali pada raya kedua.....(tetapi mak mertua serta saudara yang lain bijak memainkan peranan untuk menghilangkan rasa kesedihan ilah dengan tidak putus2 mengajak ilah keluar serta berborak dengan ilah....)

pada malam tersebut juga ilah tidak tidur di bilik yang disediakan untuk ilah dan suami sebaliknya ilah tidur dibilik salah satu cucu mbah saudara..dimana usianya hanya muda tiga tahun drpd ilah..jadi ilah berborak dengan dia sahaja yang lebih berkisar tentang kehidupannya di asrama....

menurutnya...jikalau ilah tidak menemaninya pada waktu tersebut..pasti dia akan menyelinap masuk bilik ibubapanya kerana bilik yang didiaminya nie seram sedikit terutama biliknya betul 2 setentang dengan umah tinggalan yang dihuni oleh cik pon (hmm sila refer kisah satu )...walaupun jaraknya tidaklah dekat sangat..

menurutnya lagi..sejak dia mendiami asrama penuh..biliknya kosong dan tiada sesiapa yang tidur dan hanya dihuni bila ada sepupunya datang bertandang atau dia yang pulang semasa cuti semester.....dan bila dia pulang pula selalu perasan ada org baring disebelahnya..manakala sesekali macam ada org bergerak-gerak di katil atas...( katil dua tingkat...bawah king saiz..manakala atas saiz kecil jer )

hmm ilah lak diam jer....siap cakap ngan dia..takder apa2 tu..sebelum tidur baca apa yang patut..jadi malam tu ilah ajarlah dia apa yang perlu di buat....

malam tu adik teh ( panggilan untuk cucu mbah saudara) tidur dibahagian dalam manakala ilah pula di bahagian luar katil ( err...paham ker....) sementara katil yang diatas..tiada sesiapa yang baring atau tidur hanya penuh dengan beg pakaian sanak saudara ....jai malam tu hanya kami berdua dalam bilik....sementara yang lain bergelimpangan tidur diluar selepas penat menonton tv....(sepatutnya dalam lima org yang tidur kat dalam bilik tersebut...)

kami tidur di dalm bilik dengan pintu dibiarkan terbuka....sementara ilah pula tidak dapat tidur kerana mendengar macam bunyi org mengetuk tingkap dengan kuku....

dalam kegelisahan cuba tidur tu...ya-Allah terkejut ilah sebab ilah nampak kelibat wanita berbaju putih kotor panjang menembusi dinding tingkap bilik..dan kelibat tersebut adalah cik pon yang ilah nampak tempohhari.....cuba menghampiri tempat tidur kami..tetapi gagal...beberapa kali cuba namun gagal.....namun begitu cik pon tersebut betah menahan kesakitan kerana ilah perasan mukanya berubah menjadi bertambah hodoh kerana marah dan dia cuba memecahkan benteng pertahanan walaupun rasa kesakitan..sementara matanya merah memandang ke arah ilah dengan marah..seolah2 tahu ilah punca dia menjadi begitu...

ilah cuba bertahan namun gagal..kerana ilah tahu usia cik pon tersebut sudah lanjut dan ini bermakna ilmunya pasti tinggi .....jadi dalam kepayahan ilah cuba mencapai handphone ilah ..namun gagal kerana tangan ilah tetiba menjadi kaku..terus ilah membaca surah Al-Fill dan alhamdullilah ilah berjaya.tanpa membuang masa terus menekan speed dial no. abah....namun gagal...begitu jugak kali kedua ...gagal jugak....ilah lihat cik pon tersebut tersenyum sumbing melihat ilah....alhamdullilah pada kali ke lima abah mengangkat telefon terus ilah boleh bersuara dan meminta pertolongan kepada abah dan menceritakan apa yang berlaku...dan pada masa nie juga ilah masih boleh lihat cik pon tersebut masih ada di dalam bilik dengan memandang marah kepada ilah...

bila ilah letak telefon...serentak itu jugak ..ilah lihat cik pon cuba menuju ke arah ilah tetapi gagal kerana terpelanting jauh seperti ditampar dan hilang dibalik dinding tingkap....dan terus ilah mendengar jeritan kuat...

ilah terus bangun sambil mengurut dada dan perut.......selepas itu handphone ilah berbunyi...rupanya abah....abah menyuruh ilah sambung tidur sambil membaca surah kafirun...dan alhamdullilah ilah terlelap sehingga subuh...

pagi itu ..abah menelefon ilah..dan memberitahu kepada ilah yang cik pon tersebut marah kepada ilah kerana menurut cik pon tersebut ilah cuba memandai2 hendak menghalau dia daripada tempat permainan dia atau bahasa paling senang tempat lepak ....jadi cik pon tersebut marah dan cuba membalas dendam kepada ilah dan hampir berjaya kerana menurut abah cik pon tersebut sudah berada tahap level yang tinggi........memandangkan usia sudah beribu2 tahun...

terus ilah berkata ngan abah..yang ilah tidak meniat sekali untuk menghalau cik pon...cuma ilah membaca doa pendinding sebelum tidur seperti biasa...itu sahaja...manakala abah kata takper..bagus amalan ilah cuma pada kali ini ..gangguan berlaku kerana cik pon tersebut tahu ilah nie anak siapa...dan ingin menguji ilah semata2...dan paling tak beshnya sebelum terbang terbalik menuju ke arah umah tinggalan tuannya..(.bila dan kena marah ngan abah) masa dah minta maaf sebab menganggu ilah....boleh lagi cik pon tu cakap..sajer nak bergurau senda ngan ilah..sabo jerlah...putar belit tul dia nie ..

menurut abah lagi setelah ilah letak telepon..terus abah menyerang cik pon tersebut dari jarak jauh.....dan abah telah menampar cik pon tersebut terus terpelanting jauh ke luar..abah jugak memberi amaran jangan diusik ilah.....sepanjang ilah di sini..alhamdullilah dengan izin Allah tiada ganguan kecuali ternampak kelibatnya sesekali di luar umah tinggalan tersebut....

menurut abah lagi ..kawasan kampung mertua ilah sangat keras.dan ada perkampungan.namun begitu mereka tidak menganggu kecuali saka atau bela tinggalan yang merayau tanpa tuan.....dan di situ ada penghulu yang memimpin..(hmmm yang nie nanti ilah citer juga)

abah juga berpesan dan mengajar ilah mengubati diri sendiri dengan membaca surah tertentu dan kemudiannya minum untuk memulihkan semangat ilah....alhamdullilah ilah beransur pulih dengan izin Allah



selepas ini....

 

kisah saka melawat waris
..



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 659
Date:

tiap kali bkk laman nie msti carik citer terbaru ilah...hope ilah pose byk lagi citer kt wall nie.....best........



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

waa...seram da mai da.....mmg pergh la kak ilah nim...

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

yea..waiting 4 nu story kak ilah ni. real xperience dia besh ar.. suspen dia ni dalam seram2 kdg2 kelakar pon ade. huhu..

 



__________________

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

SAKA DATANG MENJENGAH WARIS

Selepas beraya..ilah masuk ke dalam bilik untuk melepaskan penat..di samping nak melayan mata yang memanggil2 ajak tidur...kebetulan masa nie cucu arwah tuan umah tinggalan yang ilah ceritakan sebelum nie datang balik ke kampung untuk beraya dan bermalam di rumah tersebut tetapi tidak berani berbuat demikian malahan untuk masuk ke rumah tersebut pun mereka tak berani kerana saudara yang lain akan tiba beraya pada keesokkan harinya.....kebetulan pula cucu perempuan arwah ini adalah cucu kesayangannya semasa arwah masih hidup dahulu...
.
jadi mereka anak-beranak lepak di rumah sambil menunggu kedatangan saudara yang lain...mereka ada dua org anak yang kecil..yang sangat comel..


ok..sambung balik citer.....pada mulanya tiada apa yang berlaku kepada ilah semasa keseorangan dalam bilik.....cuma apabila ilah tetiba terasa telinga ilah tetiba macam terkedap dengan udara..(.macam berada ditempat yang tinggi...yang boleh terasa telinga kita macam kena tekanan tu..)..terus ilah bangun tidur sambil mengosok belakang telinga ilah....dan sambung balik tidur....sebab terlalu mengantuk amat sangat...hmm masa nielah ilah dah terasa sesuatu....dalam antara sedar dan tidur ilah boleh melihat dengan jelas keadaan bilik ilah dan juga dua susuk lembaga terapung di sudut siling .....satu menyerupai lelaki dengan mata merah dan satu lagi menyerupai perempuan iaitu cik pon yang ilah pernah citer sebelum nie ( hmm masa nie kejadian yang cik pon menyerang ilah tu belum lagi ..hmm yang nie terjadi pada malamnya )..hmm masa nie memang tak dapat dielakkan daripada melihat wajah buruk makhluk berdua....terus ilah membaca empat kul untuk mengejutkkan semangat ilah daripada tidur....

dan masa nie ilah lihat perlahan 2 dua makhluk nie menembusi dinding dan menuju ke arah luar...serentak itu terus ilah tersedar dan tanpa buang masa ilah membuka pintu dan lihat bebayang hitam pergi kearah cucu perempuan arwah yang sedang melayan anak kecilnya..

bebayang hitam tersebut mendekati seolah2 sedang melawat warisnya...serentak itu kedua 2 anaknya menjerit menangis....nasib baik suaminya bijak terus dipangkunya anaknya dan dibaca beberapa surah diubun2 anaknya..alhamdulilah anaknya beransur berhenti menangis..sementara kekabus hitam nipis tersebut beransur2 hilang keluar mengikut angin dan sesekali meyerupai dua makhluk yang ilah nampak tadi.....

hmm masa nie jujur ilah katakan..alhamdullilah tiada perasaan takut dan seram..sebab ilah tahu makhluk yang menyerupai lelaki itu adalah saka tinggalan arwah nenknya manakala cik pon pula hanyalah khadam saka tersebut......jadi kebiasaaanya saka nie tidak akan menganggu org lain kecuali ada warisnya yang menyerunya atau tuannya menyuruhnya menganggu...hmm inilah kebiasaannya selalunyalah berdasarkan pengalaman ilah...tapi tak tahulah org lain

jadi kemungkinan pada masa nie 'mereka' masuk ke dalam umah melalui belakang dapur dimana bilik tidur ilah bersebelahan dengan dapur dan terus tembus di bilik ilah...dengan melalui sudut2 tiang umah..dan terus menembusi ke arah ruang legar dimana cucu perempuan arwah sedanag melayan kerenah kedua anaknya selepas makan..hmmm jadi ilah membuat kesimpulan tujuan nya bukan menganggu ilah...dan kebetulan ilah ternampak mereka...dengan izin Allah

manakala khadam pula lebih suka menganggu...hmmm lebih 'daring' nak mengusik...dan berjalan2.....membuat lawatan yang biasa dilaluinya......hmm macam kes yang ilah alami (sila refer kisah2)

 

selepas ini....

TIPS UNTUK MEMULIHKAN SEMANGAT ATAU TERKEJUT KERANA GANGGUAN DAN MENUTUP PINTU MIMPI DICEROBOHI OLEH MAKHLUK HALUS ATAU BENDA TAK BAIK



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

slot menarik ni lepas ni. sbb aku selalu kene ni mimpi merepek2 sampai takut2 la terkejut la..

ape maknenye kalau kite salu mimpi kene keja antu n mimpi seolah2 jatuh dr tempat tinggi??

sape2 yg pandai bg tafsiran sahih tentang  mimpi ni??



__________________

 



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Mimpi kene kejar handtwo tandanye akan dapat harta

__________________
monster are create by another monster


Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

bole caye ke ni incik senja itam??



__________________

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 278
Date:

saka???? cam seram jew..... coz vam ader mengalaminyer....kdg2 benda tu dtg ......

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

Miss_vampire wrote:

saka???? cam seram jew..... coz vam ader mengalaminyer....kdg2 benda tu dtg ......


 tampo je dia vam.. haha!

meh, aku nk kongsi sket. selain ayat kursi n ayat 3 qul amalkan bace ayat ke 7 dr surah As- Saffaat especially bile nk tdo..



__________________

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

As salam cik Lin... zad ada pernah terbaca pasal mimpi jatuh dari tempat tinggi... ramai yang berpendapat... kalau mimpi jatuh dari tempat tinggi selalunya berkaitan dengan gangguan....zad nak share skit...

GANGGUAN MAKHLUK HALUS 
FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN

A) Berpunca Daripada Jin

Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.

Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.

Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.

Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.

Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.

Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir. 
B) Berpunca Daripada Manusia

Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.

Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.

Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.

Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.

Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.

Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.

Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.

Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk: 


Terlalu marah.

Terlalu takut.

Nafsu syahawat yang tinggi.

Manusia yang lalai.

Jahil


Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri. 
Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa. 
TANDA-TANDA GANGGUAN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:

Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.

Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.

Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.

Mimpi buruk yang menakutkan.

Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.

Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.

Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.

Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

Berdiri dan berjalan ketika tidur.

Bermimpi berada di tempat yang sunyi.

Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.

Mimpi melihat makhluk halus.

Mimpi melihat salib atau gereja.

Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.

Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.

Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau). 
b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:

Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t. 
Hilang ingatan (Gila).

Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.

Lesu dan malas.

Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.

Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.

Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.

Lenguh sendi-sendi.

Melihat sesuatu yang pelik.

Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).

Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.

Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.

Jiwa lemah dan mudah mengalah.

Selalu mengantuk.

Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut

Mudah marah dan panas baran.

Hilang darah.

Agresif dan bertindak liar. 

http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/gangguan.php
 

Berikut ini adalah tafsir mimpi / arti mimpi / makna mimpi mengenai "Jatuh":

Bermimpi jatuh dari gunung. Artinya, pertanda kurang baik atau berbahaya bagi kita.
Bermimpi jatuh dari bukit atau tanah yang tinggi. Artinya, jika kita belum memiliki jodoh, kita akan segera mendapatkannya.
Bermimpi naik apa saja, tetapi setelah sampai di atas kita terjatuh. Pertanda agar berhati-hati karena akan dipecat dari pekerjaan dengan tidakhormat.
Bermimpi jatuh dari tangga. Artinya, keberuntungan dalam perniagaan akan tertunda atau akan ada kepercayaan yang hilang.
Bermimpi jatuh dari tempat yang sangat tinggi. Artinya, masa kejayaan akan segera lenyap.
Bermimpi jatuh ke dalam selokan. Artinya, akan memperoleh nama jelek.
Bermimpi jatuh menimpa sesuatu. Artinya, akan ada kabar penting.
Bermimpi jatuh ke dalam kolam atau dari atas tempat tidur. Merupakan peringatan agar kita berhati-hati dalam hal pekerjaan.

http://tafsirmimpi.org/jatuh.html

 

Berdasarkan pengalaman.. mimpi2 yang ade kaitan dengan unsur2 gangguan 

1.Mimpi menakutkan/mendebarkan sehingga membuatkan korang jadi penat dan berpeluh2
2.Mimpi yang membuat korang terjaga secara mengejut atau seperti disentap orang
3.Mimpi menakutkan/mendebarkan selama 3 hari berturut2 atau lebih atau berselang hari
4.Mimpi tak kira masa korang terlelap, kadang boleh terlelap time asar @ magrib..
5. Mimpi tak kira masa korang terlelap dan rasa ditindih.

Mimpi2nya
1. Mimpi binatang spt Monyet/ular/Harimau/kucing/babi/anjing/beruang/ lipan dll.
2. Mimpi didampingi lelaki atau perempuan mcm bercinta gitu 
3. Mimpi diwarning/ ancaman 
4. Mimpi bencana alam spt. puting beliung/tsunami dll.
5. Mimpi air, sungai, laut, paya, biasanya warna air hitam
6. Mimpi Menyusukan baby 
7. Mimpi Mengandung
8. Mimpi melahirkan bayi
9. Mimpi belajar sesuatu silat/ayat2/ilmu ghaib
10. Mimpi hantu lembaga hitam, pontianak/pochong dll..
11. Mimpi diancam
12. Mimpi kerumah ibadat2 agama lain
13. Mimpi org2 telah mati
14. Mimpi terjatuh dari tempat tinggi atau tgh korang jalan2 tiba2 terjatuh dalam lubang yang dalam.
15. Mimpi kena kejar
16. Mimpi dirogol
17. Mimpi menerima sesuatu spt. Bungkusan/senjata dll.
http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=505016&extra=page%3D3&page=9

 

ini sebahagian dari tafsiran mimpi... walaupun begitu kita kena banyakkan berdoa pada Allah agar segala yang buruk dapat dapat dijauhi... Insya Allah..



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

TIPS UNTUK MEMULIHKAN SEMANGAT ATAU TERKEJUT KERANA GANGGUAN DAN MENUTUP PINTU MIMPI DICEROBOHI OLEH MAKHLUK HALUS ATAU BENDA TAK BAIK

Sebenarnya dah lama ikut thread ilah ni tapi jadi SR je..

Lypoh pernah mengalami pengalaman kehilangan kandungan ke 3 yg berusia 8 minggu masa bulan puasa tahun lepas. Malam sebelum keguguran tu Lypoh mimpi didatangi 2 perempuan berpakaian ala dulu-dulu ( berkebaya & kerongsang serta rambut bersiput) datang tepi katil Lypoh..dia minta sesuatu dr  Lypoh tapi Lypoh tak pasti mintak ape..yg pasti Lypoh jawab Lypoh dah bersuami, jadi mintalah izin suami Lypoh dulu...

Masa lepas wat proses D&C tu, Lypoh dimasukkan ke ICU selama 3 hari sebab komplikasi bius..masa separa sedar tu Lypoh ade macam ternampak kelibat perempuan yg sama. MIL ada bawak jumpa sorang ustaz untuk membantu pulihkan semangat, dia kata ini saka dari keturunan arwah tok moyang Lypoh. Kebetulan Lypoh memang dipelihara oleh arwah nenek pulak. Arwah nenek pun tak tahu dia ada saka sampailah masa dia nak meninggal baru kami tahu dia mewarisi saka tu.

Entahlah Ilah..sampai sekarang Lypoh ade rasa sesuatu keadaan yang susah nak cerita, paling obvious sering rasa diperhatikan..






Salam Lypoh...
di sini ilah berikan cara yang mudah untuk pulih semangat atau nak beri sedikit kekuatan dalam diri sekiranya kita terkejut atau lemah semangat terutam seperti kes lypoh nie.....

1. selepas solat fardhu.....ambil segelas air suam atau sebotol air suam atau air gunung atau air mata air dibaca empat surah berikut mengikut turutan....surah Al-Kafirun 7x, surah Al-Ikhlas 7x, surah Al-falaq 7x surah An-Nas 7x dan diakhiri atau ditutup dengan Surah Al-Fill 7x .....setiap bacaan di tiupkan secara perlahan dipermukaan air yang dibaca dengan niat untuk apa dan kerana Allah .....Insya-Allah akan sembuh....

2. sebelum membaca surah yang disebut di atas sila hadiahkan Al-Fatihah untuk Nabi S.A.W

Manakala yang bermimpi buruk pula.....untuk krisis mimpi tahap permulaan sila rujuk dibawah pula...iaitu menutup pintu masuk alam mimpi agar tidah mudah dicerobohi...

dimulai dengan bacaan Al- fatihah sehingga abis kemudian baca ayat pertama sahaja mengikut turutan

1. baca ayat pertama surah al-ikhlas 3x
2.baca ayat pertama surah An-nas 3x
3.baca ayat pertama surah al-falaq3x

selepas itu hembus senafas dan usap dari ubun hingga ke ujung kaki....



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 278
Date:

cik_lin_mude wrote:
Miss_vampire wrote:

saka???? cam seram jew..... coz vam ader mengalaminyer....kdg2 benda tu dtg ......


 tampo je dia vam.. haha!

meh, aku nk kongsi sket. selain ayat kursi n ayat 3 qul amalkan bace ayat ke 7 dr surah As- Saffaat especially bile nk tdo..


 Tu lew pasal .......aduyai.....solat pon kene jaga ....klu leka skit... start ler nak mengamuk...now ok skit...lepas g berubat......klu dier dtg pon juz jln2 jew......skang ni vam dok 2 org ngan kakak sedara vam.....dier ni jenis boleh nmpak benda2 halus ni.....kdg dier ckp kat vam...."tu ...atuk hang dah mai"....selalu dier dtg klu vam kat umah sorang2 cmtu dier ader lh tapi x kacau pon...teman vam kot.....



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

uish.. betul laa pe yg za post ni..

petua bagus ni. insyaAllah cik lin amalkan mane yg patut ye..

tq za..



__________________

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

kadang2 ku anggap mimpi tu hanye mainan tido aje...
sok bgn nye..dh x ingat ape yg ku mimpikn smlm...heheh

__________________

 someOne .....is..waiting..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

KISAH PENDEK PENGALAMAN MISTIK DIUJI MAKHLUK HALUS

hmmm sampai sekarang ilah tak tau naper entiti nie tetiba datang menguji keberanian ilah....datang ke rumah bermain guli api di siling rumah semasa ilah sedang khusyuk menonton tv sambil menunggu kepulangan org umah...

ilah sudah menyedari kelibat entiti berkenaan yang tetiba muncul daripada dinding rumah jiran umah sebelah dengan mengeluarkan kepalanya seolah2 sedang menjengah ke dlm rumah ilah....dan masa ini ilah tidak menunjukkan sebarang reaksi..

bila entiti tersebut melihat ilah tiada menunjukkan reaksi kepadanya ..terus dia bermain bola atau guli api dengan kakinya dengan bergayutan disiling betul2 di sebelah ilah...sementara ilah terus-menerus buat tak reti...sambil fokuskan fikiran ilah menonton tv dengan mengawal debaran dada..agar dengupan jantung berdegup dengan kadar yang biasa....

entiti tersebut cuba pula membaling bola api tersebut ke dinding,...dan bunyi lantunan menglanggar dinding semakin kuat....dan ilah hanya diam sahaja ..siap gelak2 lagi melihat citer kat Tv sebab ada adegan romantik kelakar dlm citer tu..tapi sempat juga ilah kerling kat entiti tersebut..tetapi masih mengawal rasa dan komunikasi ilah dari tertarik dgn perhatian yg dicetuskan olehnya..kerana ilah tahu entiti tersebut mahu menguji keberanian ilah sahaja dan kalau boleh mahu ilah berkomunikasi dengannya...

kejadian ini berlaku dalam sepuluh minit sahaja...apabila ilah membaca surah An-Fiil...terus entiti tersebut lari keluar tembus dinding dan tidak masuk2 lagi selepas itu........

hmm ada kalanya susah betul kalau ada yg sudah tahu tentang ilah ..tetapi sajer datang berjumpa ilah untuk mengusik dan melihat keberanian ilah ke tahap maner..malahan ada yg cuba untuk mencetuskan pergaduhan..tetapi alhamdullilah ilah boleh mengelakkan semua ini..dengan izin Allah.



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

KISAH PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI TERLIHAT ENTITI BERGAYUT DIBADAN JIRAN

hmm pengalaman nie sebenarnya .berlaku semasa ilah anak dara sunti...(ahaks)..dimana ilah tinggal diapartment dan pada masa ini juga ilah lum dapat lesen keter ..yang ada hanyalah lesen motor....jadi pada masa nie ilah jadi minah rempit lah juga ...

ok..kiter sambung citer...begini kisahnya........

peristiwa ini berlaku semasa ilah nak naik lift di apartment ilah diwaktu petang selepas pulang dr opis.....kebetulan pada masa tu hanya ada dua org sahaja yang menunggu dipintu lift termasuk ilah....dan lagi sorang tu adalah jiran tetangga ilah..jadi macam biasa ilah hanya mengangkat tangan dan senyum.....kami berbual kosong sebelum menunggu pintu lift terbuka..pada masa nie jiran ilah berbual dengan ilah sambil mengeluh bahu dia selalu sengal2 dan terasa berat......hmm ilah hanya mendengar dan menyuruh dia berjumpa dengan doktor.....untuk rawatan susulan.....

Dan apabila pintu lift terbuka ..tanpa membuang masa kami berdua menuju masuk ke dlm lift tetapi ilah memberikan laluan dahulu kepada jiran ilah kerana dia nie lebih tua sedikit kepada ilah ..kira pangkat makciklah...sebagai tanda hormat kepadanya...manakala ilah pula mengekori dari belakangnya..dan tanpa disangka ilah ternampak sesuatu.....iaitu ada sesuatu yang bergayut dibelakangnya......erk! macam budak kecik....eh! bila masa pulak makcik nie ada mengendong budak kecil kat belakang dia nie..cucu dia ker....dahlah hanya pakai seluar jer..naper tak pakai baju....dan naper pulak makcik nie macam tak kisah budak kecik tu bergayut kat belakang dia dengan hanya berpaut kat bahu dia....tak risau ker budak tu jatuh ker apa ..getus ilah kehairanan dalam hati...

bila jer masuk dalam ..ilah hampir nak membuka mulut bertanya dengan makcik tu .tetapi sebelum ilah bersuara ..tetiba makcik tersebut terus mengadu mengeluh..bahunya semakin berat dan sakit...dan pada masa nie terus ilah pandang tepat kat bahu makcik tu..Ya-Allah...bukan budaklah......tapi benda lainlah.waaaaaaa ....kelam kabut ilah menekan butang lift level umah ilah banyak kali sebab panik....(ha..ha...mcm lah leh cepat terbukak pintu lift..hmm apalah ilah nie .)..

sementara makcik tu dah pandang pelik dengan ilah..siap bertanya dgn ilah ..kenapa ngan ilah..sakit perut ker....nak ke tandas ker.....pada masa nie ilah hanya mengiyakan sahaja ...lagi2 bila ilah lihat dari ekor mata ilah benda yang tergantung tu ..yang dari tadi menyembunyikan wajahnya disebalik rambut makcik tu tetiba mengangkat sedikit mukanya ke arah ilah sambil tersenyum sumbing melihat telatah ilah...

ya-Allah! berderau darah ilah.....hitam dan buruknya muka dia...dengan bibir mulut mengunyah sesuatu sambil tersenyum sumbing kat Ilah....bila jer pintu lift terbuka ..cepat2 ilah kuar....tanpa berkata2 apa kat makcik tu..ilah tak terus balik kat unit apartment ilah sebaliknya ilah turun balik dengan menggunakan tangga kecemasan..dari tingkat lima hingga ke ground floor....berlari tak cukup tanah ilah pada masa nie...sampai jer kat scooter ilah terus start scooter dan blahhhhhhhh dari situ.......terus gi umah kawan ilah ..lepas tu terus call abah datang amik ilah kat umah kawan ..sebab nak balik kampung malam tu jugak....bila ilah citer ngan abah ...malam tu jugak abah naik amik ilah ....

sepanjang perjalanan balik kat umah...kenalah jugak dengar bebelan abah ..sebab tak pandai kawal emosi ilah bila berdepan dengan benda macam nie..padahal abah dah ajar camner nak buat bila tertiba terserempak benda2 macam gini......aduihlah! kena marah lah pulak..hmm takper sebab ilah tahu kalau abah marah ilah tandanya dia sayang kat ilah..ahaksss...

dan sekarang bila meningkat dewasa nie...baru ilah faham...yang bergayutan dibahu makcik tersebut adalah pendamping makcik tersebut yang dihantar kepadanya tanpa disedari oleh makcik tu..kesian makcik tu sebab tidak tahu tentang hal mistik tersebut.......
tapi kengkawan bukan sahaja pendamping atau sihir berbentuk begini boleh berlaku kepada kiter ...tapi kalau kita selalu balik lewat terutama waktu maghrib.....hmmm kalau tak baca apa yang patut sebelum masuk kerumah...hmm memang ada yang banyak bergayut kat badan kita menumpang masuk sekali di dalm umah kita..

jadi bagaimana cara nak menghalangnya....yang paling mudah 'BISMILLAHHIROHMANIRROHIM".setiap kali memulakan perbuatan...mudah kan....banyak khasiat bila kita sentiasa menyebut kalimah ini.....selain drpd doa2 yang khusus sebelum memasuki umah..

bak kata pepatah.."tepuk dada tanya selera'



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

KISAH PENGALAMAN MISTIK ADIK LELAKI DI TOL PERHENTIAN BUKIT BERUNTUNG

Adik lelaki ilah yang tengah tunggu result SPM nie suka mengikut pakcik saudara ilah yang kejernya bawa bas persiaran.jadi banyak kisah mistik yang adik lelaki ilah alami..salah satunya di tol bukit beruntung.

Mengikut cerita adik ilah..pada hari tersebut selepas balik daripada kedah..pakcik dapat trip pergi ke Lumutdan perlu pick up penumpang di bukit beruntung..

Kebetulan pada masa tu mereka tiba ke KL drpd Kedah dlm lewat pagijadi mereka terus mandi di tol batu tiga dan bersiap2 pergi ke bukit beruntung..di mana mereka bercadang bila tiba di susur kuar tol bukit beruntungpakcik akan parking bas ditepi jalan dan mereka berdua akan tido didalam bas ( bas dua tingkatdan tingkat bawah ada kabin tidur )sementara menunggu subuh dan bergerak mengambil penumpang pada kul 7.30 pg.

Jadi mereka tiba di tol bukit beruntung dalam lebih kurang 4.00 pg..dan lepas jumpa tempat parking tuk bas ..terus mereka meneruskan aktiviti tido..ditambah pula dengan letih dan penat..dgn mudah mereka berdua dapat tido dgn lena..

Adik ilah sedang sedap2 diulit mimpi indah..tetiba bahunya digegar dengan sesuatu.siap diselangi dengan bunyi suara garau woi!..woi!..woi! bangun!bangun..!
Jangan tido sini..woi! woi! Aku kata bangun!....dlm terpisat2 tu adik ilah buka matadan macam ternampak ada perempuan tua berbongkok sedang mencuit bahunya dengan hujung tongkat dengan wajah yang garang

Cepat2 adik ilah bangun dan buka mata luas2bila di gosok matanya sekali lagikelibat perempaun tua bongkok tua tu ..tetiba hilang drpd pandangan matanya...

Adik ilah dah rasa seram..cepat2 dia gi baring sebelah pakcik(hmm masa nie pakcik tido mati..hu..hu.penat sangatlah tu) dan dgn segera dipejam matanya agar dapat tidosemula..

Dan tanpa disangka tetiba bas digoncang dengan kuat dari luarterus terbangun pakcik daripada tidurnya kerana terperanjatdalam mereka terkesima tu..tetiba kedengaran suara seperti suara perempaun tua memekik diluar aku kata jangan tidur kat sini..pergi! pergi! Pergi! Kalau kau tak keluar sekarang aku buat bas nie kena langgar sekejap lagi..dan terus perempuan tu ketawa kuat2

Tanpa membuang masa terus pakcik..hidupkan enjin bas dan bergerak meninggalkan kawasan tersebut..manakala menurut adik lelaki ilah..bila dorang meninggalkan kawasan tersebut...dorang leh nampak ada sesusuk tubuh wanita tua berbongkok bertongkat daripada side mirror bus tersebut yg sedang memandang dengan pandangan tajam..dari sudut tepi kiri belakang bas.....dan masa nie..kedua2 mereka hanya diam membisu ...

rupanya2....tempat tu memang keras...dan ramai pemandu bas yg pernah kena dan tahu tempat tu..tidak akan sesekali berhenti disitu..

adik ilah pula demam tiga hari sebab terkejut...tapi tak serik2 lagi mengikut pakcik saudara ilah..sebab dia kata besh! Sebab dpt jenjalan serta dapat pengalaman mistik



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 278
Date:

dulu dok rawang kat bukit sentosa....klu balik kg kat banting confirm lalu highway bukit beruntung coz dekat ngan umah......dulu vam dok 2 org ngan kakak sedara....umah banglow unit kat jalan tulip .....umah besar2 dok dua org umah tu abg ipar kakak sedara vam beli...tapi diorang x penah duduk umah tu......sbb jauh abg ipar dier keje kat KL......

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI BERSAMA ENTITI LELAKI .....

masih ingatkah sahabat mengenai kisah yang pernah ilah berkongsi tentang entiti menyerupai lelaki muka pucat berdarah yang datang berjumpa ilah meminta pertolongan...dimana pengalaman mistik ini telah berlaku di dlm beberapa saat dan tika di dlm kereta ilah setelah pulang drpd kerja...masih ingatkah..sahabat....

hmm DIA..datang lagi ....

pada kali ini bukan di dalam kereta tetapi di tepi hujung kereta...duduk mencangkung sambil memeluk tubuh dengan kepala ditekupkan di celah paha....dan darah mengalir perlahan daripada kepalanya dan menitis membasahi bajunya...dengan bahunya terhenjut-henjut seolah2 sedang menangis....

ilah melihat pantulan imej entiti tersebut melalui side mirror kereta..dengan sekali pandang ilah sudah mengenali entiti tersebut..entiti yang muncul secara tiba2 di dlm kereta ilah dahulu....di dalam hati ilah bergolak..sama ada mahu menolong atau tidak..

..kalau menolong.bermakna permulaan berhubung dengan lost soul akan bermula..dan pintu akan terbuka untuk semua lost soul...mampukah ilah..menolong dan menghadapi semua ini...

ilah memandang sekali lagi di cermin kereta untuk melihat entiti tersebut....dan pada kali entiti tersebut mengangkat kepalanya seolah2 tahu yang ilah sedang memandangnya buat kali kedua..Ya ! Allah..mukanya berdarah ..cepat2 ilah mengalihkan pandangan...

sambil berkata dengan perlahan "maafkan saya....saya tidak boleh menolong awak...pergilah cari orang lain "..lantas ilah membaca surah Al-fatihah dan surah Insyirah....

setelah habis ilah membaca surah tersebut..entiti tersebut bangun dan perlahan-lahan melayang dan hilang daripada pandangan ilah...

hmm sejak hari itu..ilah tidak bersua lagi dengan DIA....cuma ada satu hari tu....semasa baru pulang daripada kerja bersama suami ...secara tiba2 suami menhalang ilah keluar daripada kereta...dan meminta ilah duduk sebentar di alam kereta ..manakal suami keluar sebentar dengan menoleh ke arah hujung tepi kereta sambil membaca sesuatu dan menghentakkan kaki kirinya ke tanah...

lantas ilah bertanya kepadanya ...tetapi suamiku hanya tersenyum seribu bahasa...hmmm adakan entiti itu kembali lagi ..cuba menhubungi ilah namun gagal kerana suami ada disisi...hmmm entahlah....
tetapi yang pastinya ilah belum bersedia untuk semua ini.....hmm belum lagi



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

cite lg...cite lg...hehehehe

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

mmm...mcm ghost wisper kesian mamat tu ada hajat besar

__________________
monster are create by another monster


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

sepatutnya zad kena bukak rumah keempat... tapi disebabkan rasa malas ja... jadi bolehkah zad sambung rumah ketiga dan keempat serta kelima... Ada banyak cerita yang zad tak boleh nak post kat sini... contoh macam contoh edisi bersama abah ilah, untuk pesakit badi, santau dan gila meroyan... sesiapa yang berminat sila pm zad... terima kasih..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

KISAH PENGALAMAN MISTIK DI CAMERON HIGHLAND

Kisah Pertama...

Nenek Kebayan Pemilik Bunga Hutan.

DiCameron Highland....mak tetiba tertarik dengan bunga hutan yang tumbuh melata di tanah tinggi tersebut....abah kata bunga tersebut ilah bunga kecubung hutan..dan banyak tumbuh di hutan.....ada warna merah jambu, putih dan kuning....bentuk bunga tersebut..seperti tergantung..dimana kelopak bunganya tergantung ke bawah...

memang cantik...ilah pun tertarik dengan kecantikan bunga tersebut..menurut abah ,lagi dahulu semasa berburu ngan arwah bapanya (arwah datuk )dihutan...terutama waktu malam ..adakalanya akan terserempak tanpa sengaja dgn bunga,tersebut kerana bila waktu malam bunga ini akan mengeluarkan bau yang sangat harum....jadi bila terbau bau nie arwah datuk selalu mengajak abah melihat bunga tersebut dari dekat....bila ilah tanya kenapa...abah hanya tersenyum...sahaja....

berbalik kepada mak...pula. sepanjang perjalanan naik ke cameron emak memuji2 bunga tersebut yang sesekali dilihatnya ada tumbuh ditepi lereng bukit....cameron...sementara abah setelah bercerita hanya diam sahaja mendengar kaletah mak.....dan meminta abah berhenti kerana ingin mengambil batang pokok tersebut untuk ditanam dirumah....namun abah menegah....terus mak menarik muka...seolah2 merajuk ....


ilah hanya tersenyum sahaja sambil memandu menuju ke penginapan kami yang terletak di tanah rata....

esok paginya ilah dan mak singgah di mardi berjumpa dengan kwn mak..sementara abah lebih suka memilih dok di apartment....

tanpa disangka bunga hutan tersebut ada ditanam di mardi...emak punyalah suka ...abis dipatahnya batang pokok tersebut ..puas ilah menhalang..tetapi tidak dihiraukan ..aduihlah! susah tul kalau berdepan ngan peminat bunga..nie..hu..hu...hu..

terus disimpannya di dalm kereta agar tidak dilihat oleh abah...mak siap warning ngan ilah jgn bagitau abah hu..hu...

pada malam tu..selepas isyak..semasa ilah turun sekejap untuk buang sampah...ilah macam nampak kelibat sesorang terbongkok2 berjalan berhampiran kereta.......eh!kenapa makcik tu...sakit kaki ker..cepat 2ilah pergi kearahnya untuk menolongnya...bila ilah sampai ke kereta ilah...kelibatnya tetiba hilang..terus naik bulu roma ilah....hmm tanpa membuang masa terus ilah cepat2 naik ke atas.....

dirumah pula..selepas menonton tv..abah akan membuka tingkap diruang tamu dimana abah akan melihat kereta kesayangannya tu...dahulu sebelum masuk tidur....dan tetiba muka abah berkerut..cepat2... ilah ,menuju ke arah abah...dan...... eh! abah siapa pula yang dok kat atas kereta kiter tu....(ilah nampak ada sesorang dokbersila dengan kepala dikelubung kain kat atas bumbung kereta abah )sementara abah hanya diam membisu dan terus dicapainya kotak tisu....sambil membaca sesuatu dan terus dilemparkan kearah lembaga tersebut ...terus hilang ....erk! abah wat apa nie.....ujar ilah ....sementara abah jegilkan mata kat ilah smbil menyuruh ilah masuk tido......waaaaaaaaaaaa.....kena marah....

pada keesokkan harinya ..semasa dlm perjalanna pulang tuk turun kebawah..semasa memandu tanpa disangka mata ilah dpt menangkap objek terbang laju mengekori belakang kereta...berselubungi hitam dengan sebelah tangan kirinya memegang kayu panjang seperti tongkat......

sementara abah diam jer....bila sampai di lata iskandar..tetiba abah menawarkan diri untuk memandu...dan mcm biasa ilah hanya menurut.....

bila abah memandu....terus abah berkata dengan kuat.."sudah jangan ikut lagi....aku minta maaf kalau aku terambil barang ko...bini aku tak tahu bunga tu milik ko....sebagai tanda maaf aku pulangkan ....terus abah berhenti tepi ..buka bonet....dan diambilkan tiga batang pokok bunga tersebut dan diletakkan ditepi kaki jalan dengan memeluk tubuh..dengan mulut berkumit....2..tanpa disangka...batang pokok tersebut hilang drpd pandangan......dan didepan abah dlm samar2 ilah lihat kelibat wanita tua berbongkok2...menuruni lereng bukit menuju arah hutan....

bila abah masuk dlm keter terus abah membebel..kan abah dah cakap jangan diambil pokok tu...hmm nasib baik nenek kebayan tu
boleh terima rundingan abah...mak pula hanya diam membisu....tak pasal2 ilah kena marah...

rupa2nya menurut abah..bunga hutan nie ada penjaga nya ....samada nenek kebayan atau cik ponti...ini adalah wangian daripada bunga tersebut sangat disukai oleh makhluk 2 tersebut...dan arwah datuk suka mengambil bunga tersebut pada waktu mlm karana elok dibuat ubat..dlm perubatan tradisional.....



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 278
Date:

esok g cameron nak usha pokok ni...aritu g x sempat nak usha pokok2 bunga...hi...sibuk bergambar....

__________________
1 2 3 4  >  Last»  | Page of 4  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard