Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kes-kes remaja lari dari rumah..
QeE


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
kes-kes remaja lari dari rumah..


KES 1

RAWANG: Seorang bapa hairan apabila anak gadisnya yang menuntut di tingkatan tiga dan sepatutnya menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini hilang dari bilik tidurnya ketika ingin dikejutkan ibunya, pagi Ahad lalu.

Lebih memeranjatkan, gadis itu, Nor Amira Dayana Norzahan, 15, meninggalkan sekeping nota kepada keluarganya sebelum meninggalkan rumah di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, dipercayai mengikut teman lelaki.

Bapanya, Norzahan Mohammed, 42, berkata nota berbunyi: Jangan cari Mira lagi Mira tak akan menyusahkan hidup abah dan mama Anggaplah Mira sebagai anak angkat, mengguriskan hati mereka sekeluarga.

KES 2

KUALA LUMPUR: Seorang gadis berusia 21 tahun yang bekerja sebagai kerani dilaporkan hilang selepas menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang baru dikenali beberapa bulan lalu.

Gadis terbabit yang dikenali sebagai Han Melati Akop, 21, didakwa lesap, dipercayai disembunyikan seorang lelaki yang tinggal di Cheras.

Bapa mangsa, Akop Berahim, 46, mendakwa anaknya yang dihantar majikan untuk menaiki bas di Puduraya pada 23 Julai lalu ada menghubunginya dan memaklumkan dia mengikut seorang lelaki baru dikenali.


KES 3

KUALA LUMPUR: Ibu tunggal, Tan Seu Mee, 42, mendakwa anaknya yang berusia 18 tahun, Lam Kah Mun lari bersama seorang lelaki dipercayai bapa ayam. Katanya, kejadian disedari apabila anaknya tidak pulang ke rumah selepas keluar minum dengan rakan di kedai berhampiran rumah.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di depan rumah menunjukkan Lam dijemput seorang lelaki dipercayai bapa ayam yang kerap berkeliaran di kawasan itu.

KES 4

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan seorang gadis dari rumahnya yang didakwa diculik, terjawab apabila abang sulungnya menemuinya di rumah seorang lelaki di Raub, Pahang, sejurus selepas laporan kehilangannya di siarkan Harian Metro, 10 Julai lalu.

Difahamkan, kehilangan Norhidayani Yusuf, 21, lima hari sebelum laporannya disiar, menimbulkan tanda tanya apabila dia dipercayai diculik berikutan mangsa kali terakhir bercakap menerusi telefon bimbit dalam keadaan suara menggeletar dan ketakutan.

Abang mangsa, Yusmikushairi, berkata adiknya ditemui semula kira-kira jam 3 petang di kediaman seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa dirinya sebagai teman lelaki adiknya dan mengajaknya berkahwin.

KES 5

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang hilang sejak tiga minggu lalu ditemui di pekarangan pusat membeli-belah, Maju Junction dalam keadaan tidak terurus pada jam 5 petang semalam.

Abangnya, Mohd Arefendi Mahat, berkata beliau menerima panggilan misteri daripada seseorang yang hanya dikenali sebagai Lan memberitahu menemui adiknya, Muzzalifah merayau di kawasan pusat membeli-belah itu.

Sejurus mendapat panggilan jam 4 petang, saya terus mencarinya di sekitar kawasan yang dikatakan Lan. Setibanya di situ, saya dapati adik saya dalam keadaan terpinga-pinga, katanya.

KES 6

KLANG: Pelajar Kolej Universiti Teknologi Pengurusan Malaysia di Shah Alam, yang hilang ketika dalam perjalanan menemui teman lelakinya di Jalan Klang Lama di sini, pulang ke pangkuan keluarganya di Klang, petang semalam.

Difahamkan, Siti Mariana Suhaimi, 22, selamat dan pulang ke rumah keluarganya di Taman Seri Andalas, dengan memandu kereta Kancil miliknya pada jam 5.30 petang.

Bapanya, Kapten Suhaimi Aziz, 47, berkata dia sekeluarga bersyukur dengan kepulangan anak gadisnya yang meninggalkan rumah.



__________________
~jUz bE uRsELf~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 362
Date:

asal lah bodoh sgt ikut lelaki....
x fikir dulu....
akal pendek...
ikut kan perasaan je....
ape la...............ish! ish! ish!


__________________

Siapa Adamku??? 

QeE


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

hehe emosional jg nur izzati ni ek..biggrin

__________________
~jUz bE uRsELf~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 398
Date:

aku penah tau nak lari diri dari rumah. masa tu umur aku 7 tahun kot. mak aku garang sangat dengan aku dulu. aku plan nak lari umah sepupu aku nama faizah. masa tu faizeh dah ada 2,3 anak.tapi aku rapat dengan dia. rumah aku tepi umah arwah nenek aku. petang tu aku ambik beg plastik n aku sumbat kain baju aku. masa nak pegi umah faizah, aku kena lalu umah arwah nenek aku. kebetulan mak aku tengah sembang dengan arwah nenek. dia tau aku 'ko nak pegi mana ni?
aku pun jawab 'nak lari, nak pegi umah faizah'. sekali mak aku dengang garangnya cakap 'balik! simpan balik baju2 tu!'. aku pun dengan takutnya naik semula kat dalam umah n kemas balik kain baju tu kat atas rak. sedihnya....percubaan lari dari rumah yang tak menjadi....

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!

QeE


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

len kali jgn bwa beg plastik..
bwa beg besar..
kalo mak tya nk g mna,jwb je nak g camping ke, nk g bertapa ke..ehehe
mak mana la nk biarkn anak dia lari kn..biggrin

__________________
~jUz bE uRsELf~


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 31
Date:

mmg la xde mak yg nak anak dia lari dr umah..
xpenah pla sy dgr ada mak yg nyuruh anaknya lari dr umah..haha

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1517
Date:

nie bukan lari dari umah nie.... nie mengeluarkan diri dari umah tanpa ade niat nak balik umah dah....!

kalau setakat pernyataan lari dari umah tu salah... katakan la haku klua umah dah tu pegi joging ke, atau time haku klua tu ujan, takde payung, so, haku akan berlari2 anak dan berlari berkejaran ke tempat teduh la..... ini baru dikatakan lari dari umah.....!! cekgu mane la ajar nie... sungguh tak terer la cekgu itu....!! kui kui kui....!!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

kbnykn yg wt hal ni bdk skula... ape la nk jd dgn dak remaje skng ni... cpt sgt cair, mcm lilin...

__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!
QeE


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

hehe tu la juga sebabnya byk kes remaja terlanjur n enth apa2 lagi..
sebab dorg fikir nak enjoy je..
apa salahnya study dlu..biggrin

__________________
~jUz bE uRsELf~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 398
Date:

eh eh nak kata aku terlanjur,masa tu umur aku baru 7 tahun. tak tau pape. otak n hati suci bersih lagiii....ye la budak2, mana tahan kalo asik kena marah jer...kena jaga adik laa..macam2 laa.tapi sekarang aku dgn mak aku dah ok dah.kalo pikir2 kelakar plak nak lari bawak beg plastik....

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!

QeE


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

alahai cik ainie ni..
budak umo 7 thun dh fikir nk lari dr umah ke..ehehe
nsib baik mak ko x kurung ko 7 tahun kat umah pas kejadian 2.. biggrinbiggrin

__________________
~jUz bE uRsELf~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 398
Date:

takkan la mak aku nak wak aku lagu tu..salah aku jugak..dulu aku suka lawan mak aku cakap. ala budak2 kan suke memberontak.mak aku taknak tocang rambut aku pun nak merajuk.hehehehehe

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!

QeE


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

ehehe skg pn msh mnta tocang ngn mak ker??
kalo mak tak nak tocang, meh cni aku tlng..ehehe biggrin



__________________
~jUz bE uRsELf~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 398
Date:

eh taknak la suruh ko tocang...orang lelaki ni bahaya sket. silap ari bulan jadi ala2 rambut punk plak...tak pun jadi kerinting negro

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

alaaaa... kerinting mcm negro or punk ke kire ok lg... jgn smpai botak mcm sami sudah... huhuhu....

__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 203
Date:

skang diorang lari leh la rasa bebas..cube anak2 diorang lak wat cam tu kat diorang..tak sakit hati..nnt sape nk doakan diorang time dalam kubuq???

__________________
~ the love between us~ no one can separate it


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

aku dulu penah lari dari rumah...

tapi mak aku biarkan aje... tak heran pun...

mak aku cakap camni... "nak lari, lari la... lepas kul 6.30 petang balik cepat.... lari tu elok-elok.. jangan sampai tersepak batu..."

"baik mak... rie akan lari demi nak sihatkan badan, papai"

Lalu aku pun berlari sekuat hati sejauh 5 KM dan patah balik ke rumah sebab esok tu nak masuk lumba lari sukan sekolah...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1268
Date:

aku rase sblm drg KO lg ank drg da xheran dgn drg... ntah ke mane... mati atau idup pn ntah tau ntah xtau je nnt... tula padah kalo org yg xhargai ibu bape yg mnjage drg drpd dlm perut ibu smpai da bsar pnjang.... pkare ni pernah blaku dgn bdk skula aku... mak die meninggal pn die xtau... bile susah bru nk cari mak die... mase senang lari dgn dak laki... sian....

__________________
away 4 SPM.. wish me gud luck yep.. *takowt!


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

lg 1 trend zmn skrang mak lari dr umah lak... c0z ikut pak we, tinggal anak gan laki..ha3!!



__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 146
Date:

betul tu..satu trend yg amat sedih plok..
ibu2 zaman moden ni pandai beranak je..pastu pas kat mak mereka suruh jaga anak2 derang tuh..
klu 1 atau 2 tak pe..ni da 4 atau 5 org..still nyusahkan org tua mereka yg da tua..kesian..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 398
Date:

amber sokong kata2 cik sipi-sipi..
sepatutnya time mak ayah kita tua2 kekgi, biar laa diorang berehat. bagi la diorang can untuk ehem ehem..kita plak buat2 tak reti bahasa suruh mak ayah jaga anak2 kita. apa salahnya kuarkan sikit duit untuk anta anak2 kat taska atau upah orang jaga. ramai lagi orang sanggup jaga anak contohnya master rie atau mat..dari diorang duk tcongok depan pc main chat atau dari sekodeng ayam belanda wak projek, apa salahnya ringan2kan tangan jaga anak orang. dapatla jugak upah wak beli baju baru..

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 4540
Date:

ainie_awanan wrote:

amber sokong kata2 cik sipi-sipi.. sepatutnya time mak ayah kita tua2 kekgi, biar laa diorang berehat. bagi la diorang can untuk ehem ehem..kita plak buat2 tak reti bahasa suruh mak ayah jaga anak2 kita. apa salahnya kuarkan sikit duit untuk anta anak2 kat taska atau upah orang jaga. ramai lagi orang sanggup jaga anak contohnya master rie atau mat..dari diorang duk tcongok depan pc main chat atau dari sekodeng ayam belanda wak projek, apa salahnya ringan2kan tangan jaga anak orang. dapatla jugak upah wak beli baju baru..



true...true....aku memang suke budak masak sup nie...eh..maksud aku jaga budak-budak nie.. macam Si Awan Guling nie bagi taw la...dapat gak la upah aku nak gi beli baju kurung ker...maksud aku baju kurung untuk mak aku laa....



__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 398
Date:

mat, ko penah dengar x satu berita dalam tahun lepas kot. ada sekumpulan pencuri, aku lupa berapa orang. kalo tak salah aku,dalam 2,3 orang kot. satu ari diorang memecah masuk rumah orang. lepas diorang memuskan nafsu mencuri diorang yang menggila tu, diorang nampak almari. dalam almari tu ada koleksi baju perempuan. ada baju kebaya laa. diorang ingat takde orang dalam rumah tu. apa lagi, dengan selambanya mereka pakai la baju kebaya tu n siap pegi kat dapur, ambik air n minum kat sofa kat ruang tamu.mungkin letih sangat asyik duk cari barang2 berharga.

tp sebenarnya ada sorang penghuni kat bilik lain, dia keluar n nampak budak2 pencuri tu,diam2 dia call abang polisi. polisi pun datang n diorang berjaya diberkas. aku rasa berita ni memang lawak laa..

MAT : apsal ko merepek ni ainie oii!!!

ainie says ; sabar tuan2, citer ni lum abis lagi
mengikut maklumat daripada jabatan risikan jenayah di bawah akta pengangkutan jalan 1989 yang membawa hukuman geletek sampai mati, budak 2 orang tu mungkin mat the matics, master rie n incik zul ye ye..
hehehe!!


__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard