Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pengalaman dari kristian kpd Islam...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:
Pengalaman dari kristian kpd Islam...


Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula memasuki sekolah menengah saya sudah mula membuat kerja-kerja untuk meramaikan lagi penganut Kristian. Oleh kerana waktu itu Sabah dipimpin oleh PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri. Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.

Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsb. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan ajaran Kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehkah saya ke rumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

- Mengapa orang Islam sembah kaabah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Di samping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz itu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja
sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu.Saya telah ramai
memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan
Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

terharunya membaca,nak menagis pun ada..
ada ke patut pensyarah cakap macam tu!!!ijganlah menilai berapa lama,dia menganut islam..
alhamdulilah,sebab ayah dia pun memeluk islam...

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 417
Date:

wah....sedihnyer perjalanan hidup dia....
crycry

__________________
~~I wAs BoRn To maKe YoU HaPpY~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 787
Date:

Insaf...insaf.....pray.gif

__________________
Biso Bonar


Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

alhamdulillah terbukak juga hati ayah dia masuk islam



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 84
Date:

aku ada jugak pengalaman mcm ko nie..p aku nie dr kristian roman katolik..kristian roman katolik ko paham2lh..ketua kpd semua agama kristian..bapak aku pulak dr datok aku la...mmg ketua agama..ajar2 ttg agama..aku plak hampir juga nak masuk islam nie...itu pun gara2 aku suka gila kat sorang mamat nie dia melayu..and beragama islam hbgn aku dgn keluarga dia mmg erat..mak bpk dia anggp aku mcm ank diaorg...p mungkin itu bukanlh jalan yg aku pilih...dan mmg bukan jalan aku...aku tetap dgn agamamku skrg..p aku xpernah benci dgn org yg beragama islam...mamat tue dgn family dia ok dgn keputusanku..bukan jodohku juga...sebabnya..ada sstu yg membuatkn aku sedar..xpyh cerita la...xda pengaruh dr siapa2..tapi dr dlm lubuk hati dan ada 1 kejadian yg mengubah aku..
p aku hidup aman dan damai walaupun kawanku bnyak beragama islam...aku hormat diaorg..xpernah sekali pun aku membenci dan mengutuk..
walaupun ada kenangan pahit aku dikutuk olh saudara islamku..yg mengutuk ttg agamaku..kepercayaanku...p aku maafkn..aku xkn membenci..benci membawa kpd kehancuran...ada juga kazen aku yg kawen melayu dan msk islam ttpi hbgn keluarga kami tetap kukuh tiada kebencian...yg ada hanya kasih syg antra keluarga...

inilah kelebihan org sarwak masih dpt ddk semeja makn semeja walaupun berlainan agama..saling menghormati antra satu sama yg lain...

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 98
Date:

menitis ayaq mata..aduiii..
moga di lindungi slalu..

__________________

                                            

                                                         ~i'm happy~



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

apa yg bidayuh gurl ckp tu memang betol pun...
mak ngn bpk aku ada anak angkat bangsa iban kira adik angkat aku la... dia ni kristian..
w'pun kitorang ni bkn adik bradik kandung, tp akrab tu dh mcm sedarah sedaging...
nk djdkn cerita... 1 day, dia balik kpg mak bpk dia kat sg paku, kapit..
selama seminggu lebeyh kat kpg, dia kata dia rasa hdup dia kosong.. mcm ada yg kurang jer..
dia rindukn sesuatu.. korang nk tau dia rindu aper?
dia rindu nk dgr suara org azan.. kdng2 sampai mnangis sensorang dlm bilik...
dia balik jer kat rmh mak ngn bpk aku, dia ckp nk masok Islam..
so bpk aku bwk la dia pegi MAIS.. sejak itu sah ler adik angkat aku tu mnjd sedara seIslamku..
skrang dia dh kawen pun, yg paling aku respek kat dia ni.. dia tk pnah tinggal waktu..
masuk jer waktu solat, dia akan solat, tk kira ler di tngh sakit ke, bnyk keja ke dn lain2 lg ke..
dia pnah ckp kat aku.. kalau ditakdirkn suatu masa nanti dia meninggal.. suara terakhir dia nk dgr adlh suara org azan.. dia rindu sgt dgr org azan..

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 84
Date:

orang SARAWAK kan 1 MALAYSIA!!!! hahahhaa.....

melayu,cina ,india,bidayuh,iban,melanau,org ulu....SEMUA BOLEH DDK SEMEJA...SEMUA ADA PERSEFAHAMAN.....

aku xkisah la kawan aku penganut agama islam ke,budhha ker...hindhu ker....yg penting ikhlas nak berkawan...

1 MALAYSIA!!!!!

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 402
Date:

Khas buat bidayuhgurlsarawak....

haii...


SHEIKH Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia.

Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah sepanjang tanah ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.

Semasa di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri gereja dan saya telah dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas.

Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi.

Namun, pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, Yahudi, Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya selidiki. Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan.

Bagaimanapun, saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel dan Klasikal. Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, ia secara tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. Semua ini membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana saya menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard pada 1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, Maryland yang diberi nama Estes Music Studios.

Sepanjang 30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai program hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas, Oklahoma hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun sukar temui ketenangan fikiran.

Persoalan seperti; Mengapa kita diciptakan Tuhan?, Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan?, Siapa Tuhan sebenarnya? dan Kenapa kita percaya dengan dosa sebenar? sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah misteri dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.

Suatu hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa, Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.

Ayah saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam program sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan ibu tiri saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah membantu pembinaan Prayer Tower di Tulsa, Oklahoma. Mereka berdua juga terlibat mengedarkan kaset-kaset ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan rumah pesara.

Namun pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan menyuruh saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak keberatan apa lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, penculik dan pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai Tuhan, yang mereka tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan menyembah kotak hitam di tengah padang pasir.

Tidak! saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak dengan mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan permintaannya, akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas ke gereja, membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis Nabi Isa adalah Raja. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam pertemuan itu.

Saya terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah, serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti, orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya. Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, menyelamatkannya.

Ketuhanan

Saya banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej tentang agama kami.

Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di rumah besar kami.

Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.

Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu. Ini satu yang baru bagi saya.

Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.

Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.

Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran Islam.

Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun akhirat.

Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.

Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam.

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 42
Date:

bnyk lg yg Islam sejak lahir kna bljar. aq sndri pn msh bljar. bkn usia yg ptt dia org pndang, tp ilmu yg ada

__________________

Everything will come to us as Allah order. Nothing can be complain

Hidup ni sudah ditentukan oleh Allah. Tiada apa yg patut dipertikaikan



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 45
Date:


urm,, x terkata sgt2...

memang hati nih,,terasa .....

subha nallah..................

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 618
Date:

maaf kalau ika buka lagi post ni ehh.

ini berdasarkan apa yang ika rasa laa..sejak thn lepas saya suka tgok orang pakai tudung. lagi2 kalau tudung bawal yang cantik..sebelum tu saya x pernah rasa macam tu. mungkin sebab sekarang saya berkawan rapat dengan kawan yang Islam kot.. dah nama pun 1 kelaskan,sebab tu juga rapat. lagi2 bila saya duduk kat sebelah kawan yang Islam tu.

ermm ok,ika guna A je untuk kwn ika tu ehh. kalau ada masa PI,saya slalu juga tgok2 isi dalam buku agama yang dia bawa. kadang kalau saya x faham saya tanya dia. lagipun A ni x lokek ilmu.

ika pun kadang tanya dia huruf2 dalm buka tu mcam mna nak sebut dan maksudnya skali. hati ika terbuka sikit-sikit mungkin sebab kebanyakan bekas ika Islam kot. hmmm..

dulu masa lalu kedai jual tudung dan selendang,ada laa juga try tengok-tengok. tapi duit xda,lagipun jalan dgn family agak susah sikit.
kawan ika yg bernama Wan pun pernah suruh ika kaji BIBLE dgn Al-quran..tapi susah juga kan. duit xda,lagi kat tempat ika xda gerai buku yang besar. ..

kadang ika keliru juga pasal agama ni..keliru sangat2,sebab lain orang lain yang mereka cakap. ika x tau mana 1 yang terbaik dlam kalangan yang terbaik.

__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

komen aku : pe2 pun hidayah tu milik Allah dan walau cemane sekalipon cara datangnya mutlaknya tetap dari Allah..

adik ika syg.. membe yg name Wan tu suruh kaji bible n Al-Quran sebab dari situ puncanya banyak pedoman.. sungguh..

kalu keliru, kat sini pon banyak sumber2 yg boleh dijadikan rujukan.. otai2 yg aku nampak terer kat sini cam bro blues (tp bro blues ni bz sket.. dokter la katekan..).. si ijoi ke.. pak badda pon bole tahan gak..

ceh aku ni promote pulak ye. heheh

__________________

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 618
Date:

hehehe..thank you kak lin. ..

__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard