Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Alamat IP - internet protocol address


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:
Alamat IP - internet protocol address


Dalam jaringan komputer, Alamat IP (internet protocol address) adalah suatu nombor unik yg digunakan oleh alatan sebagai pengenalan dan untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam satu jaringan yang menggunakan standard Protokol Internet. (Selalunya hanya kependekan "IP" digunakan, seperti "IP saya adalah xxx.xxx.xxx.xxx".) Kesemua peranti berkaitan termasuk router, komputer, time-servers, pencetak, mesin faks internet, dan sesetengah telefon perlu mempunya IP global unik yang berkebolehan untuk berkomunikasi.

IP adalah satu protokol lapisan rangkaian di dalam suit protokol internet dan adalah protokol lapisan atasan yang menyediakan alamat global yg unik (cth. alamat MAC untuk ethernet) tetapi kedua alamat ini tidak semestinya dapat berkomunikasi antara satu sama lain. IP menambah satu servis di atas protokol lapisan pautan data melalui penggunaan alamat IP yang menyediakan keupayaan untuk pengenalan secara unik dan berkomunikasi dengan peranti lain di dalam rangkaiaan.

Dengan kata lain, alamat IP adalah seperti alamat penuh untuk mel pos semetara alamat MAC sekadar nombor rumah. Contohnya terdapat banyak alamat dengan nombor rumah 123 tetapi hanya ada satu alamat untuk 123, Jalan Utama, Cyberjaya, Malaysia. Hanya sekadar pos kepada "123" tidak akan sampai ke mana tetapi "123, Jalan Utama, Cyberjaya, Malaysia" adalah alamat global yang unik.

Sifat unik alamat IP membolehkan dalam banyak situasi untuk menjejak komputer mana dan berkemungkinan, pengguna mana yang menghantar mesej atau berkecimpung dalam suatu aktiviti di Internet. Informasi ini digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengenali penjenayah yang disyaki; walau bagaimanapun penggunaan alamat IP dinamik menyukarkan process ini. (Pengguna Internet di Malaysia biasanya menggunakan IP dinamik, kerana IP statik berkos tinggi)

Oleh kerana alamat IP tidak mudah diingati, Sistem Nama Domain menyediakan keupayaan untuk mengaliaskan nama domain kepada alamat IP.

Piawaian IPv4 boleh dikelaskan kepada lima iaitu : A, B, C, D dan E. Hanya kelas A, B dan C sahaja yang biasanya digunakan. Walaubagaimanapun telah muncul kaedah untuk menuliskan IP dengan tidak terikat dengan kelas dipanggil CIDR (Class-less Inter Domain Routing - terjemahan?). Di samping itu piawaian IPv6 jiga sedang giat dijalankan dengan negara Asia seperti Jepun, China dan Korea Selatan menjadi pendahulu di rantau Asia.



__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard