Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sejarah bukit kepong dalam kenangan


Super Member

Status: Offline
Posts: 701
Date:
sejarah bukit kepong dalam kenangan


Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya (berbangsa Cina)semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

  1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
  2. Keadaan balai polis yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.

 Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu dan Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Allahyarham Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Allahyarham Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan baai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Allahyarham Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

 Bantuan dari perkampungan berdekatan

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

 Selanjutnya

Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

 Mereka yang terselamat

Anggota Polis
  1. Konstabel Othman Yusoff (meninggal);
  2. Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal);
  3. Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal);
  4. Sarjan Haji Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
Ahli keluarga anggota
  1. Mariam Ibrahim - balu Allahyarham Konstabal Muhamad Jaafar
  2. Zainun Muhamad - anak perempuan Allahyarham Konstabel Muhamad Jaafar
  3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Allahyarham Konstabel Muhamad Jaafar
  4. Zaleha - anak perempuan Allahyarham Konstable Muhamad Jaafar
  5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Allahyarham Konstabel Hassan Osman
  8. Pon Khalid - isteri Allahyarham Konstabel Marin Awang Ali
  9. Fatimah Tuani - isteri Allahyarham Konstabel Hamzah Ahmad

 Mereka yang terbunuh dalam pertempuran

Anggota Polis
  1. Allahyarham Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
  2. Allahyarham Koperal Mohd Yassin Haji Wahab
  3. Allahyarham Lans Koperal Jidin Omar
  4. Allahyarham Konstabel Hassan Osman
  5. Allahyarham Konstabel Hamzah Ahmad
  6. Allahyarham Konstabel Jaafar Hassan
  7. Allahyarham Konstabel Muhamad Jaafar
  8. Allahyarham Konstabel Marin Ibrahim Adam
  9. Allahyarham Konstabel Abu Mohd Ali
  10. Allahyarham Konstabel Abu Kadir Jusoh
  11. Allahyarham Konstabel Marin Awang Ali
  12. Allahyarham Konstabel Marin Basiron Adam
  13. Allahyarham Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
  14. Allahyarham Konstabel Tambahan Jaafar Arshad
Polis Bantuan
  1. AP Samad Yatim
  2. AP Mahmood Saat
  3. AP Ali Akop
  4. AP Othman Yahya
Keluarga Anggota
  1. Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  3. Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
  4. Simah Abu - anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali
Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kapung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
  1. AP Redzuan Alias
  2. Embong Lazim
  3. Koh Ah Cheng


__________________
Sayang..Jangan ditanya sebanyak mana pengorbanan yang telah aku lakukan.... Kerana aku sendiri tidak pernah mengiranya... Tetapi, Seandai pengorbanan itu tak dihargai... Perlukah aku berkorban lagi sayang????


Super Member

Status: Offline
Posts: 1427
Date:

wktu aku sekolah dulu aku ade bace buku novel bukit kepong nie..memng tragis...sedih dow...kite orng mude skng kene bersyukur dimana kit elahir dlm keadaan negara yg aman....
  SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YG KE 50

MERDEKA....MERDEKA....MERDEKA.......

__________________

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=3541_14



Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:

MERDEKA ?????]
AKU NAK TANTER KORANG  APA MAKNA TUH??? JANGAN HANYA SEKADAR DI MULUT JER KALAU TAK TAU MAKNA SEBENAR...

SUDAH MERDEKA KER KITA NI??? KALAU PEMIKIRAN MASIH LAGI DI JAJAH..
MEMANG BENAR KATA TUN DR MAHADIR ORANG MELAYU TAK DAPAT BERJALAN SENDIRI KALAU TAK BAGI TONGKAT??
KALAU KO ORANG FAHAM BETUL2 MAKSUD DIA MESTI KORANG AKAN FAHAM.

INGAT MAKSUD MERDEKA BUKAN SEKADAR NAK KIBARKAN BENDERA JER. RONDA2 BAWAK BENDERA TAMPAL SANA TAMPAL SINI TAPI TAK FAHAM ERTI SEBENAR...
MASUK BULAN SEMBILAN BENDERA PUN REPUT.......

KORANG SELALU DENGAR MALAM MERDEKA ADER BUNGA API...ADA PERTUNJUKKAN. PAGI PLAK ADER PERARAKAN....

KEBANYAKKAN ORANG ZAMAN SEKARANG TAHU MERDEKA DI MULUT JER YANG DIA ORANG TAU PADA 31 OGOS ADALAH....
1 : HARI CUTI
2 : HARI UNTUK REHAT KAT UMAH NAK TIDO PUAS2
3 : HARI NAK BAWAK AWEK JALAN2 ROMEN2 KAT PANGGUNG,TAMAN DLL
4 : HARI PALING BEST CUCI MATA KAT PUSAT REKRIASI

PALING MENYEDIHKAN KITA SLALU MINTAK HARI 31 OGOS JATUH PADA HARI ISNIN ATAU HARI AHAD LEH CUTI PANJANG...

MERDEKA KAH KITA KALAU CAM TUH......cry


__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1271
Date:

Merdeka pd aku ialah bila utang kapet ngan utang kutu dah abis.

Pastu dptlah aku buat utang baru dgn duit td tu contohnya membeli scrub muka yg mahal atau membeli teko air yg cantik dan boleh buat tetamu terpegun..Huh! Bangganya aku..

Errr...boleh digunapakai ke erti merdeka aku tadi tu??

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

x boleh...x boleh...reject! reject!

merdeka bermaksud bebas..
bebas dr mengharap bantuan..

jalan mesti kedepan..ingat tu..

ikhlas,
pakcik kt tv tu..

__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:

AYAT (JALAN MESTI KEDEPAN) AKU SOKONG AYAT TUH TAPI JALAN NGAN APER TONGKAT.
MAKSUD TONGKAT DI SINI IALAH MENGAMPU,USAHA SENDIRI,PENIPUAN,MENGGUNAKAN KUASA ADIK BERADIK DAN KEDUDUKAN>>>. PK LER SENDIRI.

ROSE KO KALAU NAK LANGSAI UTANG KAPET KAT BANGLA TUH SENANG JER.... CUBA KO CAKAP KAT DIA 'ERRRR BAI SAYA KIRA SETEL BLEH KER' MESTI DIA SETUJU SETEL. TAK CAYA KO CUBA LER.

__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1271
Date:

Aku dah buat apa yg ko suruh tu Abg King Kong...Tapi dia kenakan syarat la pulak.

Kata bai kapet tu aku kena makan hidangan jagung rebus yg ditanam khas di kebun beliau..

Ah, xmo la aku! Ntah2 beliau pon sama cam abg King kong jugak..
kata je jagung rebus tapi sebenarnya jagung terlebih bakar..dah ala2 rentung gitu.
Eiiiii hilang selera..

-- Edited by rose at 15:42, 2007-07-31

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:

ko tak tau rose ko cuba dulu rasa can ner keniknatan jagung abang king dari gunung jerai nih sekali kena pasti nak lagi lemak tak yah taruk gel eh eh silap tak yah taruk mentega.

__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!

ZUl


Super Member

Status: Offline
Posts: 1418
Date:

Rose sedapnya jagung bukan bergantung pada direbus atau dibakar....
tapi bergantung pada saiz dan panjang jagung tersebut kerana ia bagi peranan yang paling utama semasa kita makan......

kalau terlebih bakar pun.....
belum xtentu jagung tu xbest dimakan....
cuma dulu baru tahu ROSE.....


__________________

Sejahil-jahil Peragai YAHUDI ....JAHIL Lagi Tingkah Laku ICU


Super Member

Status: Offline
Posts: 650
Date:

yer tol tuh zul .......
fator 2 yang bleh menyedapkan bagi seseorang tuh makan jagung rebus adalah pd waktu malam dikala sejuk. kalau rose tak pernah tngok jagung lg sedap kerana jagung juga paling sedap kalau tak pernah lihat. hehhhhehehehehehe

__________________

DUIT ADALAH SEGALA-GALANYA.
TAK PERCAYA KE ?
LU PIKIR LA SENDIRI !!!!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:

jagung kat pasar malam,pun berlambaklaa..
yang dibakar pun ada,tapi biasanya aku beli
dalam cup rm2.00 jerk!!!kalo tambah mayonis
lagi sedap...rose ko nak tak???bak rm2.00 aku belikan..
tak payah susah2,,g kebun bai tuuu

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1271
Date:

Ntahnya dorang ni puteri sesukahati, mcm bajet bagus sangat..takat jagung low class tu kat pasar malam hatta pasar tani pon berlambak..
Aku siap balun sambil pejam mata lagi tanda ianya mudah dikendalikan..

"Jagung.... x cair ditangan, x cair dimulut tapi cair tatkala menjadi najis" Emmm enaknya..

__________________



Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:

tapi sayang budak2 zaman skrang belum merdeka daripada dadah dan maksiat lagino



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2034
Date:

Eh! apani. kejap citer mendeka kejap citer jagung kejap citer eskrim kejap cite dada kejap citer maksiat. Bila korang nk bertobat. Tengok tu. rose katak ejau dlm kenangan. Beliau telah insap tp mati beliau tetap mati katak.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

hahahaha.... nak pocak perut den degar.... alkisah macam????

__________________
telan ja apa saja makanan yang ada depan mata...

asalkan perut kenyang, jiwa pown sonang....





Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Alhamdullilah dek krana kezaliman komunis maka Allah trun sorang pejuang Agama yg amat digeruni oleh komunis & org2 kapir kat Bkt Kepong tu....Kiyai Salleh menjadi benteng pertahanan utk org Muar & khususnya Bkt Kepong dlm zaman darurat dulu....kekadang aku pelik...nape jasa besar Mujahadah ni x diperbesar2kan.....

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard