Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Alam haiwan--TENUK


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
Alam haiwan--TENUK


Tenuk ataupun dikenali juga sebagai tapir merupakan sejenis haiwan yang mempunyai kaitan dengan leluhur keturunan kuda silam dan badak silam semenjak 55 juta tahun dahulu. Tenuk pada zaman silam pernah mendiami kawasan Eropah, Amerika Utara dan Asia Tenggara, termasuk Cina. Fossil tenuk tidak dijumpai di benua Afrika, Australia, atau Antartik. Tenuk tergolong dalam Kerajaan Haiwan, mempunyai saraf tunjang (phylum chordata), bertulang belakang (subphylum verterbrata), kelas Mamalia, order=Perissodactyla (Termasuk Tenuk, Badak, Kuda), dari keluarga Tapiridae (Tenuk), Genus Tapirus (Tenuk)
Dari segi bentuk, tenuk silam menyerupai tenuk hari ini kecuali di bahagian hidungnya yang lebih pendek daripada hidung Tenuk moden. Perubahan hidung tenuk ini berlaku dalam tempoh 20 juta tahun. Selain daripada itu, tidak banyak perubahan berlaku sehinggakan tenuk juga digelar "fosil hidup". Walaupun tidak terdapat bukti yang jelas, tenuk dipercayai bergerak daripada Amerika Tengah ke Amerika Selatan melalui Jambatan Daratan Panama sekitar dua hingga tiga juta tahun dahulu.
Terdapat empat jenis tenuk, yang mempunyai kaitan rapat, dikenal pasti pada hari ini seperti berikut :-

*Tenuk Malaysia (Malayan Tapir - Tapirus indicus) - Terdapat di Asia Tenggara dan Malaysia.
*Tenuk Baird - Tapirus bairdii - Terdapat di Mexico dan Amerika Tengah.
*Tenuk Gunung - Tapirus pinchaque - Terdapat di hutan tanah tinggi dan paramos di utara Andes di Colombia dan Ecuador.
*Tenuk Brazil/Tanah Rendah - Tapirus terrestris - Terdapat di kawasan hutan Amerika Selatan.

Keempat-empat jenis tenuk di atas mempunyai banyak persamaan sekiranya tidak mengambil kira warna penyamaran. Selain itu, pembiakan campur di antara 2 spesies tenuk yang berlainan juga pernah berlaku. Kesemua spesies tenuk tersebut mempunyai bentuk badan yang sama termasuk mempunyai belalai pendek (proboscis) yang mudah lentur. Belalai ini merupakan bahagian hidung dan bibir atas yang memanjang. Tenuk boleh berenang dan memanjat dengan baik walaupun badan mereka padat. Tenuk Malaysia juga berdaya untuk berjalan di dasar kolam atau sungai sekiranya ia mahu. Tenuk mempunyai berat di antara 300 hingga 800 paun, bergantung kepada spesies. Tenuk juga mempunyai kulit tebal yang membolehkan mereka merempuh semak-samun untuk bergerak pantas melalui rimbunan hutan tebal dan melindungi mereka daripada serangan pemangsa. Tenuk secara amnya sukakan cuaca lembab dan pada kebiasaannya tinggal berhampiran dengan air. Walaupun begitu, terdapat juga jenis tenuk yang tinggal di kawasan hutan yang agak kering.
Tenuk mempunyai jari kaki yang kembang, empat jari di kaki hadapan dan tiga jari di kaki belakang, yang memudahkan mereka bergerak di tanah lembut dan becak. Mata tenuk agak terbenam kedalam dan mempunyai penala cahaya seperti kucing yang menjadikan mata mereka kelihatan kebiruan apabila terkena cahaya. Ini kemungkinannya membolehkan mereka melihat dengan jelas pada waktu malam sebagaimana mata kucing. Tenuk suka mandi dan akan membuat perjalanan ke sungai atau kolam untuk mandi. Tenuk merupakan haiwan maun dan hanya memakan tumbuh- tumbuhan. Tenuk meragut rumput dan juga rumpair, daun, pucuk, ranting lembut dan buah tumbuhan renek.

Pada kebiasaannya tenuk makan pada waktu awal pagi dan senja. Disebabkan ini, tenuk dikenali sebagai haiwan "crepuscular" dan bukannya haiwan malam (nocturnal). Kebiasaannya tenuk tidur di tengah malam, tetapi mereka mampu untuk bergerak aktif pada bila-bila masa sahaja..

Tenuk biasanya tidur di tempat yang sejuk dan di mana mereka dapat menyorok dan menghidu musuh. Ada tenuk yang tidur di celah rimbunan pokok di mana warna penyamaran mereka amat berkesan. Tenuk di Andes pernah dilihat tidur di rabung (ridge) supaya dapat menghidu musuh yang cuba hampir, dan ada juga tenuk yang dijumpai tidur separuh berendam di dalam air. Sesetengah tenuk juga didapati akan kembali tidur di tempat yang sama, tetapi ini tidak dapat dipastikan sama ada ini adalah tabiat umum Tenuk.
Tenuk bertindak mempertahankan kawasan mereka, yang boleh bertindih antara satu sama lain. Tenuk jantan mengawal kawasan mereka dengan lebih ketat berbanding tenuk betina. Keluarga tenuk yang terdiri daripada ibu dan anak pernah dilihat, tetapi pasangan tenuk dijangkakan akan hidup bersama sepanjang hayat. Tenuk juga didapati berada dalam kumpulan ketika berada di kawasan menjilat garam. Tenuk mempunyai deria bau dan pendengaran yang baik, kuat dan tangkas berlari. Tenuk kebiasaannya cuba mengelak pemangsa tetapi dengan kulit yang tebal, tenuk mampu untuk mempertahankan diri dengan menggunakan gigi sekiranya diserang. Tenuk juga akan mencari perlindungan ke arah air sekiranya diancam. Tenuk Malaysia dikatakan mampu menyelam di dasar sungai atau tasik selama beberapa minit sekiranya diancam. Tenuk yang dewasa dan berada dalam keadaan yang sihat dikatakan mampu mempertahankan diri mereka daripada serangan harimau ataupun puma.
Tenuk secara amnya adalah jinak, tetapi ia sungguh kuat dan merbahaya apabila ia naik angin atau diancam. Tenuh berhubung dengan bunyi siulan nyaring dan tanda bau kencing. Bunyi tenuk dikatakan seolah-olah bunyi burung berkicau dan bau badan tenuk dikatakan menyerupai bau sebakul kobis. Tenuk betina matang ketika berusia 3 hingga 4 tahun; tenuk jantan ketika berusia 5 tahun. Tempoh mengawan berlaku sepanjang tahun dan tenuk betina menjadi subur setiap 2 bulan. Tempoh bunting adalah 13 bulan dan jarang anak kembar dilahirkan. Anak tenuk mempunyai berat antara 15 hingga 25 paun apabila dilahirkan.
Kesemua spesies anak tenuk mempunyai warna penyamaran yang hampir serupa iaitu merah keperangan dengan jalur dan tompok putih. Selepas 8 bulan warna ini akan berubah mengikut spesies tenuk berkenaan. Anak tenuk mencapai saiz dewasa ketika berusia 6 hingga 8 bulan dan akan mula berpisah daripada ibunya. Tenuk boleh hidup 25 hingga 30 tahun.

Sungguh pun tenuk yang tua, muda, dan sakit sering dibunuh oleh harimau, puma dan beruang Spectacled, tenuk yang sihat mampu melepaskan diri mereka. Ini menjamin tenuk yang terselamat adalah tenuk yang paling sihat. Musuh tenuk yang paling utama merupakan manusia yang bertindak menerokai kawasan hutan, dan menjalankan aktiviti memburu. Apabila memburu, manusia akan memilih tenuk yang paling besar dan sihat, meninggalkan sumber gene tenuk yang
membiak daripada tenuk yang kurang sihat.

__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1127
Date:

cipan atau dikenali sebagai riepan merupakan sejenis tengkorak idop berkaler ijau mmpunyai kaitan dengan lelunut keturunan brazil dan zimbabwe tengah semenjak 15oktober lalu.fosil riepan tidak dijumpai dibrazil mahupun zimbabwe.tapi dijumpai didalam 1forum yg dikenali sebagai gaycerita.


Tenuk Malaysia (Malayan Tapir - Tapirus indicus) - Terdapat di Asia Tenggara dan Malaysia.
*Tenukinyahu -riepan- terdapat dibelakang lorong aji taik landak.ianye hanya aktif pada waktu malam shje.






__________________
aku x kaco korang berak,korang jangan kaco aku berak
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard