Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Keranamu Ku Berubah


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
Keranamu Ku Berubah
 


Suasana riuh pada petang ini. Kelihatan kanak-kanak riang berlari-lari di taman yang indah. Kakakku,jikalau petang dia free, dia akan berjoging satu taman ni. Aku, Faiz, Bila dan geng boy taman ni, apa lagi, main bola sepaklah. Aku ni taklah hebat macam David Beckham. Kekadang sepak bola pun tak kena. Faiz memberi bola kepadaku. Bola itu singgah dikakiku dan aku menyepak untuk masuk ke dalam gol dan pang satu bunyi yang mengejutkanku. Mukaku berubah menjadi merah. Hatiku berdegup kencang.

                 Woi, kau ni nak jadi apa,ha?Hey kau tu perempuan, bukanya jantan! Orang anak dara duduk kat ceruk dapur, ni duduk kat padang, kawan dengan budak lelaki, tak segan silu.Makcik Kiah taik lalat Phua Chu Kang ni berleter mengalahkan mak Bidan beranak.

                 Woi, kau ni Ama, orang suruh masuk gol, yang kau pergi masuk rumah orang tu sapa suruh?kata Faiz padaku seolah-olah perlikanku. Mukaku selamba.

                   Kau, mari sini.Mampuslah aku.

                   Daklah tu Kak Kiah. Anak saya tak sengaja.Nanti saya ganti balik ruginya,emakku seolah memancing.

                   Hey Nora,ajarlah sikit anak kau tu jadi perempuan.Kau tu manjakan sangat anak kau tu. Tengok anak aku tu. Patutnya kau kena ajar maqcam aku ajar anak aku tu.

                   Mak cik Kiah, anak mak cik tu lebih teruk daripada saya.Mak cik tengok dia kat rumah je o.k, kat sekolah o.k atau k.o.Emak menyuruhku menutup mulut.

                   Alahmak cik kenal anak mak cik. Bukan macam mak kamu,lantak kumu nak buat apa, mak kamu langsung tak kisah.

                   Hey mak cik, ajar anak mak cik jadi perempuan yang sopan santun, bukannya jadi betina gatal duduk kat tepi longkang dengan jantan duduk tekangkang.Jawabku dengan intonasi yang menekan. Aku menarik tangan emakku masuk dalam rumah.

                   Kamu tu pula, tak ubah macam jantan yang sama macam orang masuk pusat serenti.

                   Mak cik, jaga sikit mulut mak cik. Nah, ambil duit ni. Jaga anak mak cik saja cukup. Pandailah emak saya jaga adik saya dan saya.Kakakku menyampuk apabila ternampak kami bertegang tadi.

                      *           *              *             *

                       Aku masih memikirkan perkara semalam. Ada betulnya Mak cik Kiah tu cakap. Aku memang kepala batu. Kalau siapa bertegang urat denganku, aku akan pastikan aku juara.

                     Woi, termenung saje. Fikir pasal semalam lagi ke?Faiz seperti dapat membaca fikiranku.

               Yelah beb. Bengang sangat semalam tu sampai kakak pun tolong. Namun tak mengaku kalah.Bila yang tadi diam membebel macam Mak cik Kiah semalam.Aku hanya diam membisu.Cikgu Halim baru saja masuk ke kelas.seorang pelajar lelaki yang cute mengikut Cikgu Halim di belakang.

                       Hai, saya pelajar baru. Nama saya Mohd Haniff. Saya dari Sek. Damansara-Selangor,jelasnya dengan jelas.

                       Woi Ama, boleh tahan juga mamat ni.Aku hanya memekakkan telinga. Aku tidak menafikan, dia sememangnya hensem. Ah miang.     

                        Nampaknya dia duduk sebelah Zullah.Mataku melirik, memandang seketika. Takut nanti mamat ni perasan soranglah pula.Cikgu Halim sibuk menyalin nota dari buku di papan hitam.Sedang aku asyik mendengar keterangan daripada Cikgu Halim, sehelai kertas gumpalan melayang ke mejaku. Aku mengambil dan membaca isinya. Woi kau, Haniff nak berkenalan dengan kau.Isinya pendek tapi menyakitkan hatiku. Aku memang tak suka lelaki yang pengecut dengan perempuan. Apa, dia ingat nak umpan pontianak ke? Aku menoleh ke belakang melihat Zul tersenyum kambing, macam kerang busuk. Tapi Haniff selamba saja menyalin nota.

       *            *          *             *
                          Sejak kebelakangan ni, aku asyik termenung.dan termenung. Dan aku sendiri tak tahu kenapa. Nak kata aku terasa hati dengan Mak cik Kiah, takkanlah pula sebab aku tak pernah terasa hati sebelum ni.

                         Hai, awak apa khabar? Saya tengok awak macam ada masalah je. Boleh saya tolong?Haniff bersuara lembut. Miang juga mamat ni. Nak pancing akulah tu.

                         Kau aku ni dahlah tak kenal kau. Lagipun, kalau aku masalah pun, apa kau peduli!Kataku kasar. Haniff terkudu mendengarnya. Dia ingat aku ni macam Lydia, terhegeh-hegeh dengan jantan. Gatal kau Lydia.

                         O,k kalau macam tu, kita berkenalan saya Mohd Haniff. Panggil Niff je.Aku hanya memekakkan telinga, membuat muka seposen. Apa aku peduli.

                         Nama awak siapa?sambung Haniff.

                         Kartika Mat Toppo,kataku serius. Berkerut dahi Haniff. Aku pun nak tergelak jadinya, namun aku masih boleh menahannya. Haniff masih lagi berdiri di depanku. Aku terus blah ke meja Bila.

 *                       *                        *                         *

                             Hai Ama, kari ni nampak macam lebih o.k dari semalam.Suara lembut Haniff menampar telingaku. Macam mana pula mamat ni tau nama aku, ye?Takde kerja lain ni mesti kerja Faz dan Bila.Aku memekakkan telinga.

                           Awak ni kenapa?

                           Hey, yang kau nak sibuk pasal aku buat apa?Kau tu jaga tepi kain sendiri cukup, jangan nak sibuk kat orang,Kataku kuat membuatkan geng kelas memandangku.

                           Tapi,saya tak pakai kain,katanya lembut.

                           Awak ni makhluk asing ke tak tahu apa. Itukan peribahasa, bengap betul!kataku kasar.Dia berlalu. Merajuklah tu, pondan.

*                         *                          *                       *

                            Deringan telifon membuatku tersedar dari lena.

                           Hello,garau saje suaraku.

                           Hello, Amanina ada?

                           Sapa tu?

                           Ha,belum sempat mendengar, aku meletakkan ganggang. Aku melayan mimpi indahku semula.

                           Kring kring,sekali lagi deringan telifon menggangguku. Kali ni aku hanya membiarkan saja. Tidak lama kemudian ia berkenti. Aku tersenyum.

                           Hello, Amanina.

                           Hello nak, Ama kat atas. Sapa ni?

                           Emm kawan dia, Haniff.

                           Setahu mak cik takde siapa yang beranikacau anak mak cik sebab dia garang. Tapi 2,3 hari ni dia berubah. Dulu tak suka pakai baju kurung, tapi sekarang ni dia macam suka pulapakai baju kurung, sopan santun dan lemah lembut. Dia dah banyak berubah.

                           Hem takpelah mak cik ,lagipun saya ni budak barukat sini. Saya tak kenal lagi dia tu sapa.

                           Oh, ye ke bila nak masuk?

                          Baru lagi, takpelah mak cik. Assalamualaikum

                           Waalaikum salam,dan talian terputus.  

 *                      *                   *                       *

                          Ama.,dia ni lagi!

                           Kau ni kalau tak kacau aku tak boleh ke?Aku rimaslah,kataku tegas.

                           semalam awak pergi mana?Saya telifon awak tak jawab pun. Emak awak yang jawab ye?Tersembul biji mataku. Mana dia dapat nombor telifon rumah aku?Ni sah kerja Faz dan Bila.

                           Boleh kita kawan?Aku hanya memekakkan telinga.

                           Tak baik awak tolak nak jadi kawan,Haniff cuba memujukku.

                           O.klah,terukir satu senyumam di bibir Haniff.

*                      *                     *                      *

                            Sejak dari itu, kami kawan baik. Aku dapat rasakan yang aku ni seorang perempuan.

                           kemas baju.

                           Mestilah beb.Kalau pengawas mesti tunjukkan sikapyangbaik, kataku tegas. Kami dilantik menjadi pengawas pada tahun lepas lagi. Biasalah displin baik.

                           Dah siap dah kerja sejarah yang Cikgu Halim bagi bagi?

                           Alamak lupalah,kataku kesal.

                           Kata pengawas kena menunjukkan sikap yang baik. Tapi,belum sempat Haniff menghabiskan ayat, aku memotong dulu.

                           O.k, aku salah,kataku sedih. Tanpa kami sedari, ada mata yang memerhati;Lydia dan Asyraf.

                           Mesra betul,Lydia berkata penuh benci.

                           Aku ada satu plan.Asyraf dan Lydia berpan dangan sambir tersenyum.

*                          *         *                                 *

                           Suasana di blok E agak suram. Dalam kesuraman itu, Haniff meronda-ronda di kawasan sekeliling. Hampir 5 minit, dia tidak menemui apa-apa yang mencurigakan. Tiba-tiba bau yang tidak menyenangkan deria hidungnya menusuk masuk. Dan dia ternampak Asyraf dan konco-konconya sedang leka menghisap rokok. Tanpa membuang masa, Haniff ke bilik guru untuk melaporkan perkara sebenar kepada Cikgu Amir. Asyraf dan konco-konconya ditangkap dan dibawa ke bilik guru.

                           Kenapa awak merokok?Soalan yang ditanya oleh Cikgu Amir dibiar sepi. Mereka menunggu ibu bapa masing-masing untuk memberitahu perangai mereka.Cikgu Amir berlalu pergi.

                           Mana makwe kau?dah bersalah taknak mengaku.kata-kata Asyraf membuatkan dahi Haniff berkerut. Soalan Asyraf memeningkan kepalanya.

                           Assalamualaikum,aku masuk apabila melihat Haniff dan Asyraf.

                           Datang pun. Ingatkan menyorok kat mana. Yelah, orang yang selama ni dipandang depan baik, tapi belakang,kata-kata Asyraf membuatkanku bengang.Kenapa Asyraf kata begitu?Cikgu Amir pun masuk.

                           Apa yang awak katakana ni?tanyaku selepas otakku ligat berfikir tetapi tak ketemu jawapan.

                           Cikgu, kalau pelajar buat salah kena tangkap, kalau pengawas buat salah takpe ke cikgu?Aku terdiam. Apa yang Asyraf cuba katakan ni?

                           Dia ni semalam, saya nampak seronok aje dia dating dengan seorang mamat. Selamba pula tu, kalau tak percaya tanyalah dia.Terbeliak biji mataku. Mata Haniffmelirik padaku. Mukanya serius.

                           Apa yang kau merepek ni, kataku tegas.

                           O.klah. Jangan nak mengarut lagi. Mari ikut saya jumpa guru kaunseling.Lega rasanya apabila ternampak kelibat ibu bapa asyraf. Haniff meninggalkannya yang dalam keadaan tergopoh-gapah.                         

*                           *           *                               *

                           Hanifff,suara lembut menampar gegendang telingaku.

                           Malam ni saya nak tunjukkan satu agenda yang menarik. Pasti awak tak percaya.

                           Apa dia Lydia?

                           Nantilah saya bawa awak.Lydia terus berlalu dari tempat Haniff.

                           Kenapa Niff?tanyaku lembut soalan ku di biar sepi.

                           awak marah kat saya ke?Sorrylah kalau saya salah,pujukku. Haniff bangun dan berlalu ke situ. Terkejut aku dengan tindakannya itu.Lantaklah takkan aku pula nak pujuk dia, terhegeh-hegeh macam Lydia tu. Sorry aku bukan macam tu

*                          *                           *                    *

                            Haniff mengikut Lydia.

                           Niffkau jangan terkejut pula nanti. Nanti kau kata aku ni fitnah pula,berkerut dahi Haniff.

                           Hey, yu dia Niff,suara berbisik. Dan Haniff ternampak Ama dengan Asyraf. Terkejut Haniff jadinya. Lydia tersenyum sinis.


*                         *                            *            *


                               Haniff meletakkan beg galasnya di kerusi. Dia lewat hari ni. Selalunya dia akan mengambir nama budak yang datang lewat, tapi ni dah tebalik pula.

                           Niff, kenapa lambat, tidur lewat ye?soalanku sepi tanpa jawapan. Aku pelik dengan sikap Haniff sejak kebelakangan ni.

                           Kau pergi mana semalam?soalan itu muncul dibibir Haniff

                           Duduk rumah saje, kenapa?berkerut dahiku.

                           Yang semalam menggatal dengan jantan, duduk rumah.Bertambah pening kepalaku. Haniff berlalu.

                           Maksud kau Niff?Aku tak faham.Muka Haniff serius.

                           Yang kau dating dengan Asyraf semalam kat bandar tu apa?Terkejut aku mendenganya. Tanpa kusedari, ada sepasang mata yang memerhati kami. Lydia tersenyum puas.

                            Kepalaku pening memikirkan hal di sekolah tadi. Aku tak faham dengan sikap Haniff sekarang ni. Malam ni, aku harus menjadi detektif.

*                         *                              *                        *

                            Malam ni aku keluar tanpa pengetahuan sesiapatermasuk ibu. Aku mencari apa yang dikatakan Haniff siang tadi. Aku terdengar suara ketawa berderai. Lantas aku lihat raut wajah yang amat kukenali, Haniff. Apa yang dia buat kat sini?Dan aku lihat raut wajah ayu bersolekan nipis. Wajahnya tak dapat aku gambarkan. Aku mengambil cermin bedak Kompek dalam begku. Ya, wajahnya saling tak tumpah seperti wajahku. Segera aku ambil handphone Nokia lantas mencari nombor Kak Longku.

                           Alang, datang sini sekarang,jawabku ringkas dan segera mematikan talian. Aku cuba tenangkan hati. Haniff masih lagi bersama gadis lincah itu. Kereta Iswara hitam berhenti jauh sedikit dari situ. Aku menarik tangan Kak Long.Kak Long kelam-kambut. Aku menunjukkan apa yang aku lihat tadi. Kak Long menuju ke arah mereka.

                           Maaf ye dik,adi ni nama Nur Amalinakan?soalan yang terpacul di mulut Kak Long membuatkan muka Haniff mula pucat.

                           Woi, mana kau nama aku, ha?tanyanya kasar.

                           Kakak, kami,belum sempat ayat Haniff habis, Kak Long menyampuk.

                           Niff pergi balik.

                           Woi, kau ni sapa, mak dia ke, nak suruh dia balik?!Lina bangun dari duduk. Haniff masih lagi kaku. Aku terus menonjolkan diri dalam samar. Bertambah pucat muka Haniff melihat dua wajah yang serupa.

                           Ohnilah kerja awak ya,Haniff? Awak yang salah, awak kata saya,aku berkata dan berlalu.

                           Kak, tolong terangkan apa yang terjadi, saya tak faham,pinta Haniff

                           Awak baliklah dulu,kakakku menyuruh Haniff balik, lantas Haniff berlalu pergi.

                           Lina, pergi balik. Dah lewat ni,kakakku menyuruh Lima pula berlalu namun Lina berkeras.

                           Hey, kau sapa,nak sibuk pasal aku?Tu pula sapa, macam pernah tengok aje.

                           Esok awakkan tahu,Kak Long berkata ringkas dan meninggalkan Lina dalam kesamaran.

 *                          *                             *                        *

                            Haniff datang ke rumahku. Rumahku dengan rumahnya tidaklah terlalu jauh.

                           Assalamualaikum mak cik, Nina ada?

                           Nina, sekejap ya mak cik panggilkan. Nak ni siapa?

                           Saya Haniff, mak cik. Kawan sekelas Nina.

                           Haniff yang selalu telifon tu ye?Haniff hanya tersenyum.Aku mengintai dari tingkap atas. Kalau aku jadi emak, lama dah aku jirus dengan air paip tu. Alang-alang siram bunga, siram langau tu sekali. Aku masih bengang lagi dengan peristiwa semalam. Rupa-rupanya aku ni ada kembar. Nur Amalina dan Nur Amanina. Kalau aku tak kenang tu kakak aku, dah lama aku silat. Sebab perkara tu, aku kena tuduh yang aku buat date waktu malam. Cikgu Halim masa tu keliru juga tapi selamatlah takde apa-apa. Kakak aku semalam kena sebat dengan mak aku.Emak angkat dia, Mak Cik Linda memang baik. Tapi dia tak reti jaga anak dia sendiri. Walaupun dia kaya, tetapi dia tak dapat beli kasih-sayang dengan kemewahan. Itulah jadinya kalau terlalu social. Tapi, bukan itu yang merunsingkan kepalaku, tetapi rupa-rupanya Haniff dengan Amalina suka sama suka.

                           Hey kau,kau kenal ye dengan Haniff tu, boleh tahan juga dia tu kan?Aku syoklah kat dia, lagipun dia kata kat aku yang dia minat kat aku.

                            Tengiang-ngiang lagi suara itu di telingaku. Hatiku kuat mengatakan yang Haniff tersilap orang. Haniff keliru antara aku dan kakakku. Adakah aku juga minat kat dia?

                           Woi, termenung je, kenapa ni?Angah masuk. Lamunanku terbang menjauh dari ingatanku.

                           Saja je, tak boleh?jawabku acuh tak acuh.

                           Haniff nak jumpa. Dia ada kat bawah.

                           Takde masalah.Angah Cuma tersenyum sinis padaku.

                           Kenapa ni,bergaduh ye?

                           Sibuk,jawabku sambil menjeling. Dahlah suruh jelah dia balik, menyemak saja datang sini!kataku menengking. Angah keluar dengan langkah yang longlai. Dan perbualan kami telah didengari oleh orang lain.

                           Macam mana?Tanya kakak nada berbisik. Angah hanya menggeleng.
                               

 *                          *                             *                        *

                            Ketukan pintu buat ku terkejut. Wajah manis Amalina tersembol di sebalik pintu.

                           Hai adik,tegurnya lembut. Bila tengok dia berbaju kurung nampak manis. Bertudung merah jambu sambil tersenyum. Aku membiarkan saja tegurannya sepi. Tiada reaksi dariku. Kakak cuba memancing.

                           Ama, Haniff dah nak pindah,kata kakakku lambat. Nak tersembul juga biji mataku ni tapi aku tetap caver. Menten.

                           Kak biarlah dia kak. Ama tak nak ambil tahu lagi pasal dia.

                           Ama kena juga ambil tau sebabdia nak pindah jauh dari sini. Kat PerlisAku merenung mata kakakku.

                           So,aku tetap maintan.

                           Dia nak jumpa Ama,kat tempat selalu kau orang jumpa, pukul 5.00 petang.

                           Pondan betul laki ni ye?So, kakaklah wartawan atau bady guardyang membantu pondan tu ye atau posmen.tanyaku

                           Tak baik Ama cakap macam tu.

                           Memang betul pun kak. Senang-senang akak jelah jumpa dia Akak dengan dia pun minat sama minatkan?

                           Tak baik kalau hampakan harapan orang.

                           Tak baik kalau hampakan harapan sendiri.

                           Ama salah faham. Kita orang kawan je.

                           O.klah, tapi kak kena pergi juga,kataku setelah berfikir sepuluh kali.

                           Buat apa?

                           Malaslah pergi.

                           O.klah, tapi teman aje.Aku tersenyum.

                                  

*                          *                             *                        *

                            Aku melalui taman bunga yang segar dan indah mata memandang. Di pondok yang teduh, aku lihat seorang lelaki duduk membaca buku. Dia menoleh ke belakang bila tersedar akan kehadiran kami. Khairi. Apa yang dia buat kat sini?

                           Hai, awak,tegurnya sedang aku dalam kebuntuan.

                           Eh, mana satu Ama ni?tanyanya bila dia juga buntu.

                           Esaya Ama. Ni kakak saya, Ama jugak. Tapi Amalina,saya Amanina. Adik awak mana?tanyaku bila melihat Haniff tiada. Mata Khairil melirik ke arah sana. Haniff berjalan longlai, mungkin letih berlari.

                           Hai awak, lama dah tunggu?tanyanya sambil rukuk keletihan.

                           Siapa tunggu dai, perasan.Berkerut dahi Haniff. Mungkin dia fikir aku masih lagi marah pada dia. Merajuklah katakana.,

                           Awak ni kenapa?macam kena kejar dengan hantu saje.

                           Hehe,dia masih boleh bergelak-ketawa walaupun dia dah seperti orang lelah nak mati.

                           Dahlah kak, jom.

                           Nak ke mana, kau yang kata nak jumpa Haniffkan?Haniff hanya tersenyum.

                           Ama Amalina, jom pergi sana. Saya ada cerita sikit.Gatal juga Khairilni Abang dengan adik sama je, macam langau. Dulu pernah juga Khairil ni nak berkenalan dengan aku tapi aku tolak. Lepas tu, adik dia pula tukar sekolah ni. Sibuk aje. Macam ada can aje abang ni nak ngorat aku. Cehperasan jugak aku ni ye? Tapi sekarang ni nampak gayanya bukan abang dia nak ngorat aku, tapi dia.         

                           Emmawak marah lagi ke kat kat saya?tanyanya perlahan-lahan.

                           Sorry takde faedah saya nak marah awak.

                           Habis tu nampak macam marah saja.

                           Awak ni tak faham bahasa ke/tanyaku marah.

                           eh awak marah ni. Marahdengan cemburukan kakak awak ye? Cemburukan tanda sayang. Aku memandangnya dengan wajah serius.

                           Perasan betullah pondan ni,kataku perlahan sambil memandang belakang.

                           Podan macam saya nilah yang buat awak cemburu tau. Nanti saya tak dapat tengok awak dah. Dan awak mesti rindu kat saya. Terasa sayu saja suara Haniff. Senang betul dia nak cairkan aku. Boleh jalanlah.

                           Dahlahbuang masa je datang sini,kataku lalu berlalu.

                           Awak suka kat saya ye? Takpe saya sanggup tunggu,kata Haniff tersenyum sinis.

                           Awak ni kena sawanke?Aku berlalu meninggalkan Haniff terkapai-kapai.

                           Awak, saya harap awak tak menyesal sebab hari ni saja awak dapat tengok muka saya!katanya kuat.Aku menjeling dan berlalu.

                            Mataku mula berkaca-kacadengan air mata tapi aku tahan sebab di dada.
                          

*                          *                             *                         *


                            Hari ini Haniff pergi meninggalkan aku sendiri. Ketukan      pintu mematikan lamunanku.Ama; kenapani.

                           Rindu kat Haniff ke?Takkan sehari dah rindu kut?Aku memekakkan telinga. Kakakku manis berbaju kurung labuh, bertudung kuning lembut.

                           Akak nak pergi rumah haniff ni. Kau taknak pergi ke ?

                           tak pelah kak.

                           Tak nak kirim salam ke?Aku memandang sinis.

                            Akuterdengar kereta Kak Long keluar dari rumah. Alah rumah jauh tu pun nak naik kereta.Mungkin kerana ibu ikut sekali.

                            Aku bersiap memakai tudung menutup kepala dan mengenakan bedak nipis di wajah. Aku keluar menggunakan pintu belakang, lalu mengambil basikalku menuju ke arah taman tempatku selalu berjumpa dengan Haniff.

                            Aku meletakkan basikalku di tempat biasa. Aku duduk seketika menikmati udara yang nyaman dan segar. Nada deringan Socces dari Leo mematikan lamunanku. Tertera nama Haniff di skrin henphone bimbitku. Aku membiarkan saja. Tak sampai 5 minit, satu masej aku terima. 

                          
 Nina, aku harap kau tak mengewakanku. Tolonglah jawab panggilanku. Aku mahu pergi jauh ni. Takkan kau tak kesian kat aku. Call aku,please

Mataku mula berkaca-kaca dengan air mata. Belum habis kubaca masej tu, nada deringan socces tu memukul gegendang telinga. Haniff. Aku menekan punat hanphone.

                           Hai awak ,assalamualaikum.

                           Waalaikum salam,suaraku serak,malunya, caver.  

                           Awak nangis ye?tanyanya lembut.

                           Takdelah. Kenapa awak telifon saya ni?

                           Saja je nak dengar suara awak,rindulah pula.Kenapa awak tak datang tolong saya?Soalannya menambahkan sedihku. Namun aku caver tetap maintan.

                           saja. Saya letih.

                           Awak marah kat saya lagi?

                           Kali ni bukan aku bersedih tapi aku menangis. Aku dah tak dapat nak mengawalnya lagi.

                           Saya.

                           Awak manangiskan?Aku terdiam.

                           Awak, sekarang ni saya dah sampai kat K.L.Aku cuba menahan sebak.

                           Ye ke? Awak ingat saya ni bodoh, macam awak ke?

                           Takdelah saya baru je kat Temerloh.Aku terdiam.

                           Awak.

                           Kenapa ni, Nina?

                           Awak janganlah nangis ye. Saya tengok awak pun saya nak nangis ni.

                           Macammana awak tengok saya?

                           Saya taulah.

                           Sayasuka kat awak,kataku lambat-lambat. Lantas aku mematikan talian. Air mataku bercucuran membasahi pipi.                    

                           Apa yang awak cakap?Cuba ulang sekali lagi.Suara Haniff menampar telingaku. Haniff sudah berada di depanku. Terkejut aku jadinya.

                           macammana awak ada kat sini?Aku mengelap air mata di pipi gebuku.                         

                           Saya pun suka kat awak. Aku tersenyum.                   

                           Saya tak pindah kta Perlis, tapi saya pindah kat depan rumah awak yang kosong tu.Terkejut aku mendengarnya. Kerja gila betul semua ni. Namun aku rasa Haniff masih lagi menanti sekali lagi dibibirku mengucapkan Aku suka padam.

         Haniff

            Keranamu ku berubah
            Keranamu ku sanggup meninggalkan perangaiku, 
            Perangaiku yang lama,
            Keranamu jua ku sanggup melakukan segalanya,
            Segalanya keranamu,         

        Haniff

           Ku harap perubahan ini membawa makna,
            Menbawa sinar,
           Dan harapan dalam hidupku,

        Haniff

            Tanpa kedatanganmu,
            Aku tak mungkin akan berubah,
            Dan seandainya kau menjauhi dariku,
            Mungkinmungkin ku akan kembali,
            Kembali pada perangaiku yang lama,                                        

        Haniff

            Aku sungguh tak sangka,
            Kerana salah sangka,
            Telah merenggangkan hubungan,
            Serta hampir memusnahkan harapan kita,
            Dan hampir membuatku bingung,

       Haniff

            Akhirnya kau pergi jua,
            Namun ku bersyukur kerana kau pergi tanpa prasangka
            Namun begitu kita tetap berhubung,
            Dan ku berjanji padamu,

      Haniff

            Kuakan kekalkan
            Perangaiku ini
            Dan rupanya kau menipuku!
            Kau hanya berpindah di depan rumahku saja,

            Ceh!!!   

                Hasil karya: NUR HIDAYAH YOSOF
                                    @
                           NUR HIDAYAH ZULKIFLI

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:
 

pnjagnye citer ko ni dayah....
mau juling mata aku nak bacenya....
ape dier punye moral of d story ni...
panjang sgt..
smpi otak aku x smpt nak proses maklumat neh....


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2430
Date:
 

meh sini aku bagi taw sama ko,percintaan bdak2 skolah,ama ala2 tombot tpi bila berkwn gan haniff..tanpa disedarinya dia telah brubah.Mula memakai baju kurang dan menampakkan ciri2 kewanitaan,sblum nie perangai ama mcm lelaki..main pon bola sepak.Ama nie pula ada kembar tnpa dia sedari namanya Amalina..Ama(Amanina)menyangka kakak kembarnya ini brcinta dgn haniff,tapi sebaliknya Amalina dengan khairi..

yg diatas sinopsis jer,moral of story jgan cepat terburu2 dlm mmbuat keptusan...

__________________
~~***Two Is Better Than One***~~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:
 

citer dah best,tp ejaan silang pukang...heheheheh....repair balik yer...congrat..

__________________

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:
 

aku x beraper paham sgt la...
pening ler cikit... xder tnda baca...
tp ok la citer nyer....
byk kn praktik lg...
cayok..cayok..cayok...

__________________
tidak usah kau ucap...... tidak usah kau lafazkan.... aku sudah mengerti bahasa jawamu......


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:
 

permulaan yg baik, cayok2!!!

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:
 

tgah2 sgt fenin woo..adoi..

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard