Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SIHIR (kopi)


Senior Member

Status: Offline
Posts: 297
Date:
SIHIR (kopi)


bismillah.jpg

Aku Amran. Pemuda kampung. Sekolah tak tinggi mana. Aku ni pemalas. Abah hantar kat pintu pagar sekolah, aku lari ikut pagar dawai belakang.


Ikut kumpulan kugiran lah lepas tu ikut Ah Chai berniaga di pasar malam, nasib aku ni reti fikir dan tak join manusia-manusia terbang bawah jambatan tu. Macam-macam yang aku buat nak penuhi fitrah sebagai anak muda kacak rupawan punyai darah gelora membentak kepuasan gitu. Overnya.

Lepas abis SPM, dekat setahun jugaklah aku terumbang-ambing gitu. Mak abah aku bukan orang senang. Buat kerja-kerja kampung 'mana ikut dan' bak kata orang utara. Hiduplah kami 4 beranak dalam teratak indah lemah gemalai tunggu masa nak mencium bumi. Adik aku ni perempuan. Sekolah rendah je baru. Nasib lah dia ni pandai tak macam abang dia. Haha. Deep.

Sehinggalah sampai satu hari tu, lepas aku baru balik dari surau solat zuhur (nakal-nakal aku, ringan jugak ke surau. Ya Tuhan, lindungilah aku dari sifat riak), aku nampak abah aku. Naik moto honda bulat dengan bunyi enjin prekk prekkk prrrreekkk menghala ke arah hujung kampung. Dah kenapa orang tua ni? Nak pergi mana? Getus hati kecilku.

Perlahan aku kayuh basikal ungu aku sambil mengekori abah. Risau pulak aku tengahari rembang macam ni sorang-sorang nak pergi hujung kampung. Setahu aku, hujung kampung tak ada apa kecuali beberapa buah rumah haram yang didiami pendatang-pendatang asing. Oh, dengan Telaga Saka. Orang kampung namakan macam tu sebab situ tempat pelupusan saka. Eleh, macam la aku tak tahu cliché je tu. Taknak budak-budak dekat dengan kawasan tu. Pigidah.

Aku nampak abah aku berhenti kat rumah bumbung biru. Nombor 4 dari kiri. Tanpa aku sedar, ini lah titik saat hidup aku akan berubah. Aku nampak wanita dalam lingkungan 30-an, berkemban, rambut paras bahu menyambut abahku dengan senyuman.

Menyirap darah aku melihat wanita tu tarik perlahan tangan ayah aku dan masuk ke dalam rumah. Rasa nak tunjal-tunjal je dahi perempuan tu. Muka miang sungguh. Malas nak tunggu, aku pun balik rumah.

  • Macam biasa, aku sampai je rumah dengar mak mengerang. Mulut mak senget dan susah untuk bercakap. Makan, minum dan buang air diuruskan bergilir antara aku dan adik. Dah 3 bulan mak terlantar macam tu. Tapi sejak seminggu ni, makin teruk. Kulit mak macam terbakar. Bekas luka terbakar tu pula, terkopak hingga ada yang menampakkan isi dalam.

    Sejak keadaan mak macam ni, abah jarang lekat di rumah. Asyik keluar lepak kedai kopi. Katanya, tak selesa bau hanyir mak. Busuk sangat.

    Sakit mak makin menjadi-jadi. Ubat doktor dah, ubat kampung pun dah. Semua tak jalan. Berat dugaan mak. Sesungguhnya, Tuhan bersama dengan orang yang sabar. Khabarnya, pak ngah nak datang. Pak ngah aku ni memang hebat bab-bab sakit tak sembuh macam ni. Alhamdulillah, hujung minggu tu dia datang rumah.
  • Kedatangan pak ngah disambut dengan seribu satu harapan. Kasihan sangat dah tengok keadaan mak ni. Sehari sebelum pak ngah datang, luka-luka mak mula mengeluarkan gelembung seperti belon dan cecair kuning meleleh-leleh. Ulat-ulat putih macam kat tong sampah tu pun ada. Geli kot.

  • Malam tu, pak ngah mulakan operasi. Pak ngah suruh tutup pintu tetapi buka tingkap dan atap rumah. Kata pak ngah, badan mak ada yang 'menumpang'. Belum pasti yang menumpang itu sengaja ikut atau dihantar.

    Dengan lafaz Bismillah, mulut pak ngah mula terkumat-kamit membaca sesuatu. Sambil duduk bersila dan terus membaca tanpa henti, dahi pak ngah mula berkeringat. Seakan sedang bertarung dengan sesuatu. Sesuatu yang ghaib!

    Setelah 10 minit, pak ngah membuka matanya perlahan-lahan.
  • "Mak kamu ni ada yang dengki. Tapak rumah kamu ni dah jadi sarang 'mereka'." Kata pak ngah.

    Mereka? Ramaikah?

    "Kat badan mak sekor, atas bumbung sekor, pintu rumah sekor, kat adik kamu pun ada sekor." Tambah pak ngah.

    "Amran, pak ngah tak sangka ramai macam ni. Pak ngah nak setel semua, tak terdaya pak ngah. Pak ngah buat yang mana mampu. Yang lebih tu, minggu depan pak ngah datang balik bawak kawan." Serius muka pak ngah. Aku mengangguk.

    Pak ngah megambil segelas air kosong. Dibaca lalu ditiupkan ayat suci Al-Quran ke dalam air tersebut. Disuruhnya aku dan adik aku habiskan. Buat pendinding.

    Pak ngah cakap, dia nak hapuskan yang kat pintu tu dulu. Niat si pendengki meletakkan 'pak guard' kat situ, untuk buat abah aku rasa rimas, setiap kali melangkah masuk ke rumah.

    Pak ngah melaungkan azan. Merdu suara pak ngah. Maklumlah, belajar kat Mesir dulu. Habis launan azan, pintu dan tingkap seolah-olah diketuk dari luar. Bertalu-talu. Macam nak roboh rumah aku. Pak ngah teruskan pula dengan baca ayat-ayat suci.
  • Pak ngah menjerit Allahuakbar sebanyak 3 kali dan melempar beberapa butir beras ke arah pintu, dan KEDEBUK! Bunyi seakan benda berat jatuh.

  • "Alhamdulillah. Balik dah dia. Tak sakit pulak pinggang dia berdiri lama-lama kat situ." Pak ngah berseloroh.

    "Yang ini tak kuat sangat, itu pasal kejap aje dia dah balik." Pak ngah menambah sambil mengesat peluh di dahi.

    "Hantu tu, muka dia macam mana pak ngah?" Tanya adik aku. Ish budak ni.

    "Alaa.. yang macam kuih lepat tu. Berbungkus aje. Muka dia kelabu pucat. Matanya kuning." Selamba je pak ngah aku jawab.

    Pagi esoknya, usai solat Subuh pak ngah mintak izin nak balik. Bertugas sebagai guru sekolah ni, bukan boleh ambil mudah. Silap sikit, ada saja yang nak diviralkan kat media sosial.

    "Jaga mak kamu elok-elok. Jaga adik tu. Pasal abah kamu tu, kamu diamkan dulu. Sabar. Semua ini dugaan. Faham? Minggu depan pak ngah datang balik. Assalamualaikum." Aku bersalaman dan berterima kasih kepada pak ngah.
  • "Ingat, jaga adik kamu tu elok-elok. Masa dia sudah hampir tiba." Pak ngah menepuk bahu aku dan terus masuk ke dalam kereta. Membiarkan aku terpinga-pinga. Masa dia sudah hampir? Masa apa?

  • Pagi tadi, aku suap mak bubur ayam. Mak batuk-batuk keluar darah. Mak tekan-tekan leher dan tepuk dada dia. Macam terlekat sesuatu. Aku bagi plastik, mungkin mak nak muntah. Lepas tu, aku tengok dalam plastik tu, serpihan kaca dan beberapa helai rambut. Terlopong aku!

    Muka mak berubah sangat. Nampak lagi tua dari usia dia. Padahal mak baru 48 tahun. Ini dah macam 75 tahun dah ni.
    Siapa tak sayu? Tengok keadaan mak yang macam ni. Mak dah tak mampu senyum. Rindu nak dengar suara mak sebut nama aku.

    Setiap kali suap mak makan, airmata mak menitis. Aku lap airmata dia. Aku bisik, "Mak, Amran janji. Amran jaga mak, Amran selalu doa kat mak. Mak, nanti mak kat syurga, mak akan lagi cantik dari sekarang." Ucap aku sambil tahan airmata. Aku kena kuat.

    Tiba-tiba pintu rumah diketuk. Eh, abah? Baru ingat nak balik ke? Sejak dari hari aku terserempak dengan dia tu, langsung tak balik. Tak ambil tahu mak sakit ke, pak ngah datang berubat ke apa. Selalu je abah tak balik rumah tapi kali ni dah 8 hari.

    "Amran, tolong abah Ran." Abah mengesot di depan pintu rumah. Pucat. Kurus. Macam orang sesat dalam hutan sebulan.

    "Kenapa ni, Bah?" Aku memapah abah ke sofa.

    "Tele..fon pak..ngah ka..mu. A.. Abah dah tak sss.. sanggup." Kata ayah, tersekat-sekat. Aku mengangguk dan berlari dapatkan telefon.

    "Pak ngah cakap, esok lepas zohor dia bertolak." Aku masih bingung. Aku bagi panadol kat abah. Biar abah rehat. Mak pun dah tidur lepas aku mandikan tadi. Adik pulak demam. Dah kenapa semua sakit ni?

    Aku merenung ke luar. Bingung. Aku harap bila pak ngah datang esok, persoalan aku ni boleh terjawab. Penat la suspen misteri macam ni.

    Alhamdulillah. Esoknya, dalam pukul 4 macam tu, kereta pak ngah tiba di perkarangan rumah. Kali ni, pak ngah bawak kawan. Ustaz Wahab dan Pakcik Zali. Ustaz Wahab tu belajar sekali dengan pak ngah kat Mesir. Pakcik Zali tu memang orang yang pandai berubat tradisional ni. Orang kampung sebelah je.

    "Assalamualaikum." Ucap pak ngah bila melangkah masuk.

    "Astagfirullahal'azim, Wan." Geleng-geleng pak ngah tengok keadaan abah.
  • "Dah sampai masanya kau putuskan perjanjian tu. Balik ke pangkal jalan." Abah sekadar mengangguk. Lemah.
  • "Perjanjian apa, pak ngah?" Soal aku, inginkan kepastian.

    "Lambat laun kau akan tahu juga, Ran." Kata pak ngah sambil menyiapkan peralatan untuk berubat. Aku tak berani bersuara.

    Ketiga-tiga mereka memulakan tugas. Membaca surah separuh berbisik. Aku tak berapa dengar. Tenggelam dalam hilaian tawa mak. Berderau darah.

    "Panas! Panas! Arghh tolong aku! Panas!" Abah terpekik seperti kerasukan. Aku sendiri bingung. Siapa yang sakit sebenarnya?
  • Allahuakbar!
  • Allahuakbar!
  • Allahuakbar!

    AAARGGGHHHHHH!

    Abah yang tadinya seperti lipas kudung, jatuh terjelepuk. Kaku! Nafas abah turun naik dengan sangat laju.

    "Dah tiba masanya kau lepaskan, Wan." Kata pak ngah.
  • *Flashback*

    Pabila istikhrah dijawab Pencipta, 
    Terbina megah istana cinta,
    Dua insan bersatu jiwa,
    Mengingin zuriat lahir ke dunia.
    .
    Sudah lama mereka berdua,
    Menunggu rezeki tak kunjung tiba,
    Pelbagai cara dipakai guna,
    Namun hasilnya buta tiada.
    .
    Suami gundah, isteri gulana,
    Akal mula berfikir cara,
    Mahu mengguna pihak 'ketiga'
    Hutang nyawa dibayar nyawa.

    "Abang, betul ke apa kita buat ni?" Ujar Asmah. Risau jika apa yang dibuat ini salah.
  • "Kita ikhtiar la. Nak buat macam mana." Pujuk Sapuan.

    Dengan menaiki moto bulat kesayangan Sapuan, mereka menuju ke sebuah rumah dihujung kampung. Tak akan ada yang nak pergi situ kecuali dengan urusan yang betul-betul penting.

    Melalui jalan tanah merah, berbatu kerikil. Helmet pun terhuyung-hayang. Siapa yang naik moto pergi kawasan tu, confirm helmet senget masa sampai tu. Tipulah elok. Tambah-tambah perempuan yang bertudung. Boleh mengamuk tudung tak jadi.

    Sapuan menongkat motosikalnya. Ragu-ragu dia tengok kawasan sekeliling. Semak samun, pokok rambutan besar pemeluk dan telaga. Tak indah langsung.

    "Saya takutlah, bang." Asmah menarik lengan suaminya.
  • Kreoookk..

    Pintu kayu terbuka perlahan. Wanita berusia 30-an menjengah keluar. Berkemban.

    "Masuklah." Suara halusnya bagai angin menyapa telinga.

    Berdebar-debar kedua pasangan ini tatkala melangkah masuk. Rumah itu suram. Gelap. Aura negatifnya sangat tinggi. Tak kuat semangat, boleh lari pecut tak cecah tanah.

    Mereka dibawa masuk ke bilik tengah. Seorang tua sedang bersila, menutup mata seakan sang pertapa.

    Tiba-tiba si tua bersuara.

    "Hajat kamu bisa aja dipenuhin. Risau syaratnya kamu nggak mampu turutin." Pekat jowo sungguh orang tua ni.

    "Cerita-in gi mana kamu bisa sampei ke sini." Kata si tua itu sambil menggulung rokok daunnya.

    "Kami naik moto lah tok. Nak berjalan, lusa baru sampai." Jawab Sapuan.
  • "Kamu jangan macem-macem ya? Aku kakikan dahi kamu baru tahu." Si tua membalas.

    "Err.. hehehe.. macam ni tok, ka.." Belum sempat si Sapuan cerita, si tua itu menyuruhnya diam.

    "Jangan hampiri dia! Kamu makhluk kecil suka banget sih sama darah. Ke sini kau. Kamu! Tunduk!" Keras suara si tua menyuruh Asmah tunduk.

    "Apa benda tu?" Sapuan bersuara setelah melihat si tua itu seakan menggenggam sesuatu.

    "Ini nyamuk. Waktu gini emang banyak sih sini." Si tua membuka genggagam tangannya.

    "Ha teruskan ceritanya." Pinta si tua. Menyampah sungguh Sapuan rasa.
  • "Macam ni, kami dah 5 tahun kahwin. Tanda-tanda nak dapat anak, tak ade pon. Doktor cakap kami ni normal aja. Tapi saya ni nak anak sangat, tok." Cerita si Sapuan penuh bersungguh.

  • "Aku ini bisa bantu. Cuma syaratnya itu kamu harus penuhkan. Jika tidak, merana kamu seumur hidup. Fikir dahulu, sebelum terlambat. Padahnya, kamu tanggung bukan aku." Amaran dia buat Sapuan telan air liur. Kelat.

    "Isteri kamu harus tinggal bersama aku. Tujuh hari tujuh malam. Malam ketiga kau harus datang, bawakan aku ayam hitam. Mandikan dahulu ayam itu bersama darah kambing dara." Arah si tua. Suara garau si tua bagaikan halilintar membelah Sapuan. Terbelah antara keinginan dan waras akal.

    "Baca ini ketika kamu mandikan ayam itu." Si tua menyuakan sehelai kain buruk bertulisan jawi.

    Berat Sapuan untuk meninggalkan isterinya. Tapi..

 

  • Cari cari si aku cari,
    Cari damping malam berseri,
    Mari mari pintaku mari,
    Mari mari jelmakan diri.

    Aku lagi bang wingo wingo, 
    Jin setan kang tak utusi, 
    Jin setan kang tak utusi, 
    Dadyo sebarang, 
    Wojo lelayu sebet.

    Pukul 11.00 malam.

    Terketar-ketar tangan Sapuan mengalirkan darah kambing dara atas ayam hitam yang ditambat. Pukul 12 ni, dia harus ke rumah si tua hari tu. Janji tak boleh ingkar.

    Perlahan motosikal Sapuan memecah sunyi malam. Sapuan tak sedap hati. Lain macam sejuk malam ni. Tak pernah seumur hidup dia lalu jalan ni tengah-tengah malam sorang-sorang.

    Bau wangi berselang bau hanyir menemani perjalanan Sapuan. Berdiri bulu tengkuk. Dah la depan tu tanah perkuburan. Hmm.. cerita seram memang gini. Cliché. Mesti ada scene kubur.

    Nak bertambah cliché, moto Sapuan pulak buat hal. Mati betul-betul kat kawasan kubur tu. Peluh jantan mengalir deras. Moto tak mau hidup.

    Huu.. Huu.. Huu..

    Bunyi apa pulak dah..

    Huu.. Huu.. Huu..

    Bunyi seakan siulan. Tapi, angin yang lebih bunyi tak ada. Macam orang tak reti bersiul.

    Dari jauh kelihatan sekujur tubuh. Lebih kurang 15 meter. Terbaring. Sapuan hairan kerana dari tadi jalan memang kosong. Maklumlah jalan kampung. Mana ada kereta ulang-alik seperti dibandar.

    Sambil tangan membetulkan moto, ekor mata Sapuan sibuk melirik ke arah tubuh misteri itu. Tersentak Sapuan bila melihat tubuh itu seakan bergerak. Kemudian, mengeliat. Badannya jelas meliang-liuk seperti lagak orang digeletek.

    Berderau darah oi.. Siapa nak tahan kena uji macam ni. Dah kenapa pulak dia pusing macam tu? Dah kenapa dia bergolek tu? Lahai syaitan.. Jangan kacau aku la..

    Fikir Sapuan cuma satu, pecut!

    Sapuan ambil beg berisi ayam dara, lalu.. BERDESUP! Lari tak cukup tanah. Seakan atlet balapan negara, Sapuan memecut tak tengok kiri kanan. Tiba-tiba langkah kaki Sapuan terasa berat. Seakan ada yang memeluk pinggang. Tetapi pelukan itu semakin longgar. Semakin turun. Hingga paras lutut lalu..

    KEDEBUK !

    Sapuan terpijak kain pelikatnya sendiri. Sujud tepat ke tanah. Sengal lutut sampai ke pinggang. Sakit hanya Tuhan yang tahu. Baru sekarang nak ingat Tuhan. Manusia.

  • Sapuan betulkan semula kain pelikatnya. Menyapu debu tanah. Lututnya bercalar. Terhencut-hencut Sapuan berjalan. Lebih kurang 30 minit menapak, akhirnya sampai lah si Sapuan. Tergesa-gesa menaiki tangga, sebelah kaki Sapuan tersalah langkah, lalu ter.. hmm.. azab sungguh. Kali ini celah kelengkang menjadi mangsa.

  • Mengesot Sapuan berjumpa si tua. Dihulurnya plastik berisi ayam. Si tua menahan ketawa. Nak gelak, kesian. Tak gelak, lawak!

    "Maaf ya nak? 'Dia' lapar. Udah lama nggak makan. Itu yang dikejarnya kamu tadi tu." Si tua hanya senyum melihat Sapuan menahan sakit.

    "Bagus. Kau laksanakan sama seperti perjanjian kita. Nah, sekarang aku mau bagitau sama kamu, pantang larang buat kamu dan isteri ketika mengandung nanti. Jangan coba kau ingkar, petakanya nanti, kamu yang kena. Tegas si tua sambil melurut janggutnya.
  • Sapuan mendengar penuh teliti. Setiap patah kata si tua buat Sapuan tak senang duduk. Rasa takut diselangi rasa menyesal. Dia tahu sudah terlambat untuk kembali..

    Janji darah sudah demeterai!
  • Sapuan tak boleh tidur. Kejap-kejap menghadap kanan lepas itu kiri, kanan balik. Matanya segar-bugar. Jam di dinding pukul 2.40 pagi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik. Sesekali 
    dahan pokok menyentuh kaca tingkap menghasilkan bunyi seakan makhluk hodoh berkuku panjang meleret kukunya.

    Gulp. Sapuan cuak. Badan terasa panas. Keringat mula mengalir dibahagian dahi. Seakan ada udara panas sedang menghembus ke arahnya.

    "Bodohnye la aku pegi bayang macam-macam." Timbul rasa menyesal dalam hati Sapuan.

    Hari ini, sudah 4 bulan sejak berjumpa dengan si tua. Mengikut perkiraan dalam perjanjian, bulan ini adalah bulan dimana dia harus beri 'persembahan' atas ucapan terima kasih kepada Bawean.

    *Oreng Pote-Bawean -- Mengikut kepercayaan orang Jawa, makhluk halus ini berbadan manusia dan putih pucat seperti mayat*
  • Antara syarat yang harus dipatuhi Sapuan, sepanjang Asmah mengandung, Sapuan tak dibenarkan tidur sekali. Sudah la si Sapuan ni guruh pun takut, kena pulak tidur kat ruang tamu selama 9 bulan. Memang tiap-tiap malam la berkelip-kelip mata susah nak tidur.

    Minggu ni adalah minggu terakhir bagi malam keliwon. Minggu yang sepatutnya si Sapuan melunaskan 'hutang'. Sapuan asyik berdegil mahu menangguh walau sudah ditegur oleh Asmah. Bagi Sapuan, bukan si hantu tu tahu pun tengok kalendar.

    Tap. Tap. Tap. Diam.

    Tap. Tap. Tap. Diam.

    Ah! Siapa pulak potong kuku malam buta macam ni? Seingat Sapuan, Asmah hanya dibenarkan potong kuku pada minggu pertama setiap bulan. Ish! Lupa ke apa bini aku ni? Tak boleh jadi ni.

    Sapuan bangun. Melangkah ke arah bilik tidur. Niatnya ingin menegur Asmah agar berhenti memotong kuku, tapi terbantut. Sampai sahaja di depan pintu bilik yang tertutup itu, Sapuan teringat janjinya yang tak boleh tidur bersama dan melihat isterinya selepas pukul 1 pagi. Tambahan pula, bunyi itu bukan datang dari bilik, tapi dari dapur!
  • Rasa ingin tahu Sapuan buat kakinya melangkah ke arah dapur walau hatinya berkata jangan. Bunyi kuku dipotong semakin kuat. Takkan ada pencuri masuk, semata nak potong kuku? Kau dah kenapa?

    Sampai di dapur, Sapuan melihat makhluk bertubuh sangat kurus, mencangkung, giginya menggigit kuku panjangnya yang buat Sapuan tahu siapa sebenarnya yang sedang potong kuku. Air liur kuning meleleh-leleh dari celah mulutnya. Dari gayanya, nampak seperti lapar. Lapar yang amat sangat.

    Sapuan jatuh terduduk. Terlampau terkejut. Lutut menggigil. Kaki terasa dipaku ke tanah. Makhluk itu mengalih perhatiannya ke arah Sapuan. Senyum. Fikirnya, Sapuan akan sediakan 'hadiah' buatnya malam ini.
  • Senyuman makhluk itu berubah menjadi marah. Matanya terbeliak. Dengusan nafasnya sangat kuat. Dia marah melihat Sapuan mengesot ke belakang seperti mahu lari. Tangan Sapuan kosong, jadi dia tahu malam ini dia harus berlapar lagi.

    Dia merangkak perlahan-lahan. Tangannya kurus panjang mengatur langkah satu-persatu bergerak perlahan.

    "Biar aku merangkak slow-slow. Baru dramatik. Biar dia lagi takut. Padahal aku memang tak boleh gerak laju-laju. Lapar sangat. Konfem gastrik ni. Jahanam punya manusia." Hati kecil makhluk itu berbisik.

    Airmata Sapuan mengalir. Takut bercampur menyesal. Tapi dia tahu, sudah terlambat. Makhluk itu terus merangkak naik ke atas badan Sapuan. Makhluk itu meletak kukunya di atas jantung Sapuan yang berdegup kencang.
  • "Setiap malam aku datang tengok kau. Herr." Makhluk itu bersuara. Pertama kali si Sapuan bertentang mata dengan makhluk sebegini.

    "AKU MAHU HABUAN AKU!" Makhluk itu menjerit dan mengilai. Dia merangkak ke arah bilik tidur. Meninggalkan Sapuan yang masih tidak cukup nafas. Baginya, Sapuan memang tak guna.

    Yang berguna cuma anak dalam kandungan itu. Kerana dalam perjanjian ini, JANIN SULUNG DISEKSA MATI !

 

  • Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan."

    Aku terkejut. Antara percaya dan tidak. Segala yang diceritakan oleh pak ngah terasa sukar untuk dihadam. Tambahan bila melihat Sofea, yang kini baru aku tahu itu bukan adik aku!

    Pak ngah menyambung merawat mak. Hati kecilku berat mengatakan hari ini mak akan menghembuskan nafas terakhirnya. Aku menolak. Aku menafikan sekeras-kerasnya. Aku sayang mak. Itu mak aku!

    Pak ngah membaca ayat suci Al-Quran untuk binasakan makhluk laknatullah itu. Makhluk yang sukakan perpisahan. Makhluk yang sudah berjanji akan menyesatkan.

    Pak ngah mulakan dengan atas kepala, pak ngah turun ke bawah -- tanpa sentuhan, tangan pak ngah sekadar syarat umpama menarik satu kain yang sedang melekat menyelutupi badan mak. Menggeletar tangan pak ngah ketika sampai di perut mak. Pak ngah kata, disitulah makhluk itu bersarang.

    Hingga sampai di hujung kaki, betul-betul pada ibu jari kaki, gaya pak ngah seakan menggulung sesuatu yang bertali, dengan lafaz Allahuakbar, pak ngah tarik dan meletakkan 'tali' yang digenggam dalam botol kaca berleher panjang dan diikat kain kuning. Kepayahan pak ngah nak masukkan 'tali' itu memang susah nak digambarkan. Ustaz Wahab menutup botol itu dan membaca beberapa surah lalu dihembuskan.

    Seraya itu, Mak muntah. Bayangkan muntah dalam keadaan menelentang. Tersembur ke atas cecair pekat warna merah. Darah! Beberapa titis darah terkena muka aku. Aku menyapu. Bukan darah tetapi airmata yang tak dapat berhenti mengalir dari tadi.

    Mulut mak tercungap-cungap. Seakan ingin berkata sesuatu. Aku merapatkan telinga ke arah mak.

    "La.. laa.. Illaa.. ha.. Illah..Allahh.." Mak sempat mengucap kalimah suci itu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Aku terkelu. Mak, orang yang paling aku sayang sudah tiada! Selamanya!

    Aku menangis, meraung semahu-mahunya..

  • Makkk!! Jangan tinggal Amran mak!! Maaakk!! Aku menggoncang tubuh kaku mak. Maaakk!!

    PANGG!!

    Satu tamparan hinggap di muka aku. Tersembur hingus.

    "Jangan meraung macam tu. Kamu menyeksa mak kamu. Dan kamu menyeksa telinga aku. Redha. Allah lebih sayangkan mak. Asmah ini adalah wanita yang paling kuat yang pak ngah pernah kenal. Dia yang jaga pak ngah dari kecil sejak arwah tok kamu meninggal. Biarkan dia berehat, Amran. Sudah lama dia menanggung derita." Ujar pak ngah.

    Aku mengangguk sambil memegang pipi aku yang sakit. Ya, aku kena redha. Aku menoleh ke arah Sofea. Dia juga menangis. Ya, dia bukan adik aku. Tapi aku sayang dia.

    Tiba-tiba, suara halus Sofea menangis, bertukar menjadi garau. Dugaan apa lagi ni, ya Tuhan??
  •  
  • "JANJI! JANJI! JANJI!" Si Sofea bersuara.

    Janji apa pulak budak dahi luas ni nakkan? Dah la suara garau mengalahkan aku. Aku cuba pegang tangan dia tetapi ditepis pak ngah.

    "Ini bukan Sofea." Pak ngah berkata sambil mata tak lepas memandang Sofea.

    "Janji apa yang kau mau tuntut?" Tanya pak ngah.

    PRAAAKKK!!

    Sekali rentap! Sofea merentap lehernya sendiri. Patah. Dagunya teralih arah hingga naik ke bahagian telinga. Mukanya senget dan mata terbeliak!

    "Astagfirullahala'zim.." Pak ngah mengurut dadanya sendiri. Terkejut. Tipulah siapa tak terkejut.

    "Memang dia mahukan Sofea." Kata Ustaz Wahab sambil memegang bahu pak ngah. Pak ngah sekadar mengangguk. Aku tahu, dari pandangan pak ngah, Sofea sudah tidak bernyawa.
  • "Nanti." Pakcik Zali yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara. Lalu mengarahkan jari telunjuknya ke tangan Sofea. Aku menoleh. Tangan Sofea seakan bergerak-gerak.

    Badannnya terangkat seperti bayi mahu merangkak. Matanya yang terbeliak memandang tepat ke arah abah. Lidah Sofea menjelir keluar. Persis anjing. Perlahan Sofea menuju ke arah abah.

    "1.. 2.. 3.. TANGKAP!" Jerit pak ngah. Aku memegang erat lengan Sofea. Kepalanya yang senget tadi, PRAAKK. Disengetkan ke arah aku pula. Aku nampak urat hijau di leher Sofea timbul. Terlepas genggaman tangan aku. Sofea menyeringai.

    "Apa lagi yang kau nak? Ha? Lepaskanlah aku.." Abah merayu.
  • *Flashback*
    Sapuan cemas. Jelas dia lihat makhluk itu merangkak perlahan ke arah bilik tidur. Makhluk itu mencakar pintu. Bunyinya mengilukan. Terlihat jelas kesan cakaran merosakkan pintu itu.

    "Setop!" Tiba-tiba terdengar suara datang dari arah luar rumah. Diikuti nafas tercungap-cungap. Jelas kepenatan.

    Makhluk itu bertentang mata dengan Sapuan. Kedua mereka bingung. Sapuan meluru ke arah pintu dan membukanya. Si tua! Sapuan gembira. Dia tahu si tua mahu menyelamatkan dia.

    "Kau.. makhluk laknat.. huu.. kau.. akan.. aku.. huu.. ah! penat la. Jahanam betul la tayar basikal aku pancit di tengah jalan." Keluh si tua. Jelas kelihatan peluh membasahi tubuh gempalnya. Dah kalau macam ni, basikal mana tak pancit tayar.
  • Si Bawean menoleh mahu menerkam si tua. Si tua mengacukan keris keramatnya. Si Bawean mengundur. Keris itu bukan barang mainan. Seksa jika terkena hunusannya. Boleh meracun hingga kiamat!

    "Kau tahu ini apa kan? Lepaskan janin itu. Perhitungan kita bukan sebegini. Kau syaitan pembohong!" Jerkah si tua.

    "Aku akan lepaskan janin itu kalau kau mampu buat aku bersetuju. Hahaha!" Suara Bawean bagai guruh membelah langit.

    "Nggak ada yang kelakar. Nggak perlu kau ketawa." Si tua menjeling. Bawean terdiam.

    "Apa sebenarnya sih yang kau mau?" Tanya si tua.

    "Aku mau hidup. Urusan ku belum tamat ketika di dunia. Aku mahu menukar jasad. Jasad janin sulung di akhir minggu keliwon bulan keramat adalah sangat sempurna!" Setiap bait kata Bawean, sepatah haram si Sapuan tak paham.

    "Kau nggak bisa bertukar terus. Cuma bisa menumpang. Urusan dunia kamu harus diselesaikan juga pada malam keliwon. Nyawa kamu bergantung pada si ibu. Mati si ibu, maka mati jua kamu." Si tua menetapkan syarat.
  • Bawean akur. Cuma ini cara melunaskan dendamnya. Hutang nyawa dibayar nyawa! Perlahan badan Bawean bertukar menjadi abu. Terbang hilang bersama angin malam. Dia tahu, bila mahu kembali. Pada saat tubuh barunya dilahirkan!

 



Attachments
__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 297
Date:

  • ( Asal Usul Bawean )

    30 tahun yang lalu..

    "Kamu cantik sekali, Eton." Puji Kismis sambil duduk disebelah Eton. Merenung dengan penuh rasa cinta.

    "Ah, kamu ni Mis ada-ada aja." Eton tersenyum tersipu lagak pohon semalu pabila disentuh. Lalu dia berlari-lari anak ke batu bersebelahan. Terkejip-kejip mata Eton menggoda Kismis. Bagi Eton, Kismis adalah pemuda pertama yang mengetuk pintu hatinya, mengucap salam cinta dan buat diri Eton tak senang duduk merindui Kismis.

    Kismis, anak tunggal Haji Jumaat. Seorang yang kacak, bertahi lalat di tepi bibir serta rambut berjambul. Ke mana sahaja dengan seluar kembangnya. Ramai anak dara yang mencuba nasib ingin menjadi ratu dihati, namun tidak berhasil.

    Kismis dinamakan begitu kerana ketika ibunya mengandungkan dia, teringin sangat nak makan kismis. Pergilah si Haji Jumaat ke pekan untuk memuaskan idaman si isteri. Haji Jumaat rasa bersalah mahu meninggalkan Salamah keseorangan. Mengikut pengiraan bidan, esok atau lusa maka lahirlah anaknya itu.

    "Ish tak sedap betul hati aku ni. Bini aku tu kalau tak diturutkan hajatnya, muncung aja lah mulutnya itu. Udah mau beranak, lagi mau mengidam. Ish ish ish." Rungut si Haji Jumaat sambil mengayuh basikal tuanya. Lagak gaya seperti Pak Mustar cerita Pendekar Bujang Lapok. Terhuyung-hayang basikalnya itu. Sudah tua begini, yang maju ke depan, perutnya dulu baru kaki.

    "Ha, Haji? Mau ke mana?" Tegur Sarip yang hanya berjalan. Bayangkanlah perlahan macam mana kayuhan Haji Jumaat. Si Sarip yang berjalan kaki lagi laju dari dia, siap boleh ajak bersembang.

    "Ni ha, si Salamah mahu makan kismis. Aku nak pegi la ke pekan kedai Sheikh tu. Nak beli dalam se.. eh.. eh... eh.." Haji Jumaat cemas mengelak batu. Hampir-hampir sahaja mahu tumbang. Dia menjeling Sarip. Kalau si Sarip tak sembang dengan dia, pasti dia tak panik begitu. Sudahlah nak tengok bawah masa mengayuh pun tak nampak, boroi sangat.

    "Ha, yelah. Tak apa lah Pak Haji, elok-elok lah pergi tu. Saya mau cepat ni." Sarip tersengih lalu meninggalkan Haji Jumaat. Dia cuma mengangguk. Bersyukur kerana tak terlentang sebentar tadi.

    Kismis yang diidam dah dapat. Haji Jumaat sekali lagi mengayuh dan mengayuh dengan penuh bersungguh untuk pulang.

  • Setibanya dirumah, Salamah sudah pun melahirkan. Perasaan gembira bercampur pelik. Gembira kerana selamat melahirkan, pelik kerana lama sangat ke aku kayuh basikal? Sampai bini aku sudah selamat ni. Tapi, tak apalah..

    "Bang, mau letak nama apa sama anak kita ni?" Tanya Salamah sambil tersenyum.

    "Aku mau letak Kismis. Bagaimana pula fikirian kau?" Haji Jumaat memberi cadangan.

    "Kenapa kismis bang? Tiada yang senonoh sikitkah?" Muncung si Salamah.

    "Sengaja dibubuh namanya gitu. Baru bunyinya Arab gitu. Aku ini kan sudah haji. Jadi, nama anak harus Arab. Mengerti?" Tegas Haji Jumaat penuh yakin.

    Salamah hanya mampu mengalirkan airmata memikirkan idea suaminya. Mahu dilawan, berdosa pula. Sakit hatinya lebih parah dari sakit melahirkan.
  • "Maka dipendekkan cerita, 
    bertemulah sang pria bersama dara,
    pertemuan bermula di majlis timbang tara,
    ketika Kismis disoal bicara."

    Kismis dihadapkan ke muka pengadilan kerana tidak mahu mengaku bersalah akibat melanggar itik kacukan peliharaan jirannya ketika menunggang motosikal. Ketika itulah buat pertama kali si Eton melihat Kismis. Terpesona hatinya melihat Kismis yang sedang sugul menunggu perbicaraan.

    Semenjak hari itu, setiap hari Eton menghantar juadah ringan seperti kuih-muih buat Kismis. Memang benarlah kata orang, mahu pikat hatinya, pikat dulu perutnya.

    Hari yang bersejarah telah tiba. Dua jiwa bertaut mesra. Ikatan sah mengikat cinta. Maka bergembiralah kedua mempelai itu di atas singgahsana. Namun, bahagia tak kekal lama. Dugaan datang tak kenal siapa.
  • Selepas bulan ketujuh kehamilan Eton, si Kismis dipanggil untuk menyahut tugas sebagai parajurit negara ketika negara tercinta bergolak gelora. Menangis si Eton pada hari dia menghantar suaminya untuk ke Melaka menentang penjajah.

    Sarip memandang Eton dari jauh. Walaupun perut sudah memboyot, bagi Sarip, Eton tetap menggiurkan. Lenggang-lenggok si Eton memang dari dulu Sarip idamkan. Tapi ditentang keras oleh si Haji Jumaat tua kutuk!

    "Kalau aku tak dapat kahwin dengan kau, aku 'menumpang kasih' pun jadilah." Bisik hati Sarip tatkala Eton melewatinya. Bau haruman Eton buat nafsu Sarip memberontak minta dipuaskan.

    Malam esoknya, si Sarip mengunjungi rumah Eton. Diam-diam. Memanjat naik perlahan dan menguak daun tingkap. Sedikit berbunyi, biasalah rumah papan. Langkah diatur satu-persatu. Malam ni, Eton jadi hidangan utamanya.

    "Sayanggg.." Sarip senyum sambil membuka pintu bilik. Terkejut Eton yang sedari tadi tak sedap hati dan sukar untuk tidur.

    "Apa kau nak?" Jelas cemas pada suara Eton.

    "Mestilah aku nak kau! Takkan bapak kau? Apa bodoh soalan kau ni?" Marah si Sarip yang sedari tadi memang tak tahan nak menerkam.
  • "Deli serep.. rama serep.. macan putih.. stan.."

    PANGG!

    "Jangan kau nak memandai seru Tok Cepoh kau!" Sarip melempang Eton.

    ** Tok Cepoh -- Menurut sumber, Tok Cepoh ini adalah harimau ghaib penjaga keturunan lebih dari 430 tahun. Ada juga yang mengatakan ini adalah harimau jadian tunggangan keturunan Raja Majapahit.**

    Sarip membuka bajunya. Jelas terpampang bulu dada yang meloyakan tekak. Sarip menggulung bajunya, dan meletakkan pada mulut Eton.

    "Gigit!" Jerkah si Sarip. Eton menggigit baju Sarip. Eton tak mampu untuk menjerit lagi. Sarip puas. Sarip mula melonggarkan seluarnya. Syaitan sudah merasuk. Tiada lagi belas kasihan. Eton cuma mampu mengalirkan airmata.

    "Kurang ajar!" Tiba-tiba belakang kepala Sarip terasa pedih. Terasa ada yang mengalir. Bila disentuh, darah! Pandangan mata Sarip mula kabur. Sebelum rebah, Sarip sempat melihat wajah yang menghentaknya. Samar-samar. Kismis!

    "Sial kau Kismis.. Aku.. Aku hampir saja dapat merasa nikmat dia.. Kau.. Kau buat aku mati dalam seksa.. roh aku takkan tenteram.. aku akan bangkit semula.. aku tuntut 'hidangan' aku!" Jerit si Sarip dengan mata terbeliak.

    Sekali lagi Kismis menyerang tapi kali ini menyembelih Sarip. Putus kepala! Darah merecik ke serata tempat. Pekat merah.

    Eton terkedu. Terasa susah nak hadam apa yang berlaku. Macam mana Sarip mati? Yang ada disitu cuma Eton dan Sarip. Eton tak nampak siapa yang bunuh Sarip!
  • Selepas beberapa bulan sejak kejadian pembunuhan kejam si Sarip, Eton mengalami kemurungan. Namun, kian beransur pulih tatkala cahaya mata sulungnya sudah lahir ke dunia. Tersenyum Eton melihat si kecil molek itu, bertahi lalat sama seperti Kismis. Pertama kali melihat Kismis, Eton menyangkakan Kismis mendapat nama dari tahi lalatnya. Tersenyum Eton sendirian.

    Sudah hampir 6 purnama. Khabar berita tentang Kismis masih belum kedengaran. Apa sihatkah suaminya? Apa makin kuruskah? Setiap hari, Eton cuma mampu berdoa dipertemukan semula dengan suaminya.

    "Eton gila Eton gila.. Buuu!" Beberapa anak kecil yang sangat nakal mengejeknya. Sudah menjadi rutin, setiap kali lalu sahaja di rumahnya, pasti diejek begitu. Eton sabar. Bagi Eton, mereka cuma anak kecil yang kurang kasih sayang. Sebab tu jadi kurang ajar.

    "Aduh!" Eton menjerit kesakitan.

    "Hahaha kena! Lari! Lari!" Sudah melampau anak ini. Hingga berani melempar batu. Eton menangis. Kalau Kismis ada, pasti dia akan melindungi dirinya. Tapi Eton bukan menangis pasal Kismis juga bukan kerana kepalanya yang berdenyut, tapi menangis memikirkan beras yang sudah tiada. Mau makan apa?

    Selama bekalan makanan peninggalan Kismis dan arwah ibunya ada, Eton tak pernah keluar rumah. Ada sahaja mulut-mulut dengki yang selalu tidak puas hati dengannya. Malah ada yang kata, sudahlah bela hantu, membunuh pula si Sarip yang kaki masjid itu untuk dibuat santapan hantunya. Eton tak suka diumpat begitu. Eton tak layan gosip-gosip murahan.
  • Malam berganti siang. Minggu hampir berganti bulan. Eton sudah tidak mampu untuk teruskan hidup. Eton putus asa. Hampir sebulan dia cuma makan ulam. Makin kurus badan Eton. Cengkung tidak cukup zat. Hendak bekerja untuk sesuap nasi, dia dihina dan dicerca. Pernah juga dipukul. Susu juga hampir kering untuk disuap anaknya.

    Eton lapar. Lapar daging. Dia melihat anaknya. Comel. Tapi tiada guna. Cuma tahu menangis dan menyusahkan. Seakan kerasukkan, Eton merangkak perlahan ke arah anaknya. Si anak ketawa dengan gusi tanpa gigi tatkala melihat ibunya. Sedikit pun Eton tidak peduli. Eton merentap kepala anaknya, dihentak terus ke lantai. Pecah!

    Eton ketawa. Darah terpercik ke mukanya. Lalu dijilat. Eton tersenyum puas. Perlahan Eton membawa 'makanannya' ke dapur.

    TUK! TUK! TUK!

    Bunyi mayat anaknya ditetak diatas alas pemotong kayu. Eton sudah tiada perasaan. Otak anaknya dikeluarkan. Masih suam. Eton mencubit sedikit.

    "PUIH! TAK SEDAP!" Eton meludah. Digigitnya pula tangan anaknya. Liat. Tapi daging segar memang rasa manis. Nafsu mula membuak. Rakus melahap dan melapah. Kasih sayang seorang ibu sudah tiada. Akal waras seorang manusia sudah hilang.

    Eton terduduk. Kenyang. Tapi masih belum puas. Ya, selama ini orang kampung mengata dan mengeji tanpa sebab, biar kali ini mereka membencinya dengan sebab. Biar kali ini, malam mereka tidak aman. Biar kali ini lebih mengawasi pergerakan anak kecil mereka.
  • Eton terjaga tengah hari keesokkan harinya. Lapar. Tulang-belulang anaknya dibungkus dalam kain dan ditanam dibelakang rumah. Ketika leka mengorek tanah, Eton perasan ada sepasang mata sedang memerhatikannya.

    "Siapa tu?" Eton memanggil. Keluar dari celah pokok pisang, anak kecil berusia lebih kurang 6 tahun.

    "Eh, anak ni siapa? Kenapa ada disitu? Kenapa tak balik rumah?" Soal Eton sambil menelan air liur. Anak ini tembam. Pipinya yang besar buat matanya sepet.

    "Cici. Cici hilang." Mukanya sedih.

    "Oh Cici datang lah sini. Teman makcik." Eton tersenyum menampakkan gigi-gigi hitamnya yang penuh kaviti.

    "Saya bukan Cici makcik. Cici tu kucing saya. Hishh." Anak kecil itu menjeling.

    "Oh. Maaf ya nak? Jadi anak ini siapa nama?" Tanya Eton sambil meratakan tanah. Selesai sudah 'pengebumian' anaknya. Dia masih geram melihat si gemuk di depannya ini.
  • "Takyah sibuk la. Dila takkan cakap nama Dila kat siapa-siapa. Mak Dila, Mak Nab yang jual kuih tepi simpang kampung tu dah pesan jangan bagitau dekat orang yang tak kenal. Bahaya. Lagipun ayah tiada. Ayah pergi berperang tak balik lagi. Dila nak balik rumah. Rumah Dila selang 3 rumah dari rumah Pak Jabit Sate. Balik ni, Dila nak minum sirap. Dila suka sirap sangat." Tergeleng-geleng Eton mendengar. Pendek sungguh akal budak ini.

    "Laa.. buat apa jauh-jauh balik rumah? Rumah makcik pun ada sirap. Banyak sangat. Makcik tak tahu nak bagi siapa." Eton mula memasang jerat.

    "Kenapa makcik tak cakap awal-awal? Mana rumah makcik? Jomlah, lekas." Tanpa berfikir panjang, si Dila bersetuju.

    "Ya ampun. Senangnya!" Eton tersenyum. Malam ini ada acara makan besar!
  • "Mak Nab, kasi kuih ini 3 ya?" Pinta Rosmah. Rosmah ini memang pelanggan tetap Mak Nab.

    "Dila mana, Mak Nab?" Tanya Rosmah sambil menyimpan wang baki dicelahan colinya.

    "Entahlah Ros. Tadi dia ada. Kejap lagi lapar, pulanglah dia tu. Terima kasih ya, Ros? Datang lagi." Mak Nab senyum dan mematikan perbualan. Ke mana sebenarnya si Dila ini pergi?

    Naluri seorang ibu menyatakan akan ada yang buruk bakal menimpa Dila jika dia tidak bertindak sekarang. Mak Nab mengetepikan semua itu. Mungkin cuma perasaan. Lagipun gerai jualannya harus dikemas dahulu. Langit tak berapa cerah. Seperti mahu hujan.
  • Dila masuk ke rumah Eton tanpa perasaan curiga. Di luar, guruh sudah mula berdentum. .
    "Sebentar ya nak? Makcik buatkan kamu sirap." Eton berlalu ke dapur. Dila sekadar mengangguk. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Usang. Tak seperti rumah ibunya. Gerimis mula turun. Membasahi atap nipah Eton. Nampak cukup tenang. Titisan-titisan air sejuk mula membecak di perkarangan rumah.

    Di dapur, Eton sedang mengasah parang. Dia tahu, hidangan kali ini pasti liat. .
    BUMM!

    Kilat kuat tiba-tiba berdentum. Eton terkejut. Jarinya terhiris. Darah pekat mengalir laju. Eton panik, lalu dicelupkan jarinya dalam bekas berisi air. Serta-merta airnya menjadi merah. Segera dia menuang air tersebut ke dalam cawan. Perlahan dia menuju ke ruang tamu. Bersama parang panjang di belakangnya!
  • Mak Nab semakin resah. Waktu sudah menginjak ke senja. Dila masih tak kelihatan. Mak Nab ke Warung Pak Munawir. Di situ ramai orang, bolehlah dia minta tolong. .
    "Tak.. tak.. tak.. salah sa.. saya.. tt.. ta tuu taa"

    PANG!

    "Tak salah saya tadi saya nampak dia kat rumah si Eton Gila." Sekali nafas Karim bercakap setelah dilempang oleh Mak Nab.

    "Boleh pun cakap tak gagap. Hish. Terima kasih. Aku nak pergi cari anak aku ni. Tolonglah aku." Mak Nab meminta belas kasihan sambil mengenyit-ngeyit mata. Bukan nak menggoda. Tapi memang Mak Nab begitu sejak bayi kerana demam panas yang melampau. Terkenyit sampai ke tua.
  • Eton menghulurkan gelas berisi 'sirap' kepada Dila. Dila menyambut dengan gembira tanpa dia tahu, itulah tegukan akhirnya.

    "Bwekk! Kenapa sirap mak cik tak sedap?" Dila meludah. Mukanya berkerut.

    "HAHAHAHA SEBAB TU BUKAN SIRAP BODOH!" Eton melibas parangnya tepat ke leher Dila.

    ZAP!

    Kepala Dila terputus! Darah merecik ke serata ruang rumah. Eton tersenyum puas. Bau darah sangat menyenangkan. Eton yang bagaikan dirasuk, membelah perut Dila. Terkeluarlah usus yang masih hangat. Dia menarik keluar usus yang terbelit kemas. Lalu dia merobek dengan lebih dalam, mencari jantung Dila. Dapat! Lalu direntapnya. Diletakkan bersama usus tadi. Kemudian, satu persatu organ Dila dikeluarkan.

    Sedang asyik melapah Dila, Eton tak sedar orang kampung sudah tiba di perkarangan rumahnya. Mak Nab mengetuk pintu. Tapi tak berkunci. Ditolaknya daun pintu itu. Bau hanyir mula menusuk hidung.

    Mak Nab terlopong! Kepala anaknya betul-betul di hadapan kakinya. Lidah terjelir. Mak Nab tak tahu kepala anak dia terpelanting semasa disembelih tadi.

    Mak Nab mula rasa kepalanya berat. Kakinya tak cukup kuat menampung badannya lagi. Lututnya longgar. Bumi seakan berputar laju. Matanya kabur dan sebelum dia rebah, dia nampak bayang-bayang seekor harimau yang cukup besar sedang menjilat tubuh anaknya. Cukup besar hingga kepalanya hampir mencecah bumbung rumah!
  • Sekujur tubuh yang kurus termenung dibawah pohon ara yang sudah berusia lebih dari satu abad. Badannya berkuping dan terkopak berdarah. Kudis dan lelehan nanah menghiasi kakinya. Gatal, pedih dan miang sudah sebati. 
    Dia menangis. Menangis semahunya. Tiada yang mendengar. Yang jadi saksi cuma satu perigi terbiar. Perigi itu tempat dia meluahkan perasaan.
    Sudah dua minggu dia lari. Lari tanpa ada haluan. Kini dia penat. Seakan mahu berehat panjang. Orang kampung bagai dirasuk hendak membunuhnya.

    "Kalau aku ketemu sama kamu Eton, aku sula kau pakai kayu obor. Biar terbakar seluruh isi perutmu syaitan!" Antara amaran yang Eton dengar ketika di bersembunyi di sebalik semak tanpa disedari orang kampung.

    Dari dirinya dibakar dan disula, baik dia mati sahaja. Eton mengatur langkah ke arah perigi tersebut. Belum sempat dia panjat, badannya dipeluk dari belakang.
  • Aku dah jumpa syaitan ni!" Tubuh gagah itu memeluk dia kemas dan tak mungkin dia terlepas. Eton meronta. Sedas penumbuk singgah dipipinya. Berpinar pandangan mata Eton sebelum dia rebah.
    Eton membuka mata perlahan. Terasa pedih di bahagian kakinya. Rasa panas. Ya, benar. Memang dia sedang dibakar. Orang kampung ketawa puas. Mereka berjaya membunuh syaitan.

    Saat dihujung nyawanya, Eton bersumpah. Dia takkan pernah ampunkan mereka yang melihat dia mati. Dia mahu membalas dendam. Mereka juga harus mati!
    Aku bakar mata kalian! Akan aku bakaaar! Suara nyaringnya semakin perlahan dan akhirnya roh dendam berpisah tubuh. Hilang sakit dan segala keluh.

    Abu Eton dibuang ke dalam perigi. Dan perigi itu dipagar. Tiada yang berani mendekati kawasan hitam itu lagi. Bermula dari hari Eton mati, Kampung Simpang Tiga berubah nama menjadi Kampung Simpang Hitam.
    Setiap malam, pasti akan terdengar suara rintihan dari arah perigi itu. Siapa yang tahan, pasti akan pekakkan telinga. Yang tiada tertahan, pasti berhijrah ke tempat lain.
    Sampai bila harus tahan? Kalau setiap malam mendegar rinitihan..
    "Aku panas.. panas sangat.. Boleh mintak air? Tapi jangan mengintai.. Kalau intai, aku bakar mata kamu.. hihihihihiiii

  • Tik.. Tok.. Tik.. Tok..

    Jam di dinding terasa lambat bergerak. Sapuan cuma mampu menunggu dibangku bersebelahan wad bersalin. Gerakan kakinya sama laju bersama degupan jantung. Berdentak risau. Tak ada apa yang boleh dilakukan. Nak menolong, Sapuan bukan doktor jauh sekali bidan.

    Wati sebagai nurse yang sedang bertugas tersenyum melihat Sapuan. Kejap-kejap tergeleng kejap-kejap mengangguk. Perkara biasa bagi seorang suami menunggu isterinya yang sedang bertarung nyawa.

    "Anak sulung ye, bang?" Si Wati menyapa.

    "Hm." Sepatah Sapuan menjawab. Si Wati faham. Dalam keadaan genting begini, tiada siapa yg mampu tersenyum. Baru sebentar tadi dia bersama dua lagi nurse membawa Puan Asmah ke labour room. Keadaan Puan Asmah tak sama seperti ibu-ibu yang mahu melahirkan sebelum ini. Perut dia lebih besar. Malahan, rekahan-rekahan perutnya seakan mahu mengeluarkan darah dan menampakkan isi. Rekahan sepatutnya nampak biasa tapi kali ini seperti ditoreh benda tajam. Ditambah dengan perut yang berombak jelas menunjukkan bayi meronta mahu keluar!

    Saat mata Wati tertancap ke arah perutnya, tangan Wati direntap kasar. Puan Asmah seakan marah terhadap Wati kerana merenungnya. Wati terkejut.

    "WOI!" Sergah Milah.

    "Terkejut aku, bodoh!" Wati mendengus menahan marah.

    "Hahahaha. Alaa aku main-main saja. Aku lihat kau termenung saja. Bukan kau patut pergi check2 katil mcm selalu ke?" Tanya Milah. Milah bukan nurse. Milah bekerja di bahagian katering.

    "Haah. Dan kau ni bukan patut dah berambus ke?" Jeling Wati.

    "Saja la aku melawat kau. Eh, apahal makcik tadi? Aku nampak dia macam marah kau je? Kau ada tersiku perut dia ke tadi? Tanya si Milah yang memang kaki gossip.

    "Kau nampak eh tadi? Entah dia. Aku terpandang je perut dia. Sebab perut dia lain macam. Pastu direntapnya tangan aku ni. Elok aku dah baringkan dia kat katil, dia cakap kat aku jangan cerita kat sapa-sapa. Lepas tu terus dia pejam mata." Wati mengimbas saat-saat aneh yang tak berapa indah dengan Puan Asmah tadi.


  • "Oh.. hmm kau hati-hati lah eh. Aku gerak dulu. Apa-apa roger aku. Tu pon kalau aku tak off henfon la. Hahaha.." Wati tersenyum melihat gelagat Milah. Sudah masak dengan perangai dia.

    Wati meneruskan tugasnya malam itu. Setiap katil diperiksa rapi. Setelah selesai, Wati pulang ke meja kaunternya. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Bunyi cicak menemani derapan kakinya.

    Wati mempercepatkan langkah. Bunyi nyalakan anjing kedengaran. Dengar betul-betul di bahagian blok sebelah. Sampai di kaunternya, Wati duduk dan cuba tenangkan diri. 10 minit kemudian, tiada apa yang berlaku. Tiba-tiba..

    tap.. tap.. tap

    Bunyi seakan air paip menitik. Mustahil. Sinki ataupun tandas jauh. Wati meneruskan kerjanya. Tanpa sengaja, siku Wati tertolak bekas pen, maka jatuh bertaburanlah pen-pen di lantai. Wati tunduk dengan malasnya sambil mengomel sikap cemerkapnya sendiri.

    Sebaik diangkat wajahnya..

    "Oi! Mesin basuh terkoyak! Kau mampos tergolek pruu prruu pringg." Melatah Wati sambil mengurut dadanya.
  • "Puan, takboleh jalan jalan macam ni. Puan kena baring dah. Bila-bila masa puan boleh bersalin." Wati sedikit panik.

    Puan Asmah diam. Bunyi seperti air menitik kedengaran lagi. Kali ni lebih dekat. Kuat hati Wati mengatakan yang menitik itu dari Puan Asmah. Takkan air ketumban kot? Gulp.

    Wati bangun dengan niat ingin memimpin Puan Asmah ke wadnya. Benda pertama yang menangkap perhatian Wati adalah makhluk kecil seperti bayi 3 bulan sedang menjilat darah yang mengalir membasahi betis Puan Asmah. Air liur makhluk tersebut yang menghasilkan bunyi seakan air menitik sebentar tadi.

    Lutut Wati terasa longgar tapi kakinya masih terpaku. Tak mampu bergerak dan nafas tersekat. Entah datang dari mana kekuatan Wati, dia menjerit sekuat hati sambil menutup mata dan menekup telinga. Jeritan dia mengisi rongga malam. Terkejut hampir seluruh isi ruang hospital.

    Makhluk kecil tersebut merangkak turun dari betis Puan Asmah.

    "Kau ingat kau comel? Ha? Kau nak kacau aku? Dasar syaitan!" Teriak Wati sepuas hati. Dengan satu ayunan kaki, Wati menendang makhluk tersebut. Berdesup. Melekat di dinding.

    "Baru kau tau libasan kaki sulung aku macam mana." Puas Wati dengan tindakan drastiknya sendiri. Wati memandang Puan Asmah. Dia terbaring kaku. Darah pekat masih mengalir
  • Kedengaran derapan-derapan kaki menuju ke arah mereka. Menipulah tiada yang kaget melihat kejadian tersebut. Si ibu mati dan si anak melekat didinding.

    Yang paling terkejut Dr Zilah. Dr Zilah yang bertanggungjawab menyambut kelahiran anak Puan Asmah. .
    "Tad.. tad.. tadi bukaan dia cuma 3cm. Lalu saya biarkan.. lep.. lep.. lepas tu ada nurse datang bagitahu, bukaannya sudah 7cm. Bila saya ke katil dia.. Dia tak ada! Mus.. mustahil wanita sarat mengandung dan bukaan begitu dia boleh jalan sejauh 2 blok semata untuk ke sini." Terketar-ketar Dr. Zilah bercerita.

    Dalam keadaan kelam kabut begitu, muncul Sapuan. Terkejut. Antara percaya dan tidak.

    "Tak guna kau syaitaaaaaaaaaan!!!!" Tak sangka sungguh Sapuan bila Bawean menipu dirinya. Dalam perjanjian itu, Bawean patut menunggu anaknya lahir ke dunia baru boleh dia berkongsi tubuh. Bawean terlebih dahulu meragut nyawa anaknya!

 

  • Lagi sekali aku tersandar. Sakit kepala menucuk. Aku pandang abah. Abah cuma merenung kosong. Mak sudah tiada. Sofea pun.

    Lebih kurang satu jam, orang ramai mula berpusu-pusu datang ke rumah aku. Mereka datang menguruskan jenazah. Alunan merdu surah Yassin mengiringi jenazah mak dan Sofea. Semoga mereka tenang di sana.

    Pak ngah cakap, tak boleh bawak ke kubur lagi malam ni. Sebab dah larut malam. Esok saja lepas subuh. Aku mengangguk.

    "Pak ngah tahu banyak benda yang kamu nak tanya." Pak ngah usap kepala aku.

    "Berehatlah. Esok, selepas semuanya selesai pak ngah terangkan semua benda." Aku cuma mengangguk lemah.

    Susah betul nak tidur malam ni. Pusing kiri pusing kanan, langsung tak boleh tidur. Menguap dah 35 kali. Haihhh. Badan aku pulak tetiba gatal. Kat belakang ni. Garu punya garu, akhirnya aku pun terlelap.

    Esok pagi, jenazah ibu dan Sofea dibawa ke surau. Ramai jugak jemaah pagi ni. Aku ni bukanlah kaki masjid. Solat pun tunggang langgang. Terkial-kial jugak nak masuk ni. Hati rasa tak sedap, berdebar.

    Pap!

    Bahuku ditampar dari belakang. Pak ngah?

    "Kau tunggulah kat van tu" Pak ngah berkata tanpa memandang aku. Kenapa? Aku tak boleh masuk dalam surau ke? Sebelum ni boleh je. Walaupun jarang ler aku menjejakkan kaki kat surau ni. Malas nak fikir, aku pun menuju ke arah van.

    Dalam 15 minit, semua jemaah sudah selesai. Kedua jenazah diusung masuk ke van untuk dibawa ke tanah perkuburan. Aku pergi dengan abah, naik motor. Prekk preekk preekk. Macam nak lempang je ekzos tu.

    Sayu aku tengok jasad tak bernyawa itu. Aku nak bersedih pun susah. Asyik gatal-gatal je badan. Semalam kat tengah belakang. Sekarang ni dah pergi leher. Sedap punya garu, pak ngah datang tegur.

    "Sejak bila kau ada ruam ni Amran?" Tanya pak ngah. Mungkin dia perasan aku tergaru macam beruk yang kaki tertimpa buah kelapa kut.

    "Sejak semalam pak ngah. Sebelum ni takde pun." Aku menjawab. Rimas. Herghh. Pak ngah senyum. Aku benci la senyuman macam tu. Misteri. Dulu pernah jugak dia senyum macam tu bila aku tanya berkhatan tu sakit tak. Sinetron sungguh.

    Gatal aku makin menjadi. Kali ni menjalar ke tangan dan kaki. Bila aku selak tengok paha aku, berbulu! Lebat pulak tu. Sebab bulu ni ke aku gatal? Aku memegang belakang telinga. Bulu! Kenapa ni?! Lepas majlis tahlil zuhur tu, aku mengatur langkah perlahan ke pokok belakang rumah. Aku selalu main kat sini dengan Sofea. Mak pulak kat sinilah tempat wajib dia tumbuk sambal lah, kukur kelapa lah, anyam ketupat, jahit baju, repair peti ais, tukar minyak hitam, tune gitar, dan belajar tomoi. Tak aku tipu je. "Ha, Amran. Sini kau ye?" Entah celah mana pak ngah muncul tiba-tiba. Aku tersengih. "Amran, banyak benda yang pak ngah nak ceritakan kat kamu ni. Serba salah pun ada. Pak ngah harap, kau boleh la terima." Pak ngah memulakan bicara sambil menggulung rokok daun. "Pada suatu petang nan indah, kelihatan seekor gagak berkicau riangnya dan kera-kera bermain kejar-kejar." Sambil mendepakan tangan pak ngah bercerita. "Sudahlah pak ngah. Takyah over sangat. Hambarlah." Aku menjeling.
  • *FLASHLIGHT*

    EH? *FLASHBACK*

    Roh dicabut ketika berdendam,
    Memang tiada istilahnya tenteram,
    Menunggu masa menebus silam,
    Pada durjana yang berlaku kejam!

    Roh Eton kian hari makin terseksa. Namun dia tidak boleh ke mana-mana. Rohnya dipaku di perigi. Tersekat antara langit dan bumi.

    Bertahun dia menghantui kawasan tersebut hinggalah Kampung Simpang Hitam mula membangun. Jeritannya, rintihannya dan rayuannya sudah tenggelam. Tenggelam dalam kelompok manusia yang sudah tidak percaya akan toyol, tahlul apatah lagi bahlul. Dia lemah.

    Hinggalah pada suatu ketika, dia dibebaskan oleh si tua. Si tua memberi syarat-syarat untuk dia bebas malah, bisa mampu menolong dia membalas dendam. Dia dijadikan makhluk berbadan kurus digelar Bawean. Dia minta untuk dijadikan pontianak agar kuasanya lagi hebat. Tapi ditolak mentah kerana jika mahu jadi pontianak kena tunggu lagi seratus tahun. Sekarang ni full. Bawean saja yang kosong. Dia akur.

    Namun, lelaki yang berjanji dengannya tidak menepati apa yang dipersetujui. Membuatkan dia hampir mengambil langkah sendiri. Mujur si tua sempat menghalang.

    Maka dia menunggu lagi untuk anak pertama mereka dilahirkan. Supaya bisa dia menumpang badan. Tapi badan perantaraannya tidak kuat. Anak pertama mereka mati! Mati kerana sifat gopohnya sendiri. Dia mahu berkongsi segera tubuhnya dengan anak itu. Tapi sayang, anak itu lebih disayangi Tuhan. Ketika dia seronok menjilat darah dibetis itulah pertama kali dia diterajang kuat. Sakit pinggang bukan kepalang.
  • Lalu ditunggu anak kedua. Tetapi lelaki. Dia hanya mampu menumpang jika anak kepada badan perantaraanya perempuan.

    Dia mahu membunuh anak lelaki itu. Tiada guna dia hidup. Pada saat kelahiran anak itu, Bawean merangkak perlahan ke arah perut yang membunting itu. Kuku-kuku panjangnya dileret ke arah perut si ibu. Terkoyak baju! Menampakkan benjolan pusat dan gerakan kecil si anak.

    Tiba-tiba si Bawean terasa dirinya dihayun ke belakang. Terlentang dia. Hah?! Tok Cepoh?! Rupanya susur galur Kismis berakhir dengan Asmah. Cliché sungguhkan ceritanya? Macam drama tv3.

    Ya! Tok Cepoh datang mencari waris. Warisnya cuma mampu lelaki. Namun, ini waris terakhir. Tok Cepoh mahu mengambil jasad tidak mahu lagi menjadi hamba abdi. Syaratnya, mati si ibu, anak itu bisa diambil pulang ke alamnya.

    Bawean terpaksa menunggu lagi gilirannya. Kali ini, barulah tiba saat dinantikan. Anak kecil yang bakal dilahirkan adalah perempuan.
  • Jadi, So.. so.. fea tu? Dia berkongsi tubuh Eton?" Terketar-ketar aku bertanya. "Ya, kau ingatkan pak ngah cakap perjanjian mereka, mati si ibu maka matilah anak?" Tanya pak ngah. Aku mengangguk. Kepala aku makin berat. "Perempuan yang abah kau jumpa dekat perigi tu anak si tua. Hanya keturunan si tua sahaja yang tahu ubat untuk buat mak kamu bertahan. Tapi kuasa Tuhan tu Maha Hebat. Tiada tertanding. Mak kamu pergi jua. Dan.." Pak ngah berhenti. Memandang aku. "Sebab itu pak ngah cakap Sofea bukan adik kamu. Dia cuma hidup sementara. Menjadi mangsa syaitan! Abah kamu meminta rezeki pada yang salah. Inilah akibatnya. Kamu juga Amran. Kamu juga akan pergi." Suara pak ngah terketar menahan sebak.

    Kepala aku berat. Mata aku kabur. Entah betul atau tidak. Aku lihat kawanan harimau berada di sekeliling aku. Aku dah tak nampak pak ngah. Kawanan harimau itu menunduk menyembah aku. Seakan aku ini raja mereka!

    Aku rasa badan aku melayang. Terbang tinggi. Dan aku tahu, aku takkan kembali!
  • Tamat


__________________

aNAK maK abAH akU

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard